Review
May 25, 2018, 1:50pm

Promosi Takaful Insurans Hayat Terbaik Malaysia Dari RM37.66


  •  
  •  
  •  
  •  

“Perlindungan takaful insurans hayat sangat penting dalam sesebuah keluarga bagi menyelamatkan keluarga anda daripada terus menanggung hutang-hutang anda setelah anda meninggal dunia!”

Takaful Insurans Hayat Terbaik

Sungguh terpukul dengan kenyataan itu bukan? Itulah kenyataan dan realiti zaman sekarang. Banyak kes yang berlaku menyebabkan keluarga terpaksa menanggung segala hutang piutang anda, malah ada juga kes dimana keluarga tidak mampu membiayai kos perubatan dan rawatan ahli keluarga yang sakit terutamanya penyakit kronik seperti barah, sakit jantung dan sebagainya.  Adakah anda mampu membiayai puluhan ribu kos perubatan sekiranya sesuatu telah menimpa keluarga anda?

beringat dengan perlindungan insurans

Ketahuilah bahawa malang itu tidak berbau. Betapa banyak kes kemalangan diluar sana yang berlaku dan telah meragut nyawa mereka. Salah satunya adalah kes kemalangan yang melibatkan Perodua Myvi, ibu bapa telah meninggal dunia dan anak-anak telah menjadi yatim piatu. Sesiapa pun tidak akan menjangka apa yang akan berlaku, namun kita semua harus bersedia dengan kemalangan atau sesuatu yang tidak diingini. Sudahkah anda menyediakan perlindungan terhadap anak-anak anda sekiranya sesuatu terjadi?

Takaful Ikhlas 165 | Takaful Insurans Hayat Terbaik Malaysia

promosi takaful insurans termurah

Takaful Ikhlas 165 adalah takaful insurans hayat tanpa riba yang telah membantu menyelesaikan pelbagai masalah dalam kalangan institusi masyarakat dan keluarga sejak tahun 2009 lagi. Takaful insurans 165 bersedia membantu mengubah kehidupan anda dan keluarga untuk lebih baik dengan menawarkan konsultant atau perunding risiko yang bertanggungjawab membantu suami isteri yang mencari perlindungan keluarga dan anak-anak untuk masa depan tanpa sebarang riba dengan plan perlindungan yang terbaik.

Plan Takaful Ikhlas 165 Murah Dan Mampu Milik

kenapa perlu takaful keluarga

Plan Takaful Ikhlas yang ditawarkan adalah sangat murah dan berpatutan. Anda yang mempunyai pendapatan serendah RM 1000 juga mampu untuk memilikinya. Takaful Ikhlas ini bernilai dari RM 37 untuk sebulan dan pengiraannya adalah berdasarkan kadar umur dan jumlah pendapatan. Sekiranya anda berada dalam lingkungan 30 tahun dan bergaji RM 1000, kadar insurans ikhlas adalah dalam RM 45 untuk sebulan. Ini bermakna hanya 5% sahaja dari gaji anda yang digunakan untuk membayar takaful dan menyelamatkan keluarga anda.

Takaful Ikhlas Perlindungan Keluarga, Lebih Untung Dan Berbaloi

takaful ikhlas promosi

Sudah pasti anda setuju untuk menyimpan di bank kerana boleh mendapatkan semula duit anda seandainya berlaku kecemasan. Menyimpan RM45 setiap bulan selama 20 tahun memberikan anda wang sebanyak RM10,800. Namun jumlah RM10,800 tidak mampu mengubah kelaurga anda sekiranya memerlukan kos perubatan yang lebih banyak. 

harga takaful ikhlas

Ikhlas takaful pula menawarkan RM200,000 kepada keluarga anda sebagai pampasan sekiranya sesuatu berlaku kepada anda walaupun anda hanya membayar RM45 setiap bulan. Berbaloi dan lebih untung, keluarga anda juga mendapat perlindungan yang cukup.

Anggaran Kadar Nilai Pembiayaan Takaful Ikhlas Secara Tahunan

anggaran insurans syariah

RM200,000 secara sekaligus (lump sum) akan anda terima sekiranya berlaku kematian, kemalangan dan tidak upaya kekal. Dengan pembiayaan bulanan serendah RM37 untuk sebulan bagi anda yang berumur 20 sehingga 30 tahun, anda mampu memberikan yang terbaik untuk keluarga anda.

takaful ikhlas untuk keluarga

Kadar Takaful Ikhlas Tahunan Dan Umur

  • RM 452 (20 – 30)
  • RM 530 (30 – 40)
  • RM 1345 (40 – 50)
  • RM 3544 (50 dan ke atas)

Kelebihan Plan Takaful Ikhlas Value Term Memberikan Pampasan

bagaimana pampasan promosi takaful

Anda akan menerima pampasan sebanyak RM 200,000 sekiranya anda di isytiharkan lumpuh atau tidak boleh bekerja. Tanpa sumber pendapatan daripada anda, mungkin isteri dan anak-anak anda terpaksa bekerja keras bagi membiayai kos sara hidup, perubatan dan lain-lain lagi. Ketika itu, anda tidak mampu berbuat apa-apa lagi dan nasi sudah pasti menjadi bubur.

Manfaat Ikhlas Value Term Takaful

1. Manfaat Kematian

promosi takaful hayat

Ahli keluarga atau waris anda akan menerima 100% Amaun Perlindungan asas dan manfaat pampasan sekiranya orang yang dilindungi atau anda yang mendaftar takaful Ikhlas meninggal dunia secara semulajadi atau akibat kemalangan. Ia akan dilindungi ketika sijil takaful masih berkuat kuasa.

2. Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh Kekal (HUMK)

kelebihan mengambil takaful hayat

Hilang upaya menyeluruh kekal adalah sesuatu yang membuatkan anda tidak berupaya melakukan apa-apa malah terpaksa bergantung hidup kepada keluarga anda. Dengan manfaat Takaful Ikhlas, anda akan menerima 100% daripada Amaun PErlindungan asas sehinggalah mencapai umur 70 tahun pada hari lahir yang akan datang.

3. Had Tanpa Pemeriksaan Perubatan

takaful hayat termurah

Bagi anda yang berumur 50 tahun ke bawah, anda berhad untuk mendapatkan had tanpa pemeriksaan perubatan. Ia tertakluk kepada Perlindungan Takaful maksimum sehingga RM 500,000  dengan syarat anda haruslah mempunyai kesihatan yang baik.

Sebab Anda Perlu Mendapatkan Manfaat Takaful Ikhlas

#1. Prinsip Syariah

prinsip takaful ikhlas hayat

Operasi perniagaan dan pengurusan Takaful Ikhlas adalah berdasarkan prinsip syariah. Konsep Takaful Ikhlas sangat adil dan saksama kerana mereka berpegang kepada falsafah “Kemudahan Berurusan” dengan semua komuniti.

#2. Diyakini Dan Dipercayai

duit takaful untuk keluarga

Takaful Ikhlas merupakan pilihan semua pengguna kerana ia amat diyakini dan dipercayai masyarakat sejagat. Takaful Ikhlas Berhad (593075 U) yang merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad ini adalah di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

#3. Manfaat Kematian, Kurang Upaya Kekal, Perubatan

manfaat takaful hayat

Anda akan menerima manfaat kewangan bagi membantu menyelesaikan masalah keluarga dan penyakit yang dihadapi. Ia boleh digunakan untuk menampung kos pembedahan dan perubatan, membiayai hutang piutang anda yang ditinggalkan dan lain-lain lagi.

#4. Murah Dan Mampu Milik

promosi takaful terbaru

Plan takaful Ikhlas amat murah dan berpatutan dimana anda hanya perlu memperuntukkan serendah RM 37 sahaja untuk sebulan bagi mendapatkan manfaat-manfaat yang mampu membantu anda dan keluarga pada masa hadapan. Dengan gaji serendah RM1000, anda juga layak memiliki plan Takaful Ikhlas ini.

#5. Agent Dan Perunding Takaful Ikhlas Disediakan

agen takaful ikhlas johor

Anda berpeluang dibantu oleh seorang perunding Takaful Ikhlas yang sangat berpengalaman, pakar dan terlatih bagi membantu menyediakan takaful plan dan menguruskan takaful yang anda miliki untuk lebih mudah dan berjalan lancar. Selain itu, perunding takaful Ikhlas juga sentiasa akan menjawab persoalan dan masalah anda mengenai takaful hayat ini.

Jom Dapatkan Insurans Takaful Ikhlas Terbaik Di Malaysia

Anda boleh dapatkan insurans takaful segera dengan murah, mudah dan senang. Insurans takaful Ikhlas yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia terbukti membantu banyak keluarga dalam melindungi mereka dari menangguh kesusahan dan beban hidup sekiranya berlaku kemalangan atau kematian orang yang tersayang. Sebagai seorang ahli keluarga yang bertanggungjawab, inilah masanya untuk anda merancang perlindungan keluarga anda bagi masa depan yang gemilang! Jom hubungi Perunding Takaful Ikhlas anda segera!

agen zureen takaful ikhlas

PUAN ZUREEN | PERUNDING TAKAFUL IKHLAS Hubungi: Tekan untuk telefon (013-7686482) | Tekan untuk WhatsApp