Review
Aug 18, 2017, 9:12am

Pusat Tuisyen Terbaik di Seremban


  •  
  •  
  •  
  •  

Memastikan anak-anak mendapatkan pendidikan terbaik dan sempurna merupakan tanggungjawab setiap ibu-bapa yang mengambil perhatian terhadap perkembangan dan masa depan anak-anak. Semua ibu bapa ingin memberikan anak mereka dengan pendidikan yang terbaik dan  memastikan bahawa mereka dilengkapi dengan sijil yang diperlukan untuk mengejar cita-cita masa depan mereka.

pusat-tuisyen-terbaik-di-seremban

Walaupun sesetengah ibu bapa mengambil inisiatif untuk membuat jadual untuk memastikan pembelajaran anak mereka secara produktif, masih ramai yang memilih untuk menghantar anak mereka ke pusat tuisyen. Bukan kerana tiada masa, tetapi lebih yakin kepakaran seorang tutor profesional mampu memberikan yang terbaik. Lebih-lebih lagi sesi “one on one”.

Kepentingan dan Manfaat Tuisyen

one-on-one-tuition-seremban

Sejak kebelakangan ini, tuisyen dikatakan sebagai salah satu cara yang paling berkesan untuk membantu pelajar mencapai potensi akademik mereka. Bagi pelajar yang bergelut dengan subjek tertentu, seringkali sukar bagi guru di bilik darjah untuk memberi mereka perhatian dan sokongan yang mereka perlukan. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa guru atau sekolah bersalah.

peranan-guru-sekolah

Di dalam bilik darjah terdapat beberapa pelajar lain dan para guru mempunyai tanggungjawab untuk membahagikan perhatian mereka di kalangan semua pelajar. Mereka perlu mengekalkan motivasi, minat para pelajar, dan memastikan bahawa topik diajar dalam jangka masa yang tertentu supaya semua mata pelajaran telah diajar dengan berkesan.

Manfaat Tutor Satu-Antara-Satu

Dengan menghadiri kelas tuisyen, pelajar mendapat kelebihan dari segi perhatian dan tumpuan satu antara satu dengan tutor, khususnya untuk menangani mata pelajaran yang lebih lemah. Tutor dengan pantas dapat mengenal pasti mata pelajaran yang pelajar sering mengalami masalah dengan mengatasinya dengan menggunakan pendekatan alternatif, atau menjelaskan sesuatu dengan cara yang berbeza supaya pelajar dapat memahami dengan mudah konsep yang sukar.

tuisyen-kawasan-seremban

Sebelum ini, hanya pelajar yang lemah mendapat manfaat daripada tuisyen, namun terdapat perubahan sejak kebelakangan ini. Disebabkan persaingan yang kompetitif untuk masuk ke sekolah, kolej dan universiti ibu bapa cenderung untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Malah bagi mereka yang cemerlang di sekolah, pusat tuisyen menjadi tumpuan utama mendapat latihan tambahan sebelum musim ujian.

seminar-menjawab-soalan-peperiksaan

Tutor dapat membantu pelajar dengan persediaan dan teknik peperiksaan serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk memastikan mereka mencapai gred yang mereka sasarkan.

Seringkali pelajar yang lemah dalam pembelajaran mendapat manfaat kerana berpeluang berbincang masalah dengan tutor subjek yang bermasalah secara terbuka berbanding di sekolah dihadapan dengan tekanan rakan sebaya.

Di sini datangnya Pusat Tuisyen Yakin A. Pusat Tuisyen Terbaik Di Seremban.

Bagaimana Pusat Tuisyen Terbaik Di Seremban Ini Mengubah Pelajar Lemah Menjadi Pelajar Handalan.

yakin-a-logoPusat Tuisyen Yakin A diasaskan oleh guru handalan yang berpengalaman selama 13 tahun dalam bidang pendidikan yang tidak pernah surut dengan pelbagai pembaharuan dan inovasi. Beliau mahir akan selok-belok teknik pengajaran, pembelajaran, pemarkahan dan soalan peperiksaan serta konsep-konsep penting yang dapat memudah cara sekali gus membimbing para pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang.

Keistimewaan Pusat Tuisyen Yakin A ialah penekanan terhadap soalan KBAT

Yakin A info

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Berbeza dengan Kemahiran Berfikir Aras Rendah, KBAT menuntut pelajar lebih daripada sekadar menghafal nota, rumus atau butiran penting sesuatu subjek. Soalan-soalan KBAT yang merangkumi kemahiran kognitif mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta memerlukan pelajar mencerakin dan menghubung idea kepada komponen-komponen untuk memahami perhubungan antara komponen serta membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan kriteria yang spesifik.

kbat poster-offHOTS POSTER

Kebanyakan pelajar menemukan kesukaran untuk menjawab soalan KBAT disebabkan aras kesukaran yang lebih tinggi dan gagal memahami konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah. Hal ini mengakibatkan markah peperiksaan mereka terjejas sekali gus mempengaruhi kedudukan dalam darjah/tingkatan dan motivasi mereka sendiri.

yakin-a-learning-system

 Jangan gusar! Pengasas Yakin A, bagaimanapun mempunyai rahsia untuk menguasai teknik menjawab soalan KBAT. Fokus diberikan dengan latihan latih tubi menjawab pelbagai bentuk soalan KBAT mengikut aras yang berbeza-beza. Kebiasannya, sesi berdurasi satu jam akan diperuntukkan untuk melatih pelajar membiasakan diri dengan soalan KBAT. Ini secara tidak langsung mengakrabkan pelajar dengan bentuk-bentuk soalan KBAT dan menjadikan mereka secara psikologi tidak gentar berdepan dengan soalan-soalan yang menuntut mereka untuk berfikir menjangkaui apa yang terkandung di dalam buku teks.

VAK learning poster 

Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung secara efektif dan kondusif, pengasas Yakin A mempunyai teknik tersendiri dengan mengesan metod terbaik pelajar menimba ilmu. Seseorang itu secara amnya boleh dibahagikan mengikut personaliti yang berbeza sama ada visual, auditor atau kinetetik. Ujian akan dilaksanakan untuk mengenal pasti jenis personaliti pelajar. Seterusnya, ini memudahkan interaksi antara tenaga pengajar dengan pelajar. Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar itu lebih cenderung terhadap rangsangan visual, maka lebih banyak stimuli dalam bentuk gambar rajah, carta, peta minda, karikatur dan sebagainya akan digunakan dalam proses pembelajaran justeru ia lebih cekap dan mampu menyerap apa yang disampaikan dengan lebih efisien.

imran _ zariq class

Teknik membahagikan pelajar mengikut personaliti mereka secara tidak langsung berupaya membenarkan mereka belajar dengan penguasaan yang optimum dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang mempunyai bakat belajar yang sama sekali gus perbincangan dalam kumpulan kecil akan bertambah efektif. Pelajar-pelajar turut diminta untuk melakukan presentasi di depan kelas bagi membina keyakinan diri serta berkongsi maklumat yang dimiliki oleh mereka. Bagi pelajar-pelajar yang bersifat kinetetik, melalui subjek Sains, mereka akan dibimbing menerusi teknik pembelajaran yang lebih praktikal.

aktiviti pembelajaran yang menarik

Yakin A juga mendidik pelajar teknik menjawab soalan berteraskan skema pemarkahan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi memastikan jawapan yang diberikan selaras dengan kehendak soalan. Para pelajar akan didedahkan dengan kertas soalan percubaan berbilang negeri sebagai latihan untuk membiasakan mereka dengan pelbagai jenis set soalan. Teknik mengesan kata kunci ditekankan supaya mereka dapat menghubungkan jawapan dengan lebih mudah dan cepat. Selain itu, taktik dan cara mengemukakan jawapan dan idea turut diperturunkan kepada pelajar. Dengan bimbingan yang berterusan ini, perubahan positif dalam diri dan pencapaian pelajar dapat dilihat seawal lapan sesi kelas atau lapan jam.

aktiviti-bersukan-untuk-minda-cergas

Bukan sahaja kecemerlangan akademik yang menjadi prioriti pusat tuisyen ini, sebaliknya pembinaan sahsiah dan moral tidak sesekali diabaikan. Yakin A ternyata berbeza daripada pusat-pusat tuisyen lain yang hanya memfokuskan gred dan keputusan peperiksaan. Yakin A percaya kepada pencapaian yang berimbang dan holistik. Pelbagai aktiviti luar bilik darjah disediakan termasuklah aktiviti bersukan dan riadah yang berupaya meningkatkan kecergasan dan kecerdasan pelajar di samping melatih mereka supaya bekerja dengan kumpulan serta lebih berdisiplin. Ini ialah bonus yang dipakejkan oleh tenaga kerja Yakin A bagi melahirkan pelajar-pelajar yang terbilang dari aspek rohani dan akademik serta menyediakan mereka untuk menempuhi institusi pengajian tinggi.

Maklumbalas Ibubapa Mengenai Pusat Tuisyen Terbaik di Seremban Ini

Ini terbukti dengan testimoni-testimoni dan maklumbalas dari ibubapa seperti yang ditunjukkan didalam gambar-gambar berikutnya.

aisy testimonialiff k.syah testimonitestimoni-supermanzharfan testimoni

Video Ibubapa Mengenai Pusat Tuisyen Terbaik di Seremban Ini

Sistem pembelajaran berasaskan teknik praktikal dan eksperimen ringkas untuk subjek sains memastikan pelajar mudah menerima modul yang kami terapkan. Tetapi sasaran pusat tuisyen terbaik di Seremban ini bukan semata-mata terhadap akedemik sahaja. Sahsia pelajar juga diutamakan. Rata-rata pelajar yang menimba ilmu dari Pusat Tuisyen Yakin A menjadi lebih yakin di samping lebih bijak menguruskan masa.

pusat-tuisyen-yakin-A-cikgu-nora

Selain aktiviti pembelajaran di dalam darjah, Pusat Tuisyen Yakin A juga menjalankan aktiviti luar darjah sebagai hadiah bagi pelajar yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.

Segala nota dan latihan yang disediakan pusat ini boleh didapati secara atas talian melalui laman web di www.cikgunorateam.com.

Pusat Tuisyen Yakin A diasaskan oleh Cikgu Nora, seorang pendidik berwawasan yang percaya dalam membuat perubahan dalam kehidupan pemimpin masa depan melalui ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan.

Pusat tuisyen terbaik di Seremban ini, bertujuan untuk memupuk minda muda cemerlang dalam bidang akademik, sosial dan memenuhi aspirasi ibu bapa untuk menjamin masa depan yang lebih baik untuk mereka yang tersayang.

year 3 bm class

Bagaimana Untuk Mendaftar Masuk Pusat Tuisyen Yakin A ?

Sebelum mendaftar, pelajar layak mendapat sesi percubaan percuma selepas pengesahan oleh pentadbiran Pusat Tuisyen Yakin A. Sesi percubaan percuma ini ditawarkan kepada pelajar untuk menyesuaikan diri dengan atmosfera pusat tuisyen dan mengalaminya sendiri kaedah pembelajaran dan teknik diajar.

Budaya yang di tonjolkan di pusat ini akan memupuk mereka menjadi pelajar yang proaktif apabila mereka menyertai keluarga Pusat Tuisyen Yakin A. Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Pusat Tuisyen Yakin A dengan cara berikut:

PUSAT TUISYEN YAKIN A | PUSAT TUISYEN TERBAIK DI SEREMBAN

Telefon: 01111489769 | Link WhatsApp Email: cikgunorateam@gmail.com

Website: http://www.cikgunorateam.com Pendaftaran Online: http://www.cikgunorateam.com/registration

Alamat: Pusat Tuisyen Yakin A, 36,1st Floor, Jalan S2F1, Garden Homes, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

peta-pusat-tuisyen-noraProf Hariz : Kini tiada alasan lagi untuk anak-anak anda tidak cemerlang. Jom segera daftar Pusat Tuisyen Terbaik di Seremban ini untuk pelajar sekolah rendah / menengah tahun 1 hingga tingkatan 5 SEKARANG !
Jom daftarkan anak di Tuisyen Yakin A SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom daftarkan anak di Tuisyen Yakin A SEKARANG!