Insurans
May 20, 2018, 9:47am

Punca Sakit Gigi Dan Penjagaan Gigi Yang Betul


Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami di sekitar gigi atau rahang. Sakit gigi lazimnya terjadi di kalangan mereka yang mengabaikan kesihatan mulut. Ia sering merupakan penyebab utama mengapa seseorang itu berjumpa doktor gigi. Kesakitan yang teruk boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan tidur, ketidakhadiran dari sekolah atau kerja dan mengganggu kegiatan sehariannya.

Punca Sakit Gigi Selalu

Namun, tahukah anda selain kerosakan pada struktur gigi, ternyata ada banyak penyebab sakit gigi yang lain. Hal ini penting untuk diketahui, kerana dengan mengetahui penyebabnya akan membantu kita mencegah bahkan mengatasi masalah sakit gigi yang teruk.

Radang Gusi

Punca Sakit Gigi Gusi

Radangan pada gusi akan menyebabkannya menjadi merah, bengkak, bahkan berdarah. Tentunya hal ini juga menimbulkan rasa sakit dan infeksi gusi dan seterusnyamenyebabkan sakit gigi. Hal ini terjadi kerana infeksi gusi menyebabkan radang pada gusi dan tulang yang menyebabkan bengkak

Karies Gigi

Punca Sakit Gigi Berlubang

Karies gigi yang dibiarkan untuk tempoh panjang sehingga mencapai tahap kronik adalah sebab utama anda sakit gigi. Pada mulanya, karies cuma ada pada permukaan enamel (lapisan paling luar). Jika dibiarkan, ia akan mula merebak ke lapisan dentin (lapisan kedua, antara enamel dan pulpa). Karies pada dentin boleh menyebabkan rasa ngilu atau sakit ketika anda mengambil minuman sejuk.

Tanpa rawatan yang sepatutnya, karies akan merebak ke pulpa. Apabila karies tiba di pulpa, kuman mula memainkan peranannya; melakukan kemusnahan berganda. Pulpa yang terkesan teruk akibat karies ini akan mati, lalu kuman karies akan mengembara melalui saluran akar dan menyebabkan terjadinya abses (pembentukan nanah). Abses boleh menyebabkan kebengkakan dan sakit berdenyut-denyut yang berterusan sehinggalah rawatan yang sesuai diberikan.

Sakit ketika gigi hendak keluar, contohnya gigi bongsu

Punca Sakit Gigi Inflamasi

Ketika gigi bongsu keluar, gusi di sekelilingnya boleh dijangkiti kuman dan membengkak sekiranya kebersihan tidak dijaga dengan teliti. . Sakit gigi bongsu juga kadang-kadang boleh merebak sehingga ke rahang dan telinga.

Tampalan lama yang telah longgar, pecah atau tercabut

Punca Sakit Gigi Rawatan

Setelah beberapa tahun, tampalan lama pada gigi mungkin akan mengalami sedikit kerosakan. Ia mungkin pecah sedikit di bahagian tepi, longgar atau tercabut. Semua keadaan ini boleh menyebabkan ‘kebocoran’ yang boleh membuka jalan kepada kuman untuk masuk ke dalam gigi dan menyebabkan jangkitan atau karies.

Sakit pada sendi rahang (temporomandibular joint).

Punca Sakit Gigi Tips

Temporomandibular joint (TMJ) adalah sendi yang menghubungkan rahang bawah anda kepada tengkorak. Sekiranya TMJ mengalami trauma atau sebarang sindrom, sakit yang dirasai boleh mirip seperti sakit gigi.

Gusi mengecut (receding gum)

Punca Sakit Gigi Petua

Akibat penyakit gusi kronik, gusi boleh mengecut dan mendedahkan bahagian akar gigi. Bahagian akar gigi lebih sensitif kepada haba berbanding bahagian korona, jadi gigi mungkin akan terasa ngilu setiap kali anda cuba menikmati minuman berais. Terdedahnya akar gigi juga bermakna akar cenderung kepada pembentukan karies yang seterusnya boleh menyebabkan kesakitan.

Sinusitis atau Resdung

Punca Sakit Gigi Rahang

Oleh kerana akar gigi atas selalunya terletak berdekatan sinus (terutamanya maxillary sinus) dan saraf pada bahagian muka saling berkaitan antara satu sama lain, sinusitis boleh menyebabkan anda rasa sakit pada gigi terutamanya gigi atas di bahagian belakang.

Bagaimana Sakit Gigi Dirawat?

Pemeriksaan mulut perlu dibuat untuk menentukan punca sakit gigi kemudian diikuti dengan rawatan sewajarnya oleh doktor gigi.

Pencegahan adalah langkah terbaik untuk mengelakkan sakit gigi. Jom kita lihat cara- cara penjagaan gigi yang betul.

1. Berus Gigi Dengan Displin

Punca Sakit Gigi Cara Gosok

Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali lepas makan dan ini akan membuatkan anda rasa ‘fresh’dan mulut sentiasa bersih setiap kali lepas gosok gigi.

Sekurang-kurangnya beruslah gigi tiga kali sehari. Pagi, tengah hari dan sebelum tidur. Paling penting, sebelum tidur kerana sisa-sisa makanan yang berbaki dapat dibuang. Jadi, bakteria tidak akan membiak dan membantu mengurangkan karang gigi.

2. Jaga Pemakanan

Punca Sakit Gigi Makanan

Pemakanan mesti dijaga, cuba kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia  melekat di celah-celah gigi. Bukan dilarang makan, cuma kurangkan pengambilannya sahaja.

Contohnya coklat atau apa-apa sahaja makanan yang melekit yang menyebabkan anda tercungkil-cungkil gigi menggunakan lidah selepas makan. Seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Ini dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.

3. Gunakan Pencuci Mulut Berflorida

Punca Sakit Gigi Berus

Sebaiknya, kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur  tapi mesti digunakan selepas beberapa minit memberus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan tindakbalas antara pencuci mulut dan ubat gigi.

Dinasihatkan 30minit sebelum dan selepas menggunakan ‘mouthwash’ ini jangan ambil sebarang makanan. Pilih pencuci mulut berflorida yang tiada kandungan alkohol kerana ia boleh menyebabkan ‘ulcer’ bagi yang mempunyai gusi sensitif.

4. Buat Lawatan Ke Klinik Gigi Untuk Pemeriksaan Dan ‘Scaling’

Punca Sakit Gigi Doktor

Perkara ini bukan sesuatu yang harus anda lakukan pada  setiap hari. Tetapi, anda harus membuat pemeriksaan gigi secara berkala, sebaik-baiknya enam bulan sekali.

Carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masanya untuk berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda tentang kesihatan mulut dan gigi anda. Doktar gigi akan memberi nasihat kepada anda tentang penjagaan gigi yang betul.

5. Berkumur Selepas Makan

Punca Sakit Gigi Kumur

Jangan lupa untuk berkumur dengan air putih selepas anda selesai makan. Selain itu anda digalakkan memberus gigi sejam selepas makan. Tetapi, anda tidak disarankan melakukannya sebaik sahaja selepas akan kerana ia akan menyebabkan gigi anda mudah rapuh dan rosak.

6. Kunyah ‘Chewing Gum’ Selepas Makan

Punca Sakit Gigi Gula

Selain tips penjagaan gigi di atas, anda juga boleh mengunyah gula-gula getah. Gula-gula getah ini akan berfungsi sebagai pembersih sisa-sisa makanan pada gigi. Cuma, apa yang perlu anda pastikan, pilih gula-gula getah yang kurang mengandungi gula dan tidak manis.

7. Flos 

Punca Sakit Gigi Flos

Selepas anda makan, anda buang semua cebisan makanan yang terlekat pada gigi anda. Gunakan flos untuk bersihkan cebisan makanan. Tips menjaga gigi ini adalah penting untuk anda ikut kerana ia memastikan gigi anda bebas daripada bakteria.

Kos rawatan gigi yang rosak semestinya menelan kos yang tinggi. Oleh itu, anda seharusnya bertindak dengan kadar segera agar tidak membebankan anda di kemudian hari.

DENGAN ADANYA AXA EMEDIC ONLINE MEDICAL CARD ANDA TIDAK PERLU RISAU LAGI!

Punca Sakit Gigi Perubatan

Ini akan membantu anda untuk menyelesaikan bebanan anda. Memperkenalkan AXA eMedic, insurans perubatan dalam talian secara kendiri yang pertama di Malaysia yang dibuat khas untuk milenium, dari hanya RM32 sebulan! Hanya tunjukkan kad e-perubatan anda untuk kemasukan hospital tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan kecederaan.

Antara kelebihan AXA eMedic Online Card adalah, ia menanggung:

  • Untuk cas kemudahan bilik rawatan
  • Kos hospital dan pembedahan
  • Rawatan pesakit luar

Sila layari laman sesawang https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview untuk maklumat lebih lanjut.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: