Review
Sep 20, 2018, 2:44am

Promosi Nombor Plate Kenderaan Viral dan Terbaik di Malaysia


  •  
  •  
  •  
  •  

Memiliki sebuah kenderaan peribadi merupakan impian semua orang. Namun, setelah berjaya dapatkan sebuah kereta idaman, pasti ramai mengimpikan no plat yang unik dan menggambarkan keperibadian sendiri. Ada juga ingin merasa diri mereka hebat dengan memiliki nombor plat kenderaan yang lain dari orang kebiasaan.

beli nombor plate viral

Nombor plat kenderaan merupakan satu benda yang wajib dipamerkan oleh semua kenderaan bermotor di Malaysia. Setiap nombor plat adalah berbeza bagi setiap kenderaan yang dibeli oleh pembeli kenderaan. Nombor plat yang juga dikenali sebagai nombor pendaftaran kenderaan terdiri daripada huruf mewakili setiap negeri dan diikuti dengan nombor kenderaan tertentu.

nombor plate kenderaan viral

Harga nombor plat kenderaan mampu mencecah harga yang lebih mahal daripada sebuah kereta mewah. Namun begitu, terdapat golongan pemilik kenderaan sanggup melaburkan sejumlah wang yang besar untuk memperolehi nombor plat tersebut. Semakin ramai orang menginginkan sesuatu nombor plat, maka semakin tinggi harga untuk dijual. Disebabkan itu, nombor plat yang mahal ini sangat unik dan bakal menjadi tumpuan masyarakat umum.

Ketahui Rekabentuk Nombor Plate Yang Diluluskan JPJ

Spesifikasi nombor plate kenderaan JPJ

Setiap kenderaan wajib menunjukkan nombor plat kenderaan yang berbeza bagi setiap satu. Permasalahan dan kesukaran pemilik kenderaan untuk berbuat demikian akan dikenakan denda dan saman oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Nombor plat kenderaan pula mempunyai spesifikasi tertentu yang telah ditetapkan oleh JPJ. Apakah 3 rekabentuk spesifikasi nombor plat yang diluluskan oleh JPJ?

  • Huruf dan nombor mesti berwarna putih yang dilekatkan di atas bingkai hitam.
  • Huruf dan nombor mesti berwarna putih yang dilekatkan di atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan, PBB dan International Natural Rubber Association.
  • Huruf dan nombor mesti berwarna hitam yang di lekatkan di atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.

Huruf Pertama Nombor Plate Kenderaan Merujuk Kepada Negeri / Kawasan

nombor plate mengikut abjad negeri
  • A : Perak
  • B : Selangor
  • C : Pahang
  • D : Kelantan
  • J : Johor, termasuk Kerajaan Johor (JDT 1 hingga JDT 10) dan Johor Ketenteraan Tentera (Askar Timbalan Setia Negeri) (JMF)
  • K : Kedah, termasuk Langkawi (KV)
  • M : Melaka
  • N : Negeri Sembilan
  • P : Pulau Pinang
  • Q : Sarawak
  • QA dan QK : Bahagian Kuching
  • QB : Bahagian Sri Aman
  • QC : Bahagian Samarahan dan Betong
  • QL : Bahagian Limbang
  • QM : Bahagian Miri
  • QP : Bahagian Kapit
  • QR : Bahagian Sarikei
  • QS : Bahagian Sibu dan Mukah
  • QT : Bahagian Bintulu
  • QSG : Kerajaan Sarawak
  • R : Perlis
  • S : Sabah
  • SA dan SAA : Kota Kinabalu
  • SB : Beaufort
  • SD : Lahad Datu
  • SK : Kudat
  • SS : Sandakan
  • ST : Tawau
  • SU : Keningau
  • SG : Kerajaan
  • T : Terengganu
  • L : Wilayah Persekutuan Labuan
  • Putrajaya : Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • W : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nombor Plate Kenderaan Khas Untuk Tujuan Tertentu

pendaftaran nombor plate kenderaan viral

JPJ turut mengkhaskan beberapa nombor plat kenderaan kepada kenderaan khas yang lain seperti teksi yang menggunakan huruf awalan H, LIMO untuk perkhidmatan limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pegawai diplomat antarabangsa ( 11-22-DC ) dan kenderaan Tentera Malaysia ( ZA, ZZ, ZD, ZU dan ZZ ).

cara dapatkan nombor plate kenderaan terbaru

Selain daripada itu, JPJ turut mengeluarkan plat nombor kenderaan untuk acara – acara besar seperti SUKOM, XII NAM, X OIC, XI ASEAN, XXX IDB dan BAMBee. Turut dikeluarkan adalah plat untuk pengeluar kenderaan seperti Proton, Perodua, Lotus, Naza, Waja, Wira, Saga, Satria, Tiara, Perdana dan Kriss.

Kategori Pemilihan Nombor Plate Untuk Kenderaan

tips nombor plate kenderaan viral

Ada yang tidak kisah dengan nombor pendaftaran yang diterima setelah membeli sebuah kereta baru. Namun, ada juga yang suka nombor pendaftaran kereta mempunyai sentimental yang tersendiri seperti mengikut tahun kelahiran, tahun perkahwinan, nombor kegemaran, nombor yang membawa tuah dan sebagainya. Nombor – nombor ini bukanlah percuma tetapi mempunyai nilainya yang tersendiri. Semakin unik sesuatu nombor, semakin mahal harganya.

Nombor Plat Running

nombor plate running

Nombor plat ‘running’ ini bermaksud kenderaan didaftarkan mengikut nombor terkini yang terdapat di dalam sistem pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sebagai contoh, anda membeli sebuah kenderaan yang didaftarkan menggunakan nombor TAL 2012, 2013, 2014, 2015 dan seterusnya. JPJ memberikan nombor terkini yang ada di dalam sistem memandangkan pembeli tidak berhasrat untuk memiliki nombor sendiri yang sememangnya akan dikenakan bayaran yang lebih lagi untuk membelinya.

Ramai yang memilih nombor plat ‘running’ kerana bayaran yang rendah, urusan yang mudah serta tidak perlu membayar apa – apa caj tambahan. Ini juga kerana bagi pendapat sesetengah orang, nombor hanya sekadar nombor sahaja. Namun lain orang, lain citarasanya bukan?

Nombor Plat Booking

booking nombor plate viral

Nombor plat booking pula bermaksud pemilik kenderaan sudah mempunyai nombor idaman mereka yang ingin digunakan sebagai nombor pendaftaran kenderaan mereka. Untuk memiliki nombor plat booking, anda akan dikenakan sedikit bayaran sebagai harga booking. Begitu juga sekiranya anda ingin menggunakan huruf yang berbeza dengan negeri urusan pembelian sesebuah kenderaan itu, maka terdapat caj tambahan yang dikenakan bagi urusan menempah huruf tersebut.

Nombor Plat Tender

nombor plate tender

Nombor plat tender ini merupakan nombor yang juga dikenali sebagai nombor VIP. Walaupun harga yang ditetapkan adalah mahal namun masih ada individu sanggup mengeluarkan belanja untuk membelinya. Nombor plat tender bermaksud nombor pendaftaran yang dibeli melalui sistem bidaan di bawah JPJ. Tender akan dibuka setiap kali huruf baru akan dikeluarkan. Nombor tender yang unik mendapat permintaan yang tinggi sehinggakan harga nombor tender unik ini boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Tempah Nombor Plat Tender Dengan Mudah Bersama Plate Viral Malaysia

tips beli nombor plate kenderaan viral

Berita baik bagi mereka yang mengidamkan nombor pendaftaran kenderaan yang unik. Anda boleh memudahkan prosedur dan proses menempah nombor plat tender yang unik daripada Plate Viral Malaysia. Plate Viral Malaysia menyediakan servis rundingan pelanggan mereka berkaitan dengan proses dan prosedur yang berkaitan dengan JPJ. Mereka merupakan entiti berasingan dengan JPJ dan bukan mana – mana bahagian yang berkaitan dengan JPJ.

cara dapatkan nombor plat kereta viral

Dengan adanya organisasi seperti Plate Viral Malaysia ini, ramai yang kurang berpengalaman dapat memiliki nombor plat unik dengan mudah dan lancar. Anda hanya perlu melihat dan memilih nombor yang diinginkan dan selebihnya, pihak Plate Viral akan menguruskan semua prosedur untuk anda. Walaupun jarak anda jauh dengan lokasi perniagaan Plate Viral, anda juga boleh dapatkan perkhidmatan Plate Viral ini di dalam talian di media sosial.

Senarai Perkhidmatan Daripada Plate Viral

pakar jual beli nombor plate viral

Plate Viral sangat pakar hal – hal yang berhubungkait kenderaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Anda boleh menggunakan khidmat Plate Viral bagi pelbagai urusan, prosedur dan proses kenderaan anda berkaitan dengan JPJ. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Plate Viral adalah :

  1. Kepakaran Plate Viral dalam menguruskan pendaftaran nombor plat kenderaan.
  2. Menyediakan servis pembaharuan insurans kenderaan.
  3. Menyediakan servis membantu proses pertukaran kenderaan.
  4. Semua proses dan prosedur yang berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ).

Semua Nombor Plat Viral Ada di plateviral.com

koleksi nombor plate viral

Apa susah pada zaman serba canggih,semuanya di hujung jari anda sahaja. Anda boleh lihat ada ratusan nombor plat unik dan viral di plateviral.com. Setiap nombor plat kenderaan yang sudah dibeli oleh pelanggan lain akan terus ditukar status supaya mudah untuk pelanggan semasa melihat nombor yang mereka ingin miliki. Berikut merupakan jenis dan kategori nombor plat yang unik dan viral yang ada di plateviral.com.

  • Golden Number golden plate number
  • Premium Number premium plate number malaysia
  • Special Promo Number special offer plate number viral
  • Special Edition Number special edition malaysia number
  • Two Digit Numbers and Boss plate number 2 digit malaysia
  • 3 Digit Numbers plate kereta 3 digit
  • 4 Digit Numbers special 4 digit number plate malaysia
  • Outstation Number ( All States ) nombor plate virals semua negeri

Kenapa Anda Perlu Menggunakan Servis Daripada Plate Viral?

kelebihan plate viral

Apabila pihak JPJ membuka tender untuk pembelian nombor – nombor tertentu, ramai individu atau organisasi memulakan proses membida. Harga akan menjadi semakin tinggi apabila terdapat ramai pembida yang membida harga. Apakah kelebihannya sekiranya anda membeli nombor plat daripada Plate Viral?

1. Plate Viral Telus dan Boleh Dipercayai

cara nego nombor plate viral

Urusan pembelian nombor pendaftaran unik dan viral ini boleh mencecah hampir ratusan dan jutaan ringgit. Oleh yang demikian, Plate Viral merupakan organisasi yang dipercayai oleh semua pelanggan mereka. Ini kerana Plate Viral sangat profesional serta memberi komitmen yang terbaik untuk pelanggan mereka.

2. Berpengalaman Lebih Dari 10 Tahun

pengalaman nombor plate viral

Kenapa anda perlu seseorang yang berpengalaman bagi urusan pembelian nombor tender ini? Ini kerana mereka yang berpengalaman lebih mengetahui tentang harga semasa, prosedur pembelian serta proses untuk mendapatkan nombor itu sendiri. Urusan pembidaan juga memerlukan cara yang betul dan semestinya mereka yang berpengalaman sahaja lebih memahaminya.

3. Pilihan Nombor Yang Terbaik

pilihan nombor plate yang terkini

Ada banyak pilihan nombor viral yang unik untuk anda. Anda boleh pilih samada mahukan nombor single digit ‘1’, nombor VVIP ‘1’, nombor berprestij, nombor classic, nombor istimewa, dan sebagainya. Harga untuk setiap nombor tender ini sangat berbeza bagi setiap satu.

4. Special Plate GT

special plate GT

GT ini bermaksud ‘Generasi Terbilang’ yang sinonim dengan kejayaan KE7B yang melahirkan ikon sukan lasak semenjak tahun 2009 sehingga kini. Nombor special plate GT ini dibuka untuk pembidaan bermula daripada GT1 sehingga GT9999. Untuk melihat nombor pendaftaran special Plate GT yang masih mempunyai kekosongan anda boleh dapatkan khidmat servis daripada Plate Viral Malaysia ini.

5. Pakar Dalam Urusan Proses Pendaftaran Nombor Kenderaan

promosi plate kereta trending

Bukan semua individu tahu akan proses pendaftaran nombor kenderaan ini. Anda perlu mengetahui prosedur dan maklumat berkenaan pengisian borang, perihal kenderaan, harga pasaran dan sebagainya. Plate Viral Malaysia merupakan pakar dalam urusan proses pendaftaran nombor kenderaan dan sudah ramai pengguna telah menggunakan khidmat mereka.

Tempah Nombor Plate Kenderaan Viral Dengan PlateViral Malaysia!

hubungi plate kereta viral

Proven, Trusted, Reliable merupakan visi utama Plate Viral Malaysia. Kenapa mahu mencari yang lain sedangkan anda sudah dapat yang terbaik di antara yang terbaik? Segera hubungi Plate Viral Malaysia untuk maklumat lanjut.

PLATE VIRAL MALAYSIA | TEMPAH NOMBOR PLAT KENDERAAN VIRAL Hotline: Tekan untuk telefon (010-7070069) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: Plateviral Instagram: @mdwplateviral Website: http://plateviral.com/