Review
Dec 20, 2018, 12:07pm

Pusat Kursus Kahwin Terbaik di Kuala Lumpur


Kursus Kahwin, Kursus Perkahwinan atau Kursus Pra Perkahwinan adalah ungkapan yang sering kita dengar sebelum seseorang atau pasangan masing-masing menempuh gerbang perkahwinan. Mengapa perlunya kursus kahwin?

kursus kahwin di kl

Kursus kahwin sememangnya sinonim bagi setiap pasangan yang ingin menamatkan zaman bujang masing-masing. Adakah anda dan pasangan sedang mencari pusat kursus terbaik di Kuala Lumpur? Teruskan pembacaan.

Wajib Diambil Oleh Mereka Yang Ingin Berkahwin

kursus kahwin wajib untuk pasangan

Sebelum itu, kursus kahwin atau kursus pra perkahwinan adalah wajib diambil dan dihadiri bagi setiap pasangan Islam sebelum mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing-masing yang kebiasaannya diadakan selama dua hari. Kalau dahulu kursus seperti ini hanya digalakkan untuk pasangan yang mahu berkahwin, tapi kini ia menjadi satu kewajipan bagi mana-mana pasangan yang mahu berumahtangga. Jadi hendak tak hendak anda perlu menamatkan kursus ini jika mahu berkahwin. Kursus ini boleh diambil bersama pasangan atau secara individu, bermakna anda tidak semestinya hendak berkahwin baru boleh mengikuti kursus ini.

Kursus Pra Kahwin Sebagai Langkah Pertama Membentuk Rumahtangga Harmoni

Untuk makluman, Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan bertujuan untuk memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Agar dapat mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

input dari kursus kahwin

Kursus ini sebenarnya wajib dan penting kerana kita akan diajar akan apakah tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri apabila sudah berumahtangga kelak. Kursus ini boleh dikira sebagai “refresh” tentang apa yang dah dipelajari dalam Pendidikan Islam semasa alam persekolahan dahulu. Selain itu, kita juga akan diajar bagaimanakah prosedur-prosedur yang perlu kita ikuti untuk mendapatkan kebenaran untuk bernikah.

Kenapa Umat Islam Diwajibkan Ambil Kursus Perkahwinan?

Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai prosedur yang perlu kita ikuti dan fahami sebelum menjadi seorang suami isteri yang sah. Pelbagai tanggungjawab dan perkara perlu kita pikul setelah bergelar suami atau isteri. Atas sebab itu, jabatan agama mengadakan kursus perkahwinan ini untuk bakal-bakal suami atau isteri supaya dapatlah bakal-bakal suami atau isteri ini bersedia dan tahu akan tanggungjawab, dan tahu akan apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila sudah berkahwin kelak.

proses perkahwinan dalam kursus perkahwinan

Pusat Kursus Perkahwinan Terbaik Di Kuala Lumpur

Susah nak cari pusat kursus kahwin di KL? Apa kata cuba pusat kursus kahwin Masjid Negara & Masjid Al-Firdaus Kuala Lumpur. Lokasi pusat kursus ini terletak di masjid Al-firdaus, Segambut (Tepi Jalan kuching) & Masjid Negara Kuala lumpur. Disinilah satu-satunya pusat kursus kahwin yang paling ramai pergi kerana konsep kursus kahwin yang santai dan tidak membosankan.

tempat kursus kahwin di kl

Penceramah Yang Mesra Dan Sporting

Kalau dah namanya kursus, majoriti akan menganggap ianya bosan. Majoriti pula beranggapan sebaliknya setelah tamat kursus. Kursus kahwin ni taklah bosan seperti yang difikirkan kerana penceramah-penceramah yang dijemput sangat memahami keadaan peserta malah sering diselitkan  dengan lawak jenaka dalam ceramah-ceramah berinfomasi yang disampaikan.

keadaann semasa kursus kahwin

Jangan bimbang ok ! Hampir 95% penceramah semuanya ustaz – ustaz yang didatangkan khas dari Jabatan Agama Islam.

Mereka ini amat mesra, berpengalaman dan mempunyai latarbelakang ilmu pendidikan Islam dan psikologi kekeluargaan yang tinggi. Penyampaian mereka amat bersahaja dan adakalanya mencuit hati sehingga membuatkan anda boleh sering tersenyum atau ketawa terbahak. Dalam berjenaka dan bergelak tawa sepanjang kursus, apa yang penting adalah isi kandungan yang cuba disampaikan kepada kita. Pastinya tidak membosankan & memang sporting habis !

Terima Sijil Pra Perkahwinan Pantas Dan Cepat

Sijil penyertaan lazimnya akan diberikan pada hari kedua setelah tamat kursus. Sijil perlu disimpan untuk kegunaan semasa memohon surat kebenaran berkahwin nanti. Bagi peserta lelaki yang ada hajat nak kahwin 2,3 atau 4, simpan sijil anda di tempat selamat. Anda boleh gunakan sijil ini untuk pernikahan-pernikahan anda.

sijil kursus kahwin dapat segera

Sijil Tidak Mempunyai Tarikh Luput

Sijil akan dianugerahkan serta merta selepas tamatnya kursus pada hari kedua ( Ahad ). Sijil yang dikeluarkan itu diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan Jakim. Menariknya, sijil ini tiada sebarang tarikh luput dan ianya boleh digunakan seumur hidup anda. Juga, ianya sah laku untuk digunapakai diseluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuklah di Sabah & Sarawak.

sijil kahwin tiada tarikh luput 

Tidak Perlu Menjalani Sebarang Exam Atau Seumpamanya

Memang 100% tiada sebarang exam atau ujian, samada secara lisan mahupun bertulis. Juga, tiada sebarang temuduga, assignment atau soal jawab secara individu semasa anda berkursus nanti. Anda hanya duduk bersantai, dengar penuh bersemangat dan fahami sahaja ilmu kekeluargaan yang disampaikan oleh Penceramah. Pun begitu, adalah hak anda untuk bertanyakan soalan jika anda rasakan perlu. Best.. bukan ?

exam kursus kahwin tiada

Bagaimana Dengan Etika Berpakaian & Peraturan Bila Berkursus ?

Pastinya ianya tidak keras dan tidak mengongkong. Namun anda perlu fokus mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Perak khususnya dalam etika berpakaian dan juga dalam menjaga disiplin serta kesopanan diri semasa berkursus. Anda juga perlu memberi kerjasama & mematuhi sebarang arahan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur dari masa ke semasa.

etika hadir kursus kahwin

Keperluan Yang Perlu Dibawa Bila Berkursus ?

Yang penting, kena fokus & pastikan kad pengenalan anda dibawa. Semasa pendaftaran nanti, anda akan dibekalkan dengan sebuah buku iaitu ‘ Gerbang Perkahwinan ‘, sebatang pen, sebuah buku tulis bersaiz kecil serta beberapa risalah yang berkaitan ( jika ada ). Anda digalakkan membawa buku tulis tambahan sekiranya anda ingin mencatat lebih. Selain itu anda boleh membawa sebotol air mineral dan sedikit bekalan gula-gula, jika perlu. Mudah & simple, betul ?

perkara perlu di bawa semasa kursus perkahwinan

Peraturan Penting Untuk Peserta Kursus

  • Sikap

Niat berkursus hendaklah ikhlas kerana Allah semata mata. Berakhlak mulia sepanjang kursus berjalan, seperti memberi salam, beramah mesra serta tolong menolong antara satu sama lain. Menumpukan sepenuh masa, tenaga, perhatian dan kebolehan kepada kursus.

sikap semasa hadir kursus

  • Kehadiran

Peserta diwajibkan menghadiri kuliah yang diadakan sepertimana yang dijadualkan kecuali di atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan setelah mendapat keizinan dari Penyelaras Kursus. Peserta dikendaki berada di dalam dewan kuliah selewat-lewatnya lima minit sebelum kuliah bermula. Setiap peserta dikehendaki memberi kerjasama/ mengambil bahagian di dalam semua aktiviti yang dijalankan. Peserta dikendaki memakai tanda nama disepanjang kursus berjalan.

peserta kursus kahwin di masjid segambut

  • Pakaian dan peralatan

Hendaklah sentiasa berpakaian bersih, kemas, menutup aurat, bertudung dan tidak berpakaian yang menjolok mata bagi peserta wanita. Tidak dibenarkan memakai baju Tshirt tanpa kolar dan seluar jeans semasa berkursus bagi peserta lelaki. Tuala, sabun mandi, berus/ ubat gigi, pensil, pen dan lain lain hendaklah dijaga dengan baik. Penjagaan barang kemas / barang berharga adalah tanggungjawab peserta sendiri.

pakej kursus kahwin murah di kuala lumpur

  • Dewan makan

Peserta dikendaki makan/ minum secara berjemaah. Pastikan semua peserta telah duduk dan doa dibacakan sebelum makan/ minum. Makan/ minum hendaklah dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh peserta yang diamanahkan oleh Penghulu Kursus. Peserta hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tempat makan / minum.

makanan disediakan untuk perserta kursus kahwin

  • Merokok

Merokok tidak dibenarkan di tempat-tempat seperti Dewan Kuliah, Tempat Solat, Bilik Penginapan dan Dewan Makan. Merokok hanya dibenarkan diluar waktu kuliah dan di tempat ‘Sudut Merokok’.

dilarang merokok sepanjang kursus

Kelebihan berkursus Di Masjid Negara & Masjid Al-Firdaus Kuala Lumpur

  • Diadakan SETIAP HUJUNG MINGGU Sabtu [2.30 ptg – 6.45 ptg] dan Ahad [8.30 pg – 6.30 ptg]
  • Sijil dikeluarkan oleh pihak JAWI / JAKIM. Sah seluruh Malaysia dan tiada tarikh luput.
  • Sijil akan diterima SEHARI SELEPAS menghadiri kursus.
  • Kursus dijalankan Di Dewan Kuliah Masjid Negara & Masjid Al-Firdaus yang terdapat banyak kemudahan :
  • Dewan kursus yang sangat selesa
  • Parkir percuma (Tak perlu fikir dah pasal nak bayar parking, hehehe)
  • Makan 3 kali sehari
  • tempat solat yang amat selesa & mudah,
  • tempat makan yang bersih, aircond, alat audio visual, parking free dan tandas yang selesa.
  • Yuran di-tetapkan oleh JAWI : RM 120 Sahaja.

ruang masjid al firdaus

Pusat Kursus Kahwin Terbaik Di KL, Lihat Testimoni :

testimoni peserta kursus kahwin di kuala lumpur testimoni peserta kursus kahwin di kuala lumpur

Daftar Kursus Perkahwinan Sekarang!

daftar kursus kahwin segambut

Jika anda ingin berumahtangga, atau sekiranya anda ingin mengikuti kursus kahwin ini. Daftarkan diri anda secepat mungkin.

KURSUS KAHWIN TERBAIK DI KUALA LUMPUR
Hubungi: Tekan untuk telefon (012-2456675) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Kursus Kahwin Segambut
Website: https://daftarkursuskahwin.wordpress.com/ | http://kahwinkl.com/

Lokasi Pusat kursus :
Masjid Al-Firdaus Segambut

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: