Review
Apr 4, 2018, 2:24pm

Promosi Serunding Ikan Merah Karomi Asli Hanya Dari RM17.00


Bercerita mengenai serunding ikan merah pastinya membuatkan perut terasa lapar semula. Terbayangkan bagaimana aroma yang terhasil daripada campuran rempah ratus bersama-sama dengan ikan merah segar yang 100% asli daripada laut lantas membangkitkan selera.

Serunding Ikan Merah Sedap

Agak jarang kita dengar terdapat perusahaan-perusahaan kecil mahupun besar menjalankan perniagaan serunding berasaskan ikan merah. Namun, semuanya adalah tidak mustahil bagi Encik Karomi Samsudin apabila berjaya membawa produk yang diusahakan beliau ke dalam dunia perniagaan. Segala usaha yang dilakukan oleh Encik Karomi Samsudin adalah berdasarkan kepada ilmu dan kajian tertentu yang akhirnya membuahkan hasil.

Asal Usul Serunding

Dikatakan bahawa serunding bermula dari Negeri Kelantan kerana suatu ketika dahulu terdapat banyak perusahaan yang dikendalikan secara tradisional di kawasan Jajahan Tumpat. Dipercayai bahawa Kampung Laut iaitu salah satu kawasan di dalam Jajahan Tumpat yang merupakan pusat pembuatan serunding terbesar di Malaysia. Ini kerana lebih daripada 50 keluarga terlibat dalam mengusahakan perniagaan serunding pada ketika itu.

Resepi Serunding Ikan Merah

Allahyarhamah Mek Som Binti Ismail yang juga dikenali dengan nama panggilan Mak Som Pah Soh Lotri oleh penduduk setempat merupakan antara usahawan paling awal yang mempelopori perusahaan serunding di Kampung Laut. Perusahaan beliau kemudiannya diteruskan pula oleh anak cucu beliau hingga ke hari ini. Walaupun begitu, masih tidak dapat dipastikan sejak bilakah sejarah serunding dan dimanakah ianya bermula.

Dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya, serunding merupakan antara makanan warisan yang mempunyai nilai keistimewaan tersendiri. Rata-rata tidak ramai masyarakat Melayu yang mampu menguasai teknik penyediaan serunding ini kerana ia memerlukan masa yang agak lama untuk menyediakannya.

Serunding Ikan Merah Lazat

Tanpa kesabaran dalam proses penyediaan yang memakan masa lebih empat jam, pasti hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Oleh kerana itulah kebanyakkan warga emas sangat pandai menghasilkan serunding. Kebolehan menyediakan serunding ini merupakan suatu bakat yang diturunkan oleh orang-orang terdahulu kepada anak cucu mereka secara turun temurun. Ini bagi memastikan resepi dan teknik membuat serunding terus bertahan dan kekal hingga ke generasi seterusnya.

Tips Ringkas Penyediaan Serunding

Dalam kaedah penyediaan serunding, terdapat beberapa tips ringkas yang telah dikongsikan oleh salah seorang pengusaha serunding di Kampung Laut. Yang lebih menarik ialah serunding yang dihasilkan oleh keluarga beliau mampu bertahan lebih setengah abad di dalam pasaran. Semuanya bergantung kepada petua masing-masing.

Serunding Ikan Merah Enak

Petua Pertama

Semasa memasak santan, pastikan ia betul-betul mendidih supaya serunding yang dihasilkan dapat bertahan lebih lama dan tidak berubah aromanya.

Petua Kedua

Perkara kedua yang boleh dilakukan ialah melalui pengunaan kayu api sebagai medium untuk memasak sepenuhnya supaya serunding yang terhasil menjadi lebih enak dan betul-betul kering berbanding hasil penggunaan dapur gas.

Petua Ketiga

Untuk petua ketiga pula, semasa memasak serunding pastikan ianya dikacau sentiasa tanpa henti selama lebih kurang empat jam di bawah api yang sederhana besar. Ini untuk memastikan serunding itu dimasak rata.

Petua Keempat

Petua yang keempat, serunding yang telah siap dimasak kemudiannya dibungkus rapi samada di dalam bekas kedap udara atau di dalam bungkusan tertutup untuk memastikan ianya tahan lebih lama. Pastikan tidak ada sebarang rongga udara yang wujud antara bekas ataupun bungkusan.

Jenis – Jenis Serunding Di Malaysia

jenis serunding dan serunding ikan merah asli

Umumnya mengetahui bahawa serunding merupakan makanan masyarakat Melayu yang sangat popular terutama ketika dua hari perayaan utama masyarakat Muslim iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan juga Hari Raya Aidil Adha. Terdapat beberapa jenis serunding yang biasanya dibuat dan dijual.

Serunding Daging

Serunding daging yang paling sedap adalah dihasilkan daripada daging lembu sebagai bahan utama. Serunding daging ini juga adalah jenis serunding yang paling popular di Malaysia.

Serunding Ikan Merah Digemari

Serunding Ayam

Bagi yang biasa mengenali serunding ayam dengan nama chicken floss pastinya mengetahui perbezaan rasa dan tekstur serunding ayam dengan serunding daging lembu. Tekstur serunding ayam lebih halus selepas ianya dicarik-carik berbanding tekstur serunding daging lembu. Teknik masakan serunding ayam ini juga adalah sama seperti teknik masakan serunding ikan bilis dan serunding ikan yang lain.

Petua Serunding Ikan Merah

Serunding Ikan Bilis

Serunding ikan bilis biasanya digunakan sebagai inti untuk popia simpul atau simpul kasih dan juga mini popia. Juga merupakan santapan bernostalgia setiap kali tibanya musim Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji sebagai pelengkap juadah.

Serunding Ikan Merah Pinggan

Serunding Kelapa

Serunding kelapa pula merupakan gandingan terbaik untuk dimakan bersama pulut. Ia dikenali dengan nama pulut serunding. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa enaknya penangan pulut bersama serunding kelapa sebagai toping intinya.

Serunding Ikan Merah Oren

Serunding Halia

Ini merupakan serunding yang kian menjadi kegilaan ramai ketika ini. Serunding halia sebenarnya sangat baik untuk kesihatan bagi menghilangkan angin dalam badan. Selain itu, khasiat halia juga terbaik dalam melancarkan peredaran darah.

Kagum Serunding Ikan Merah

Serunding Ikan

Serunding ikan juga tidak kurang hebatnya sebagai pelengkap makanan. Antara ikan yang sesuai digunakan untuk membuat serunding ikan ialah ikan yang berisi pejal seperti ikan mackerel atau ikan tuna.

Mangkuk Serunding Ikan Merah

Khasiat Ikan Merah

Ikan merah atau nama saintifiknya Lutjanus Argentimaculatus merupakan sejenis ikan air masin. Ikan merah ini mempunyai khasiat tersendiri dan sering mendapat permintaan di pasaran. Antara khasiat ikan merah untuk kesihatan tubuh badan ialah:

Mengandungi Vitamin A Yang Tinggi

Vitamin A berperanan sebagai antibodi bagi tubuh badan dan sangat baik untuk penjagaan hati. Ikan merah mempunyai kandungan vitamin A semulajadi yang diperlukan oleh manusia.

Abjad Serunding Ikan Merah

Mencegah Gigi Berlubang

Kedengaran agak janggal tetapi itulah hakikatnya di mana kandungan kalium yang terdapat dalam ikan merah mampu melindungi kesihatan gigi daripada rosak dan berlubang.

Menjaga Tulang Agar Lebih Kuat

Sepertimana fungsi nya dalam penjagaan gigi, kalium juga dapat membantu menjaga kekuatan tulang. Cuma adalah dinasihatkan agar mengambil pengambilan kalium pada kadar yang sederhana sahaja kerana ia juga boleh mengakibatkan berlakunya hyperkalemia.

Menjaga Kesihatan Otak Manusia

Kesihatan otak juga sangat memerlukan kepada kehadiran kalium dalam tubuh badan. Maka ikan merah sekali lagi terbukti bermanfaat sebagai sumber pembekalan kalium yang sangat diperlukan oleh tubuh.

Serunding Ikan Merah Salmon

Terhindar Daripada Sebarang Masalah Penglihatan

Ikan merah merupakan ikan yang mengandungi Omega 3 yang dapat mengurangkan risiko hilangnya penglihatan. Selain itu, Omega 3 juga mampu mencegah kolestrol tinggi dalam badan dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Mampu Mengurangkan Risiko Hipertensi

Hipertensi adalah akibat yang terjadi daripada masalah darah tinggi. Maka para pesakit hipertensi boleh mencuba alternatif pengambilan ikan merah sebagai menu makanan untuk mengurangkan risiko hipertensi. Mungkin tidak mampu untuk menyembuhkan secara keseluruhan tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mencegah daripada bertambah serius.

Promosi Serunding Ikan Merah Karomi 100% Asli Hanya Dari RM17.00

Pernahkah anda mendengar atau merasai Serunding Ikan Merah Karomi? Serunding ini sebenarnya merupakan serunding ikan secara umumnya. Cuma serunding ini menggunakan ikan merah segar sebagai bahan utama serunding berdasarkan khasiat yang telah dikongsikan. Nama Karomi pula diambil bersempena usahawan serunding ikan merah ini iaitu Encik Karomi Samsudin.

Serunding Ikan Merah Nasi

Daripada situlah lahirnya nama Serunding Ikan Merah Karomi yang dihasilkan bersama keunikan serta keenakan rasa. Berwaspadalah kerana ia pasti membuatkan sesiapa sahaja yang merasai hidangan ini seolah-olah tidak mahu melepaskan rasa keasliannya yang pasti menambat selera dalam setiap hidangan.

Serunding Ikan Merah Karomi dihasilkan dengan menggunakan ikan merah segar terus dari laut. Bagi individu yang mementingkan kesihatan, kandungan protein yang terdapat di dalam serunding ini menjadi punca yang mengapa hidangan ini perlu menjadi pilihan.

Cara Serunding Ikan Merah

Serunding Ikan Merah Karomi sangat berbeza dari rasa serunding ikan yang biasa kerana Serunding Ikan Merah Karomi hanya menggunakan 100% ikan merah atau kerisi sahaja. Ikan merah atau kerisi ini rasanya lebih manis berbanding dari ikan kembung atau ikan-ikan yang lain. Keenakannya akan lebih memukau apabila diadunkan bersama pelbagai rempah ratus yang terpilih, beberapa batang serai, santan dan seumpamanya. Jika anda ingin merasai keenakannya apa kata cuba sendiri hidangan ini.

Senarai harga yang ditetapkan untuk Serunding Ikan Merah Karomi terbahagi kepada harga runcit dan juga harga borong.

Untuk Harga Runcit

  • 1 kg – RM 55.00
  • 1/2 kg – RM 35.00
  • 250g – RM 17.00

Untuk Harga Borong

  • 5 kg – RM 50.00
  • 10 kg – RM 47.00
  • 20 kg – RM 45.00
  • 50 kg dan ke atas – RM 43.00

Perlu diingat bahawa harga yang diberikan seperti di atas tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran mengikut kepada jumlah berat.

Penghantaran Serunding Ikan Merah

Caj Penghantaran

  • 1 kilogram : RM10 (Sabah dan Sarawak RM15)
  • 2 kilogram : RM12 (Sabah dan Sarawak RM18)
  • 3 kilogram : RM15 (Sabah dan Sarawak RM30)
  • 4 kilogram : RM18 (Sabah dan Sarawak RM35)
  • 5 kilogram : RM20 (Sabah dan Sarawak RM45)

Kadar caj penghantaran adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Kami menggunakan perkhidmatan kurier Skynet, ABX, Pos Laju, Pos Ekspres, Borneo Cargo, Pos Malaysia Air Parcel dan KTMB. Jika ada di antara sesiapa yang ingin menjadi pengedar atau wakil penjual disamping mendapatkan serunding ikan merah pada harga pengedar atau harga borong yang lebih murah dan menjimatkan bolehlah berhubung terus dengan Encik Karomi Samsudin.

Cara Membuat Tempahan

Pesanan Serunding Ikan Merah

Setiap tempahan boleh dilakukan dengan membuat bayaran harga Serunding Ikan Merah Karomi bersama kos penghantaran di BANK ISLAM. Bayaran tersebut dibuat atas nama RAZIMAH BT MUSTAFA menggunakan nombor akaun di bawah: BANK ISLAM | 2011020361383.

Selepas pembayaran berjaya dilakukan, emailkan salinan bukti pembayaran berserta nama dan alamat pengirim ke razimah7375@gmail.com ATAU kirimkan maklumat pembayaran, nama dan alamat pengirim melalui pesanan SMS atau Whatsapp ke 019-5258428.

Setelah bayaran disahkan dan diterima, barulah penghantaran akan dibuat dalam masa 48 jam menggunakan perkhidmatan kurier yang terpilih. Bagi sebarang pembayaran menggunakan cek, penghantaran akan dibuat setelah cek berstatus ’clear’.

Dapatkan Promosi Serunding Ikan Merah Karomi 100% Asli hanya dari RM17.00 Sekarang!

Jika anda penggemar serunding ikan, cubalah rasai sendiri kelainan serunding ikan merah Karomi ini. Pasti terangkat! Dapatkan seruding ikan Karomi asli ini sekarang! Hubungi nombor dan facebook tertera untuk maklumat lanjut.

serunding ikan merah karomi terbaik

PUAN RAZIMAH | PEMBEKAL SERUNDING IKAN MERAH KAROMI
No Telefon: Tekan untuk telefon (019-5258428) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook:
Serunding Ikan Merah Karomi

Alamat:
Karomi Bin Samsudin
No, 87, Batu 3 Tandop, Blkg Sek Keb Dato’ Wan Mohd Saman 05400 Alor Setar Kedah.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: