Insurans
May 14, 2018, 8:59am

Punca Sakit Mata Dan Rawatan Mencegahnya


Mata merupakan anggota badan yang amat penting. Kehilangan deria penglihatan boleh merosakkan masa depan sesorang. Sakit mata boleh berpunca dari berbagai-bagai struktur mata, termasuk struktur dalam mata, struktur dalam soket mata, dan juga struktur di keliling soket mata. Hampir kesemua masalah mata yang boleh menimbulkan rasa ketidakselesaan, boleh menyebabkan rasa sakit pada mata sekiranya keadaan tersebut bertambah teruk. Kebanyakan keadaan yang menyebabkan rasa sakit mata ada berkaitan dengan masalah kesihatan/penyakit-penyakit lain.

Punca Sakit Mata Cantik

Rasa sakit mata boleh jadi sakit yang tajam ataupun sengal, sakit rasa di dalam mata ataupun di luar bola mata, sakit yang berpanjangan ataupun berselang seli, rasa sakit yang mencucuk ataupun berdenyut-denyut. Secara umumnya, sekiranya seseorang itu mempunyai rasa sakit mata di sertai dengan mata merah, beliau mestilah pergi membuat pemeriksaan mata.

Mari kita lihat punca sakit mata.

1. Masalah Mata

Punca Sakit Mata Tips

Rasa ketidakselesaan atau sakit dalam mata boleh disebabkan oleh masalah mata itu sendiri. Walau bagaimanapun rasa sakit juga boleh disebabkan oleh struktur di sekitar mata. Rasa sakit boleh berpunca dari :

  • Kornea – Lapisan lutsinar di bahagian hadapan yang membenarkan cahaya masuk ke dalam mata untuk difokuskan
  • Konjunctiva – Tisu yang nipis yang melapisi dinding mata putih dan lapisan dalam kelopak mata
  • Iris – Tisu berwarna gelap dalam mata yang membentuk naka mata di bahagian tengah
  • Orbit/bola mata
  • Otot rektus mata – otot yang memegang dan menggerakkan bola mata
  • Saraf mata – yang membawa impuls ransangan mata dari mata ke otak
  • Kelopak mata – Melindungi bola mata
  • Rongga sinus – rasa sakit di sekitar bola mata boleh juga disebabkan oleh radang sinus (resdung)

2. Mata Letih

Punca Sakit Mata Pening

Mata letih (Eye-strain) adalah di antara diagnosis yang diberi dalam kebanyakan kes di mana pesakit mempunyai rasa sakit dalam mata yang kelihatan normal dan tiada kabur pandangan. Ia merupakan salah satu jenis sakit kepala akibat tekanan (stress headache) yang berlaku di sekitar bahagian mata.

3. Allergic Conjunctivis

Punca Sakit Mata Merah

Mata merah berpunca daripada tindakbalas kepada allergen seperti habuk, makaann, perubahan cuaca dan kosmetik yang dipakai di muka.

4. Demam Alergi

Punca Sakit Mata Demam

Alahan pada hidung seperti rhitins dan sinusitis boleh merebak ke mata dan menyebabkan mata turut mengalami masalah.

5. Bacterial Conjunctivitis

Punca Sakit Mata Tahi

Salah satu penyebab mata merah adalah kerana mata dijangkiti dengan bakteria sperti Staphylococci sp dan Stretoccooci.sp.

6. Blpeharitis

Punca Sakit Mata Kutil

Apabila kelenjar mata di dalam kelopak mata tersumbat lalu kelopak mata mengalami radang. Ini menyebabkan mata menjadi merah.

7. Kerap Gosok Mata

Punca Sakit Mata Gatal

Apabila kita kerap menggosok mata, kelopak mata akan melipat ke dalam mata dan menyebabkan kesakitan

8. Geseran Kornea

Punca Sakit Mata Kornea

Ini boleh meybabkan mata tersa sakit dan pedih. Selain itu mata akan menjadi silau hingga susah hendak membuka mata.

9. Bendasing Dalam Mata

Punca Sakit Mata Bulu

Kehadiran bendasing dalam mata sperti debu, pasir, bulu mata dan sebagainya boleh menjadi punca sakit mata. Hal ini juga menyebabkan pesakit tidak memboleh muka.

10. Ulser Kornea

Punca Sakit Mata Ulser

Ulser kornea (keratitis) adalah radang kornea yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Penyakit ulser kornea ini adalah serius dan boleh menyebabkan hilang penglihatan. Jangkitan kuman boleh berlaku apabila kuman memasuki kornea melalui  luka atau kecederaan pada permukaan kornea. Jangkitan akan merebak ke dalam mata sehingga boleh menyebabkan hilang penglihatan yang kekal dan seterusnya kehilangan mata.

Mata anda adalah sangat berharga, maka kita seharusnya lindungi mata dengan sebaiknya. Jom kita lihat langkah pemcegahan.

  • Pemeriksaan mata secara komprehensif

Kadang-kadang, walaupun kita rasa mata kita adalah sihat, tapi ada baiknya kita menjalankan pemeriksaan mata secara komprehensif untuk memastikannya. Tambahan pula, sesetengah penyakit mata seperti glaukoma, diabetic eye dan penyakit mata yang berkaitan dengan usia tiada sebarang tanda-tanda awal. Oleh itu, pemeriksaan mata secara komprehensif dapat mengesan penyakit ini pada peringkat awal.

  • Memakai Cermin Mata Gelap

Memakai cermin mata gelap bukan sahaja membuat kita nampak bergaya, tetapi yang penting adalah melindungi mata daripada sinaran ultraviolet matahari. Pastikan membeli cermin mata gelap yang dapat menyekat 99% sehingga 100% sinaran UV-A dan UV-B.

  • Mengekalkan berat badan yang sihat

Sentiasa memakai alat perlindungan mata yang bersesuaian apabila bersukan dan melakukan kerja-kerja seperti memahat, bertukang dan lain-lain. Amalkan budaya kerja selamat dan sihat semasa bekerja.

  • Berhenti merokok ataupun jangan mula merokok

Merokok boleh meninggikan risiko buta akibat penyakit katarak, penyakit degenerasi makula (age related macula degenerationatau ARMD), saluran darah arteri tersumbat pada lapisan retina (central retinal artery occlusion) dan saluran darah vena tersumbat pada lapisan retina (central retinal vein occlusion).

  • Rehatkan mata

Sekiranya anda meluangkan masa yang panjang di depan komputer, ataupun kerja-kerja yang memerlukan tumpuan yang lama, bolehlah mencuba senaman mata 20-20-20, iaitu setiap 20 minit, melihat ke tempat yang jaraknya sekurang-kurangnya 20 kaki selama 20 saat. Ini dapat membantu dalam mengurangkan keletihan mata.

  • Bersihkan tangan dan kanta sentuh anda

Sekiranya anda memakai kanta sentuh, pastikan kebersihan dijaga untuk mengelakkan jangkitan bakteria.

  • Makan makanan sihat dan seimbang

Makan makanan yang baik untuk mata seperti lobak merah, sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan kale. Ikan yang mengandungi omega 3 seperti salmon, tuna dan lain-lain. Juga boleh mengambil suplemen yang bersesuaian untuk kesihatan mata.

Selain daripada langkah pencegahan, anda juga boleh bersiap sedia dengan mendapatakan medical card. Medical card amat penting sekiranya, anda diserang penyakit secara tiba-tiba. Sekursng-kurangnya anda tidak akan terbeban denga kos rawatan yang tinggi.

Dengan adanya AXA eMedic Online Medical Card anda tidak perlu risau lagi!

Punca Sakit Mata Perubatan

Ini akan membantu anda untuk menyelesaikan bebanan anda. Memperkenalkan AXA eMedic, insurans perubatan dalam talian secara kendiri yang pertama di Malaysia yang dibuat khas untuk milenium, dari hanya RM32 sebulan! Hanya tunjukkan kad e-perubatan anda untuk kemasukan hospital tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan kecederaan.

Antara kelebihan AXA eMedic Online Card adalah, ia menanggung:

  • Untuk caj kemudahan bilik rawatan
  • Kos hospital dan pembedahan
  • Rawatan pesakit luar

Sila layari laman sesawang https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview untuk maklumat lebih lanjut.

Nak dapatkan Medical Card?

Sila Klik butang dibawah SEKARANG!

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Nak dapatkan Medical Card?

Sila Klik butang dibawah SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Nak dapatkan Medical Card?

Sila Klik butang dibawah SEKARANG!