Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, peruntukan kewangan untuk diri sendiri dan yang tersayang sebagai persediaan kecemasan sangat penting. Salah satu cara ialah melalui perlindungan insurans, sama ada insurans hayat atau insurans perubatan.
Insurans perubatan menawarkan perlindungan untuk menanggung kos perubatan dan pembedahan. Jenis kecederaan, penyakit, dan rawatan yang diliputi oleh insurans perubatan adalah berbeza, bergantung kepada jenis insuran perubatan yang diambil. Semakin luas perlindungan perubatan yang diberikan, semakin mahal jumlah premium untuk polisi insurans perubatan tersebut.
Insurans perubatan akan membantu anda untuk melangsaikan kos yang terlibat sewaktu anda dimasukkan ke hospital dan juga kos rawatan jika anda diserang penyakit. Kos ini termasuk wad, pemeriksaan, pembedahan, ubat, rawatan susulan, dan lain-lain. Insurans perubatan juga menawarkan bantuan sekiranya anda tidak mampu bekerja disebabkan oleh penyakit atau kecederaan.
Terkini… Terdapat produk baru daripada PruBSN Takaful telah dilancarkan. Suatu pelan yang menawarkan perlindungan takaful yang mantap kepada para pencarum di samping ianya juga mampu dimiliki orang ramai. Objektif PruBSN adalah untuk membantu orang ramai mendapatkan pelan perlindungan pertama dengan komitmen yang mampu milik. Terdapat pelbagai keistimewaan yang khusus pada PruBSN menjadikan ianya adalah antara pelan terbaik di Malaysia yang pernah ditawarkan.
Anda memiliki fleksibiliti untuk memilih perlindungan yang paling ideal, berpatutan dan mudah. Bagi menempuh cabaran yang mendatang, anda perlu melindungi potensi pendapatan anda daripada ujian dan kesulitan dalam kehidupan. Perkara yang tidak dijangka seperti kematian, hilang upaya kekal & menyeluruh dan krisis perubatan boleh mengurangkan nilai pendapatan masa depan anda dan membebankan mereka yang menjadi tanggungan anda. Pastikan anda sentiasa dilindungi dengan pelan perlindungan komprehensif yang dapat memberikan anda kedamaian fikiran di saat anda memerlukannya. Jangan khuatir, PruBSN Setia akan memastikan anda sentiasa dilindungi dan memberikan anda kawalan kewangan dengan pelan penyelesaian yang boleh diubah suai untuk membantu keperluan perlindungan anda:
PruBSN Setia adalah pakej perlindungan yang berdasarkan pada PruBSN AsasLink. Disertakan dengan rider penyakit kritikal, perubatan, kemalangan, dan rider Contributor, ia adalah sebuah pelan penyelesaian takaful yang komprehensif bagi memenuhi segala keperluan perlindungan anda. Malah dengan Takaful Saver, pelan ini juga berfungsi sebagai pelan simpanan untuk dana persaraan anda.
Anak adalah permata. Sebagai ibu bapa, anda akan melakukan apa sahaja untuk memastikan anak anda sihat dan ceria. Penuhi impian dan aspirasi anak anda serta pastikan mereka memiliki asas yang teguh untuk menempuhi kehidupan dengan PruBSN Impian, pakej perlindungan yang berdasarkan pada PruBSN AsasLink.
Disertakan dengan rider pranatal, penyakit kritikal, perubatan, kemalangan dan Contributor, PruBSN Impian merupakan penyelesaian perlindungan takaful dan simpanan yang komprehensif demi memenuhi keperluan perlindungan dan masa depan anak anda. Oleh itu, anda akan senantiasa menjadi pelindung, penyokong dan menginspirasi anak anda untuk bercita-cita tinggi.
PruBSN FirstLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang memberi anda kebebasan untuk mengubahsuai pelan anda bagi memenuhi keperluan gaya hidup anda pada setiap peringkat kehidupan anda. Pelan ini juga meraikan pencapaian dalam kehidupan anda melalui ciri uniknya, Bonus AchieveFirst.
PruBSN FirstLink adalah sesuai jika anda berumur di antara 19 dan 25 tahun. Dengan sumbangan minimum berjumlah RM100 sebulan, anda boleh memilih supaya pelan anda matang apabila anda mencapai umur 80 atau 100 tahun.
Salah satu daripada matlamat dalam hidup adalah untuk memastikan mereka yang tersayang dijaga walaupun setelah ketiadaan anda. Anda akan berasa lebih tenang dengan harapan bahawa mereka akan menjalani kehidupan yang lebih baik kerana anda mampu memberikan mereka keselesaan yang terbaik. Namun kadangkala hidup ini tidak mudah, dan perjalanan anda dalam membina legasi terkandas disebabkan pelbagai tanggungjawab dalam kehidupan. Anda terpaksa mengutamakan hal-hal semasa yang mungkin menghalang simpanan dan pelaburan anda untuk masa hadapan.
PruBSN Warisan direka khas bagi memenuhi keperluan anda untuk meninggalkan warisan buat orang yang tersayang dalam bentuk hibah sekiranya perkara yang tidak diingini menimpa anda. Ianya satu pelan takaful berkaitan pelaburan yang memberikan perlindungan yang tinggi. Dengan PruBSN Warisan, anda dan orang yang anda sayangi dilindungi daripada hidup yang tidak terjamin supaya warisan anda akan terbina dengan teguh.
Mulakan langkah pertama untuk melindungi diri anda daripada perkara-perkara tidak terduga ketika anda menempuhi pengembaraan tanpa kerisauan dengan PruBSN Anugerah, satu pelan perlindungan mampu milik dan ringkas, yang dicipta khas untuk memenuhi segala keperluan anda.
PruBSN Anugerah adalah sangat sesuai sebagai pelan perlindungan takaful pertama anda kerana PruBSN Anugerah membenarkan anda mengukuhkan perlindungan anda dengan beberapa pilihan rider dan mengubahsuai pelan perlindungan sehingga anda memperoleh pelan perlindungan, hanya untuk anda.
Satu insiden penyakit kritikal sudah cukup untuk melenyapkan simpanan seumur hidup anda. Akibat kos perubatan yang meningkat sejajar dengan kenaikan berterusan kos sara hidup, anda memerlukan pelan yang mampu melindungi diri anda serta mereka yang anda sayangi daripada kejadian yang tidak diduga dan sekaligus menyempurnakan hidup anda.
HealthEnrich+ (HE+) mampu melindungi kesihatan anda pada setiap peringkat hidup. Direka dengan ciri-ciri baharu dan komprehensif, HE+ memastikan perlindungan optimum untuk keperluan perubatan anda. Anda dan keluarga tersayang tidak perlu lagi bimbang dan lihatlah ke masa hadapan dengan penuh harapan.
Sanggupkah kita melihat isteri, anak atau keluarga kita terlantar tanpa bantuan? Jika tidak sanggup, hubungi talian di bawah untuk memohon Pakej Insurans Prudential BSN Takaful yang terbaik dan sesuai untuk anda dan keluarga.
CIK FARIZAH HAMID | KONSULTAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL ANDA
Hotline: Tekan untuk telefon (010-2213251) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Farizah Hamid
Instagram: @farizahhamid
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang