Review
May 27, 2019, 3:00pm

Promosi Pakej Umrah Dan Haji Murah Serendah RM4990


Shares1.1k

Ibadat haji dan umrah merupakan satu rukun daripada rukun Islam yang lima dan ianya menjadi kemuncak penzahiran ubudiyyah seorang hamba kepada Tuhan-Nya. Hari ini kami ingin berkongsi mengenai persediaan perkara kita perlu tahu sebelum pilih pakej umrah dan haji.

pakej umrah dan haji untuk keluarga 5

Persediaan Sebelum Menunaikan Ibadah Haji Dan Umrah

Antara perkara-perkara yang perlu dibuat persediaan sebelum anda mendapatkan sebarang promosi pakej umrah ialah:

1. Pemeriksaan Kesihatan

Kepada bakal haji/hajah, eloklah lakukan dahulu pemeriksaan menyeluruh tubuh (General Check Up) di makmal untuk mengesan sebarang penyakit yang mungkin ada tanpa disedari dan bagi mengetahui keadaan kesihatan secara jelas dan lengkap supaya doktor boleh mengambil tindakan ‘preventif’ (pencegahan) lebih awal.

pakej umrah dan haji untuk keluarga 7

2. Nasihat Doktor Perunding

Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, asma dan sebagainya, mintalah nasihat doktor tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Sediakan segala ubat yang diperlukan kerana walaupun banyak farmasi dan klinik-klinik di Makkah dan Madinah, tetapi harga ubat-ubatan di sana agak mahal.

pakej umrah dan haji untuk keluarga 6

3. Latihan Kecergasan

Bagi mencapai keadaan yang sihat dan segar, lakukan senaman secara teratur. Latihan bersenam, berlari atau beraerobik yang sesuai dengan keadaan kesihatan dan usia bakal jemaah, amat perlu untuk menjaga kesihatan jantung kerana kesediaan fizikal yang baik dan jantung yang sihat diperlukan bagi menjalankan ibadah haji seperti Tawaf, Saie dan Melontar Jamrah. Begitu juga kegiatan biasa seperti ulang alik ke Masjid, ke pasar dan lainnya dilakukan dengan berjalan kaki.

pakej umrah dan haji mabrur 2

4. Latihan Berjalan Kaki

Lakukan latihan fizikal untuk membiasakan diri kita yang bakal menggunakan tenaga semasa pergi dan balik ke Masjid di tanah suci nanti, seperti berjalan kaki sejauh purata 3 hingga 4 kilometer, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Ini adalah persediaan yang terbaik kerana rata-rata kedudukan hotel penginapan terletak agak jauh jaraknya.

pakej umrah dan haji untuk keluarga 1

5. Manasik Haji

Manasik adalah latihan atau tata cara ibadah haji menjelang keberangkatan ke tanah suci. Pergi melaksanakan haji merupakan rangkaian ibadah yang terikat dengan masa dan tempat disertai dengan peraturan dan larangan tertentu serta dilihat dari sifat dan aspek hukumnya.

pakej umrah dan haji mabrur 4

6. Menambah Ilmu

Berusaha belajar dengan orang yang arif sehingga mantap akan cara atau kaifiat mengerjakan Haji dan Umrah, kerana ibadat haji yang tidak mengikut cara-cara yang telah ditetapkan akan rosak, cacat dan tidak diterima sebagai ibadat haji yang sempurna.

pakej umrah dan haji mabrur 3

7. Perbanyakkan Membaca Al-Quran

Berguru dan lancarkan lah pembacaan Al-Quran kita kerana selain daripada pahala yang kita peroleh dari membacanya, ia amat bermanfaat apabila kita berada di tanah suci. Iaitu selain daripada Ibadah Haji dan Umrah, pembacaan Al-Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatam Al-Quran dalam masa ibadah tersebut adalah menjadi satu kebaikan kepada kita.

pakej umrah dan haji mabrur 1

8. Latih Diri Mendekati Masjid

Sekiranya dahulu kita sering solat di rumah, latihlah diri kita mendekati masjid dan biasa-biasakanlah solat berjemaah di masjid tempat tinggal kita. Sekiranya terdapatnya majlis-majlis ilmu, rajin-rajin langkah kaki kita hadir di majlis yang dihadiri para malaikat ini kerana majlis-majlis ini akan melembutkan hati kita.

