Review
May 8, 2018, 12:32am

Promosi Pakej Umrah Murah Terbaik Berlepas Dari KLIA


Alhamdulillah, pastinya anda merupakan golongan yang terpilih untuk berdiri di tanah suci Mekah Al-mukaramah atau dalam bahasanya adalah Mekah yang dimuliakan. Sungguh anda yang terpilih pastinya tidak sabar dan teruja menanti detik-detik indah untuk beribadat di bumi Allah yang sangat mulia ini.

promosi pakej umrah murah

Masjid Nabawi dan Masjidil Haram menjadi harapan dan impian bagi anda yang benar-benar ingin merasai nikmat dan rahsia keagungan Allah SWT dalam tempat yang sangat indah dan yang terletak di dalam Mekah serta mengelilingi kaabah yang menjadi arah kiblat serta lokasi tawaf sebanyak 7 kali bagi umat Islam.

pakej umrah murah

Terdapat banyak lagi tempat menarik yang menjadi impian anda dan kaum keluarga untuk menikmati bersama di Mekah dan Kota Madinah seperti Kaa’bah, Makam Nabi Muhammad SAW, Ladang Tamar, Makan Sahabat dan lain-lain lagi. Segala tempat ini mempunyai perjalanan yang penuh dengan aktiviti yang menjanjikan pahala setiap kali anda lakukannya.

jemaah promosi pakej umrah murah

Ramai anak-anak muda kini yang membanting tulang bekerja keras bagi merealisasikan impian kedua ibu bapa bagi menjejakkan kaki ke Kota Mekah. Mungkin anda juga salah satu daripada mereka atau golongan yang terpilih untuk menjejakkan kaki ke sana suata masa nanti. Ada perkara yang anda harus tahu bagi memilih pakej-pakej yang diperlukan untuk melaksanakan umrah di Kota Mekah.

Cara Memilih Pakej Umrah Terbaik

cara memilih promosi pakej umrah murah

  • Kenalpasti agensi tersebut dengan lebih lanjut supaya tiada kes penipuan
  • Dapatkan harga pakej serta kelebihan pakej tersebut untuk rujukan
  • Dapatkan jadual lokasi ziarah atau perjalanan umrah untuk perjalanan hari umrah dilakukan
  • Pastikan kelengkapan seperti hotel dan makanan juga diuruskan
  • Mempunyai dan sentiasa mengemas kini hala tuju seperti taklimat, kursus dan maklumat berkaitan umrah untuk kemudahan dan peringatan anda.

trip pakej umrah murah

Sudah bersediakah anda untuk menyiapkan diri dengan segala persediaan untuk ke Kota Mekah dan paling penting untuk menjadi tetamu Allah SWT? Dari segi rohani ya, dari segi fizikal dan kos kewangan pula bagaimana? Anda perlu mencari pakej umrah yang murah dan terbaik bagi menikmati perjalanan yang selamat serta selesa.

Promosi Pakej Umrah Murah Terbaik Berlepas Dari KLIA

Promosi Pakej Umrah Ziarah sering diadakan oleh syarikah travel yang melibatkan umrah dan haji pada setiap tahun. Saat adanya promosi pakej umrah, maka ramailah bakal jemaah yang mengambil kesempatan untuk menunaikan umrah beramai-ramai dengan pakej yang ditawarkan.

promosi pakej umrah murah naik di KLIA

Tempat terbaik yang menjadi stesen utama untuk anda berlepas adalah di KLIA kerana ia merupakan tengah-tengah ibu kota di mana semua para jemaah akan berkumpul bersama. Bagi pakej umrah yang diadakan di seluruh Malaysia, terdapat promosi pakej umrah murah yang terbaik berlepas dari KLIA.

Madinah Travel And Tours Promosi Umrah Murah

poster promosi pakej umrah murah

Madinah Travel And Tours Sdn Bhd adalah syarikat perlancongan yang menawarkan pakej umrah bagi anda yang ingin ke Kota Mekah Dan Kota Madinah bagi menyahut seruan Illahi atau menunaikan umrah. Madinah Travel And Tours Sdn Bhd juga menawarkan promosi pakej umrah yang murah dan lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuklah rancangan perjalanan, tiket dan tambang, proses booking hotel, proses visa, kenderaan dan lain-lain lagi. Pakej umrah ziarah yang ditawarkan oleh mereka mengambil masa dalam sehari sehingga 9 hari. Mari kita lihat senarai perkara yang terkandung dalam pakej mereka.

Pakej Umrah Ziarah Murah Madinah Travel And Tours

1. Penerbangan

pakej umrah murah dengan saudi airlines

Penerbangan untuk ke Kota Mekah adalah dengan menggunakan Saudia Airlines. Anda akan berlepas di KLIA. Seterusnya akan mengikut (KUL-MED / JED-KUL).

2. Hotel

Hotel yang dipilih adalah sangat dekat dan tidak terlalu jauh dengan jarak ke kaa’bah dan tempat menarik untuk anda melakukan ibadat di Mekah. Sama ada Mekah atau Madinah, anda boleh memilih hotel berikut berdasarkan pakej.

pakej umrah murah dan hotel berdekatan masjid

Madinah: Hotel yang terlibat adalah Hotel Al Salahiya 4 bintang. Ia dianggarkan mengambil masa selamat 3 minit untuk berjalan ke Masjid Nabawi.

Mekah: Di Mekah pula, Hotel Anjum bertaraf 5 bintang mempunyai anggaran 5 ke 7 minit berjalan ke Masjidil Haram. Antara program yang akan dilaksanakan adalah ziarah di Madinah dan Mekah.

3. Makanan Disediakan

pakej umrah murah dengan makanan

Makanan disediakan untuk semua pemilik pakej yang menggunakan pakej bersama Madinah Tours And Travel. Anda tidak perlu bimbang tentang makanan pagi, tengahari dan malam kerana ia sangat lengkap disediakan.

4. Khidmat Visa Dan Mutawif

pakej umrah murah dengan visa dan mutawwif

Anda juga akan mendapat khidmat Visa dan mutawif. Anda tidak perlu risau bagaimana untuk mendapatkan visa dan sebagainya kerana anda akan diajar dan diberi panduan. Mutawif yang bertauliah juga disediakan bagi membantu anda memahami apakah yang perlu anda lakukan dan sebagainya.

5. Pengangkutan Di Tanah Suci

pakej umrah murah pengangkutan di tanah suci

Pengangkutan juga disediakan bagi anda yang mengikuti pakej Umrah Ziarah Madinah Travel And Tours di mana anda dapat menaiki kenderaan untuk bergerak ke trip-trip perjalanan seperti yang dijadualkan.

6. Kursus Umrah Percuma

pakej umrah murah percuma kursus umrah

Sebelum datangnya hari untuk anda berlepas ke Mekah Al-Mukaramah, Madinah Travel And Tours menyediakan anda kursus umrah percuma bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan pelajaran tentang cara-cara melakukan umrah dan sebagainya.

7. Barangan Percuma

pakej umrah murah dengan barangan percuma

Anda akan diberikan barang-barang percuma yang boleh anda gunakan selama anda berada di Mekah dan Madinah. Setiap daripada anda akan disediakan air zamzam, bagasi percuma, kain ahram ataupun telekung percuma. Anda dapat menggunakannya sebagai keperluan anda selama berada di sana.

promosi pakej umrah murah dan terbaik

Untuk pengetahuan anda, pakej umrah ini mempunyai harga yang bergantung kepada waktu dan tarikh serta masa hari kejadian untuk anda menunaikan umrah. (Harga pakej umrah ini akan berubah-ubah pada setiap bulan). Anda boleh dapatkan harga pakej serendah RM4900 sehingga RM8900 (VVIP) sahaja. Ia sangat murah dan berbaloi.

Jadual Program Dan Perjalanan Umrah Madinah Travel And Tours

tentatif pakej umrah murah mekah madinah

Jadual program ini akan bermula daripada tarikh anda bertolak dari lapangan terbang KLIA terus ke Madinah.

Perjalanan Di Madinah

Hari Pertama

bas ke klia dari pakej umrah murah terbaik

Bertolak dari KLIA ke airport Madinah. Setibanya di sana, anda boleh terus menuju ke hotel dan check in untuk berehat.

Hari Kedua

umrah ke masjid nabawi

Anda akan mula menziarahi sekitar Masjid Nabawi iaitu Makam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a. Kemudian anda boleh terus ke Raudhah untuk solat dan melakukan doa hajat. Kemudian, perjalanan akan menziarahi perkuburan Baqi dan akhir Muzium Nabi

Hari Ketiga

umrah ziarah ke masjid quba

Anda akan menziarahi sekitar Madinah seperti Jabal Uhud dan perkuburan shuhada di Jabal Uhud. Kemudian bergerak ke Masjid Quba untuk solat sunat 2 rakaat dimana pahala menunaikan solat disini adalah seolah-olah anda telah mengerjakan umrah, kemudian anda boleh ke Masjid Qiblatain iaitu masjid 2 kiblat dimana ia merupakan sejarah pertukaran arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram. Akhir sekali, anda boleh singgah ke Ladang kurma.

Hari Keempat

umrah ke mekah dan madinah

Hari ini anda akan bergerak ke Mekah pula.

Perjalanan di Mekah

Hari Pertama

hotel di mekah pakej umrah murah terbaik

Anda akan mengikuti taklimat ringkas. Kemudian, anda akan check in ke hotel yang disediakan.

Hari Kedua

tentatif pakej umrah

Hari untuk anda berehat dan membuat persediaan untuk esok.

Hari Ketiga

Anda akan menziarahi Jabal Tsur, Jabal Noor, Jabal Rahmah, Mina, Mudzalifah, juga tempat berlaku kisah Nabi Ibrahim a.s yang melaksanakan arahan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

pakej umrah murah melontar di jamrah

Kemudian anda akan bergerak ke tempat melontar dan Jamrah iaitu tempat yang mempunyai kisah dimana Nabi Ismail a.s mengejar dan melontar syaitan sebanyak 3 kali yang menghasut baginda dan ayahnya untuk tidak melaksanakan arahan sembelihan. Selesai sahaja di Jamrah, anda akan bergerak ke Miqat Jaaranah untuk umrah kedua.

Hari Keempat

kaabah masjid haram umrah murah

Anda bebas untuk berehat dan berjalan di bumi Mekah.

Hari Kelima

umrah dan ziarah santai di mekah

Anda boleh menziarahi muzium, pasar buah dan miqat di Masjid Hudaibiyah untuk umrah ketiga. Pada malam ini pula diadakan makan malam khusus penutup untuk kumpulan jemaah Madinah Travel And Tours Sdn Bhd tetapi ia juga tertakluk kepada pihak pengurusan hotel.

Hari Keenam

hari terakhir di mekah sebelum pulang

Hari keenam merupakan hari terakhir anda di sini dan check out dari hotel. Kemudian, anda akan tawaf widak iaitu selamat tingga. Selesai sahaja, anda akan terus bergerak ke Airport Jeddah untuk kembali pulang ke KLIA.

Nota: Perjalanan program dan aktiviti umrah ini tertakluk kepada perubahan. Ini kerana pihak Arab Saudi telah melarang jemaah umrah untuk beberapa aktiviti ziarah. Sila rujuk kepada wakil Syarikat Madinah Travel and Tours untuk info terbaharu.

Harga Promosi Pakej Umrah Madinah Travel And Tours

bertolak pulang dari mekah

Madinah Travel And Tours sentiasa melakukan promosi bagi pakej umrah dan harganya tertakluk kepada perubahan disebabkan oleh kadar matawang, pembekal seperti hotel dan syarikat pengangkutan tetapi pakejnya adalah serendah RM4900 sahaja. Anda hanya perlu membuat deposit serendah RM500 sahaja dan akan diuruskan dengan kesemua program seperti kursus umrah dan sebagainya.

Kelebihan Umrah Bersama Madinah Travel And Tours Sdn Bhd

1. Syarikat Berdaftar Dan Berpengalaman

sijil kelulusan menjalankan umrah

Madinah Travel And Tours Sdn Bhd mempunyai pengiktirafan sebagai syarikat travel and tours Umrah yang sangat diyakini dan terbaik, di samping mereka mempunyai sijil pendaftaran serta diuruskan oleh pekerja yang berpengalaman dan pakar mengendalikan program Umrah.

2. Perjalanan Yang Sistematik

perjalanan sistematik pakej umrah murah terbaik

Dengan syarikat ini, anda tidak akan terumbang ambing kerana mereka sendiri telah menyediakan tentatif atau rancangan perjalanan program sepanjang berada di sana. Anda akan menjalani ibadah dengan terurus dan selesa.

3. Kemudahan Yang Pelbagai

pakej umrah dengan banyak benefit

Pelbagai kemudahan telah disediakan di dalam pakej anda iaitu kemudahan pengangkutan, penginapan, makanan pagi, tengahari dan malam dan anda juga boleh mendapatkan telekung, air zamzam percuma dan lain-lain lagi. Selain itu, banyak lagi kelebihan yang dapat anda nikmati bersama Madinah Travel And Tours Sdn Bhd.

Jom Dapatkan Promosi Pakej Umrah Murah Terbaik

promosi pakej umrah murah berlepas dari klia

Bagi anda yang tercari-cari pakej umrah yang sesuai dan berpatutan bagi anda, Madinah Travel And Tours ini sangat murah dan berbaloi untuk anda dapatkan. Tidak semua syarikat mempunyai pakej promosi yang rendah dan berbaloi sebegini. Anda juga pasti akan berpuas hati dengan setiap apa yang anda dapat nikmati sepanjang melakukan umrah bersama Madinah Travel And Tours. Jom nikmati promosi pakej umrah murah terbaik yang berlepas dari KLIA ini!

sertai promosi pakej umrah murah putrajaya

MADINAH TRAVEL AND TOURS SDN BHD | PROMOSI PAKEJ UMRAH TERBAIK
HQ Putrajaya
En. Fauzi: Tekan untuk telefon (016-7732004) | Tekan untuk WhatsApp
Puan Rosmuar: Tekan untuk telefon (0173814695) | Tekan untuk WhatsApp

Cawangan Johor
Puan Rahimah: Tekan untuk telefon (0127284111) | Tekan untuk WhatsApp
Puan Norain: Tekan untuk telefon (01128783412) | Tekan untuk WhatsApp

Facebook: Madinah Travel & Tours Sdn. Bhd.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: