Bisnes
Mar 1, 2019, 9:37am

Rakyat Resah – LHDN Nekad Mahu Hasil Kutipan Cukai 2019 Yang Lebih Tinggi


Bila sebut tentang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), apa yang terlintas di fikiran pastinya soal duit yang perlu dibayar sebagai cukai. Cukai memang tidak dapat dielakkan namun apa yang membuatkan rakyat semakin risau adalah apabila kerajaan ingin menyasarkan lebih banyak kutipan cukai dari rakyat berbanding sasaran awal.

lhdn kutip cukai

Suka mahupun tidak, itulah yang perlu rakyat hadapi tatkala kerajaan baru Malaysia ini terus nekad menetapkan sasaran baharu kutipan cukai langsung Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun ini sebanyak RM150 bilion berbanding sasaran awal sebanyak RM147 bilion. Berita kenaikan sasaran kutipan cukai ini diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia ketika ini iaitu Lim Guan Eng.

Rakyat Di Minta Bayar Cukai Demi Kepentingan Hala Tuju Negara

Menurut kata Lim Guan Eng lagi, sasaran itu perlu demi untuk menjadikan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini pada kadar 4.9 peratus. Untuk ke sasaran itu semuanya perlu saling faham yang ianya perlu disusuli dengan pertambahan kutipan cukai pada tahap yang sewajarnya.

cukai sumber pendapatan negara

“Dengan kemampuan LHDN untuk mendapatkan kutipan yang lebih tinggi dan rakyat yang lebih sudi untuk membayar cukai kerana yakin kerajaan yang bersih tidak akan merompak duit mereka,” katanya semasa merasmikan Hari Hasil 2019, di Cberjaya baru-baru ini.

Cukai Yang Meningkat Menandakan Ekonomi Negara Semakin Stabil

Lim turut berkata lagi bahawa sebelum ini, kerajaan telah meletakkan sasaran kutipan cukai langsung sebanyak RM147 bilion bagi tahun 2019 dan itu adalah peningkatan sebanyak 7.27% berbanding 2018. Ini tidak mustahil kerana pada tahun 2017,LHDN telah berjaya mencipta sejarah dengan mencatatkan hasil kutipan cukai langsung sebanyak RM137.035 bilion dengan kadar peningkatan sebanyak RM13.723 bilion yang bersamaan dengan 11.13% lebih tinggi berbanding hasil kutipan pada tahun 2017 yang lalu.

pencapaian kutipan hutang negara LHDN

“Pencapaian kutipan ini mencerminkan ekonomi negara berada di landasan yang kukuh, seiring dengan pengenalan tadbir urus Kerajaan Persekutuan memperkasakan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT),” katanya lagi.

Usahawan dan Penjawat Jawatan Yang Mampu Tidak Boleh Lari Dari Membayar

Mengenai bayaran balik cukai pendapatan, Lim berkata setakat Januari lepas, sejumlah RM1.64 bilion telah dibayar melibatkan lebih 32,000 kes merangkumi 18,215 kes syarikat, 14,082 bukan syarikat dan 162 duti setem. Katanya pembayaran balik tunggakan cukai berjumlah RM37 bilion merangkumi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan cukai pendapatan pada tahun ini dijangka selesai dalam tempoh 10 bulan atau dalam tempoh lebih singkat.

belajar bayar cukai apabila cukup syarat

Dalam pada itu, Lim berkata lebih 203,000 pengakuan sukarela telah direkodkan LHDN daripada pemilik akaun bank di dalam dan luar negara di bawah Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS), melibatkan cukai tambahan dan penalti yang telah ditaksir sekitar RM1.306 bilion.

2019 Akan Menyaksikan Kutipan Cukai Yang Semakin Banyak

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Sabin Samitah berkata LHDN telah menerima sebanyak 455,732 akaun bank milik pembayar cukai Malaysia di 57 buah negara. “Sebahagian daripada mereka telah datang membuat pengakuan secara sukarela. Tetapi jumlah ini kita terima daripada pentadbir cukai luar negara,” katanya.

kutipan cukai untuk perniagaan luar negara

PKPS merupakan kaedah untuk membantu pembayar cukai menormalkan cukai mereka dengan kerajaan bersetuju memberi kelonggaran pengurangan bayaran penalti daripada 300 peratus kepada 10 peratus. PKPS menawarkan penyelesaian cukai bagi mereka yang mempunyai akaun di luar atau dalam negara tetapi pendapatannya tidak dilaporkan kepada LHDN.

Rakyat Resah! Cukai Memang Perlu Dibayar Tapi Harap Janganlah Hingga Tahap Membebankan

Sebagai seorang rakyat Malaysia, tidak dinafikan yang cukai itu perlu. Para usahawan dan siapa saja yang berkemampuan dengan jumlah pendapatan yang sepatutnya memang perlu membayar cukai. Namun, dalam masa yang sama jauh di sudut hati amat berdoa supaya isu cukai ini tidaklah bertukar menjadi sehingga ke tahap yang agak keterlaluan. Ini kerana kehidupan rakyat dengan tahap ekonomi seperti sekarang ini agak mencabar sekali.

bagaimana untuk elak dari bayar cukai

Bagi yang punya perniagaan sendiri, dengan jumlah hutang lain yang banyak perlu dibayar pastinya akan merasa sedikit tertekan. Begitu juga dengan golongan biasa yang punya pendapatan gaji bulanan tetapi mempunyai tahap tanggungan dan mak ayah yang perlu di sara. Namun rasanya pihak pemimpin telah memikirkan perkara ini dan sebagai rakyat kita perlu juga menjalankan tanggungjawab sebagai salah seorang warganegara.

Amalan Menabung dan Jimat Cermat Boleh Bantu Hadapi Pelbagai Situasi

Sediakan payung sebelum hujan sudah sering di dengar sejak dulu hingga kini. Walaupun pepatah peribahasa itu sudah lama namun ianya tidak pernah lapuk. Ini kerana keadaan tersebut benar-benar mengambarkan tindakan yang perlu di ambil dalam zaman ini. Tidak kisahlah soal kutipan cukai dari LHDN atau sebagainya. Anak-anak juga perlu ikut di ajar supaya tahu sayangkan pada nilai wang untuk tidak terus membazir.

sentiasa beringat dan menabung

Dengan tahap keadaan ekonomi sekarang tolonglah amalkan sikap suka menabung, berjimat cermat dalam berbelanja dan ingatlah yang kesilapan membazir pada ketika ini akan memberi kesan di kemudian hari.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: