Review
Dec 15, 2017, 7:40am

Rancang Pelan Simpanan Terbaik Dengan SSPN-i dan SSPN-i Plus


  •  
  •  
  •  
  •  

Simpanan untuk masa hadapan adalah penting untuk jaminan anda agar anda tidak perlu bersusah payah ketika di hari tua ataupun untuk mendapatkan aset – aset penting. Amalan menabung adalah amalan yang digalakkan oleh semua orang dan anda patut mula menabung sejak dari kecil lagi. Pasti anda ingat akan tabung – tabung yang anda guna sewaktu kecil dahulu kan? Walaupun pada masa dahulu anda masih belum mengetahui kepentingan menabung, anda tetap suka jika anda memecahkan tabung dan mendapatkan kembali wang yang telah disimpan.

menabung-untuk-masa-depan-anak

Namun begitu, setelah anda menginjak ke zaman dewasa, anda mempunyai pelbagai komitmen dan juga tanggungjawab yang menyebabkan gaji ataupun wang yang anda dapat tidak cukup untuk dimasukkan ke dalam tabung. Tambahan pula anda pasti akan mempunyai pelbagai keinginan untuk membeli barangan dan juga keperluan harian. Jika dimasukkan ke dalam tabung pun, pasti akan dikeluarkan kembali kerana anda memerlukan barangan tersebut.

merancang-dalam-menabung

Oleh itu, saya akan berikan tips – tips untuk anda menabung dan mendapatkan simpanan yang terbaik untuk anda gunakan diwaktu – waktu kecemasan dan pelbagai lagi kegunaan di masa hadapan.

Tips – Tips Menabung Wang Untuk Kegunaan Masa Hadapan

1. Wujudkan Satu Akaun Simpanan

akaun-simpanan-untuk-menabung

Akaun ini adalah akaun untuk anda masukkan wang secara bulanan ataupun setiap kali anda mendapatkan wang yang lebih. Akaun ini bertujuan untuk masukkan wang sahaja tanpa mengeluarkan wang tersebut kecuali ada hal –hal kecemasan. Akaun simpanan adalah bertujuan untuk anda menyimpan wang – wang agar anda boleh bersedia dengan pelbagai perkara yang memerlukan wang yang banyak pada masa hadapan. Contohnya, anak anda mahu menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ataupun pembelian rumah.

2. Pilih Pelan Simpanan Yang Terbaik Untuk Anda

pilih-pelan-yang-terbaik

Pelan simpanan yang baik untuk anda adalah pelan simpanan yang menyumbang wang diatas simpanan anda. Jadi, anda perlu memilih bank ataupun pelan simpanan yang memberikan kadar interest yang tinggi ataupun pemberian bonus untuk anda sekiranya anda menyimpan dan memilih pelan simpanan atau bank mereka. Pelan yang terbaik adalah pelan yang mengikut syariah di mana wang yang mengalir di dalam pelan simpanan tersebut adalah halal dan pemberian interest dan bonus adalah mematuhi syariah Islam.

3. Menabung Secara Konsisten

menabung-secara-konsisten

Anda perlu memberikan komitmen yang berterusan kepada simpanan anda sekiranya anda mahukan wang simpanan anda sentiasa bertambah dan tidak berkurangan di kemudian hari. Setiap kali anda mendapatkan gaji secara bulanan, anda perlu menyimpan sebanyak 10% daripada wang yang anda dapat. Meskipun ianya kelihatan sedikit, namun anda pasti akan dapat melihat hasilnya setelah anda menyemak baki akaun simpanan anda setahun kemudian.

buku-TING-ASB

Jika anda tidak mampu  untuk menyimpan sebanyak 10% sebulan, anda boleh bermula dengan 5% sebulan asalkan wang tersebut tidak disentuh di dalam akaun simpanan anda melainkan untuk digunakan bagi hal – hal yang tidak dapat dielakkan.

4. Bahagikan Wang Simpanan Anda Untuk Tujuan Tertentu

Setelah anda menyimpan wang simpanan anda untuk kegunaan masa hadapan, anda boleh mula membahagikan wang simpanan anda untuk tujuan – tujuan tersendiri. Di dalam 100% wang simpanan anda yang telah disimpan, anda boleh membahagikan 50% wang simpanan anda untuk membeli aset – aset penting seperti rumah, tanah dan juga kereta, manakala 30% pula untuk digunakan pada waktu – waktu kecemasan seperti tayar kereta pancit atau anda masuk ke hospital manakala 20% lagi untuk perkara – perkara lain seperti menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi atau untuk percutian.

bahagi-simpanan-mengikut-tujuan

Cara ini dapat membantu anda mengawal penggunaan wang simpanan anda agar anda tidak menggunakan wang tersebut untuk perkara – perkara yang tidak penting ataupun membeli barangan mengikut kehendak anda sendiri.

5. Simpan Rekod Perbelanjaan Anda

Anda perlu rajin menyimpan rekod perbelanjaan anda. Hal ini kerana rekod perbelanjaan anda dapat membantu anda melihat pengaliran wang yang digunakan oleh anda. Jadi anda dapat melihat penggunaan wang yang digunakan adalah lebih kepada kehendak ataupun keperluan anda. Anda boleh menggunakan satu jurnal khas untuk meletakkan bajet anda, wang simpanan serta wang yang dikeluarkan untuk memudahkan anda merujuk penggunaan wang anda secara bulanan, mingguan ataupun harian.

fast-budget-money-manager

Aplikasi seperti Fast Budget memudahkan anda merekod perbelanjaan harian

 

Tuliskan perbelanjaan anda setiap bulan seperti barangan – barangan keperluan iaitu barangan mandian, keperluan diri dan juga makanan – makanan kering dan basah seperti makanan tin ataupun ayam serta makanan harian. Pastikan anda membuat senarai membeli sebelum anda ke pasar raya dan pergi dalam keadaan yang kenyang agar anda tidak membeli secara berlebihan.

shopping-list

Menulis list ingin membeli sebelum ke pasaraya adalah cara berhemah dalam berbelanja

Selain itu, anda juga boleh menulis bil – bil ataupun komitmen bulanan anda seperti wang untuk ibu bapa dan keluarga. Antara bil – bil yang boleh dimasukkan adalah bil telefon, bil elektrik dan air serta insuran kereta. Letakkan wang yang diperlukan untuk bahagian ini dengan cukup. Kemudian, asingkan pula wang untuk anda simpan dan akhirnya anda boleh gunakan wang yang lebih untuk mendapatkan kehendak anda.

SSPN – i dan SSPN – i Plus | Simpan Wang Anda Dengan Pelan Simpanan Terbaik

Para penerima PTPTN pasti pernah mendengar perkataan akaun SSPN kan? Apa yang anda tidak tahu adalah akaun SSPN bukan sahaja boleh digunakan untuk meminjam PTPTN, malah ia juga merupakan pelan simpanan yang terbaik untuk anda serta mempunyai manfaat yang pelbagai.

menyimpan-dengan-SSPN-i

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

menabung-dengan-SSPN-i-Plus

Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus dan menggunakan kontrak Wakalah bagi skim takaful yang ditawarkan. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

Cara Menyimpan Dengan Pelan Simpanan SSPN – i dan SSPN – i Plus

cara-membuka-akaun-SSPN-i

SSPN-i Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan. Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut;

Nama PakejSimpanan SSPN – iSimpanan TakafulKomitmen Bulanan
IntanRM20RM10RM30
DelimaRM40RM10RM50
TopazRM90RM10RM100
ZamrudRM180RM20RM200
NilamRM270RM30RM300
BerlianRM200RM500RM500

Kenapa Anda Perlu Memilih Pelan Simpanan SSPN – i dan SSPN – i Plus?

simpan-dan-lindungi-simpanan

Dalam banyak – banyak pelan simpanan yang ditawarkan, anda perlu mendapatkan pelan simpanan SSPN –i dan SSPN – i Plus sebagai pelan simpanan pilihan anda kerana ia mempunyai banyak manfaat untuk anda dan membolehkan anda mendapat pelbagai kelebihan melalui pelan simpanan ini. Jom lihat kelebihan pelan simpanan SSPN – i dan SSPN –i Plus ni;

  • Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih

Anda yang menyimpan dengan pelan simpanan SSPN akan mendapat pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000 setahun. Maksudnya, wang simpanan anda tidak akan dikenakan cukai sama sekali yang membolehkan anda menyimpan wang anda secara maksimum tanpa perlu membayar apa – apa cukai. Jimat kan?

pelepasan-cukai-taksiran-SSPN-i
  • Patuh syariah

Pelan Simpanan SSPN – i dan SSPN – i Plus adalah pelan simpanan yang bebas dari riba dan mematuhi syariah Islam. Anda tidak perlu risau akan wang yang mengalir dan wang yang anda simpan di dalam pelan simpanan mereka adalah dijamin mengikut syariah dan bebas dari unsur – unsur haram.

SSPN-i-tabungan-patuh-syariah
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Pelan simpanan SSPN juga memberikan kadar dividen yang kompetitif kepada anda yang memilih untuk menyimpan dengan mereka. Kadar dividen yang diberikan adalah tinggi dan anda akan menjana lebih banyak wang dengan menggunakan pelan simpanan ini. Apa yang lebih menguntungkan anda adalah pelepasan cukai pendapatan yang membolehkan anda menyimpan wang tersebut untuk kegunaan diri anda sendiri daripada membayar cukai pendapatan.

kadar-dividen-berpatutan-dengan-SSPN-i
  • Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal

Anda juga akan dilindungi oleh pihak takaful sekiranya anda menyimpan bersama pihak SSPN. Sekiranya anda mempunyai penyakit – penyakit kiritikal, pihak SSPN akan memberikan kelebihan takaful kepada 36 penyakit kritikal.

36-penyakit-dilindingi-takaful-SSPN-i

Antara penyakit kritikal yang diberikan manfaaat takaful adalah;

  1. Srok
  2. Serangan Jantung
  3. Kanser
  4. Tumor Otak
  5. Pembedahan Otak
  6. Parkinson
  7. Buta
  8. Kehilangan Pendengaran
  9. Penyakit Lupus
  • Komitmen serendah RM30 sebulan

Sekiranya anda tidak mampu memberikan komitmen yang banyak untuk simpanan setiap bulan, pihak SSPN memahami anda dan membolehkan anda memberikan komitmen yang serendah RM 30 sebulan. Ini amat sesuai untuk anda yang mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang lain kerana anda masih lagi boleh menyimpan wang untuk masa hadapan dan jaminan insurans tanpa mengikat perut setiap bulan.

serendah-RM30-untuk-menabung-di-SSPN-i
  • Layak memohon pembiayaan PTPTN

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun SSPN – i adalah layak untuk memohon pinjaman PTPTN untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anda tidak perlu risau lagi akan wang untuk masuk ke universiti kerana anda boleh mendapatkan pinjaman PTPTN. Jika anda boleh mendapatkan ijazah kelas pertama, anda boleh dikecualikan dari membayar balik pinjaman PTPTN dan ditukarkan kepada biasiswa secara automatik.

layak-memohon-ptptn

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai lagi manfaat dengan menggunakan pelan simpanan SSPN –i dan SSPN – i Plus termasuklah;

  • Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000.
  • Tiada pemeriksaan kesihatan
  • Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
  • Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
  • Simpanan dijamin kerajaan.

Mula Menabung Dengan Pelan Simpanan SSPN –i dan SSPN – i Plus Sekarang!

jom-menyimpan-di-SSPN-i

Untuk memudahkan urusan anda di kemudian hari, mulalah gunakan pelan simpanan SSPN – i dan SSPN – i Plus sekarang. Sekarang pihak SSPN ada Cabutan WOW di mana anda boleh memenangi sebanyak RM 500,000 kepada 2,500 pemenang bertuah. Rugi rasanya kalau tak daftar sekarang.  Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelan simpanan SSPN dengan menghubungi ejen SSPN seperti berikut;

CIK NUR MUNIRA | EJEN SSPN-i & SSPN-i PLUS

Nama: Nurmunira Binti Mohidin Kod Ejen: 000008962

Pendaftaran Online: Klik untuk Daftar SEKARANG!