pakej umrah dan haji mabrur 6

9. Perbanyakan Solat Sunat

Solat sunat seperti Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Tahajud adalah bertujuan untuk membantu kita bermunajat kepada Allah dan membersihkan diri kita dari dosa-dosa dan segala perbuatan lampau yang telah banyak kita lakukan. Dengan memohon keampunan dan taubat ini semoga Allah mengampuni kita.

pakej umrah dan haji murah 4

10. Belajar Solat Jenazah

Pada musim haji, sama ada di Masjid Nabawi di Madinah mahupun di Masjdil Haram, Makkah, hampir setiap solat wajib diiringi dengan Solat Jenazah. Mungkin kerana suhu udaranya yang sangat panas dan kadang-kadang terlalu sejuk, ditambah keadaan jemaah yang lemah maka hampir setiap solat ada saja permintaan untuk Solat Jenazah bagi jemaah haji yang meninggal dunia di dua kota suci tersebut. Oleh kerana itu, bagi jemaah yang belum mengetahuinya atau belum hafal bacaannya dianjurkan untuk mempelajari serta diingat sebelum berangkat ke Tanah Suci.

pakej umrah dan haji murah 2

11. Tunaikan Amanah Dan Nafkah

Mengembalikan semua amanah orang yang ada pada kita. Jika belum berkesempatan, maka perlu diwakilkan kepada seseorang agar menguruskannya jika terjadi sesuatu kepada diri kita. Di samping itu mohonlah dihalalkan daripada mereka yang pernah berurusan dengan kita.

Para jemaah yang berstatus ketua keluarga hendaklah menyediakan nafkah yang secukupnya untuk kehidupan dan keperluan keluarga serta mereka yang di bawah tanggungan mereka sepanjang berada di Tanah Suci sehingga kepulangan para jemaah ke tanah air. Pastikan juga nafkah orang yang kita tinggalkan di rumah, daripada sumber yang baik, suci dan bersih.

pakej umrah dan haji murah 3

12. Selesaikan Hutang Piutang

Hutang boleh mengganggu ketenangan dalam menunaikan ibadah haji. Sebelum berangkat selesaikan dulu segala hutang piutang yang telah sampai tempoh masa perjanjiannya.  

Di samping itu mohonlah dihalalkan daripada mereka yang pernah berurusan dengan kita. Beritahu kepada keluarga yang ditinggalkan sekiranya ada sebarang hutang yang tertangguh sehingga jika terjadi apa-apa terhadap diri kita, maka mereka yang ditinggalkan dapat menyelesaikannya.

pakej umrah dan haji murah 5

13. Sumber Wang Halal

Sumber wang yang diperoleh untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah haruslah jelas kehalalan nya, bukan dari hasil subahat dan tidak juga dari wang haram. Wang untuk menunaikan Haji dan Umrah bukanlah berasal dari hasil wang rasuah, penyelewengan, penipuan dan sebagainya kerana sumber nafkah yang haram, hajinya tidak diterima oleh Allah

pakej umrah dan haji murah 6

Mari Beri’tikaf Di Tanah Suci Mekah Bersama HB Travel Dengan Pengisian Yang Menarik Dan Servis Yang Terbaik

Mencari Promosi Pakej Umrah dan Haji 2019 dengan harga yang jimat, hotel dekat dengan masjid dan penerbangan yang selesa? HB Travel SDN BHD adalah jawapan yang tepat dalam memenuhi kehendak anda.

pakej umrah dan haji murah 1

HB Travel SDN BHD merupakan syarikat pengelola Jemaah Haji dan Umrah yang dilesenkan oleh Lembaga Tabung Haji untuk menguruskan Jemaah Haji melalui pakej swasta.

HB Travel Menyediakan Pakej Haji Dan Umrah Dengan Kemudahan & Perkhidmatan Yang Lengkap

Antara kelebihan Promosi Pakej Umrah dan pakej Haji HB Travel SDN BHD ialah;

Pakej Penerbangan Terbaik

pakej umrah dan haji berbaloi 2

Penerbangan terus ke destinasi dapat menjimatkan masa perjalanan dan memastikan pengurusan jemaah lebih lancar dan efisen.

Tiada Kos Terselindung

pakej umrah dan haji berbaloi 3

Setiap harga yang dibayar adalah tetap dan mendapat setiap faedah-faedah seperti yang ditetapkan. Pertambahan Harga Pakej Bergantung kepada Surcaj Bahan Api, Kenaikan Mata wang, Caj lapangan terbang, Pertambahan hari dan jenis penerbangan.

Hotel Yang Selesa

pakej umrah dan haji berbaloi 4

Kedudukan hotel yang dekat juga memberi keselesaan kepada keluarga dan jemaah cilik.

Makan dan Minum Disediakan

pakej umrah dan haji berbaloi 5

Kerjakan ibadah umrah anda dengan tenang. Anda tidak perlu lagi makan makanan yang dibungkus atau risau dengan caj tambahan makanan.

Mutawif Yang Mesra & Bertanggungjawab

pakej umrah dan haji berbaloi 1

Jemaah akan dibimbing oleh Mutawif yang berpengalaman.

Kursus Umrah Haji Percuma

pakej umrah dan haji 1

Kursus Umrah pada hujung minggu diadakan secara percuma bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah bersama HB Travel SDN BHD

Mengapa HB Travel Sdn Bhd Sebagai Pilihan Umrah Dan Haji Anda?

pakej umrah dan haji 2

  • Ada Lesen Khas Umrah (LKU)
  • Jaminan harga terbaik & berpatutan
  • Kursus Umrah Haji berdekatan anda

Promosi Pakej Umrah Dan Haji Yang Sesuai Bagi Semua Jemaah

HB Travel SDN BHD menawarkan beberapa pakej mampu milik yang sangat berpatutan untuk membuka hati lebih ramai saudara saudari kita dalam menyahut seruan umrah. Pakej bermula serendah RM 5,450 seorang.  Antara pakej yang ditawarkan ialah;

Pakej Iktisad

  • Harga bermula dari RM5450
  • Penginapan

Makkah – Anwaar Mawaddah ( 600 meter )

Madinah – Zahra Al Khair ( 200 meter )

  • 7 malam di Makkah dan 3 malam di Madinah

pakej umrah dan haji 3

Pakej Wasotah

  • Harga bermula dari RM6100
  • Penginapan

Makkah – Mawaddah Al Barakah ( 350 meter )

Madinah – Concorde ( 150 meter )

  • 7 malam di Makkah dan 3 malam di Madinah

pakej umrah dan haji 4

Pakej Qoribun

  • Harga bermula dari RM6250
  • Penginapan

Makkah – Safwa Royale Orchid ( 80 meter )

Madinah – Mawaddah Al Safwa ( 80 meter )

  • 5 malam di Makkah dan 5 malam di Madinah

Pakej Termasuk:

  • 3 kali umrah bersama Mutawif
  • Set 3 beg percuma
  • Kain ihram atau telekung
  • Kursus umrah percuma
  • Buku panduan umrah
  • Air Zamzam 5 liter

pakej umrah dan haji 5

Eh ada lagi tau. Jika anda mengambil salah satu Pakej di atas, anda turut disertakan:

  • Skim perlindungan takaful berkelompok
  • Jadual makan penuh tiga kali sehari ( Fullboard )
  • Penerbangan terus ke Jeddah dan Madinah
  • Khidmat seorang Mutawif atau seorang pemandu pelancong
  • Pengangkutan semasa di destinasi pakej
  • Diikuti bimbingan Mutawif dari MALAYSIA

pakej umrah dan haji 6

Bukan itu sahaja, malah anda disertakan sentuhan ceramah bersama Official Ambassador / Duta Rasmi kami saudara Syamsul Debat dan berpeluang untuk mengerjakan Umrah bersama beliau.

Testimoni Jemaah Haji Dan Umrah HB Travel SDN BHD

Jom lihat testimoni Jemaah sepanjang mereka menunaikan Umrah dan Haji Bersama HB Travel.

pakej umrah dan haji 7

pakej umrah dan haji untuk keluarga 2

pakej umrah dan haji untuk keluarga 3

pakej umrah dan haji untuk keluarga 4

Jom Jalani Ibadah Umrah Dengan HB Travel

Bagi yang mahu menjalani ibadah umrah dengan harga yang murah dan perkhidmatan yang terbaik, anda bolehlah berhubung dengan Ustaz Abdul Rahman, wakil HB Travel SDN BHD. Anda jangan risau, HB Travel SDN BHD adalah sebuah agensi umrah yang boleh dipercayai. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian di bawah ini.

pakej umrah dan haji mabrur 5

HB TRAVEL SDN BHD | PROMOSI PAKEJ UMRAH HAJI SERENDAH RM4990
Hotline 1: Tekan untuk telefon (012-3655554) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (012-2532733) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 3: Tekan untuk telefon (018-2254642) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook : Perunding Haji & Umrah Senawang

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: