Umum
Oct 7, 2012, 1:43am

Rahsia SEO Google Search Engine Result Page


Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat ilahi di atas semua limpah kurniaanNYa. Walaupun PH tidak berjaya menjadi juara Cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati tapi PH berjaya menjadi pemenang di nombor 4. Memang pada mulanya agak sedih kerana usaha yang agak gigih seminggu selepas raya untuk kekal tangga 2 di Search Engine Result Page Google.com.my. Tapi mungkin ada hikmah disebalik result ini kan ?

SERP

Sebenarnya PH tersenyum lebar apabila melihat strategi-strategi yang diaturkan oleh pemenang pertama dan kedua cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati ini. Pada mulanya ingatkan PH sahaja yang usaha gigih atur strategi yang lebih baik. Tapi PH silap, mereka lebih gigih, bijak dan rajin. Dan memang patut mereka boleh menang ! Malah mereka juga rajin menyajikan entri khas kongsikan Rahsia kejayaan. Tahniah! Bukan mudah rasanya untuk otai-otai SEO berkongsi rahsia kejayaan! Pada pendapat PH sendiri, Matlamat asal SEO ini pun sudah tercapai. Tahniah Eyriqazz.

Rahsia SEO ON PAGE

Berdasarkan pada Page Rank dan authority profhariz.com memang susah untuk berada di tangga pertama bagi keywords “Eyriqazz vs Denaihati” kerana PH mempunyai persaingan yang hebat iaitu Forblogger.net dan juga Ciktom.com. Mengapa persaingan yang hebat? Okey mari sini. Jika kalian kaji blog Forblogger, dia mempunyai authority yang tinggi iaitu PR4 dan rajin update. Jika hendak dibandingkan dengan blog profhariz.com yang update sebulan 2 3x sahaja dan PR cuma 2. Macam mana google nak sayang? Kalau nak SERP yang baik perlulah pikat google dulu sebagaimana yang di katakan oleh forblogger sendiri.

SEO ON PAGE

Dalam contest Eyriqazz Vs Denaihati PH lebih banyak melakukan optiminasi ON PAGE berbanding OFF PAGE. Dan InsyaAllah PH akan cuba berkongsi Rahsia SEO ON PAGE untuk pikat Search Engine Result Page semaksima yang mungkin. Untuk bercerita mengenai OFF PAGE minta maaf, PH memang tak pandai. Malah dalam SEO ini pun rasanya PH masih newbie.

Sebelum itu mari kita lihat Apakah itu SEO ON PAGE. SEO ON PAGE ialah teknik yang dilakukan di dalam blog/content/entri dan sewaktu dengannya untuk memastikan blog anda berada di laman pertama hasil carian google.com.my. Dalam bahasa mudah SEO ON PAGE ialah semua perkara yang dilakukan didalam blog anda sahaja. Sekiranya blog profhariz.com segalanya berlaku di dalam profhariz.com tidak kepada denaihati.com. Jelas ?

Teknik SEO ON PAGE Dalam Entri

Apabila melakukan SEO ON PAGE pasti ada rahsia dan teknik-tekniknya betul ? Jika tahu ON PAGE sahaja tak tahu tekniknya bermakna tak bermanfaatlah ilmu itu. Jadi disini PH cuba kongsikan Teknik SEO ON PAGE yang dilakukan oleh PH bagaimana untuk tawan SERP Google.com.my antaranya.

– Menghasilkan content yang berkualiti.
Maksud content yang berkualiti adalah content yang fresh tidak copy paste ! Hasil penulisan adalah 100% daripada idea sendiri.

– Pengulangan Keywords dalam content
Jika anda perasan dalam content yang dihasilkan PH cuba mengulangi keywords yang ditarget iaitu “Eyriqazz Vs Denaihati” di dalam setiap perenggan. Tak silap dalam keseluruhan entri PH mengulangi Keywords yang ditarget adalah sebanyak 11kali.

– Linkkan Entri kepada Keyword
Cuba untuk memasukkan satu link entri kedalam entri dengan keyword anda. Contohnya tajuk entri Eyriqazz vs Denaihati Blogger Malaysia kemudian masukkan link anda https://profhariz.com/2012/09/eyriqazz-vs-denaihati-blogger-malaysia/ maka akan menjadi seperti berikut Eyriqazz Vs Denaihati Blogger Malaysia.

– Gunakan BOLD dan ITALIC pada Keywords
PH juga menggunakan BOLD dan ITALIC pada keyword yang ditarget iaitu Eyriqazz Vs Denaihati. Malah ada yang warnakan tujuan benda alah ini untuk crawls nampak yang keyword kita target. Betul ke?

– Keyword perlu ada H1, H2 dan H3
Ini merupakan Long Keyword, walaupun teknik ini agak lama. Tapi sejak dulu hingga kini PH memang pakai strategi ini untuk pikat Search Engine Result Page.

Contoh keyword yang PH target adalah Eyriqazz Vs Denaihati

H1 : Eyriqazz Vs Denaihati : Blogger Malaysia
H2 : Siapa Eyriqazz dan Denaihati,
          Perjalanan Blog Eyriqazz vs Denaihati
          Kekuatan Blog Eyriqazz
          Kelebihan Blog Denaihati
H3 : Tiada. Jika ada H3 lebih baik.

– Keyword Pada Gambar

<div id=”attachment_4750″ style=”width: 460px”><a href=”https://profhariz.com/2012/09/eyriqazz-vs-denaihati-blogger-malaysia/”><img class=”size-large wp-image-4750    ” title=”Eyriqazz Vs Denaihati” src=”https://profhariz.com/wp-content/uploads/2012/07/Eyriqazz-vs-Denaihati-450×208.jpg” alt=”Eyriqazz vs Denaihati 450×208 Eyriqazz Vs Denaihati : Blogger Malaysia” width=”450″ height=”208″ /></a><p>Eyriqazz vs Denaihati</p></div>

Bagi memudahkan keyword paga gambar PH menggunakan plugin SEO Friendly Images

Teknik SEO ON PAGE Pada Sidebar

– LINK EX

Rahsia SEO ON PAGE

PH cuba untuk berkongsi LINK EX iaitu bersama http://syahrilhafiz.com dan juga http://akubiomed.com/ bagi menghasilkan backlink dan juga menarik pembaca untuk klik.

– BANNER FLASH

Rahsia SEO Black Hat

Banner flash yang PH letakkan disebar juga untuk menarik minat pembaca untuk klik. Jika semakin banyak orang klik entri kita maka semakin mudah untuk kita berada di SERP kan? Tetapi apa yang PH faham bagi Banner ini lebih baik kita meletakkan gambar format gif dan linkkan entri yang kita target.

Teknik SEO ON PAGE di Footer

Rahsia SEO

– PH meletakkan Keyword Eyriqazz vs Denaihati di footer. Sebab apa PH letak macam ini? Kebiasaanya crawls akan masuk daripada header dan keluar dari footer, jadi dari situ sebelum crawls keluar akan nampaklah yang keywords Eyriqazz Vs Denaihati

Main Index Template

SERP ON PAGE

– Meletakkan keyword di situ untuk menarik minat crawls.

Rasanya itulah sedikit teknik yang PH lakukan untuk pikat Google Search Engine Result Page bagi orang yang sibuk seperti PH untuk melakukan optiminasi OFF PAGE SEO. Tetapi dalam konsep SEO yang sebenar, ON PAGE SEO hanya 40%, manakala OFF PAGE SEO 60%. Jadi rakan-rakan perlulah rajin untuk melakukan optiminasi OFF PAGE dengan banyak membina backlink yang berkualiti dan linkwheel. Jika ada yang salah mohon rakan-rakan tegur dan perbetulkan 🙂

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: