Review
Jan 22, 2018, 12:50pm

Punca Dan Kaedah Rawatan Kanser Cerviks


Kanser cerviks (cervical cancer) atau dikenali juga sebagai kanser pangkal rahim adalah merupakan sejenis kanser yang tertumpu kepada bahagian cerviks atau pangkal rahim bagi kaum wanita. Kanser cerviks adalah berpunca daripada ketumbuhan sel-sel yang abnormal yang bukan sahaja memudaratkan tetapi juga berpotens untuk merebak ke bahagian-bahagian lain dalam badan manusia. Antara simptom-simptom atau gejala-gejala bagi mereka yang menghidapi penyakit ini termasuklah rasa sakit di bahagian rahim atau di bahagian peranakan, pendarahan dari bahagian faraj yang abnormal, sakit pinggang, dan juga merasa sakit ketika melakukan persetubuhan.

Rawatan Kanser Cerviks 01

(imej dipetik dari laman web CancerHospitalTurkey.com)

Kanser serviks berpunca daripada jangkitan human papilomavirus, lebih dikenali sebagai HPV. Menurut statistik, lebih 90% daripada kes-kes kanser cerviks ini adalah berpunca daripada jangkitqn virus HPV ini, namun begitu bagi wanita yang menghidapi jangkitan virus ini, tidak semestinya mereka akan mendapat kanser cerviks ini. Kanser cerviks adalah merupakan kanser yang keempat tertinggi di dunia yang dihidapi oleh wanita di seluruh dunia, dan juga merupakan punca kematian kanser keempat tertinggi di dunia. Hampir 70% daripada kes-kes kanser cerviks di dunia datang dari negara-negara yang sedang membangun (developing countries).

Rawatan Kanser Cerviks 03

(wanita di negara-negara membangun mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap kanser cerviks. Gambar hiasan dipetak dari http://www.niemanlab.org)

Pada peringkat awal, kanser cerviks agak sukar untuk dikesan dengan mata kasar kerana tiada simptom-simptom yang kelihatan apabila seseorang wanita menghidapi penyakit kanser cerviks ini. Apabila simptom-simptom atau gejala-gejala penyakit kanser cerviks ini mula kelihatan, seperti rasa sakit semasa melakukan persetubuhan, pendarahan di bahagian faraj (vaginal bleeding) ataupun discharge yang dikesan di bahagian faraj, pada tahap ini kanser tersebut dikhuatiri telah menjadi ke tahap yang serius (malignant). Bagi kes-kes yan serius, sel-sel kanser akan merebak kepada bahagian lain di dalam badan seperti di kawasan abdomen, paru-paru dan sebagainya.

Rawatan Kanser Cerviks 02

(Beberapa tahap kanser cerviks. Gambar diambil dari lamab web http://india.columbiaasia.com)

Bagi penghidap kanser cerviks yang mana tahap kanser telah menjadi serius, mereka akan mengalami beberapa keadaan iaitu kurang selera makan, penurunan beraty badan, badan sentiasa merasa letih dan lesu, sakit pinggang, sakit belakang, sakit dan bengkak di bahagian kaki, pendarahan di bahagian faraj dan kadang-kadang penghidap boleh mengalami tulang rapuh dan patah tulang.

Apakah Punca Berlakunya Kanser Cerviks?

Punca yang utama bagi mereka yang menghidapi kanser cerviks adalah daripada jangkitan virus human papilomavirus atau HPV. Sebenarnya tiada punca yang khusus bagaimana seseorang boleh mendapat penyakit kanser cerviks, tetapi punca-punca yang akan diterangkan berikut boleh membuatkan risiko seseorang untuk mendapat kanser cerviks adalah lebih tinggi.

Punca Kanser Cerviks No. 1 – Merokok

Rawatan Kanser Cerviks 05

(merokok menaikkan risiko mendapat kanser cerviks. Imej diambil dari laman web https://www.liverdoctor.com)

Merokok secara amnya meningkatkan risiko bagi wanita untuk menghidap kanser cerviks. Tidak kira sama ada merokok secara aktif atau menghidu asap rokok (lazimnya dikenali sebagai second hand smoke), seseorang yang terhidu asap rokok tersebut berisiko untuk mendapat kanser ini. Ini adalah kerana perbuatan merokok tersebut membuatkan seseroang itu lebih terdedah kepada sejenis penyakit atau keadaan yang dimakan sebagai cervical intaephtilial neoplasia (CIN) atau cervical displacia, yang merupakan ketumbuhan sel-sel yang luarbiasa di bahagian pangkal rahim yang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser cerviks. Secara amnya, perbuatan merokok ini mengakibatkan seseorang itu terdedah kepada jangkitan HPV yang kemudiannya akan menjurus kepada kanser cerviks.

Punca Kanser Cerviks No. 2 – Pil Perancang (Oral Contraceptives)

Rawatan Kanser Cerviks 04

(menggunakan pil peracang secara kerap sehingga bertahun-tahun lamanya juga akan mendapat risiko tinggi untuk mendapat kanser cerviks. Imej dari http://vkool.com)

Kajian telah menggunakan pil perancang membuatkan seseorang itu mendapat risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser cerviks. Kaum wanita yang menggunakan pil perancang pada jangka masa yang lama selama 9 tahun mendapat risiko 3 kali ganda untuk mendapat kanser cerviks, manakala bagi mereka yang menggunakan pil perancang selama lebih 10 tahun lebih berisiko untuk menghidap penyakit tersebut.

Punca Kanser Cerviks No. 3 – Kekerapan Kehamilan

Rawatan Kanser Cerviks 07

(Imej hiasan dari vkool.com)

Bagi mereka yang telah mengandung dengan kerap (bermaksud bagi wanita yang mempunyai ramai anak), kekerapan kehamilan yang tinggi dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi bagi seseorang mendapat kanser cerviks. Berbanding mereka yang dijangkiti virus HPV, mereka yang telah mengandung serta melahirkan anak sebanyak 7 kali atau lebih mendapat risiko sebanyak empat kali ganda berbanding mereka yang tidak pernah mengandung.

Bagaimana Untuk Mengatasi Kanser Cerviks dan Rawatan Kanser Cerviks

Pasti akan menjadi satu berita yang cukup sukar untuk diterima sekiranya seseorang itu telah disahkan mengidap kanser. Perkara ini harus dipandang dengan serius apabila mendapat berita yang buruk ini. Namun begitu, ia bukannya bermakna tiada jalan lagi untuk sembuh daripada penyakit ini. Kanser cerviks, apabila telah mendapat diagnosis daripada doktor, akan dikategorikan mengikut tahap atau stage kanser tersebut, bergantung kepada saiz kanser tersebut, sedalam mana ia telah menyerang kawasan pangkal rahim, dan sekiranya kanser itu telah merebak ke bahagian lain di dalam badan. Oleh itu rawatan-rawatan bagi kanser cerviks akan bergantung kepada tahap kesakitan kanser tersebut.

Rawatan Kanser Cerviks 06

(antara rawatan-rawatan untuk penyakit kanser cerviks. Imej diambil dari www.asiancancer.com)

Bergantung kepada tahap kanser tersebut, penghidap penyakit kanser cerviks berkemungkinan memerlukan lebih daripada satu jenis rawatan. Walau apapun pilihan rawatan yang hendak dibuat, ia pastinya akan memakan kos yang tinggi kerana rawatan tersebut haruslah dilakukan di hospital dan juga ia perlu mendapatkan penyeliaan daripada pakar-pakar perubatan yang bertauliah. Anda pasti tahu bahawa kos rawatan di mana-mana hospital adalah cukup tinggi, terutama sekali bagi mereka yang telah disahkan menghidap penyakit kanser cerviks ini. Pakar-pakar perubatan yang anda harus rujuk termasuklah pakar sakit puan atau gynaecologist, dan juga pakar onkologi yang akan membimbing anda untuk mendapatkan rawatan kanser cerviks dengan berkesan.

Rawatan Kanser Cerviks Peringkat Awal: Pembedahan dan Radioterapi

Untuk kanser cerviks pada tahap pertama atau tahap kedua (1st stage and 2nd stage), pembedahan dan rawatan radioterapi adalah dicadangkan. Untuk kaedah pembedahan, sekiranya kanser serviks yang ditemui itu bersaiz kecil dan tidak merebak ke tempat-tempat yang lain, kebiasaannya pakar-pakar doktor akan mencadangkan supaya kanser itu dibuang. Terdapat beberapa jenis pembedahan yang bergantung kepada keadaan kanser cerviks tersebut.

Rawatan Kanser Cerviks 09

(pembedahan untuk mengeluarkan kanser cerviks. Imej diambil cari cancer-cervi-x.blogspot.my)

Antara rawatan pembedahan yang boleh dibuat untuk membuang serta merawat kanser cerviks termasuk pembedahan secara cryosurgery (memasukkan sejenis alat besi yang disejukkan yang mana alat tersebutdapat membunuh sel-sel kanser dengan cara sejuk beku), pembedahan laser atau laser surgery (di mana sejenis laser akan dipancarkan ke dalam bahagian dalam wanita untuk membunuh atau membakar sel-sel kanser), conization (mengambil secebis tisu yang terkandung sel-sel kanser tersebut dan cebisan tersebut diperiksa untuk menentukan sama ada sel-sel kanser tersebut telah dikeluarkan dengan sepenuhnya), dan pembedahan hysterectomy iaitu membuang bahagian rahim dengan keseluruhannya.

Rawatan Kanser Cerviks 08

(contoh radioterapi. Imej dari http://wecareindia.org)

Kebiasannya selepas pembedahan, rawatan kanser cerviks akan diteruskan dengan rawatan radioterapi untuk memastikan bahawa sel-sel kanser telahpun dibuang sepenuhnya dan tiada lagi peluang untuk kanser itu muncul semula. Kebiasaannya peluang untuk pulih sepenunnya adalam tinggi.

Rawatan Kanser Cerviks Peringkat Lanjutan: Chemotherapy

Bagi rawatan kanser cerviks untuk tahap 3 dan 4 (stage 3 dan 4), kebiasaanya melibatkan rawatan secara chemotherapy, di mana ia menggunakan ubat-ubatan anti kanser yang disuntik di dalam badan. Ubat-ubatan ini akan memasuki saluran darah dan dapat menuju ke keseluruhan bahagian badan, membuatkan kaedah rawatan ini salah satu jenis rawatan kanser cerviks yang dapat membunuk sel-sel kanser tersebut, terutama sekiranya kanser tersebut telah merebak ke tempat-tempat yang lain. Ia kadang-kadang digandingkan juga dengan rawatan kaedah radioterapi juga untuk membantu membunuh sel-sel kanser tersebut.

Rawatan Kanser Cerviks 12

(rawatan chemotherapy. Imej ihsan daripada http://www.ladycarehealth.com)

Walau bagaimanapun, rawatan kanser cerviks secara chemotherapy mempunyai kesan sampingannya. Di samping membunuh sel-sel kanser, rawatan secara chemotherapy juga akan membunuh sel-sel badan yang sihat. Ia bergantung kepada tempoh rawatan dan jenis ubat-ubatan yang digunakan. Antara kesan sampingan daripada rawatan kanser cerviks dengan cara chemotherapy termasuklah rasa mual dan mabuk, kurang selera makan, rambut gugur, sakit di bahagian mulut, dan badan merasa amat letih dan lesu.

Rawatan Kanser Cerviks 10

(rawatan chemotherapy. Imej diambil dari http://www.medicalnewstoday.com)

Memadangkan rawatan secara chemotherapy juga berpotensi untuk membunuh sel-sel yang baru sahaja dihasilkan di kawasan tulang sumsum badan, maka pesakit mungkin akan mendapat bacaan darah yang kurang, dan ini boleh menjurus kepada jangkitan bakteria atau virus disebabkan oleh kandungan sel darah putih yang rendah, luka atau lebam yang berlarutan kerana kekurangan platelet di dalam badan, dan juga pesakit akan berasa seolah-olah kurang bernafas dan dilihat dalam keadaan tercungap-cungap kerana kekurangan sel darah merah yang berperanan untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan.

Tidak kira sama ada apa sahaja rawatan yang diperlukan untuk mengubati kanser cerviks, nyatalah ia akan memakan belanja yang tinggi dan sekiranya anda tidak dilindungi oleh insurans atau pelan perubatan, anda akan berada dalam kesukaran yang amat ketara sekiranya anda memerlukan perkhidmatan perubatan yang biasanya akan melibatkan kos yang tinggi. Oleh itu, pencegahan daripada mendapat penyakit kanser cerviks adalah merupakan langkah yang pertama untuk melindungi anda daripada terkena penyakit ini. Dan juga, untuk persediaan sebelum anda dilanda kesakitan yang mana akan menelan belanja yang tinggi, anda digalakkan untuk mengambil insurans yang termasuk pelan perubatan bagi mereka yang menghidap kanser. Mari kita perkenalkan antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini.

Pelan Insurans AXA 200 CancerCare: Perlindungan Daripada Kanser Dan Rawatan Kanser Cerviks

Dengan bilangan pesakit yang menderita sakit kanser yang semakin bertambah kian hari, pelan perlindungan insurans AXA 200 CancerCare (yang boleh diperolehi dari Policystreet) ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan perlindungan yang diperlukan sekiranya pada bila-bila masa, pesakit tersebut akan mendapati dia telah didiagnosis dengan penyakit kanser. Antara kebaikan pelan insurans AXA 200 CancerCare ini adalah ia telah menjalani pengunderaitan (underwriting) oleh AXA AFFIN LIVE, premium serendah RM45 sebulan, manfaat penjagaan terapi (therapy care benefit) dari RM30,000, manfaat kembali sihat (get well benefit), rundigan kedua percuma, perlindungan yang boleh bermula dari umur 50 tahun, pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 di Hospital Beacon, dan lawatan-lawatan perubatan adalah tidak diperlukan.

Rawatan Kanser Cerviks 11

Pelan ini bertujuan untuk menyediakan sejumlah wang untuk tujuan pemulihan sekiranya anda didiagnos dengan kanser. Sekiranya anda telah didiagnos dengan kanser, maka anda akan mendapat payout dan juga anda akan mendapat bonus untuk setiap tahun anda pulih daripada kesakitan kanser tersebut, sehingga ke 5 tahun. Pelan insurans ini akan berlangsung selama 20 tahun dan boleh diperbaharui dengan syarat pada setiap pembaharuan polisi, pemegang polisi berumur 50 tahun ke bawah.

Rawatan Kanser Cerviks 13

Dapatkan polisi AXA 200 CancerCare sebagai perlindungan anda dan juga untuk persediaan bagi membiayai kos perubatan sekiranya anda telah mendapat kanser. Insya Allah dengan polisi AXA 200 CancerCare yang anda perolehi, anda dan keluarga anda akan terjamin bahawa sekiranya anda telah didiagnosis dengan kanser cerviks, anda sudahpun membuat perancangan dari segi pembiayaan kos perubatan yang mana anda akan mampu untuk menampung kos perubatan. Jangan teragak-agak dan ambillah perlindungan insurans yang anda fikir sesuai, kerana anda tidak mahu menyusahkan keluarga anda serta masa depan anda akan dijamin dan akan lebih terurus sekiranya anda telah membuat keputusan untuk mengambil pakej insurans ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej insurans ini, anda boleh layari ke laman web tersebut: https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

Mengenai Policystreet, Solusi anda Untuk Mendapatkan Perlindungan Insurans

PolicyStreet merupakan sebuah syarikat yang mana ia mengumpul maklumat berkenaan polisi-polisi insurans yang berada di dalam pasaran serta memberi cadangan yang terbaik untuk mereka yang sedang mencari polisi insurans yang bersesuaian. Berbeza dengan syarikat insurans biasa yang mana mereka menawarkan produk all-in-one yang kebiasaanya dijual pada harga yang tinggi, konsep PolicyStreet agak berbeza yang mana pihak PolicyStreet akan mengambil kira keperluan yang spesifik bagi setiap pelanggan yang ingin mencari pakej insurans yang paling berpatutan dan pada masa yang sama dapat menawarkan perlindungan yang pelanggan tersebut mahukan.

Rawatan Kanser Cerviks 14

Tambahan pula, bukan seperti pihak insurans yang memerlukan anda untuk mengisi bermacam-macam borang, dengan PolicyStreet anda cuma perlu mengisi satu borang secara online. Di sini, PolicyStreet bertindak sebagai satu jalan untuk pelanggan-pelanggan yang ingin mencari pakej insurans dengan harga yang murah, dan pada masa yang sama juga PolicyStreet berkongsi maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pelanggan-pelanggan supaya pihak insurans dapat menyediakan pakej insurans yang bersesuaian dengan permintaan pelanggan-pelanggan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PolicyStreet, anda boleh melayari laman web
http://www.policystreet.com

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: