Bisnes
Mar 4, 2019, 9:58am

Pulau Pinang Makin Buka Peluang Untuk Pelabur Produk Mesra Alam


Anda seorang pengusaha produk yang berkonsep pintar dan mesra alam? Jika ya anda sangat bertuah kerana pihak Pulau Pinang sedang giat membuat hebohan untuk mengajak para pelabur tempatan dan asing untuk mempromosi produk berkonsep pintar dan mesra alam ini.

pulau pinang menuju bandaraya maju

Produk yang berkonsep pintar dan mesra alam dianggap sangat sesuai dengan visi negeri Pulau Pinang itu sendiri. Tahun 2019 , Pulau Pinang sangat berhasrat untuk memenuhi visi untuk melahirkan sebuah negeri bersih dan lebih mesra alam.

Pulau Pinang Alukan Pelabur Produk Mesra Alam Untuk Visi Negeri Lebih Bersih

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ; “Selaras visi Pulau Pinang sebagai negeri bersih dan mesra alam, kami gembira mengetahui bahawa syarikat korporat dan syarikat tempatan turut menyumbang untuk merealisasikan matlamat itu,” katanya semasa melancarkan bilik pameran motosikal elektrik NIU di Georgetown pada hari Ahad yang lalu.

produk mesra alam dan pelabur

Kehadiran beliau di bilik pameran yang dibangunkan hasil kerjasama antara syarikat tempatan, MForce Bike Holdings Sdn Bhd, dan NIU International of China, akan mengetengahkan skuter elektrik pertama di dunia. Turut hadir di upacara tersebut adalah Pengurus Besar (Operasi) MForce Bike Holdings (operasi) Asri Ahmad, Pengarah Pasaran Luar Negara NIU Kasper Zhao, Naib Presiden Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia, Lim Hock Chye dan exco negeri Phee Boon Poh.

Skuter Elektrik Pertama Bakal Melanda Trend Pengangkutan Penang!

Pulau Pinang dari dulu memang sudah sering melaungkan kempen demi kempen untuk sering menggunakan pengangkutan awam. sebagai cara untuk mengurangkan kesesakan serta meningkatkan amalan mesra alam, masih ada cara lain yang boleh dimulakan untuk mempromosikan amalan baik itu.

skuter elektrik di pulau pinang

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata lagi yang pengenalan skuter elektrik pertama di Pulau Pinang ini adalah kaedah terbaru terus mempromosikan amalan mesra alam untuk hidup yang lebih sihat. Ini bertepatan dengan hasrat negeri Pulau Pinang itu sendiri untuk meneruskan kemajuan ekonomi tanpa mengabaikan isu alam sekitar.

Awas! Tidak Semua Produk Mesra Alam Itu Bagus

Walaupun produk mesra alam ini bertujuan untuk memberi kebaikan pada bumi, masih ada juga beberapa produk mesra alam yang sebenarnya turut dapat memberi kerosakan semula pada bumi yang kita diami ini. Dalam erti kata lain, niat nak beri produk baik tapi sebaliknya produk itu dapat memberi kemudaratan semula nanti.

risiko produk mesra alam

TIGA contoh produk mesra alam yang sebenarnya memberi kesan buruk kepada alam sekitar adalah :

Pengering Tangan

hand drier

Pengering tangan memang sudah biasa dilihat dalam tandas awam di seluruh negara. Di mana saja sering kelihatan pengering tangan terutama dalam tandas. Penggunaan pengering tangan diciptakan untuk mengurangkan penggunaaan tisu di tandas. Tapi sayang, pengering tangan menggunakan kos yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan sehelai tisu hanya untuk mengeringkan tangan.

Kereta Elektrik

electric car

Proses menghasilkan bateri untuk penggunaann kereta elektrik menghasilkan karbon dioksida yang jauh lebih tinggi. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Swedish Environmental Research, penghasilan bateri kereta Nissan Leaf yang mempunyai kapasiti 30 kilowatt-jam menghasilkan kira-kira 150 hingga 200 kilogram gas karbon dioksida per kilowatt-jam. Maka penghasilan bateri bagi kereta ini sahaja sudah boleh melepaskan sebanyak 5 tan gas karbon dioksida ke udara.

Panel Tenaga Solar

panel solar elektrik

Panel tenaga solar dicipta untuk mengurangkan penggunaan elektrik. Semakin banyak menggunakan panel tenaga solar bermakna semakin banyak penggunaan elektrik dapat dikurangkan. Tapi sebenarnya ia tidak semudah itu. Penghasilkan panel elektrik ini perlu menggunakan banyak jenis bahan kimia seperti sodium hidroksida dan hydrofluorik asid. Panel ini juga diperbuat daripada bahan besi yang sukar ditemui seperti tellurium dan indium. Apabila tidak dapat dibaiki akhirnya panel ini hanya akan dibuang begitu saja tanpa boleh dikitar semula.

Produk Mesra Alam Yang Betul Benar-Benar Dapat Untungkan Pelabur Dengan Lumayan

Penggunaan bahan mesra alam semakin mendapat tempat kerana dengan penggunaan yang berterusan dapat seimbangkan kembali ekosistem. Ini kerana bahan yang tidak mesra alam sangat sukar untuk mereput sehingga mengambil masa sehingga 500 tahun untuk reput dan lupus secara semulajadi.

tong sampah recycle

Kerana itu jika anda seorang yang kreatif untuk hasilkan pelbagai produk, ada baiknya anda hasilkan produk yang bersifat mesra alam. Jika ditanya apakah produk yang dapat menjana income lumayan untuk pasaran tempatan dan luar negara adalah beg plastik mesra alam yang lebih mudah lupus.

Pelabur Produk Mesra Alam Lain Boleh Segera Ambil Peluang di Pulau Pinang

Pulau Pinang tidak hanya mengalukan kedatangan pelabur dari syarikat luar negara semata-mata. Jika anda turut punya produk sendiri dengan konsep mesra alam yang hebat, apakata jika anda tampil ke depan bersama produk anda tersebut. Yang penting produk itu haruslah ada kreativiti dan sesuai untuk kegunaan warga Pulau Pinang yang sentiasa sibuk itu.

pilih produk mesra alam

Andainya ditakdirkan produk anda masih belum cukup layak untuk diketengahkan, anda tidak boleh terus putus asa. Selaku seorang pengusaha produk yang punya impian anda wajib untuk terus berusaha hingga ke titik yang terakhir. Ingat! Rezeki itu di tangan Allah SWT dan jika saat ini kejayaan itu belum berjaya menjadi milik anda, mungkin esok lusa adalah hari kejayaan anda akan muncul.

Jangan sesekali malu dengan produk sendiri dan gunakanlah segala peluang yang ada sebagai langkah usaha untuk semakin berjaya. Jangan Mudah Putus Asa, Terus Berusaha Untuk Lebih Berjaya!

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: