Review
Sep 24, 2018, 4:12am

Promosi Pakej Pelayaran Islamik 2018 Murah dan Pengalaman Baharu


  • 113
  •  
  •  
  •  
    113
    Shares

Terasa nak naik kapal besar seperti Star Cruise Libra tapi tak ada ke yang berbentuk islamik dan menyediakan makanan yang halal? Kebanyakkan kapal yang besar-besar menyediakan arak dan suasana seperti kelab malam. Dengan adanya pelayaran islamik dari  Intratama Travel Consultant & Tours Sdn Bhd anda boleh merasai pengalaman menaiki Cruise selain mendapatkan ilmu tentang agama dan kehidupan.

Pakej Pelayaran Islamik Kapal

Promosi Pakej Pelayaran Islamik 2018 Murah dan Pengalaman Baharu

Pelayaran Islamik merupakan pelayaran berkonsep islamik yang pertama diasaskan di Malaysia dan merupakan pelayaran patuh syariah yang termurah di pasaran. Sebuah pelayaran yang santai ini memberi jaminan kepada peserta tentang penjagaan solat, makan, penginapan lima bintang, derma, dan aktiviti yang sangat menarik. Pihak mereka akan memastikan sajian yang dihidangkan kepada peserta pelayaran Halal dan mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Islam Malaysia (JAKIM).

Pakej Pelayaran Islamik Logo

Untuk makluman semua, Syarikat Pelayaran Islamik telah mendapat kelulusan dan lesen Halal oleh JAKIM dan Intratama Travel Consultant & Tours Sdn Bhd akan menjaga kualiti makanan dan memastikan peralatan memasak di atas kapal disamak sebelum digunakan semasa pelayaran.

Pelayaran Islamik Berkonsepkan Santai Dan Selesa

Pelayaran Islamik memperkenalkan konsep “surau bergerak” di mana para peserta boleh solat berjemaah atau solat sendiri di dalam kabin dengan sejadah dan kompas yang disediakan. Begitu juga dengan tazkirah Subuh, Forum Perdana, Kuliah Dhuha dan program ilmu yang dianjurkan.

Pakej Pelayaran Islamik Solat

Asatizah / Ustaz Yang Berpengalaman Dan Terbaik

Pengisian agama sepanjang perjalanan oleh Asatizah/Ustaz pilihan memberikan satu pengalaman dalam mendapatkan ilmu tentang agama dan kehidupan. Pakej yang di tawarkan ini adalah yang termurah dengan pelbagai aktiviti disajikan termasuk meraikan hari bahagia peserta, malam Gala, lawatan, ziarah masjid dan menyampaikan sumbangan kepada saudara Islam di negara bukan Islam.

Pakej Pelayaran Islamik Kipas

Tiada Had Umur Untuk Sertai Pelayaran Islamik

Pelayaran Islamik menerima peserta pelayaran dalam negara dan luar negara dan tidak terbatas kepada had umur bahkan kami tawarkan potongan harga kepada peserta yang berumur 12 ke bawah. Pelayaran Islamik bakal memasuki pelayaran yang ke 31.0 dari Port Klang – Phuket – Langkawi – Port Klang .

Pakej Pelayaran Islamik Makan

Cenderahati Percuma Khas Untuk Peserta

Setiap peserta yang mendaftar akan mendapat cenderahati secara percuma seperti sejadah yang ditempah khas dari Turki dan berkualiti tinggi, kompas Qiblat dan tasbih. Barang – barang ini tidak dijual kepada orang awam kerana ia ditempah khas untuk peserta.

Pakej Pelayaran Islamik Gembira

100% Makanan Halal Dengan Pelayaran Islamik

Jaminan 100% makanan halalan toyyiban dengan proses sertu/samak keseluruhan dapur cruise yang diiktiraf JAKIM. Pihak kapal bersetuju untuk melakukan proses samak dan berakhir selepas pelayaran tamat.

Pakej Pelayaran Islamik Dewan

Aktiviti Islamiah Yang Menarik Dan Kaya Dengan Ilmu – Ilmu

Aktiviti kerohanian dan penyucian jiwa sepanjang pelayaran. Suasana keislaman dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran, zikir dan muzik berunsurkan Islam untuk menimbulkan rasa keinsafan diri.

Pakej Pelayaran Islamik Pengalaman

Cruise Kapal Pertama Sewa Khas

Satu – satunya kapal cruise pertama di dunia, disewa khas bagi menjamin pelaksanaan ibadah yang lebih sempurna.

Pakej Pelayaran Islamik Jemaah

Tiada Kasino Dan Alkohol Semasa Pelayaran Islamik Berlangsung

Bagi menjamin lagi ketetapan pelaksanaan ibadah yang lebih sempurna, kesemua kasino , permainan berasas judi ditutup dan makanan dan minuman yang berasaskan alkohol dan arak tiada di pampar atau dijual semasa sekali.

Pakej Pelayaran Islamik Arak

Tiada Caj Yang Tersembunyi

Pelayaran Islamik juga tidak akan mengenakan caj tambahan atau caj tersembunyi kepada peserta kerana pakej yang pihak syarikat sediakan termasuk semua sekali (All-In) seperti cukai pelabuhan, tipping, caj minyak, cruise service charge, cenderahati istimewa, lawatan setiap persinggahan destinasi, kuliah, aktiviti dan makan minum sepanjang pelayaran. Malah, sumbangan juga turut disertakan di dalam harga.

Pakej Pelayaran Islamik Kabin

Jenis Penginapan Di Pelayaran Islamik

Antara jenis penginapan yang popular ialah;

  • DELUXE TWIN – DECK 2 ( RM 3577 / person )
  • TRIPLE – DECK 1 ( RM 3577 / person )
  • RUBY SUITE TWIN – DECK 3 ( RM 4377 / person )
Pakej Pelayaran Islamik Harga

Apa Kata Mereka Yang Telah Merasai Pengalaman Yang Terindah Dengan Pelayaran Islamik?

Pakej Pelayaran Islamik Wanita

I have always wanted to go on a cruise and alhamdulillah i found pelayaran islamik in their early years to phuket and krabi. It was well organised and we get to visit the mosques in the respective places. The best part of the cruise is performing solat tahajud on the deck under the moon and the stars, together with all the participants. This time when they announced the trip to acheh and with mufti menk, without hesitation i signed up. Even though mufti menk is not able to join, they managed to get yusuf estes to join, congrats to the team. Maybe the team may want to consider bringing mufti menk direct to acheh, at least we all can meet him at the mosque. It is just an idea. – Zalila Mohd Toon –

Pakej Pelayaran Islamik Berlepas

Alhamdulillah, bersyukur pada ALLAH kerana menemukan dengan Pelayaran Islamik ke Halong Bay yang selama ini dicari untuk mengisi keimanan dalam diri serta melihat keindahan penciptaan NYA. Banyak ilmu kerohanian didapati dalam cruise selama 3 hari 2 malam yang menyentuh hati nurani dan jiwa ini. Terasa diri terlalu kecil dan banyak lagi ilmu – ilmu yang masih perlu dicari. Juga bersyukur dengan teman – teman, ustaz – ustaz dan urus setia pelayaran yang baik hati dan friendly , seolah-olah kita semua adalah saudara yang telah lama dikenali. TAHNIAH En. Suhaimi, Pn Aida dan Aliff kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik. Amin. –  Yang Rosinah –

Pakej Pelayaran Islamik Pasangan

Jom Belayar Dengan Pelayaran Islamik Sekarang!!

Bagi anda yang teringin menaiki kapal mewah, apa kata anda berlayar dengan pelayaran islamik kerana bukan saja anda dapat menaiki kapal yang serba mewah ini bahkan anda dapat ilmu yang berguna dari segi agama mahupun dari segi kehidupan. Jadi jom hubungi pihak agensi sekarang juga.

Pakej Pelayaran Islamik Bulan

PELAYARAN ISLAMIK | PELAYARAN UNTUK UMAT ISLAM 2018 Hubungi 1: Tekan untuk telefon (6012-3370103) | Tekan untuk WhatsApp Hubungi 2: Tekan untuk telefon (603-61850010) Hubungi 3: Tekan untuk telefon (603-61899010) Facebook : Pelayaran Islamik Instagram: islamiCruise Email: pelayaranislamik@gmail.com Web: www.pelayaranislamik.com Alamat: No. 2.08 (2nd floor), Jalan Prima SG 1, Prima Sri Gombak, Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

Jom Belayar Dengan Pelayaran Islamik Sekarang!!

Call Whatsapp Layari Website

Jom Belayar Dengan Pelayaran Islamik Sekarang!!