Bisnes
Feb 25, 2019, 9:34am

Rakyat Perak Tegur Tiket MAPS Mahal (Kini Boleh Masuk Secara Percuma)


Jika ke Ipoh Perak, tempat yang semakin diperkatakan dari hari ke hari adalah MAPS atau nama penuhnya Movie Animation Park Studios. MAPS menjadi keinginan ramai orang untuk memasukinya disebabkan oleh tarikan permainannya yang sangat menarik. Terlalu banyak permainan taman tema di dalam kawasan MAPS yang telah dikategorikan mengikut had umur. Ada yang ekstrem, famili dan tidak lupa juga untuk kanak-kanak.

Tiket MAPS Mahal 1

MAPS Mengangkat Darjat Filem Animasi

Pelbagai karakter kartun yang comel seperti The Smurf, Boboi Boy dan sebagainya turut diserapkan sebagai elemen untuk menarik lebih ramai pengunjung. Satu demi satu permainan baru ditambahselia untuk memberikan lebih banyak pilihan permainan dari masa ke semasa membuatkan MAPS tidak ubah seperti sebuah taman tema genre animasi movie dari Malaysia yang boleh diketengahkan.

Tiket MAPS Mahal 4

Bayar sekali dan mainlah dari pagi sampai ke malam seberapa banyak kali yang anda suka! Itulah konsep yang diketengahkan oleh MAPS. Dalam erti kata lain, pengunjung hanya perlu bayar tiket sekali saja pada pintu masuk dan mainlah seberapa banyak kali yang disukai untuk mana-mana permainan tanpa sebarang halangan.

Tiket MAPS Mahal 5

Rakyat Mengeluh – Harga Tiket Terlajak Mahal Tahap Membebankan

Tapi sayang! Seribu kali sayang! Konsep awal yang diketengahkan MAPS tidak diterima baik oleh semua pihak. Ini kerana rata-rata menganggap yang harga tiket masuk untuk MAPS agak tinggi dan tidak masuk akal. Akibatnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) memperkenalkan model perniagaan baharu untuk Movie Animation Park Studios (MAPS) dalam usaha menarik kedatangan lebih ramai pengunjung ke taman tema tersebut.

Tiket MAPS Mahal 2

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pembaharuan itu yang dilaksanakan menerusi sistem berkupon, akan berkuat kuasa 1 Mac ini. Menurutnya, langkah itu diambil setelah mengambil kira keluhan rakyat terbanyak yang merasakan harga tiket masuk ke MAPS agak tinggi dan berada di luar kemampuan mereka.

Suara Rakyat Didengar -MAPS Tampil Dengan Kaedah Baru Demi Pengunjung

“Kita dapati tempat yang paling dekat MAPS iaitu Bulatan Sultan Azlan Shah menjadi tarikan ribuan masyarakat pada setiap malam.

“Jadi dengan dibukanya MAPS ini secara percuma, saya percaya orang ramai akan dapat lebih banyak pilihan dan ini adalah satu perkara yang amat menarik bagi bandaraya Ipoh,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan model perniagaan baru MAPS di taman tema itu pada Selasa.

Tiket MAPS Mahal 6

Ahmad Faizal berkata, pembaharuan itu mensasarkan kira-kira satu juta pengunjung sehingga hujung tahun ini, berbanding hanya 400,000 sepanjang tahun lalu. Di samping itu, katanya, MAPS juga tidak lagi mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membuka tarikan baharu. Sebaliknya, kata beliau, MAPS akan mengambil rakan-rakan kongsi untuk membuat tarikan baharu, sekaligus memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung.

Ikutlah Jejak MAPS Yang Boleh Menerima Teguran Untuk Kepuasan Semua

Meskipun MAPS antara taman tema yang semakin ada nama di Malaysia tetapi itu tidak membuatkannya lupa bahawa pengunjung adalah segalanya. Meskipun MAPS terpaksa mengenakan bayaran yang agak mahal demi untuk menyelaraskan segalanya namun itu tidak bermaksud MAPS akan terus buat tidak nampak dan tidak dengar akan segala teguran oleh para pengunjung terutama dari kalangan penduduk Perak sendiri terhadap mereka.

Tiket MAPS Mahal 3

Sikap MAPS yang cepat memberi tindakbalas begini memang patut di puji dan dijadikan contoh oleh para peniaga yang lain. The costumer not alwas right but as their voice need to hear so that everthing can be right! Maka jika anda juga seorang peniaga, sudi-sudikan meluangkan sedikit masa untuk mendengar suara para pelanggan anda kerana tanpa mereka perniagaan anda pastinya akan terkubur tanpa sebuah nisan yang nyata.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: