Umum
Sep 21, 2010, 8:53am

Rahsia Service Menu pada Sony Ericsson


  •  
  •  
  •  
  •  

Salam geng,

Tahukah anda? Sony Ericsson menyediakan Service Menu. Didalam service menu ini terdapat Service Info, Service setting, Service tests dan Text labels. Korang juga mampu check setting-seting yang terdapat dalam handphone Sony Ericsson korang hanya dengan menekan beberapa kunci keypad handphone korang. Ini memudahkan korang untuk melihat handphone Sony Ericsson korang model apa dan memakai Software apa?

Pernah tak korang trade in dan menolak handphone Sony Ericsson pada kedai? Jika korang pernah.  Pihak kedai itu tidak mudah untuk mengambil handphone korang sebelum mereka menekan beberapa kunci keypad handphone untuk melihat Service Menu. Ehee. Inilah rahsia bila cina yang jual handphone untuk ambik handphone korang. Korang ingat handphone korang bermasalah boleh terlepas macam itu? Tidak..

Service Menu ini juga boleh digunakan disaat korang nak beli handphone 2nd hand dari member-member korang dan juga di kedai-kedai.. Takkan korang beli handphone 2nd hand tengok dari casing je beb? Rugi-rugi kalau korang buat macam tuh.. Baiklah Tutorial di bawah berjaya pada handphone K610i, W995, W910, W595,K618i,W850i,K700i

Tanpa membuang masa.. Cepat pegang handphone Sony Ericsson korang dan ikut langkah-langkah di bawah…

    1. Pastikan korang berada pada paparan awal (home screen)
    2. Tekan 2,4,6,8
    3. Tekan butang kanan ( > )
    4. Tekan butang ( * )
    5. Tekan butang kiri ( < )
    6. Tekan butang kiri ( < )
    7. Tekan butang ( * )
    8. Tekan butang kiri ( < )
    9. Tekan butang ( * )
2,4,6,8  >,*,<,<,*,<,*.

Kemudian korang akan berada pada paparan

  • Service Info
  • Service Settings
  • Service Tests
  • Text Labels

Korang boleh la menguji apa-apa fungsi yang patut dalam tuh.. Selalunya Hariz akan main pada Service tests. Sebab dalam tu macam-macam ada.. Boleh tengok Main Display, Led, Keyboard, Speaker, Earphone, Microphone dan etc… Jadi mulai sekarang jadilah seorang pengguna yang bijak…

We accept no responsibility for the use of this article any effects caused by it!

ProfHariz : Sebarang soalan boleh diajukan dibawah..