Review
Nov 21, 2018, 8:34am

Promosi Homestay Murah di Bayou Lagoon Park, Apartment Serendah RM350


bayou lagoon park bukit katil

Bayou Lagoon Park sangat terkenal di negeri Melaka dengan keseronokan dan kemeriahan pelbagai aktiviti terutamanya mandi-manda di taman tema air, Bayou Lagoon Park.  Tidak sah jika berkunjung ke negeri bandar bersejarah ini sekiranya anda tidak singgah untuk bercuti di Bayou Lagoon Park. Boleh dikatakan Bayou Lagoon Park ini adalah tempat menarik yang wajib anda jadikan destinasi percutian anda dalam dan luar negeri di semenanjung Malaysia.

tempat bercuti menarik di melaka

Bayou Lagoon Park juga sesuai menjadi percutian anda bersama keluarga, kawan-kawan, pasangan, rakan sepejabat dan lain-lain lagi.  Dengan tempat menarik serta pemandangan yang cukup indah pada siang dan malam hari, pasti lebih seronok melakukan aktiviti rekreasi yang disediakan di Bayou Lagoon Park sepanjang berada di sini.

Aktiviti Yang Menyeronokkan Di Bayou Lagoon Park

bersantai di bayou lagoon park melaka

Selain daripada mandi-manda di Taman Tema Air Bayou, anda juga boleh melakukan aktiviti rekreasi seperti gym, bermain game di Game Arcade Room, memanah, berhibur di 9D Motion Theater dan juga Magic Art Muzium.  

aktiviti memanah di bayou lagoon park

Bagi aktiviti memanah, anda boleh memanah 10 batang dengan kos RM10 sahaja manakala 24 batang hanya dengan RM15, jimat kan? Begitu juga dengan menonton teater 9D Motion yang menyeronokkan hanya serendah RM16.  Bayaran masuk untuk Magic Art Muzium pula RM28 untuk dewasa dan RM22 bagi kanak-kanak.

Promosi Homestay Murah di Bayou Lagoon Park, Apartment Serendah RM350

bayou lagoon park melaka

Berkunjung ke Bayou Lagoon Park adalah sesuatu yang sangat berbaloi dan menjimatkan anda kerana anda boleh mendapatkan homestay murah iaitu apartment serendah RM350 sahaja, malah tawaran diskaun atau potongan harga adakala ditawarkan pada masa-masa yang tertentu.  Promosi homestay murah di Bayou Lagoon Park, Apartment serendah RM350 ini amat menarik dan menjadi perhatian ramai pelancong yang ingin bercuti di Bayou Lagoon Park.

Apartment Bayou Lagoon Park – Promosi Murah Homestay

homestay murah di bayou lagoon park bukit katil

Bercuti di Bayou Lagoon Park tak perlukan anda mencari hotel yang mahal atau jauh dari Taman Tema Air Bayou.  Cukuplah anda mendapatkan homestay murah di Bayou Lagoon Park iaitu Apartment terbaik di Bukit Katil, Melaka. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dengan pakej dan kemudahan yang diberikan.

Perjalanan Destinasi Percutian Dari Apartment Bayou Lagoon Park

homestay murah di taman tema bayou lagoon park

Seronokkan bangun tidur sahaja, anda boleh terus mandi-manda di taman tema air Bayou! Pasti anak-anak sudah tidak sabar lagi. Selain itu, Apartment Bayou Lagoon Park membolehkan anda bercuti di banyak destinasi percutian berdekatan seperti Zoo Melaka, Hutan Botanikal, Taman Mini, MIMC (Racetrack) dan lain-lain lagi. Kota A Famosa, Menara Taming Sari, River Cruise dan Pusat Bandar pula mengambil masa 10 hingga 12 minit waktu perjalanan dari Apartment Bayou Lagoon Park.  

Pelbagai Aktiviti Outdoor Menarik Di Bayou Lagoon Park

gym di bayou lagoon park apartment

Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti outdoor di tempat-tempat menarik berdekatan Bayou Lagoon Park.  Aktiviti untuk kanak-kanak sehingga dewasa sememangnya menjadi pilihan ramai selain mandi manda dan bermain di taman tema air Bayou.   Taman tema air Bayou Lagoon juga mempunyai banyak jenis gelongsor dan game air yang boleh anda cuba. Pasti aksi permainan air ini mendebar dan memeriahkan lagi suasana percutian anda.

Pakej Dan Kemudahan Apartment Bayou Lagoon Park

taman tema air terbaik di melaka

Promosi homestay murah di Bayou Lagoon Park yang ditawarkan ini bukan sahaja menyediakan rumah apartment yang selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan, tetapi anda juga mendapat 4 tiket masuk ke Water Park Bayou Lagoon secara percuma.

Ruangan Dan Spesifikasi Apartment Bayou Lagoon Park | Promosi Homestay Murah

pakej penginapan di melaka water park

Apartment Bayou Lagoon Park yang terkenal dengan promosi homestay murah ini terdiri daripada 2 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.  Ruangan apartment ini sesuai didiami oleh anda yang ingin bercuti secara bekeluarga, sekumpulan kawan-kawan dan juga rakan sepejabat. Dengan 2 bilik air dan bilik tidur, pasti anda tiada masalah dari segi ruangan personal, malah dapur serta ruang tamu juga memberi keselesaan anda beramai-ramai.

Kemudahan Dan Kelengkapan Apartment Bayou Lagoon Park

ruangan homestay yang cantik dan kemas

Apartment Bayou Lagoon Park sangat lengkap seperti rumah anda sendiri dengan pelbagai barang kelengkapan dapur dan ruang tamu yang boleh anda gunakan.  Antara kemudahan barang yang disediakan adalah microwave, peti ais, barang mandian, televisyen, katil, kelengkapan pinggan mangkuk dan lain-lain lagi. Memasak, membasuh, menyimpan makanan di dalam peti ais bukan lagi masalah kepada anda dengan bermalam di Apartment Bayou Lagoon Park.  

Aircond Untuk Keselesaan Anda

antara kemudahan di bayou lagoon park

Apartment Bayou Lagoon Park juga menyediakan aircond atau penghawa dingin bagi menyejukkan ruangan panas dan membuatkan anda lebih selesa tinggal di sana pada malam atau siang hari.  Kemudahan aircond menjadikan homestay apartment ini lebih eksklusif untuk anda datang secara individu ataupun syarikat anda.

4 Tiket Waterpark Bayou Lagoon Percuma

harga tiket bayou lagoon park melaka

Anda akan mendapat 4 tiket untuk dewasa secara percuma untuk menikmati percutian di Waterpark Bayou Lagoon.  4 tiket percuma ini boleh anda dapatkan dengan promosi homestay murah di Bayou Lagoon Park Apartment serendah RM350, lebih berbaloi untuk anda datang ke waterpark Bayou Lagoon beberapa kali untuk mandi-manda dan boleh datang terus sekali secara percuma.

Kelebihan Apartment Bayou Lagoon Park – Promosi Homestay Murah di Bayou Lagoon Park

  • Lokasi Dan Kawasan Percutian Yang Strategik

pemandangan bayou lagoon park

Apartment Bayou Lagoon Park berada di lokasi yang sangat strategik dan berdekatan dengan tempat-tempat penting serta kemudahan seperti hospital, stesen minyak dan lain-lain lagi.  Tempat parking yang luas disediakan di sekitar aparment Bayou Lagoon Park dan anda bebas datang berapa kereta yang anda mahukan, parking adalah percuma!

  • Rumah Apartment Yang Sangat Selesa

ruang bilik yang selesa

Rumah apartment yang boleh didiami oleh anda ini amat selesa kerana lengkap dengan pelbagai kemudahan dan ruangan yang disediakan.  Bilik tidur yang lengkap dengan katil, bantal, aircond memberi keselesaan kepada anda untuk beristirehat di sini. Ruangan dan barangan disediakan juga boleh anda gunakan untuk masak, basuh pakaian, sidai pakaian dan lain-lain lagi.

  • Tawaran Promosi Homestay Murah Dan Berpatutan

homestay pada harga berpatutan

Kadar harga promosi homestay apartment Bayou Lagoon Park yang ditawarkan adalah berpatutan dan murah.  Dengan hanya RM350 semalaman, anda boleh mendapatkan sebuah apartment yang luas dengan 2 buah bilik tidur, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu serta 4 tiket percuma!

  • Apartment Dan Percutian Sesuai Untuk Semua

apartmen untuk seisi keluarga

Percutian di Bayou Lagoon Park dan apartment 2 bilik ini sangat sesuai untuk anda dan keluarga anda atau rakan-rakan.  Tambahan pula, percutian ke Bayou Lagoon Park yang merupakan taman tema air yang bersih, cantik dan pelbagai aktiviti ini amat menarik dan menjadi perhatian kanak-kanak dan orang dewasa.

  • Apartment Bayou Lagoon Park Lebih Privasi Dan Selamat

keselamatan di bayou lagoon park

Bermalam di homestay murah seperti Apartment Bayou Lagoon Park ini sangat berbeza berbanding dengan homestay lain.  Apartment Bayou Lagoon Park lebih privasi dan selamat di mana rumah homestay ini lebih tertutup seperti sebuah rumah dan bukannya hanya bilik semata-mata.  Keselamatan pengunjung lebih diutamakan dan anda boleh mendapatkan privasi seolah-olah berada di rumah sendiri.

  •  Boleh Tempah Secara Online Atau Walk In

tempah tiket bayou lagoon park online

Anda boleh menempah Apartment Bayou Lagoon Park secara online atau walk in terus ke pejabat mereka. Pejabat bagi sebarang urusan untuk Bayou Lagoon Park ini terletak di Sungai Buloh, Selangor.  Namun, menempah secara online lebih mudah dan dapat menjimatkan masa serta tenaga anda. Persiapan untuk percutian juga boleh dilakukan lebih awal bagi mendapatkan promosi homestay murah di Bayou Lagoon Park.

Jom Pilih Apartment Bayou Lagoon Park Untuk Homestay Percutian Anda

booking homestay murah di bayou lagoon park

Pemandangan yang indah dan cantik pada siang atau malam hari menjadikan percutian anda lengkap dengan berada di apartment Bayou Lagoon Park.  Apartment Bayou Lagoon Park mendapat kepuasan ramai pelanggan yang telah berkunjung ke sini dan semua berpuas hati dari segi keselesaan, ruangan besar, kelengkapan barangan dan sebagainya serta lokasi yang sangat strategik lagi menjimatkan.  Apartment Bayou Lagoon Park adalah satu-satunya homestay terbaik wajib anda pilih untuk percutian anda.

APARTMENT BAYOU LAGOON PARK | HOMESTAY MURAH DI BUKIT KATIL
Hubungi: Tekan untuk telefon (012-2921781) | Tekan untuk WhatsApp

Lokasi:
Bayou Lagoon Resort Park, Bukit Katil Melaka

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: