Review
Jan 16, 2018, 10:25am

Pusat Fisioterapi Shah Alam | Rawat Sakit Sendi dan Kecederaan Sukan Serendah RM80


Fisioterapi adalah gabungan daripada dua perkataan, fisio atau fisiologi yang membawa maksud fungsi, dan terapi iaitu penjagaan. Jadi, makna menyeluruh bagi fisioterapi ialah penjagaan atau pemulihan fungsi anggota badan. Lazimnya di Malaysia, orang hanya mengetahui tentang fisioterapi untuk membantu merawat dan memulihkan pesakit yang mengalami kecederaan fizikal seperti selepas kemalangan, strok, terlantar akibat sakit tua, dan penyakit-penyakit yang melibatkan anggota badan.

pusat fisioterapi shah alam 05

Fisioterapi adalah rawatan yang dilakukan untuk membantu mengembalikan fungsi dan gerakan bahagian tubuh seseorang akibat luka, sakit, atau hilangnya kemampuan tubuh. Selain itu, fisioterapi juga dilakukan untuk mengurangi risiko terluka atau sakit di kemudian hari. Rawatan ini berupa gerakan, latihan, terapi manual, dan banyak lagi. Secara asasnya, ia melibatkan latihan senaman dan pergerakan yang memberi penumpuan terhadap bahagian otot bermasalah supaya individu yang terlibat dapat kembali melakukan aktiviti harian mereka secara normal.

Peranan Fisioterapi Yang Di Salah Anggap

pusat fisioterapi shah alam 15

Pemahaman masyarakat kita tentang fisioterapi hanya terhad kepada kelompok masalah tertentu sahaja terutamanya kepada mereka yang baru sahaja kemalangan atau pernah melalui pembedahan pada bahagian anggota badan. Sebenarnya fisioterapi mempunyai peranan lebih daripada itu. Segala kesakitan yang dialami oleh tubuh badan manusia berpunca kepada masalah fisio yang berhubung kait dengan kardiotorasik, musculorskeletal dan penyakit saraf di mana fokus diberikan kepada masalah yang menjejaskan pesakit untuk bergerak dan berfungsi dengan berkesan

Rawatan Fisioterapi Atau Berurut, Mana Lebih Bagus?

pusat fisioterapi shah alam 14

Terapi ini bukanlah rawatan alternatif tetapi cabang di bawah sains kesihatan klinikal. Mereka yang sering mengalami masalah seperti sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit tumit dan sakit sendi digalakkan untuk bertemu dengan ahli fisioterapi berbanding berurut secara tradisional kerana dikhuatiri hanya akan memburukkan lagi masalah yang dialami. Bagi sesetengah orang rawatan fisioterapi merupakan satu aktiviti senaman biasa dan perlu dilakukan pesakit yang dirujuk oleh doktor ke pusat tersebut. Tidak kurang juga, ada dalam kalangan kita hanya memandang ringan rawatan tersebut, namun hakikatnya fisioterapi adalah satu bentuk rawatan pemulihan penting yang dapat membantu meredakan kesakitan.

Rawatan Fisioterapi Klinik Orthopedik Dinamik Memulihkan Gerakan Fizikal Secara Maksimum Tanpa Perlu Dibedah

pusat fisioterapi shah alam 01

Klinik Orthopedik Dinamik yang terletak di Shah Alam, Selangor merupakan salah satu klinik fisioterapi yang merawat serta memulihkan masalah fizikal seseorang. Fisioterapi di sini merupakan satu bentuk perkhidmatan kesihatan yang diberi kepada individu untuk memelihara dan memulihkan gerak badan fizikal pesakit secara maksimum. Dalam erti kata lain, rawatan itu tidak memerlukan sebarang pembedahan dan lebih menjurus kepada usaha memulihkan seseorang menerusi beberapa pendekatan melibatkan 60 peratus aktiviti senaman. Rawatan fisioterapi juga dilakukan secara manual seperti urutan atau dengan menggunakan pelbagai mesin khas.

Fisioterapi Kaedah Terbaik Memulihkan Sistem Badan

pusat fisioterapi shah alam 02

Rawatan fisioterapi juga dapat membantu pesakit dewasa yang mempunyai komplikasi. Rawatan ini  merupakan kaedah terbaik dan sistematik bagi menilai fungsi tubuh yang tidak sempurna, antaranya sistem tulang, otot dan sendi, sistem kardiovaskular serta saraf.

Kaedah Fisioterapi Merawat Masalah Kecederaan Ketika Bersukan

Seperti yang kita ketahui, atlet berprestasi tinggi yang menjalani latihan yang berterusan dan berisiko tinggi untuk mendapat kecederaan. Isu kecederaan adalah asam garam dalam kerjaya  seorang atlet. Oleh sebab itu, fisioterapis akan menyediakan penilaian terperinci berdasarkan kepakaran, kajian terkini melibatkan rawatan dan rehabilitasi yang lebih efektif serta pendidikan kepada atlet dalam mencegahan kecederaan sukan bagi memastikan mereka bebas daripada kecederaan dan cergas untuk latihan dan pertandingan.

pusat fisioterapi shah alam 11

Salah satu kecederaan yang sering terjadi dalam masyarakat adalah ketika bersukan. Terseliuh, bengkak, tisu koyak dan pelbagai masalah lain memang tidak dinafikan akan terjadi pada mereka yang suka bersukan. Kecederaan seperti ini jika dibiarkan boleh memudaratkan jika tiada rawatan yang betul. Berkemungkinan jika dibiarkan boleh mendatangkan masalah lain pula pada masa akan datang. Rawatan yang terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan membuat rawatan fisioterapi.

Klinik Orthopedik Dinamik Merawat Dan Mengenal Pasti Masalah Pesakit | Pusat Fisioterapi Shah Alam

pusat-fisioterapi-shah-alam-06

Kecederaan akibat terkehel atau terseliuh boleh berulang berkali-kali jika tidak dirawat dengan betul kerana struktur tisu dan otot di tempat kecederaan sudah makin lemah menyebabkan pesakit senang terkehel di tempat yang sama. Senaman boleh menguatkan semula otot dan tisu yang menjadi lemah akibat kecederaan tertentu. Seelok-eloknya pemulihan kecederaan sebegini memerlukan fisioterapi. Pesakit boleh ke klinik Orthopedik Dinamik untuk berjumpa dengan doktor ortopedik, iaitu yang paling sesuai untuk menilai dan merawat kecederaan melibatkan sendi, tulang dan tisu lembut.  Fisioterapi ini seperti satu program pemulihan menerusi cara mengajar dan melatih pesakit teknik yang betul untuk bergerak bagi mengurangkan sakit dan mengajar anggota badan kembali bergerak dan berfungsi seperti sediakala.

Peralatan Yang Lengkap Di Klinik Orthopedik Dinamik, Shah Alam | Pusat Fisioterapi Shah Alam

pusat-fisioterapi-shah-alam-08

Klinik Orthopedik Dinamik dilengkapi dengan peralatan terkini menggunakan kaedah elektroterapi atau terapi manual dan senaman terapeutik. Kaedah elektroterapi merangkumi rawatan menggunakan ultrabunyi, mesin tarikan untuk bahagian tulang belakang (traction), rawatan haba dan inframerah, manakala manual pula seperti senaman dan terapeutik.

Kaedah Fisioterapi Yang Menenangkan Sama Seperti Rawatan Di Spa | Pusat Fisioterapi Shah Alam

pusat-fisioterapi-shah-alam-09-e1516069081346

Pusat fisioterapi sebenarnya berfungsi seperti spa kerana berupaya mengurangkan lenguh-lenguh dan kesakitan pada bahagian tertentu anggota badan. Namun, fungsi fisioterapi lebih berkesan kerana menggunakan elemen sains perubatan sebagai rujukan utama berbanding spa yang hanya memberi kelegaan bersifat sementara. Sudah pasti rawatan fisioterapi menjadi rawatan yang terbaik dalam segala masalah kecederaan fizikal.

Mengenalpasti Masalah Fizikal Dengan Mudah Dan Berkesan Di Klinik Orthopedik Dinamik, Shah Alam | Pusat Fisioterapi Shah Alam

pusat-fisioterapi-shah-alam-03

Fisioterapi mencegah, mengenal pasti, membetulkan, dan melegakan ketidakfungsian pergerakan yang kadang-kadang terjadi atau berpanjangan dengan penekanan diberikan kepada kemudahan pergerakan, gaya hidup berdikari, dan kesihatan. Pasukan pakar fisioterapi di Klinik Orthopedik Dinamik berpengalaman menyediakan khidmat nasihat dan rawatan intervensi yang berkesuaian khusus pada anda yang menghadapi masalah fizikal.

Kepakaran Pakar Ahli Fisioterapi Klinik Orthopedik Dinamik Memulihkan Pesakit | Pusat Fisioterapi Shah Alam

pusat-fisioterapi-shah-alam-09-e1516069081346

Perubatan di Klinik Orthopedik Dinamik mempunyai kepakaran khusus dalam memulihkan pergerakan anggota badan supaya berfungsi dengan cekap. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami kemalangan akan memerlukan masa untuk pulih. Dalam proses pemulihan, pesakit akan melalui kesukaran dalam pergerakan. Sebagai pakar, ahli fisioterapi akan membantu pesakit agar dapat bergerak seperti biasa. Terdapat pelbagai kaedah dalam rawatan fisioterapi yang dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu elektro terapi dan terapi manual.

Bagaimana Fisioterapi Boleh Membantu Memulihkan Pesakit? Di Antara Rawatan Fisioterapi Akan Membantu Untuk:

  • Mengurangkan sakit dan inflamasi.
  • Mengembalikan julat pergerakan lutut.
  • Menguatkan otot-otot bahagian pinggul, lutut dan kaki.
  • Memperbetulkan kedudukan patellofemoral (knee cap).
  • Menambahbaik proprioception, ketangkasan dan keseimbangan.
  • Menambahbaik teknik dan fungseperti berjalan, berlari, menyangkung, melompat dan menapak.
  • Mengurangkan risiko tercedera semula.

pusat fisioterapi shah alam 07

Skop Perkhidmatan Yang Ditawarkan Di Klinik Orthopedik Dinamik, Shah Alam | Pusat Fisioterapi Shah Alam

1. Muskuloskeletal

  • Kecederaan Sukan
  • Masalah Am Muskuloskeletal
  • Kecederaan Tangan & Rehabilitasi Kebakaran
  • PACE ( Patients with Arthritis Can Exercise )
  • Spinecor ( Rawatan Scoliosis )
  • Hidroterapi Dewasa

2. Pediatrik

  • Rehabilitasi Neurologi dan Muskuloskeletal Kanak-kanak
  • EIP ( Program Intervensi Awal ) & Little EIP ( Program Intervensi Awal bagi baby premature )
  • Terapi Obesiti dan Diabetik
  • Hidroterapi

3. Orthopedik

  • Rehabilitasi Amputasi
  • Rehabilitasi Penjagaan Kaki Diabetik
  • Rehabilitasi Spinal

4. Neurologi

  • Rehabilitasi Neurologi Dewasa (Contoh: Strok, parkinson, kecederaan otak)
  • Terapi berkumpulan
  • Terapi di kediaman

5. Kardiorespiratori

  • Program Pemulihan Paru-paru
  • Program Pemulihan Jantung
  • Terapi Obesiti, Diabetik & Kesejahteraan Mental

6. Kesihatan wanita

  • Masalah Incontinence
  • Limfodema
  • Kesihatan Lelaki
  • Fototerapi
  • Kelas Antenatal / Postnatal

Kembali sihat dengan rawatan di Klinik Orthopedik Dinamik, Shah Alam. Testimoni :

pusat fisioterapi shah alam 07 pusat fisioterapi shah alam 07 pusat fisioterapi shah alam 12

Profesion ini sebenarnya mempunyai kemahiran khusus dalam melatih seseorang dalam mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Saya berharap mereka yang memerlukan fisioterapi supaya tidak mengambil mudah rawatan tersebut kerana dikhuatiri anggota badan yang sakit itu tidak dapat berfungsi seperti biasa jika tidak melakukannya. Jika anda menghadapi masalah fizikal bersegeralah membuat rawatan. Hubungi :

pusat fisioterapi shah alam 16

Jom Buat Rawatan Di Klinik Orthopedik Dinamik SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Klinik Orthopedik Dinamik No 17 Jalan Krystal L7/L. Seksyen 7 Shah Alam, Shah Alam, Malaysia

   
Jom Buat Rawatan Di Klinik Orthopedik Dinamik SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Buat Rawatan Di Klinik Orthopedik Dinamik SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: