Review
Apr 24, 2019, 1:37am

Promosi Umrah Cuti Sekolah Premium Pada Harga Murah dan Fullboard


Umrah adalah untuk melakukan ibadah umrah dan ziarah bagi mendekatkan diri kepada Pencipta. Sebagai seorang umat Islam impian untuk ke Tanah Suci sememangnya ada di dalam hati masing-masing. Tapi sayangnya tak semua mampu nak kerjakan umrah. Yelah kos belanja yang perlu dibelanjakan selalunya agak mahal juga dari kemampuan diri. Mujurlah ibadah umrah ini bukan sesuatu yang wajib untuk dikerjakan di dalam agama.

Umrah Cuti Sekolah Pada Musim Sejuk (1)

Tetapi, sebagai seorang yang tidak berputus asa pastinya teringin juga nak ke Tanah Suci kan? Selagi tak dijemput Ilahi, niat untuk ke bumi Mekah dan Madinah mahu juga cuba dilunaskan. Makin menarik bila dapat ke sana sambil menyelami sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat suatu waktu ketika dulu. Biarpun segalanya hanya tinggal kesan tinggalan tetapi keberkatan untuk tempat tersebut masih lagi ada.

Umrah Cuti Sekolah (4)

Ganjaran Yang Bakal Diperolehi Jika Mengerjakan Umrah Dengan Baik Penuh Ikhlas

Ganjaran apabila mengerjakan umrah ini bukannya sedikit. Kelebihan solat di Masjidil Haram adalah bersamaan 100,000 kali solat ditempat lain dan kelebihan solat di Masjid Nabawi di Madinah bersamaan 1,000 solat di tempat lain. Maka gunakanlah peluang keemasan tersebut dengan beribadah, berdoa dan beriktikaf di masjid utama yang berganda-ganda kelebihan dan pahalanya.

Umrah Cuti Sekolah Pada Musim Sejuk (5)

“Sesungguhnya, pahala yang diperoleh apabila beribadah di Masjidil Haram itu sangatlah besar. Ianya bersesuaian dengan hadist Nabi Muhammad S.A.W. yang mafhumnya: “Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1,000 solat di tempat yang lain melainkan Masjidil haram. Dan solat di Masjidil haram lebih baik daripada 100,000 solat di tempat lain”. (Hadist riwayat Ahmad).

“Kelebihan  Solat Didalam Masjdil Haram Bersamaan Dengan 100,000 Solat (Ditempat Lain) , Dan Solat Didalam Masjidku Ini (Masjid Madinah) Bersamaan 1,000 Solat. Dan Solat Di Masjid Al-Aqsa Bersamaan 500 Solat”(Hadist Riwayat Tabrani)

“Orang Yang Mengerjakan Haji Dan Umrah Adalah Tetamu Agong Kepada Allah SWT, Sekiranya Mereka Memohon Doa Kepada-Nya Nescaya Allah SWT Perkenankan Doa Mereka, Sekiranya Mereka Memohon Keampunan-Nya Nescaya Allah SWT Ampunkan Mereka”(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim)

Umrah Cuti Sekolah Bersama Keluarga Tercinta (5)

5 Tips Panduan Untuk Kerjakan Umrah Dengan Mudah

#1 – Kerjakan Umrah Cuti Sekolah Suatu Tindakan Yang Bijak

Jika di tanya bilakah waktu untuk buat umrah bersama famili, jawapannya adalah lebih baik untuk buat umrah cuti sekolah. Ini kerana pada waktu tersebut anak-anak sememangnya sedang bercuti dan mengerjakan umrah cuti sekolah pada waktu cuti hujung tahun dan semester adalah tindakan yang paling bijak. Pasti lebih seronok bila dapat membawa anak-anak bersama.

Umrah Cuti Sekolah Pada Harga Yang Murah (5)

#2 – Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca dan Keadaan

Barang keperluan untuk pergi umrah, ada bagusnya jika tidak membawa pakaian yang terlalu banyak. Yang paling utama adalah kain ikhram dan jika pakaian tidak cukup sekalipun, jangan risau kerana pakaian boleh di basuh semasa kat sana nanti. Jika nak lebih mudah, beli saja pakaian baru di sana pada harga yang murah.

Umrah Cuti Sekolah (5)

#3 – Sediakan Beg Kecil Dengan Bekalan Ubat Yang Penting

Antara barang keperluan penting lain yang patut di bawa bersama adalah bekalan ubat ubatan. Ini kerana keadaan cuaca di sana sangat berlainan dengan cuaca di Malaysia. Tahap kesihatan wajib di jaga dengan baik kerana tubuh badan yang sihat dapat membantu mengerjakan ibadah umrah dengan baik. Oleh itu sila jaga kesihatan dengan baik sebelum dan semasa berada di Mekah dan Madinah.

Umrah Cuti Sekolah Pada Musim Sejuk (2)

#4 – Bawa Bersama Beg Kosong Untuk Isi Cenderamata

Mengerjakan umrah tidak bermaksud tidak boleh membeli belah untuk bawa pulang pelbagai barangan sebagai cenderamata kepada famili. Tips terbaik untuk anda yang akan shopping banyak, ada baiknya anda bawa bagasi kosong yang lebih demi untuk memudahkan anda membawa pulang semua barangan yang akan di beli itu nanti ke tanahair.

Umrah Cuti Sekolah Pada Musim Sejuk (6)

#5 – Bawa Bersama Sedikit Bekalan Makanan Yang Tahan Lama

Jika anda seorang yang sangat cerewet dengan makanan, ada baiknya anda bawa bersama bekalan sambal yang tahan lama sebagai contoh serunding, sambal ikan bilis kering dan sebagainya. Terus terang, menu makanan di sana dengan yang ada di Malaysia adalah berbeza. Maka dengan adanya sambal sebegini mungikin ia dapat membuka selera anda untuk menikmati makanan yang bakal terhidang di depan anda nanti. Jika ada bajet mencukupi, bolehlah bawa lebih untuk dikongsi bersama dengan jemaah yang lain.

Umrah Cuti Sekolah (1)

#6 – Lakukan Perkara Sunat Ketika Berada Dalam Hotel Di Tanah Suci

Sebelum menunaikan umrah di Mekah, perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan di hotel penginapan sebelum niat umrah boleh dilakukan pada waktu tersebut. Perkara sunat yang dimaksudkan ini adalah seperti :

  • Mengerat kuku
  • Merapikan janggut, misai dan rambut
  • Menanggalkan bulu ketiak
  • Menggosok gigi hingga bersih
  • Mandi sunnat ihram
  • Mengambil Wuduk
  • Memakai Pakaian Ihram Selepas Mandi Sunat Ihram
  • Solat Sunat Ihram yang boleh dilakukan di hotel
  • Dan lain-lain perkara yang sepatutnya

Umrah Cuti Sekolah Bersama Keluarga Tercinta (2)

#7 – Baca Niat Ihram Semasa Berada di Miqat

Panduan menunaikan umrah iaitu bermula dari melakukan DUA perkara wajib umrah (perkara wajib di lakukan, jika tidak di lakukan umrah sah tetapi dikenakan dam) dan menyelesaikan rukun umrah di Mekah. Setelah sampai di Miqat yang sudah lengkap berpakaian ihram, bacalah Niat ihram di Miqat yang wajib ini:

Niat ???? ?????? ?????? ??? ??? ????? atau boleh niat dalam bahasa melayu “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala”

Umrah Cuti Sekolah Bersama Keluarga Tercinta (1)

#8 – Menjaga Larangan Ihram

Setelah melafazkan niat ihram yang lengkap berpakaian ihram, maka anda perlu elakkan diri dari melakukan perkara larangan semasa ihram. Ingat anda perlu menjaga perilaku dan jika anda gagal maka anda akan dikenakan dam. Antara perkarang larangan berikut adalah seperti :

  • Pakai sarung tangan
  • Pakai bau-bauan atau minyak wangi sama ada di badan atau di pakaian
  • Pakai minyak pada rambut, janggut atau semua bulu lain selain dari bulu di pipi dan dahi
  • Cabut atau tanggalkan rambut atau apa-apa bulu lain di badan dengan apa saja cara
  • Kerat (atau potong) kuku
  • Kerat, potong, cabut atau tebang pokok di Tanah Haram
  • Buru (atau binasakan) binatang buruan (yang halal dimakan) di Tanah Haram
  • Lakukan pendahuluan persetubuhan (bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat)
  • Jimak atau bersetubuh
  • Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
  • Pakai pakaian bersarung, berjahit atau bercantum untuk lelaki
  • Tutup kepala atau sebahagian darinya seperti kopiah atau topi untuk lelaki
  • Tutup muka atau memakai niqab (purdah) untuk perempuan

Umrah Cuti Sekolah (2)

Mengerjakan Umrah Cuti Sekolah Merupakan Idea Yang Terbaik

Umrah dan ziarah bukan sahaja melakukan suatu  ibadah tetapi juga melalui satu perjalanan rohani menjadi tetamu Allah melalui lawatan atau ziarah tempat-tempat bersejarah bagi memahami keperitan, kesusahan, tahap keimanan mereka yang terdahulu iaitu mereka yang bersama-sama Rasulullah SAW memperjuangkan Islam.

Maka jika anda berniat untuk mengerjakan umrah bersama anak-anak supaya dapat diberikan pengalaman berkaitan tempat bersejarah yang berkaitan Nabi Muhammad SAW yang amat dikasihi ini, adalah lebih baik anda ke Tanah Suci pada waktu anak anda sedang bercuti panjang. Umrah cuti sekolah sangat mudah bagi anak-anak yang masih bergelar seorang pelajar.

Umrah Cuti Sekolah Bersama Keluarga Tercinta (3)

Antara pihak yang ada pakej umrah cuti sekolah terbaik untuk anda pertimbangkan adalah SIMPLY UMRAH dan salah seorang insan yang giat membuat promosi untuk pakej umrah cuti sekolah melalui Simply Umrah ini adalah Tuan Haji Abdul Jalil Bin Buyadi.

Umrah Cuti Sekolah Buat Mereka Yang Berkemampuan (1)

Kelebihan Simply Umrah Berbanding Dengan Pihak Yang Lain

Nak tahu apakah kelebihan Simply Umrah untuk pakej umrah cuti sekolah jika hendak dibandingkan dengan pihak agen umrah yang lain? Di sini disenaraikan beberapa kelebihan utama dan semoga ianya dapat memberi serba sedikit info untuk makin membantu anda dalam membuat tempahan.

Umrah Cuti Sekolah Pada Musim Sejuk (3)

#1 – Tempat  Menginap Di Hotel Mekah dan Madinah Yang Dekat

Saat mengerjakan umrah cuti sekolah bersama Simply Umrah ini anda tidak perlu risau kerana hotel yang akan disediakan tersangat dekat. Jarak hotel dengan Masjidil Haram hanyalah sekitar 50 meter saja. Mudah nak berjalan kaki dan mudah juga untuk pergi dan balik pada bila-bila masa.

Umrah Cuti Sekolah (3)

#2 – Pengangkutan Yang Selesa Ke Semua Destinasi

Untuk tujuan ziarah ke tempat-tempat yang ada kaitan dengan nabi tercinta, anda akan di bawa secara terus dan mudah dengan menggunakan bas. Jangan bimbang soal pengangkutan telahpun termasuk dalam pakej yang di ambil. Di sana nanti segalanya akan disediakan demi untuk memberi anda kemudahan yang paling selesa.

Umrah Cuti Sekolah (6)

#3 – Kad Perubatan Medic Pilgrim di Mekah, Madinah Secara Percuma

Selain dari itu, para jemaah akan turut dibekalkan dengan kad perubatan Medic Pilgrim yang sangat mudah dan bagus. Kad ini boleh digunakan ketika tidak sihat dan para jemaah sama sekali tidak akan dikenakan caj tambahan kerana ia sebahagian daripada nilai tambah pakej. Semua jemaah dengan penyakit sedia ada turut dapat menikmati perlindungan ini. Pihak jemaah hanya perlu menunjukkan kad perubatan Medic Pilgrim untuk te­rus berjumpa doktor di sana apabila tidak sihat.

Umrah Cuti Sekolah Buat Mereka Yang Berkemampuan (2)

#4 – Makan Malam Yang Eksklusif di Muzdalifah

Makin eksklusifnya pakej umrah cuti sekolah dengan Simply Umrah ini, anda berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman sebagai jemaah haji iaitu bermabit di Muzdalifah. Makin tambah bermakna anda akan dapat menikmati makan malam gaya Arab di dalam kawasan Muzdalifah yang sangat istimewa itu.

Umrah Cuti Sekolah Pada Harga Yang Murah (6)

#5 – Dibuka Untuk Semua Peringkat Umur Orang Islam Yang Ingin Mengerjakan Umrah

Siapa cakap tidak boleh ke tanah suci dengan kanak-kanak. Itu semua tidak tepat. Kini anda boleh saja ke tanah suci untuk kerjakan umrah mahupun haji jika mahu bersama anak-anak yang masih kecil. Simply Umrah turut menyediakan pakej umrah cuti sekolah dengan harga yang lebih rendah untuk anak-anak kecil ini mengikut umur masing-masing.

Umrah Cuti Sekolah Buat Mereka Yang Berkemampuan (3)

Promosi Umrah Cuti Sekolah Premium Pada Harga Murah dan Fullboard

Berita baik berganda untuk anda! Kini pihak Simply Umrah sedang giat mengadakan pakj promosi umrah cuti sekolah Premium pada harga murah dan fullboard. Dalam erti kata lain anda bakal memperolehi semua kemudahan yang terbaik untuk pakej premium dengan harga yang sangat rendah! Inilah masanya untuk anda membuat penjimatan dan ternyata harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan terbaik.

Umrah Cuti Sekolah Bersama Keluarga Tercinta (4)

Sebahagian Wajah Gembira Para Jemaah Dengan Khidmat Simply Umrah

Ini adalah sebahagian daripada para jemaah yang telah pernah mengerjakan umrah termasuk umrah cuti sekolah sebelum ini. Lihatlah betapa seronoknya aura gembira di wajah mereka dan adalah lebih baik jika jemaah seterusnya adalah anda sendiri bersama famili tercinta.

Umrah Cuti Sekolah Pada Harga Yang Murah (5)

Umrah Cuti Sekolah Pada Harga Yang Murah (4)

Umrah Cuti Sekolah Pada Musim Sejuk (4)

Umrah Cuti Sekolah Pada Harga Yang Murah (3)

Umrah Cuti Sekolah Buat Mereka Yang Berkemampuan (4)

Umrah Cuti Sekolah Pada Harga Yang Murah (2)

Anda Mahu Mengerjakan Umrah Bersama Famili Dalam Cuti Sekolah? Sedang Mencari Agensi Terbaik? Hubungi Pihak Simply Umrah Yang Boleh Dipercayai Untuk Tempahan!

Telah lama menyimpan duit dan kini benar-benar ingin ke sana? Jika ya, ada baiknya anda siapkan diri dengan baik supaya dapat mengerjakan dengan baik dalam usaha untuk mendapatkan umrah yang mabrur. Cuti sekolah telah hampir dan gunakanlah peluang yang ada untuk mengerjakan umrah dengan membuat tempahan sekarang!

Umrah Cuti Sekolah Pada Harga Yang Murah (1)

Jom umrah. Hotel dekat. Pakej Jimat. Ibadah Nikmat. Untuk info maklumat lanjut dan urusan tempahan sila hubungi pihak yang berkaitan melalui info di bawah ini.

HAJI ABDUL JALIL – SIMPLY UMRAH | PAKEJ UMRAH PREMIUM TERBAIK 
Hotline : Tekan untuk telefon (019-779 9767) | Tekan Untuk Whatsapp
Facebook : Umrah Hotel Dekat Sangat

Alamat :
33-02, Jalan Setia Tropika, Taman Setia Tropika, Johor Bahru, Johor 81200, Malaysia

Jom pergi umrah dengan Simply Umrah SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom pergi umrah dengan Simply Umrah SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom pergi umrah dengan Simply Umrah SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: