Review
Apr 6, 2018, 9:20am

Promosi Madu Kelulut Murah, Segar dan 100% Asli


  •  
  •  
  •  
  •  

Lebah kelulut adalah sejenis spesis lebah yang tidak mempunyai sengat. Seperti spesis lebah yang lain, lebah kelulut memainkan peranan penting di dalam ekosistem sebagai pendebunga. Selain daripada tidak mempunyai sengat, perbezaan yang ketara antara lebah kelulut dengan spesis lebah biasa adalah warna badannya, kebanyakan spesis lebah kelulut adalah berwarna hitam atau perang dan tidak mempunyai belang di bahagian abdomen nya.

madu kelulut murah asli

Selain daripada itu, struktur dan rupa sarang kedua – dua jenis lebah ini adalah amat berbeza. Madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut juga mempunyai rasa yang jelas berlainan daripada madu lebah biasa kerana ianya mempunyai rasa yang masam dan rasanya adalah lebih kuat berbanding madu biasa.

madu kelulut murah

Madu Kelulut dikategorikan sebagai salah satu madu yang berharga mahal kerana kuantiti yang terhasil biasanya tidak banyak. Setiap madunya sangat berkualiti kerana lebah Kelulut mengambil serta memproses madu dari bahan semula jadi yang berkualiti sahaja. Jadi madu yang terhasil lebih baik dan mahal.

madu kelulut asli dan murah

Selain itu, Madu Kelulut juga merupakan di antara jenis madu yang cepat memproses di dalam saluran darah dan menyebabkan ianya lebih berkesan bagi menguatkan metabolisme badan dan menyembuhkan penyakit seperti menguatkan tenaga batin, menjaga kecantikan, merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

3 Hasil Utama Manfaat Madu Kelulut

Koloni lebah kelulut mengeluarkan tiga hasil utama yang bermanfaat untuk manusia iaitu madu, propolis dan roti lebah.

1. Madu

madu hasil utama dari perternakan madu kelulut asli

Seperti madu yang dihasilkan oleh lebah biasa, madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut juga mempunyai manfaat dan khasiat yang banyak. Antara manfaat dan khasiat madu kelulut adalah seperti Mempunyai kandungan anti – oksidan yang tinggi, Meningkatkan metabolisme badan, Dapat mengurangkan risiko kencing manis dan Merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

2. Propolis

propolis madu kelulut murah asli

Propolis mempunyai ciri – ciri anti kulat dan antibakteria yang berguna di dalam bidang perubatan, permakanan, dan kosmetik. Selain daripada itu, kajian menunjukkan propolis mempunyai potensi untuk merawat ginjal pesakit kencing manis dan penyakit darah tinggi.

3. Roti Lebah Kelulut

roti madu kelulut asli

Roti lebah kelulut pula mempunyai pelbagai vitamin dan mineral dan boleh meningkatkan kecerdasan dan tenaga tubuh badan.

Cara Mengenal Madu Kelulut Asli

Terdapat 2 cara untuk anda mengenal pasti keaslian madu kelulut. Cara – caranya adalah;

ujian madu kelulut asli
  1. Madu asli jika dimasukkan ke dalam air suam tidak akan cepat larut. Air akan tetap jernih sebelum dikacau. Sebaliknya, untuk madu yang telah dicampur akan menjadikan air suam itu lebih cepat keruh.
  2. Buat ujian pembakaran. Ambil sudu makan logam, kemudian letakkan madu lebih kurang setengah sudu. Seterusnya layur sudu tadi dengan api. Lihat buih – buih yang terhasil. Apabila buih – buih yang terhasil adalah kecil seperti air mendidih bermakna ia adalah palsu. Buih madu kelulut asli akan berkembang dan akan terus membuak jika disimpan dipanaskan.

Perbezaan Antara Madu Kelulut Asli dengan Madu Kelulut Tiruan:

Madu Kelulut Asli

madu kelulut yang asli dan murah
  • Madu Kelulut Asli dihasilkan oleh Lebah Kelulut dan pengeluaran terhad mengikut musim
  • Madu Kelulut Asli mempunyai aroma madu yang berbeza mengikut musim dan sumber nektar.
  • Madu Kelulut Asli mengandungi partikel – partikel halus Lilin Lebah, Polen dan Propolis
  • Madu Kelulut Asli sedia ada manis dan tidak memerlukan bahan pemanis tambahan
  • Madu Kelulut Asli secara semula jadi akan mengkristal pada suhu tertentu
  • Madu Kelulut Asli mempunyai nilai kesihatan yang tinggi
  • Madu Kelulut Asli mempunyai rasa masam – masam manis secara amnya dan rasanya berubah – ubah mengikut musim dan sumber nektar

Madu Kelulut Tiruan

madu kelulut murah tiruan
  • Madu Tiruan dihasilkan di kilang secara besar – besaran dan konsisten pada sepanjang masa,
  • Madu Tiruan tidak mempunyai bau dan kadangkala berbau masam.
  • Madu Tiruan tidak mengandungi partikel lilin lebah, pollen dan propolis.
  • Madu Tiruan mengandungi 100% gula tebu, beet atau jagung.
  • Madu Tiruan tidak akan mengkristal
  • Madu Tiruan tidak mempunyai nilai kesihatan malahan bersifat racun.

Kelebihan Kelulut Madu Untuk Kesihatan

1. Menyegarkan Badan Pada Waktu Pagi

Ambil beberapa sudu madu ( yang kaya dengan fruktos ) di waktu pagi.

madu kelulut murah menyegarkan badan

2. Menyembuh Luka

luka dan kesan terbakar ( disebabkan api atau air panas ). Caranya dengan Sapukan madu di tempat yang terbakar atau luka. Madu bertindak sebagai bahan antiseptik yang amat mujarab.

khasiat madu kelulut murah asli

3. Masalah Sakit Tekak Dan Batuk

Ambil campuran air limau nipis atau lemon dan madu adalah amat berkesan untuk rawatan sakit tekak dan batuk.

campuran madu kelulut dan lemon untuk atasi batuk

4. Membasmi Parasit

Ambil campuran madu, cuka dan air pada kadar yang sama. Campuran ini amat sesuai untuk membunuh parasit dalam sistem perkumuhan.

khasiat madu kelulut asli murah membasmi parasit

Kelebihan Kelulut Madu Untuk Kecantikan

1. Melembutkan Kulit

Madu ialah bahan pelembut kulit yang berkesan. Sapu di bahagian yang kering seperti siku, tangan dan biarkan selama 30 sebelum dibersihkan.

madu kelulut murah dan asli baik untuk cantikkan kulit

2. Pelembut Rambut

Madu ialah pelembut rambut yang asli. Campurkan 1 sudu teh ke dalam shampoo yang biasa digunakan untuk merawat ramput yang kusut dan rosak. Untuk meningkatkan keberkesanannya, madu boleh dicampur dengan minyak zaitun.

promosi madu kelulut untuk rambut sihat

3. Bahan Untuk Mandi Bunga

Bancuh 2 sudu makan madu bersama dengan 1 cawan air suam. Selepas 10 minit, apabila madu sudah larut sepenuhnya, tuangkan ke dalam air takungan mandi bersama dengan beberapa titik minyak pati lavender.

mandi bunga dengan madu kelulut murah

4. Menghilangkan Jerawat

Lumur sedikit madu pada jerawat dan tutup dengan “band aid”.  Tanggalkan band aid tadi selepas 30 minit.

madu untuk hilangkan jerawat

5. Sebagai Pembersih Muka (Facial)

Lumurkan campuran 2 sudu makan dan 2 sudu makan susu ke muka.  Bersihkan selepas 10 minit.

madu kelulut murah sebagai pencuci muka

Kelebihan Kelulut Madu Sebagai Makanan

1. Tambahan Tenaga

Berhenti minum kopi. Sebaliknya minum teh yang dicampur dengan 2 sudu madu.

madu kelulut tambah tenaga

2. Sebagai Gantian Kepada Gula Di Dalam Makanan

Dalam semua resepi masakan bakeri, ganti 1 cawan madu dengan 3/4 cawan madu.

gantian gula dengan madu kelulut murah tapi asli

Madu Kelulut Beca 100% Madu Kelulut Asli, Segar Dan Murah

Keaslian madu adalah persoalan yang paling besar apabila membeli madu tidak kira sama ada madu lebah biasa atau madu kelulut. Ramai yang mengelak daripada membeli jenis-jenis madu lebah yang sudah lama di pasaran seperti madu lebah biasa dan madu tualang kerana banyak mendengar tentang kes-kes penjualan madu tiruan.

madu kelulut murah terbaik dan power

Madu kelulut menjadi alternatif tetapi madu kelulut juga tidak terlepas daripada penipuan seperti yang terjadi di dalam penjualan jenis – jenis madu lebah yang lain. Madu Kelulut Beca merupakan sebuah perusahaan madu lebah kelulut di bawah pengurusan Berkat Walidah Ent ( TR0167103 – K ). Jika anda khuatir tertipu dengan pengusaha dan peniaga yang tidak bertanggungjawab menjual madu kelulut tiruan, pihak Madu Kelulut Beca mampu membantu anda mengatasi hal ini kerana mereka menyediakan madu kelulut yang asli dan organic.

Kelebihan Madu Kelulut Beca

Pada masa ini, produk makanan sunnah, halalan toyibban penuh barakah dan hikmah, menjadi carian dan pilihan utama rakyat Malaysia untuk tujuan penjagaan kesihatan dan membina kekuatan tubuh badan bagi menghadapi berbagai ancaman penyakit serta menggantikan ubatan klinikal yang kebanyakannya berasaskan bahan kimia mahupun dadah.

madu kelulut beca asli murah

Lebah kelulut menghasilkan sebatian protein, zat makanan dan multi-vitamin yang menyumbang kepada penghasilan madu yang berkhasiat tinggi. Kandungan madu kelulut yang kaya dengan bahan antioksidan, mineral, enzim dan vitamin amat baik untuk diambil setiap hari.

madu kelulut baik untuk anak

Madu kelulut beca sangat mujarab dan baik diambil oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Amalan minum madu kelulut setiap hari juga membantu mencergaskan minda dan menghindarkan diri daripada menguatkan tenaga, membersihkan toksin dan melancarkan perjalanan darah, membantu mengekalkan kecantikan, melambatkan penuaan, menguatkan urat saraf, membantu proses pencernaan, menguatkan daya ingatan dan sebagainya.

InsyaAllah, sangat berkesan dan mujarab untuk “MENCEGAH, MERAWAT dan MENYEMBUHKAN” berbagai jenis penyakit, antaranya: Kencing Manis, Strok, Hepatitis Hati, Kanser, Darah Tinggi, Batu Karang, Asma, Gout, Batuk, Selesema, Sakit Kerongkong dan lain-lain.

2 Cara Pengambilan Madu Kelulut Beca Untuk Mendapatkan Kesan Yang Lebih Baik

Kami menyarankan 2 cara pengambilan madu kelulut untuk mendapatkan kesan yang lebih baik:

Pertama

Campurkan satu sudu besar madu kelulut ke dalam segelas air sejuk (iaitu air yang disimpan di dalam suatu bekas pada suhu bilik atau persekitaran) pada kadar lebih kurang 100ml -150ml. Kacau sehingga larut sepenuhnya dan diminum. Digalakkan pengambilan pada sebelah pagi sekurang – kurangnya setengah jam sebelum mengambil sarapan pagi pada setiap hari. Untuk kesan yang lebih baik, disyorkan juga pengambilan kali kedua pada sebelah malam yakni sebelum tidur. Cara ini sesuai untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit di dalam tubuh badan dan darah. InsyaAllah.

madu kelulut murah beca pilihan ramai

Kedua

Sediakan satu sudu besar madu kelulut dan di minum terus tanpa campurkan dengan bahan lain. Digalakkan pengambilan pada sebelah pagi sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mengambil sarapan pagi pada setiap hari. Untuk kesan yang lebih baik, disyorkan juga pengambilan kali kedua pada sebelah malam yakni sebelum tidur. Cara ini sesuai untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan saluran pemakanan dan rongga pernafasan seperti batuk, selesema, sakit tekak, asma, resdung, bronkitis, sakit telinga dan sebagainya.

Cara Penyimpanan Madu Kelulut Beca

Madu Kelulut sebaiknya disimpan di dalam peti sejuk untuk mengurangkan proses penapaian. Jika tidak, semakin lama madu anda semakin masam seperti cuka kerana enzim di dalam madu menapai dengan glukosa di dalam madu.

cara simpan madu kelulut murah agar tidak rosak

Inilah yang menyebabkan madu meletup apabila dibuka terutamanya madu yang baru atau tidak dibuang kandungan airnya.

Kekal Sihat Dan Cantik Dengan Madu Kelulut Beca!

Bagi mereka yang menghadapi masalah dalam kesihatan mahupun kecantikan, anda boleh mengamalkan madu kelulut Beca ini kerana ianya madu kelulut asli dan dengan hanya RM 95 sebotol, insyaallah ia mampu merawat dan menyelesaikan pemasalahan yang anda hadapi. Anda boleh mendapatkan madu kelulut beca ini serta merta dengan hanya menghubungi nombor dan info di bawah ini.

madu kelulut tempahan online

MADU KELULUT BECA | 1001 KEBAIKKAN DALAMAN DAN LUARAN Telefon: Tekan untuk telefon (01113261316) | Tekan untuk WhatsApp

Alamat: 1391 Kg Kolam Kuala Ibai, Kuala Terenggganu,  Terengganu

Nak order Madu Kelulut Beca asli?

Sila telefon ke +601113261316 atau WhatsApp SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Nak order Madu Kelulut Beca asli?

Sila telefon ke +601113261316 atau WhatsApp SEKARANG!