Review
Nov 22, 2018, 8:57am

Promosi Water Purifier & Air Purifier COWAY Secara Ansuran


  •  
  •  
  •  
  •  

Sudah ramai yang belum mengambil berat tentang pentingnya minum air kosong setiap hari. Kekurangan meminum air kosong akan merisikokan kesihatan anda dan keluarga seperti jangkitan kuman, masalah jantung, kandungan gula di dalam darah yang berlebihan, badan lemau, kulit menjadi kering dan pelbagai lagi masalah yang akan timbul. Air kosong ini bukan sahaja penting untuk kita yang dewasa, malah kanak – kanak juga sangat penting untuk meminum air kosong secukupnya bagi mengekalkan kecerdasan serta kesihatan mereka.

promosi penapis air coway

Tahap kualiti air kosong juga anda perlu memberi penekanan dan perhatian juga. Kesihatan boleh terjejas sekiranya mengamalkan minum air yang mengandungi karat, kuman serta tidak dimasak. Hari ini, terdapat pelbagai produk yang ada di pasaran yang boleh anda pilih untuk dapatkan kualiti air yang terbaik untuk anda dan keluarga. Salah satu produk terbaik dan menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah penapis air daripada Coway. Jom kita lihat apakah kelebihan dan keistimewaan produk daripada Coway ini.

Kenapa Ramai Memilih Coway?

promosi water purifier & air purifier coway

Walaupun terdapat lambakan jenama dan  pilihan penapis air di pasaran, namun rakyat Malaysia tetap memilih Coway. Syarikat Coway telah ditubuhkan sejak tahun 1989 di Korea di mana mereka mempunyai ramai pakar berpengalaman dalam membina produk serta menjalani proses kajian dan penyelidikan terlebih dahulu sebelum sesuatu produk itu dipasarkan. Coway merupakan sayrikat pembuat penapis air terbesar di dunia dan mempunyai Pusat Analisis Kualiti Air di Korea serta telah mendapat pengiktirafan oleh Water Quality Association ( WQA ).

coway minuman menyegarkan

Menariknya, terdapat pelbagai jenis pilihan penapis air Coway yang ditawarkan kepada para pengguna. Setiap satu pilihan penapis air mempunyai ciri yang berbeza serta berdasarkan budget yang berbeza. Ini boleh memberikan pilihan yang pelbagai mengikut kehendak pengguna.

5 Kelebihan Penapis Air Coway

1. Mempunyai 4 Suhu Air Yang Berbeza

penapis air 4 suhu

Bagi anda yang mempunyai anak kecil atau yang suka minum air panas, sangat mudah hanya dengan penapis air Coway ini. Dengan satu penapis air, anda boleh menikmati air panas, air suam, air sejuk serta air bersuhu biasa dengan cepat dan mudah. Tambahan pula, air yang disalurkan dari penapis air Coway ini sangat bagus untuk kesihatan kerana ia bebas karat yang boleh memberi risiko pelbagai penyakit.

2. Selamat Untuk Anak Kecil Dengan Fungsi ‘Child Lock’

safe lock penapis air coway

Penapis air Coway juga digelar sebagai ‘Penapis Air Smart Home’ kerana penapis air Coway mempunyai butang keselamatan untuk mengelakkan air panas keluar dengan serta merta. Fungsi ‘child lock’ ini sangat selamat untuk digunakan bagi anda yang berkeluarga. ¬†

3. Reka Bentuk Penapis Air Yang Moden

coway new look

Terdapat pelbagai reka bentuk penapis air boleh disesuaikan dengan keluasan dapur anda. Setiap reka bentuk mempunyai tangki air yang berbeza mengikut keperluan. Contohnya, untuk penapis air untuk pejabat atau masjid, disarankan menggunakan penapis air Coway model Core CHP-671L kerana model ini mempunyai kapasiti tangki air yang besar.

4. Mendapat Sijil Halal dari JAKIM

mendapat kelulusan halal JAKIM

Penapis air juga perlu mendapat pengiktirafan halal dari JAKIM kerana bagi mewujudkan keyakinan kepada anda yang beragama islam untuk menggunakan sumber air yang bersih dan halal. Air ini kita akan minum dan gunakan setiap hari untuk memasak maka sangat penting apabila Coway mendapat pengiktirafan sijil halal daripada JAKIM.

5. Servis Percuma Selama 5 Tahun

servis percuma selama 5 tahun

Pakej menarik yang disediakan oleh Coway bagi menghargai pelanggan mereka adalah tawaran istimewa servis percuma penapis air selama 5 tahun. Kalau dilihat, ada jenama lain penapis air mengenakan caj yang tinggi setiap kali servis dilakukan. Namun, dengan Coway anda boleh minum air bersih dan selamat tanpa sebarang tambahan bayaran untuk servis yang dilakukan selama 5 tahun.

Penapis Udara Coway Memberi Udara Yang Sihat Untuk Keluarga

Bagi memastikan kesihatan anda sentiasa di dalam keadaan yang baik, Coway juga mengeluarkan produk yang sangat bagus untuk mendapatkan udara yang bersih iaitu Penapis Udara Coway. Pengudaraan yang bersih sangat penting walaupun anda berada di dalam rumah. Hakikatnya, di dalam rumah juga mempunyai udara yang kotor kesan daripada pembakaran secara terbuka, susun atur perabot yang menghalang udara keluar, perabot lama yang berdebu, dan sebagainya.

penapis udara coway untuk kesihatan sekeluarga

Coway sekali lagi berjaya menghasilkan penapis udara Coway yang berteknologi tinggi di mana ia mampu menapis bahan – bahan kasar seperti rambut dan habuk, menapis bakteria, nyahbau busuk dan asap rokok serta bertindak sebagai penapis gas merbahaya. Anda kini boleh menghirup udara segar tanpa kuman dan bakteria yang merbahaya di dalam rumah anda. Setiap penapis udara Coway mempunyai reka bentuk moden terkini yang pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilih dan meletakkannya di ruang tamu, ruang makan atau di bilik tidur.

Manfaat Terbaik Memiliki Penapis Udara Coway

penapis udara coway air purifier

Penapis Udara Coway Storm AP-1516D

  • Pengaliran udara secara multidirectional iaitu boleh menghembus angin ke depan dan ke atas.
  • Kelajuan kipas yang lebih pantas sehingga 6 meter ke depan.
  • Mempunyai fungsi haze mode dan HEPA Filter yang mengurangkan influenza.
  • penapis udara storm

Penapis Udara Coway Lombok2 AP-1511FHE

  • Menghapuskan asap rokok dengan segera.
  • Penunjuk kualiti udara akan bertukar warna berdasarkan tahap pencemaran udara disekeliling.
  • Mempunyai penapis Anti-Flu HEPA yang boleh menyingkirkan virus influenza.
penapis udara lombok II

Penapis Udara Coway Tuba AP-3008FH

  • Anti Microbial Filter : Membasmi sehingga 99% bakteria dan virus.
  • Sesuai untuk kawasan yang luas seperti pejabat atau restoran.
  • Mempunyai fungsi khas di mana boleh mengesan kualiti udara yang kotor.
penapis udara tuba

Penapis Udara Coway Indicator AP-1016A

  • Dilengkapi 5 penapis udara.
  • Model Indicator boleh merangkumi keluasan 1200sf.
  • Mempunyai fungsi untuk menapis udara dan habuk yang lebih kecil.
penapis udara indicator coway

Dapatkan Penapis Air dan Penapis Udara Hanya Dengan Agen Coway Mustaqim!

Untuk memiliki dan menempah penapis air dan penapis udara Coway, anda harus berurusan dengan agen yang boleh dipercayai serta berpengalaman. Untuk menikmati lebih penjimatan, promosi dan tawaran harga yang terbaik, anda boleh menghubungi agen Coway Mustaqim sekarang. Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi info di bawah.

menapis air coway terbaik dan murah

ENCIK MUSTAQIM | ANSURAN BULANAN COWAY MURAH Hubungi: Tekan untuk telefon (017-2846253) | Tekan untuk WhatsApp

Dapatkan Penapis Air dan Penapis Udara Hanya Dengan Agen Coway Mustaqim!

Whatsapp Layari Website

Dapatkan Penapis Air dan Penapis Udara Hanya Dengan Agen Coway Mustaqim!