Melancong tanpa rasa penat? Semestinya apabila anda keluar bekerja di luar kawasan, melancong atau menziarah keluarga yang jauh memerlukan rehat secukupnya untuk memandu untuk jarak yang jauh. Antara masalah yang menjadi kekangan untuk memandu ke tempat berdekatan atau yang berjarak jauh adalah disebabkan faktor kesihatan, usia yang sudah tua, tiada lesen memandu, tiada pengangkutan, serta tidak berapa arif tentang lokasi yang ingin dituju.
Lupakan segala tentang alasan yang menjadikan anda terbantut untuk keluar melancong atau mengunjungi kaum keluarga yang jauh. Kini, terdapat pilihan yang lebih baik untuk anda. Pilihan ini bakal menjadikan percutian anda menjadi lebih berkualiti serta menjimatkan tenaga anda untuk memandu ke lokasi yang berjarak jauh mahupun dekat.
Memperkenalkan perkhidmatan teksi bajet MPV untuk mereka yang memerlukan di seluruh negeri di semenanjung Malaysia. Anda boleh menggunakan perkhidmatan Taxi MPV daripada Taxi Exora ini untuk mengambil dan menghantar ke KLIA, KLIA2, Lapangan Terbang Subang serta pelbagai lagi destinasi lain di seluruh semenanjung Malaysia.
Ramai yang mahu mengembara dengan kereta bersama keluarga namun ianya tidak dapat dilaksanakan disebabkan ketiadaan pengangkutan, tidak yakin untuk memandu jarak jauh dan sebagainya. Pasukan Team Exora siap sedia untuk membawa anda pergi ke destinasi pelancongan yang diinginkan hanya dengan satu tempahan. Anda kini boleh menggunakan khidmat Taxi Exora ini untuk bercuti di Genting Highlands, Cameron Highlands, Bukit Tinggi, Port Dickson, Melaka, Kelantan atau mana – mana destinasi di Semenanjung Malaysia.
Servis MPV Taxi Exora ini mempunyai pasukan yang cukup berpengalaman serta boleh dipercayai. Pemandu yang terlatih dan terbaik ditawarkan untuk anda yang ingin menggunakan servis pengambilan dan penghantaran anda untuk ke lapangan terbang, tempat – tempat yang menarik, serta ke seluruh Semenanjung Malaysia. Anda bukan sahaja membayar pada harga yang murah malah anda juga boleh mempercayai pemanduan yang terlatih daripada pasukan Taxi Exora.
Sebelum anda memilih mana – mana servis kereta sewa bersama pemandu atau tanpa pemandu, anda perlu mengetahui apakah manfaat dan kelebihan yang bakal anda perolehi dengan servis yang bakal anda perolehi nanti. Jom kita lihat apakah kelebihan daripada servis MPV Taxi Exora ini.
Dengan perkhidmatan Taxi MPV daripada Taxi Exora anda mampu dapatkan harga yang jauh lebih rendah daripada TEKS1M dan Teksi Eksekutif MPV. Di sini penjimatan berganda yang anda perolehi dapat digunakan untuk dapatkan hotel percutian yang lebih selesa atau menggunakan perbelanjaan percutian yang lain.
Dengan bayaran yang lebih rendah berbanding TEKS1M dan Teksi Eksekutif MPV, anda dapat menikmati lebih keselesaan dengan Taxi MPV daripada Taxi Exora. Keluasan MPV ternyata lebih luas dan selesa berbanding kereta biasa akan menjadikan perjalanan anda lebih selesa serta menjadikan pengembaraan anda lebih lancar.
Anda bukan sahaja boleh menempah untuk perjalanan sekitar Kuala Lumpur sahaja, malah anda boleh menggunakan servis Taxi Exora ke negeri – negeri yang lain juga di Semenanjung Malaysia. Kini, bila – bila masa sahaja anda boleh pergi bercuti dengan lebih privasi bersama keluarga atau rakan – rakan dengan servis Taxi Exora.
Sekiranya anda berada jauh daripada lokasi premis Taxi Exora, anda tidak perlu risau kerana pasukan Taxi Exora boleh mengambil anda di mana sahaja anda berada di seluruh Semenanjung Malaysia. Ini sangat memudahkan pengembaraan anda kerana anda hanya perlu menunggu di rumah sahaja. Tidak kisah anda berada di selatan Johor mahupun utara Perlis, Taxi Exora sedia untuk menawarkan servis mereka.
Dengan menetapkan cara bayaran berdasarkan jumlah yang tertulis di meter dapat mengelakkan kes penipuan atau terlebih caj daripada jumlah yang sepatutnya. Berbeza sekiranya anda menempah kenderaan atau pembantu profesional yang lain, mereka boleh meminta bayaran lebih setelah sampai ke destinasi yang sepatutnya.
Caj tersembunyi merupakan bayaran tambahan yang anda perlu bayar yang tiada di dalam persetujuan awal di mana anda tidak sedar bayaran itu dikenakan kepada anda. Untuk servis Taxi MPV daripada Taxi Exora ini harga bayaran yang dinyatakan adalah termasuk dengan kos petrol, bayaran tol, bayaran booking serta caj lapangan terbang sekiranya berkaitan.
Untuk mereka yang inginkan servis taxi yang lebih eksekutif, anda boleh memilih kenderaan lain seperti Van, Hyundai Starex atau Toyota Alphard. Anda boleh memilih MPV mengikut kesesuaian bajet anda serta tahap keselesaan yang anda inginkan. Kini, walaupun anda tidak mempunyai kereta mewah, namun dengan adanya Taxi Exora anda mampu mengembara dan bercuti dengan kenderaan mewah.
Anda kini boleh menikmati penjimatan berganda dengan menempah Taxi MPV daripada Taxi Exora. Servis yang mereka tawarkan sangat istimewa kerana seluruh Semenanjung Malaysia boleh menikmati kemudahan yang disediakan oleh MPV Taxi Exora. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut daripada info yang dinyatakan di bawah.
TAXI MPV TERBAIK DAN MURAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Hotline: Tekan untuk telefon (019-3508989) | Tekan untuk WhatsApp
Laman Web: http://www.taxiexora.com/
Facebook: https://facebook.com/taxiexora/
Lokasi :
Taxiexora Services Team
10-1-8 Kelumpuk Melati,
Jalan 29/56 Au3 Keramat Wangsa
Malaysia
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang