Review
Mar 30, 2018, 11:19am

Promosi Homestay Kota Bharu Murah dekat Wakaf Che Yeh


  •  
  •  
  •  
  •  

Negeri Cik Siti Wan Kembang ini agak seronok untuk dilawati, lebih-lebih lagi kalau anda sudah sebati dengan suasana kota, mana nak cari keindahan panorama alam semula jadi kalau bukan di kawasan kampung?

Antara Homestay Kota Bharu Murah

Sekiranya anda sekeluarga ke negeri ini, dapatlah merasa suasana kehidupan masyarakat kampung yang agak simple dan agak rapat antara satu sama lain, satu suasana yang menyenangkan.

D’Aqil Homestay / Nur Muslim – Homestay Kota Bharu Murah Berhampiran Wakaf Che Yeh

D’Aqil Homestay / Nur Muslim menyediakan kemudahan tempat penginapan kepada para pengunjung yang ingin bercuti atau berkunjung ke bandar Kota Bharu, Kelantan.

d aqil homestay murah kota bharu

D’Aqil Homestay bukan sahaja amat sesuai kepada pengunjung yang berkeluarga malah kepada orang umum yang datang ke Kota Bharu, Kelantan atas urusan kerja atau mesyuarat dan sebagainya. Dengan berkonsepkan rumah kediaman dalam suasana kampung yang damai dan menenangkan kepada semua pengunjung, homestay ini mempunyai harga yang berpatutan di samping ruang yang besar dan selesa

Kedudukan D’Aqil Homestay Yang Strategik

Selain Homestay Kota Bharu Murah

Kedudukan dan lokasi D’Aqil Homestay yang berada hanya 10minit perjalanan kereta dari pusat bandar Kota Bharu menjadikan D’Aqil Homestay amat strategik untuk semua pengunjung yang ingin bercuti dan mengenali bandar Cik Siti Wan Kembang ini.

Tempat Yang Menarik Berdekatan Dengan D’Aqil Homestay

Kalau anda datang ke Kelantan mesti anda akan tertarik dengan keramahan rakyat negerinya, dialek Kelantan itu sendiri agak sedap didengar di telinga. Nak kenal dengan lebih ramai ‘oghe Kelate’. Di sini kami senaraikan 10 tempat menarik di Kelantan yang pasti rugi sekiranya anda tak lawati semasa berada di sini dan ia berdekatan dengan D’Aqil Homestay.

Wakaf Che Yeh

Homestay Kota Bharu Murah yang ada

Merupakan antara pasar malam terbesar di Malaysia yang menawarkan pelbagai barang jualan. Wakaf Che Yeh dikunjungi ramai pelancong mula beroperasi seawal 7 malam sehingga 2 pagi.

Pasar Siti Khadijah

Homestay Kota Bharu Murah dan terbaik

Merupakan ikon pelancongan dan simbol membeli-belah terutamanya pakaian dan barangan keperluan. Pasar ini wajib dilawati jika berkunjung ke Kota Bharu dibuka setiap hari seawal 7 pagi hingga 6 petang.

Taman Tema Air Splash

taman tema air splash berdekatan homestay murah kota bharu

Lokasinya yang strategik terletak di tepi jalan utama dari bandar KB ke Wakaf Che Yeh, sesuai bagi kanak-kanak yang ingin bermain air. Bayaran masuk RM8 kanak-kanak dan RM 10 bagi dewasa, dibuka bermula 2.30 petang hingga 7 malam.

Souk Fil Madinatul Jadid

Mencari Homestay Kota Bharu Murah

Tempat tarikan terbaharu di negeri Kelantan, lukisan mural yang cantik menghiasi dinding-dinding bangunan membuatkan pengunjungnya merasakan seolah-olah berada di timur tengah. Lorong ini berhampiran medan ilmu bagi mendengar tazkirah pada pagi Jumaat.

Pantai Irama

Cari Homestay Kota Bharu Murah

Pantai ini dianggap sebagai pantai yang tercantik di Kelantan kerana keindahan air lautnya yang jernih kebiruan. Diberikan nama Pantai Irama kerana bunyi tiupan angin yang menenangkan jiwa yang dihasilkan pantai ini. Untuk pengetahuan anda, pantai ini selalu dijadikan tempat keramaian untuk penduduk tempatan. Anda boleh bermain sukan air atau mengajak keluarga anda beramai-ramai untuk membuat BBQ di sini.

Pantai Cahaya Bulan

Homestay Kota Bharu Murah

Sebuah lokasi pelancongan yang perlu dilawati sekiranya ke Kelantan. Sangat seronok untuk bersiar-siar bersama keluarga di waktu petang sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Lagi syok kalau anda melepak di pantai sambil menikmati jagung rebus yang banyak dijual sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke pantai ini. Dah puas makan jagung, boleh rasa ‘colek’ atau air kelapa yang dijual di tepi pantai pula, baru terasa nikmat bersantai di tepi pantai yang indah ni. Anak-anak juga boleh bermain layang-layang yang turut dijual di sini. Kemudahan seperti surau dan tandas awam tersedia untuk orang kegunaan orang ramai.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail

Homestay Kota Bharu Murah

Nama lain bagi masjid ini adalah Masjid Beijing kerana seni binanya yang menyerupai masjid bersejarah, Masjid Niujie yang terletak di Beijing, China yang berusia lebih daripada 1000 tahun. Bumbung masjid ini berbentuk melengkung dan menaranya pula seperti memiliki serban yang dililit dengan unik. Dibina pada tahun 2005 dan dirasmikan pada tahun 2009. Mempunyai dua tingkat dengan tingkat yang pertama untuk kegunaan awam seperti dewan makan, klinik, dewan serba guna dan perpustakaan masjid. Tingkat yang kedua pula adalah ruangan sembahyang.

Lata Beringin

Homestay Kota Bharu Murah

Sebuah air terjun yang sangat indah di Kelantan dengan ketinggian sebanyak 120 meter, ia merupakan salah satu daripada air terjun yang tertinggi di Kelantan. Antara aktiviti yang boleh anda sekeluarga lakukan sekiranya datang ke sini adalah seperti jungle trekking, berkhemah, memancing dan berkelah. Kalau anda yang sukakan fotografi juga, disyorkan untuk anda melawat air terjun ini kerana pemandangannya yang sangat menyejukkan mata.

Pengkalan Kubor Zon Bebas Cukai

Antara Homestay Kota Bharu Murah dan terbaik

Di Tumpat Kelantan adalah satu lagi tempat shopping barangan tempatan dan buatan Thailand yang agak tersohor di kalangan pengunjung. Dikenali sebagai Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kawasan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan yang berpagar. Pintu utama hanya dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Jadi jika anda ingin shopping, eloklah datang pada waktu pagi. Pada pukul 5.30 petang semua pembeli akan diarahkan keluar oleh pihak Kastam kerana pintu utama akan ditutup pada waktu tersebut.

Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang

Homestay Kota Bharu Murah

Rantau Panjang merupakan tempat kawasan bebas cukai yang kedua di Kelantan selepas Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan. Bagi mereka yang gemar membeli belah barang-barang seperti pakaian, periuk, pinggang mangkuk, set tilam, dan sebagainya di sinilah syurga membeli belah terbesar di Pantai Timur.

Jika anda mahu beli  barang dengan harga yang murah, bawalah orang Kelantan supaya lebih mudah dan senang untuk tawar menawar, ataupun mereka yang boleh ‘kecek kelate’. Kalau tiada pun tidak mengapa, anda boleh praktik akan beberapa tip yang disediakan untuk mendapatkan harga yang istimewa dan mengelakkan dari dikenakan harga tidak masuk akal.

bazar rantau panjang
  • Tawar menawar terus dengan tauke kedai.
  • Pergi ke kedai tumpuan yang ramai pembeli dari kalangan penduduk tempatan. Jika tidak mahu membuang masa survey harga di Rantau Panjang, cari sahaja kedai yang mana ramai pembelinya dari kalangan warga tempatan. Peluang anda berjumpa kedai paling murah sangat cerah.
  • Elakkan datang ke sini pada hari Jumaat dan Sabtu terutamanya pada waktu petang kerana pada waktu inilah waktu yang paling sesak dan sukar untuk tawar menawar, membeli pun tidak tenang dengan orang ramai, ditambah pula terik panas.
  • Masa sesuai untuk membeli-belah adalah jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Pada waktu ini pengunjung belum ramai, jadi pekedai biasanya akan melayan anda jika anda ingin merunding harga sesuatu barang. Datang lebih awal lebih baik kerana lebih banyak masa dapat diperuntukkan untuk survey segenap kedai di Rantau Panjang bagi mendapatkan harga yang terbaik

Kelebihan Menginap Di D’Aqil Homestay

Walaupun menginap di Homestay mungkin kurang keselesaannya berbanding dengan Hotel tetapi terdapat beberapa kelebihan jika anda menginap di D’Aqil Homestay iaitu;

Kemudahan Yang Selesa

Ruang keluarga yang luas dan selesa dan disertai dengan set sofa dan set televisyen. 3 bilik tidur dilengkapi penyaman udara, kipas angin, katil dan almari. Selain itu, terdapat juga peralatan dapur seperti peti sejuk, pinggan, pembakar roti, mesin basuh dan tempat penyidai kain, bahan dan peralatan minuman ringan, dan rice cooker di ruangan dapur. Selain itu, ketiga – tiga bilik dilengkapi 1 katil double setiap bilik dan 5 tilam tambahan ( setiap unit homestay ) disertakan sekali Toto dan kain selimut.

kemudahan homestay murah kota bharu yang selesa dan lengkap

Bagi anda yang bosan berada di homestay, jangan risau kerana pihak D’Aqil Homestay menyediakan kemudahan Astro Njoy dan WiFi secara percuma. Seterusnya, ruangan di bilik air sangat luas dan disertakan Pancuran air. Bagi kaum muslim, D’Aqil turut menyediakan kemudahan dan keperluan untuk anda bersolat dan seterika untuk anda menggosok pakaian anda. Bagi mengelakkan kereta anda berpanas, D’Aqil Homestay turut menyediakan parking kereta berbumbung dan boleh memuatkan lebih dari 3 kereta.

Kadar Sewaan Yang Murah

Kadar sewa lebih fleksibel. Jika menginap lebih lama, lebih banyak diskaun diberikan.

Mencari Homestay Kota Bharu Murah yang ada

Kadar harga sewa homestay jauh lebih murah berbanding di hotel. Dapat sewa sebuah rumah pada kadar harga sebilik Hotel. Kadar Sewaan Harian adalah serendah dari RM 200 semalam

Menampung Ramai Orang Pada Satu – Satu Masa

homestay murah kota bharu yang menampung ramai orang

Ruang yang luas boleh menempatkan lebih ramai orang dalam sebuah rumah pada satu – satu masa berbanding cuma sebuah bilik kecil jika menginap di Hotel.

Dilengkapi Penyaman Udara

Homestay Kota Bharu Murah

Seperti di hotel – hotel mewah, D’Aqil Homestay memberi anda keselesaan terutama pada musim panas dengan menyediakan penyaman udara di setiap bilik serta ruang tamu.

Kemudahan Sekitar D’Aqil Homestay

Selain dekat dengan tempat pelancongan yang popular di Negeri Kelantan, D’Aqil Homestay juga dilengkapi dengan kemudahan sekitar seperti;

  • 7 eleven
  • Caltex
  • Mc Donald’s
Selian ada Homestay Kota Bharu Murah
  • D’klasik Kopitiam
  • Black Pepper Café
  • Eddlee Fried Chicken
  • Restoran Ikan Bakar

Siapa Yang Patut Menginap Di D’Aqil Homestay?

D’Aqil homestay sesuai untuk percutian keluarga, menziarahi sanak saudara, menghadiri kenduri perkahwinan atau pertunangan, menghantar anak ke institusi pengajian yang berhampiran, pegawai yang menjalankan tugas luar pejabat di Kelantan dan sesiapa saja yang menjadi tetamu Negeri Kelantan Darul Naim.

Homestay Kota Bharu Murah dan terbaik

Waktu Check In : 2.00 Petang Waktu Check Out : 12 Tengah Hari

Waktu check-in dan check-out boleh di runding sekiranya tiada tempahan pada hari sebelum dan berikutnya.

Gambar Di Dalam D’Aqil Homestay

Kemudahan Katil dan Bilik Tidur

Homestay Kota Bharu Murah yang adaAda Homestay Kota Bharu Murah

Kemudahan Set TV dan Ruang Tamu

Homestay Kota Bharu Murah yang Terbaik SekaliHomestay Kota Bharu Murah

Kemudahan Peralatan Dapur Dan Meja Makan

Homestay Kota Bharu MurahMencari antara Homestay Kota Bharu MurahSelain ada yang Homestay Kota Bharu Murah

Kemudahan Mesin Basuh, Bilik Air Dan Tandas Yang Luas Dan Bersih

Homestay Kota Bharu Murah dan JimatHomestay Kota Bharu Murah SekaliAda Homestay Kota Bharu Murah

Kemudahan Cermin Besar Dan Papan Seterika Untuk Bersiap

Antara selain ada Homestay Kota Bharu MurahHomestay Kota Bharu Murah

Testimoni Pengunjung D’Aqil Homestay

Antara selain Homestay Kota Bharu MurahHomestay Kota Bharu MurahHomestay Kota Bharu Murah sekali

Jom Tempah D’Aqil Homestay Kota Bharu Sekarang!

Bagi anda yang melawat atau singgah ke negeri Kelantan ini, jangan lepaskan peluang untuk menginap homestay yang murah yang menyediakan perbagai facility serta berhampiran dengan tempat – tempat pelancongan utama negeri ini. Untuk info lanjut boleh layari info di bawah ini.

D’AQIL HOMESTAY | HOMESTAY MURAH DI KOTA BHARU Hotline 1: Tekan untuk telefon (013-9385286) | Tekan untuk WhatsApp Hotline 2: Tekan untuk telefon (016-9891652) | Tekan untuk WhatsApp Hotline 3: Tekan untuk whatsapp (010-3007145) | Tekan untuk WhatsApp Pejabat: Tekan untuk telefon (09-7441652)

Alamat: D’Aqil Homestay Lot 1531, Lorong Surau Kota 2, Kg Kota, Jalan Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan GPS Waze : 6.086897 , 102.2252727