Homestay atau Inap Desa masa kini merupakan salah satu industri perniagaan yang kian berkembang. Tidak pernah terfikir oleh kita suatu masa dahulu konsep Homestay ini mampu menjadi ‘trend’ dalam industri pelancongan. Perkembangannya tidak mengambil masa yang lama. Lebih kurang 5-7 tahun kemudian, konsep homestay sudah diterima oleh masyarakat.
Kini, semakin ramai yang berlumba-lumba ingin menjadi pengusaha homestay. Malah di ceruk-ceruk kampung kita boleh melihat homestay-homestay dikendalikan oleh penduduk setempat.
Berikut merupakan lima kelebihan homestay berbanding hotel.
Berbanding hotel, homestay akan dihias mengikut personality pemiliknya. Ataupun sumber inspirasi. Setiap bilik boleh dihias sekreatif mungkin. Jadi, anda akan merasakan seperti rumah kedua anda.
Apabila anda tinggal di homestay, kos anda boleh dikurangkan sebanyak lebih dari 60% kerana satu bilik untuk dua orang puratanya berharga RM150 manakala homestay membolehkan anda menginap untuk seluruh keluarga. Ada sesetengah homestay, mereka akan charge dengan harga yang amat rendah kerana mereka suka menerima tetamu dan bukan mementingkan pulangan yang besar.
Kebanyakan tempat di mana terletaknya homestay merupakan tempat tarikan pelancong mahupun hampir dengan pelabuhan atau institusi pendidikan seperti universiti dan sekolah berasrama. Seperti yang kami katakan, homestay menjanjikan suasana yang lebih tenang kerana ia seperti rumah kedua anda.
Selalunya, pemilik homestay akan melakukan aktiviti seperti membersihkan rumah, menyediakan sarapan bahkan membantu mengangkat beg anda. Secara tidak lansung, anda boleh menjalin silaturrahim sesama pemilik homestay.
Ada banyak sebab sesebuah homestay diwujudkan. Ada yang mengambil peluang yang tersedia.
Puteri Harbour Muslim Homestay mengalu-alukan kedatangan pengunjung-pengunjung ke homestay yang terletak di Nusajaya, Johor Bahru, Johor.
Bandar Nusajaya atau kini dikenali sebagai Iskandar Puteri ini merupakan sebuah projek pembangunan bandar bertaraf dunia antara yang terbesar di Asia Tenggara. Sudah semestinya Puteri Harbour Muslim Homestay memberikan akses yang mudah serta kelebihan bagi anda yang memandu kenderaan sendiri.
Puteri Harbour Muslim Homestay terletak di Teega residences Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor. Ia merupakan kawasan yang sangat strategik kerana ia berdekatan dengan tempat-tempat perlancongan di Johor. Antara tempat yang menarik di sekitar Puteri Harbour Muslim Homestay ialah;
Tanjung Puteri atau Puteri Harbour adalah salah satu tarikan terbaru di Johor yang boleh anda lawati bersama seisi keluarga. Dengan keindahan pantai yang bersih dan luas, kawasan pelabuhan ini tentunya akan memberi ketenangan kepada warga kota yang ingin bersantai bersama keluarga.
Ada bermacam-macam rekaan arca yang diperbuat daripada buluh. Bila dah puas berjalan dan mengambil gambar, ada banyak pilihan restoran dan tempat makan yang best di sekitarnya. Tempat letak kereta pun banyak, tak perlu pening kepala lagi. Pemandangannya semasa matahari terbenam memang cantik!
Dalam kawasan Tanjung Puteri ini, terdapat juga tarikan lain yang pastinya menghiburkan seperti Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas Town. Penggemar Hello Kitty pasti teruja dengan rumah lengkap berkonsepkan Hello Kitty dengan bilik tidur, dapur dan ruang tamu di Hello Kitty Town.
Bagi peminat kereta api Thomas, Thomas Town menanti dengan replika kereta api serta Windmill Ride, Colin Crane Drop Ride, Harold Helicopter ride, dan pastinya kereta api Thomas untuk dinaiki. Terdapat juga karakter kartun popular yang lain seperti Angry Bird, Barney, Bob The Builder, dan Pingu. Pusat membeli belah, restoran serta kafe turut disediakan untuk kemudahan pengunjung.
Kalau sudah berada di JB, jangan lupa untuk singgah ke Kilang Bateri. Bazaar ala hipster yang asalnya merupakan kilang bateri ini sering menjadi sebutan warga Johor kerana suasananya yang santai dan bersahaja. Pelbagai jenis makanan yang popular di Instagram ada di sini seperti makanan berkonsepkan western oleh LabbyBros dan kacang pool oleh Cupchai.
Pengunjung juga boleh membeli-belah di butik terkemuka di instagram antaranya jenama dari Costuro, SuperSunday dan JohoBaru. Bagi si ulat buku, di sini terdapat kedai buku istimewa iaitu Projek Buku. Kedai gunting rambut 1855 berkonsepkan moden juga ada di sini bagi lelaki yang inginkan gaya rambut yang paling terkini dan trending. Projek usahasama pelbagai jenama dan keluaran tempatan ini begitu membanggakan dan mendapat perhatian hingga pernah dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
KUSO 3D Gallery ini adalah yang pertama di Johor. Di sini, anda boleh masuk ke dalam dunia lukisan 3D dan menjadi superhero berlawan dengan dinasour, memanjat dinding dengan mudah, masuk penjara dengan rela hati atau sumbat kawan-kawan anda ke dalam penjara!
Terdapatnya mesin simulasi 9DVR (Virtual Reality), di mana anda boleh berlawan dengan zombie, dinosaur dan raksasa yang sangat menggerunkan. Kalau nak rasakan sendiri pengalamannya, ajaklah rakan dan keluarga untuk menyertai misi yang penuh keseronokan dan cabaran!
Danga Bay yang dahulunya sebahagian daripada Pantai Lido yang ditambak kini menjadi pusat pelancongan yang terkemuka kerana pembaharuannya yang menarik perhatian pengunjung. Terdapat 4 tarikan utama di Danga iaitu pusat membeli belah Danga City Mall, Danga World Mini Theme Park yang menempatkan permainan karnival sesuai untuk seisi keluarga seperti ferris wheel, merry-go-round dan pirate ship ride.
Anda sekeluarga juga boleh menaiki tram atau basikal untuk mengelilingi sekitar Danga Bay. Akhir sekali, tak sahlah kalau tak makan-makan restoran serta kafe istimewa yang terdapat di sekitarnya.
Rasa tak lengkap percutian seisi keluarga ke Johor Bahru tanpa berkunjung ke taman tema ikonik Legoland. Anda pasti terpesona dengan binaan replika mercu tanda kebanggan Malaysia seperti Menara Kembar KLCC, Masjid Putrajaya serta mercu tanda Negara lain seperti Angkor Wat dan Taj Mahal yang dibina sepenuhnya daripada blok Lego di Miniland. Di bahagian Imagination, anda boleh melihat Legoland secara menyeluruh dari Observation Tower.
Anak-anak boleh membina Lego sendiri, menaiki pelbagai ride yang tersedia dan menonton wayang 4D. Taman temanya terbahagi kepada beberapa bahagian untuk pengunjung terokai iaitu Lego Technic, Lego Kingdoms, The Land of Adventure, Lego City dan Taman Tema Air. Selain bersuka-ria, para pengunjung boleh membeli belah dan menjamu selera di Mall Of Medini serta menginap di Hotel Legoland yang berkonsepkan Pirate, Adventure, Kingdom atau Ninjago.
Sesuai dengan namanya, kawasan hijau yang terletak di tengah bandaraya Johor Bahru ini adalah pusat rekreasi yang mengekalkan fauna semulajadinya dengan modifikasi minimum bagi tujuan pembangunan kawasan ini. Terdapatnya taman permainan ‘Children Adventurous Park’ dan kolam mandi khusus untuk kanak-kanak.
Selain itu aktiviti lain juga disediakan seperti jungle trekking dan kawasan beriadah yang terbuka untuk seisi keluarga. Di lokasi ini juga disediakan untuk aktiviti perkhemahan dan BBQ. Pengunjung juga boleh menjamu selera di Medan Selera Atap Belian sambil menikmati pemandangan semulajadi.
Johor Bahru juga menawarkan tempat menarik bagi pencinta senibina inovatif. Galeri ini mempamerkan penggunaan kayu berlamina glu atau bersalut perekat atau Glulam (Glued Laminated Timber) sebagai bahan asas pembinaan struktur daripada kayu.
Bangunan tersebut sendiri diperbuat daripada 80% kayu serta mengaplikasikan penggunaan glulam dalam pembinaannya bagi mencapai senibina yang ikonik dan moden. Selain untuk penggemar senibina, ia juga bertujuan untuk menjadi pusat rujukan bagi pakar profesional seperti arkitek, jurutera, kontraktor serta semua lapisan pengguna termasuk agensi kerajaan dan swasta termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pihak berkuasa tempatan yang lain.
Homestay ini hanya untuk Muslim sahaja kerana segala kelengkapan yang di berikan hanyalah untuk Muslim sahaja
Puteri Harbour Muslim Homestay menawarkan harga yang amat berpatutan. Homestay Puteri Harbour Muslim Homestay amat bersih dan di jaga dengan rapi untuk memastikan kepuasan pelanggan yang di hormati.
Kadar Bayaran : RM250
Puteri Harbour Muslim Homestay merupakan sebuah homestay yang selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan dan sesuai untuk didiami oleh para pengunjung yang berkeluarga besar. Kawasannya yang cukup luas dapat menjamin keselesaan anda di samping anda dapat menikmati suasana yang tenang dan damai. Selain itu, kemudahan yang disediakan ialah
Master bedroom : 1 queen bed dan 1 bunk bed
Comman bedroom (di hias bertema hello kitty untuk tarik minat kanak-kanak) : 1 queen bed.
Pinggan Mangkuk, Rice Cooker, Cerik, Ketuhar, Meja makan, kelengkapan memasak(induction), Peti Sejuk, Mesin Basuh dengan pengering Automatik, Sabun Mandi dan Ubat gigi.
Meja/kerusi tamu, Iron, Iron Board. Sejadah, Televisyen, Penghawa dingin (whole house), Pemanas air, Wi-Fi dan Tuala
Anda pasti mahu menginap di Puteri Harbour Muslim Homestay ini setelah anda melihat pelabagai review positif yang diberikan oleh para pennginap Puteri Harbour Muslim Homestay ini. Jom lihat review – review yang ditinggalkan oleh para pelanggan Puteri Harbour Muslim Homestay;
Dapatkan tempahan anda sekarang untuk bercuti di Johor Bharu dan anda boleh menghubungi Puteri Harbour Muslim Homestay dengan maklumat di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut;
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang