Review
Jul 31, 2018, 1:30pm

Promosi Homestay Murah Di Kundasang Sabah


homestay murah di kundasang

Kundasang merupakan destinasi pilihan percutian pelancong dalam dan luar negara.  Suasananya yang sejuk dan dekat dengan Gunung Kinabalu pastinya membuatkan anda teringin menikmati cuaca di sini dan merakamkan memori indah bersama keluarga anda atau orang yang tersayang.

pemandangan kaki bukit kundasang

Kundasang mempunyai pelbagai tempat santai dan pelancongan menarik yang wajib anda kunjungi.  Antaranya adalah Desa Cattle Dairy Farm, War Memorial Park, Kinabalu Park, Poring Hot Spring, Spa Ikan Luanti dan Sabah Tea.  Bagi anda yang ingin berkunjung ke sini, homestay sudah pasti menjadi pilihan pertama anda kerana ia sangat berbaloi dan lebih besar untuk menetap bersama keluarga anda.

The Purple Cottage Homestay – Homestay Murah Di Kundasang

homestay murah dan menarik di kundasang

Homestay paling unik dan menarik di Kundasang adalah The Purple Cottage Homestay yang terletak di perkampungan Mesilou, Kundasang.  Homestay ala desa tanah tinggi di kaki Gunung Kinabalu ini sangat berbeza dengan mana-mana homestay dan hotel di Malaysia. Ciri-cirinya yang berdinding purple, dikelilingi pagar dan bunga-bunga serta terletak berhadapan dengan Gunung Kinabalu memberi kesegaran dan kedinginan kepada anda yang ingin tenang daripada bandar.

Tempat-Tempat Menarik Berhampiran The Purple Cottage Homestay Yang Boleh Anda Kunjungi

1. Desa Cattle Dairy Farm (1 km, 2-5 minit memandu)

desa castle homestay kundasang

Berada di Desa Cattle Dairy Farm seolah-olah berada di New Zealand! Itulah yang sering diura-urakan oleh mereka yang telah datang ke sini. Anda boleh melihat lembu, kambing dan juga kuda, malah anda juga boleh turun ke kandangnya untuk melihat proses perahan susu.  Menarik kan?

2. War Memorial Park (5 km, 10 minit memandu)

war memorial park kundasang

War Memorial Park adalah tempat bersejarah yang dibina sempena memperingati zaman peperangan pada masa dahulu. Berkonsepkan taman, anda boleh melihat hiasan taman atau kebun ini diaplikasikan di dalam bangunan yang cukup lama.  

3. Kinabalu Park (10km – 15 minit memandu)

kinabalu park kundasang

Taman Kinabalu atau Kinabalu Park ini menjadi buruan pendaki-pendaki Gunung Kinabalu. Disini, anda akan melalui Timpohon Gate iaitu laluan bagi mereka yang ingin mendaki Gunung Kinabalu. Kemudian anda boleh naik ke Kinabalu Park yang membolehkan anda melihat dari atas suasana di gunung tersebut.  Anda boleh membawa makanan sedap kudap-kudap sepanjang melepak disitu.

4. Poring Hot Spring (34km-45 minit memandu)

Poring Hot Springs Kundasang

Poring Hot Spring adalah tempat mandi manda air panas setelah sekian lama anda dingin dan sejuk di Kundasang, Sabah. Poring Hot spring membolehkan anda berkelah dan memanaskan badan selama mana yang anda mahukan. Anda juga boleh membeli cenderamata digerai-gerai berhampiran.

Antara Tempat Lain Yang Boleh Anda Kunjungi

ladang teh kundasang

  • Spa Ikan Luanti (32 km – 40 minit memandu)
  • Sabah Tea (34 km- 45 minit memandu)
  • Maragang Hill (3km ke starting point -1 minit memandu)

Kemudahan Homestay The Purple Cottage, Mesilou Kundasang

review the purple cottage kundasang

The Purple Cottage Homestay merupakan sebuah rumah yang mempunyai 2 tingkat.  Terdapat sebuah bilik tidur di tingkat pertama manakala 2 bilik tidur dan ruang tambahan di tingkat atas. Selain itu, barang-barang di dalam bilik, dapur dan seluruh kelengkapan rumah telah disediakan.

Bilik Tidur

bilik tidur homestay kundasang

  • Bilik 1 (tingkat bawah) mempunyai 1 katil queen.
  • Bilik 2 (tingkat atas) lengkap dengan 1 katil queen.
  • Bilik 3 (tingkat atas) mempunyai 1 katil single.
  • Ruang tambahan (tingkat atas) untuk tidur diberikan lebih 2 tilam single percuma.

Kelengkapan Rumah Dan Barangan Elektrik

set meja makan homestay kundasang

  • Tuala mandi
  • Set meja makan
  • L shape sofa n meja kopi
  • TV njoy
  • Kerusi santai di berand
  • Dapur & kelengkapan memasak
  • Rice cooker
  • Cerek elektrik
  • Pembakar roti
  • Peti sejuk
  • Seterika dan board
  • Mesin basuh
  • 1 Bilik mandi dan water heater
  • Set BBQ

set tv njoy homestay kundasang

Kemudahan Lain Di Purple Cottage Homestay

  • Parking disediakan sehingga memuatkan 4 buah kereta biasa
  • Mini flower garden menarik disediakan untuk menyegarkan mata anda.
  • Kesejukan ketinggian 1600 meter dari atas dengan suhu 16 – 18c
  • Anda tidak perlu menggunakan kipas atau aircond kerana terlalu sejuk

kemudahan homestay murah di kundasang

Kelebihan Menginap Di Homestay The Purple Cottage, Kundasang Sabah

Bilik Cukup Untuk Penginap

bilik besar kundasang

Ramai kawan-kawan dan keluarga anda boleh bermalam disini, ia lengkap dengan bilik yang mencukupi dan tilam tambahan untuk anda tidur dengan lebih selesa.

Kelengkapan Rumah Yang Cukup

kelengkapan lengkap homestay murah kundasang

Anda tidak perlu fikirkan hendak makan apa, nak basuh baju susah, tiada hiburan dan sebagainya? Homestay The Purple Cottage sudah lengkap dengan mesin basuh, Tv, Sofa, dapur dan pelbagai lagi kelengkapan rumah.

Berdekatan Dengan Tempat Menarik

kawasan bulatan kundasang

Anda boleh melawat ke semua tempat menarik di Kundasang Sabah kerana ia amat berdekatan dengan homestay The Purple Cottage.  Anda tidak perlu risau jika tidak sempat atau tidak cukup masa untuk melawat, anda pasti sempat ke semua tempat untuk beberapa hari anda di sini.

Cuaca Dingin Menyeronokkan

cuaca dingin sejuk kundasang

Nak rasai seperti berada diluar negara? Kundasang Sabah juga tempat pelancongan yang membuatkan anda berasa lain daripada semenanjung Malaysia yang selalu panas dan hujan sahaja.  Menginap di sini membolehkan anda menikmati cuaca dingin setiap masa tanpa kipas dan aircond.

Promosi Murah The Purple Cottage Homestay

promosi homestay kundasang

The Purple Cottage Homestay menawarkan harga promosi bagi anda yang ingin menginap di sini.  Harga asal bagi penginapan satu malam adalah RM300 namun anda layak mendapatkan harga istimewa dan diskaun untuk penginapan yang melebihi 1 malam. Nak harganya? Sudah tentu ia sangat berbaloi dan murah!

Testimoni Pelanggan Purple Cottage Homestay

testimoni homestay the purple cottage testimoni homestay the purple cottage testimoni homestay the purple cottage

Jom Menginap di Purple Cottage Homestay, Kundasang Sabah!

booking homestay kundasang

Homestay The Purple Cottage sangat unik dan cantik berbaloi dengan harganya yang berpatutan dan mampu milik. Keindahan dan kecantikan pemandangan bakal menyerlahkan foto-foto percutian anda.  Percutian bersama keluarga dan kawan-kawan dan menetap di Purple Cottage Hometstay pastinya tidak akan dilupakan! Jom dapatkan tawaran promosi Purple Cottage Homestay sekarang.

THE PURPLE COTTAGE HOMESTAY | PROMOSI HOMESTAY MURAH DI KUNDASANG SABAH
Hotline:  Tekan untuk telefon (017-8355781) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: The Purple Cottage Homestay Mesilou Kundasang

Alamat:
The Purple Cottage Homestay Kundasang
Jalan Cinta Mata, Kg.Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah

Lokasi:  https://goo.gl/maps/fCmXhdNuf8q

Jom Jom Menginap di Purple Cottage Homestay, Kundasang Sabah SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Jom Menginap di Purple Cottage Homestay, Kundasang Sabah SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Jom Menginap di Purple Cottage Homestay, Kundasang Sabah SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: