Review
Sep 15, 2018, 3:23pm

Promosi Homemade Arabian Spices Sedap Dan Murah


  •  
  •  
  •  
  •  

Tiada idea nak masak hidangan yang mudah tapi sedap ?? Pernah tak awak hadapi situasi, tiba-tiba ada tetamu nak datang tapi TIADA IDEA nak masak apa? Jom masak nasi arab.

resepi nasi arab sedap

Kebelakangan ini, hidangan dari Timur Tengah terutamanya nasi arab kian mendapat tempat di lidah penduduk Malaysia. Tidak kira di mana, restoran nasi arab sering dilihat penuh dengan pengunjung yang mahu menikmati nasi yang beraroma herba arab dan lauk pauk seperti ayam dan kambing yang amat lembut dan berperisa. Mungkin kerana masakan arab ini tidak terlalu jauh bezanya dengan masakan Melayu dan India serta amat mengenyangkan.

Tapi…. Tak Ada Ke Cara Masak Nasi Arab Yang Mudah, Ringkas Dan Sedap?

Mestilah ada.. Rempah Nasi Arab Homemade Arabian Spices keluaran Azura Food  & Beverage merupakan campuran rempah dari resepi original dari Negara Yamen ( dimana chef Azura Food  & Beverage berasal dari Yamen ) serta cara mudah dan ringkas dalam menyediakan makanan nombor satu Negara Timur Tengah Itu. Rasa dan kualiti yang setanding dengan restoran-restoran Nasi Arab terkemuka dan cara penyediaan yang amat mudah. Masa untuk menyediakannya pun tak lama. Lebih kurang 30-45 minit dah siap satu hidangan.

Homemade Arabian Spices Botol

Bagaimana Cara Masakkan Dengan Menggunakan Rempah Homemade Arabian Spices?

Cara menggunakan rempah dari Azura Food & Beverage sangat ringkas dan mudah. Anda boleh ikuti langkah-langkah menggunakan produk ini seperti di bawah.

Haneeth & Zurbiyaan Spices

Homemade Arabian Spices Haneeth

Basuh bersih ayam, halia dan bawang putih. Blender ½ inci halia dan 4 ulas bawang putih. ½ sudu makan “haneeth & zurbiyaan spices”, campur kan dengan bahan yang dikisar tadi dan sapu pada ayam. Ratakan pada seluruh ayam. Selepas rata, ambil ¼ spices Haneeth untuk ditabur atas ayam. Perap ayam tersebut selama 15-20 minit. Kemudian, masukkan ayam tadi ke dalam bekas serta letakkan sedikit hirisan bawang merah dan bakar dalam oven pada suhu 250 darjah celcius iaitu selama 50 minit.

Zurbiyaan Rice With Haneeth Spices

Tumis 2 biji bawang merah yang di potong mayang dan masukkan rempah “Haneeth Spices”. Tumis sehingga naik bau dan bertukar menjadi ‘golden brown’. Kemudian, masukkan air sebanyak 1100 ML dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan sedikit garam dan beras Arabian basmathi yang telah dicuci bersih ke dalam periuk nasi. Biarkan nasi masak sehingga biasa.

Homemade Arabian Spices Zurbiyaan

Sementara menunggu nasi siap di masak, kisar 4 ulas bawang putih, 3 biji bawang merah, 7 batang daun ketumbar, 1 biji tomato dan ½ capsicum serta 4 biji bawang merah di potong mayang. Tumis bawang yang dipotong mayang tadi sehingga keperangan dan masukkan sedikit kismis. Setelah naik bau, masukkan bahan yang di kisar tadi dan goreng dalam 2 -3 minit. Masukkan 1 sudu Haneeth & Zurbiyaan Spices dan sedikit guna, kacau sehingga sebati. Campurkan rempah yang kita masak tadi dengan Arabian basmathi di dalam periuk nasi kemudian gaul sehingga sehingga sebati. Siap!

Mandy & Grilled Spices

Homemade Arabian Spices Mandy

Basuh bersih 1KG kambing/ayam. Potong ayam/kambing mengikut cita rasa anda. Letak ½ sudu makan Mandy & Grilled Spices dan sapu rata pada semua bahagian isi ayam/kambing. Peram ayam/kambing selama 15-20 minit. Pastikan spices rata pada semua bahagian tapi harus diingatkan jangan letak terlalu banyak, ikut sukatan yang diberikan untuk melaraskan keseimbangan. Panggang Ayam/kambing mengikut kesukaan pengguna sama ada menggunakan arang atau pemanggang ajaib.

Mandy Rice With Mandy Spices

Homemade Arabian Spices Orange

Tumis 2 biji bawang merah yang di potong mayang. Masukkan rempah Mandy Spicestumis sehingga naik bau dan keperang-perangan. Masukkan air sebanyak 1100 ML, biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan sedikit garam dan beras Arabian basmathi yang telah di cuci bersih ke dalam periuk nasi. tutup dan masak seperti biasa. Selepas itu, apabila nasi separa siap, tambah ½ sudu Mandy Spicesdi atas nasi dan membuat satu garisan di atasnya kemudian tutup semula periuk nasi. Selepas nasi masak, gaulkan nasi dengan spices tadi dengan sebati. Siap!

Wah, senang bukan dengan menggunakan rempah Homemade Arabian Spices ni. Harga produk-produk Homemade Arabian Spices ini pula bagaimana?

Harga Yang Murah Dan Berpatutan

Harganya juga berpatutan.  Jauh lebih murah lagi berbanding jika anda makan di restoran-restoran nasi arab. Semua rempah Nasi Arab keluaran Homemade Arabian Spices ini didatangkan bersama dengan beras basmathi & harga yang dinyatakan termasuk sekali dengan harga beras basmathi.

  1. Mandy & Grilled Spices – 300gm RM 39.90  – Boleh guna untuk 100-200 orang masak
  2. Haneeth & Zubriyaan Spices – 280gm RM 39.90Boleh guna untuk 100 orang makan
  3. Zurbiyaan Rice With Haneeth Spices RM21.90 – Boleh guna untuk 4-5 orang makan
  4. Mandy Rice With Mandy Spices RM21.90 – Boleh guna untuk 4-5 orang makan
Homemade Arabian Spices Koleksi

Kelebihan Rempah Campuran Homemade Arabian Spices

Rempah nasi arab keluaran Homemade Arabian Spices terkenal dengan kualiti dan rasa yang lazat. Ini demikian kerana;

1. Cepat Disediakan

Dalam 20 minit sudah siap, sesuai untuk tetamu mengejut.

Homemade Arabian Spices Cepat

2. Produk sejuk beku

Azura Food & Beverage tidak menggunakan bahan pengawet untuk menjaga kualiti.

Testimoni Pelangan

Homemade Arabian Spices Rajin Homemade Arabian Spices Insta Homemade Arabian Spices Kenyang Homemade Arabian Spices Skill Homemade Arabian Spices Pandai

Dimana Boleh Saya Dapatkan Rempah Campuran Arabian Spices Yang Sedap Dan Murah Ni?

Ia semudah ABC. Jadi jangan tangguh lagi. Sekarang sesiapa pun boleh masak nasi arab dengan cepat dan mudah. Untuk tempahan dan persoalan tentang rempah ini, anda boleh hubungi info yang tertera di bawah ini. Homemade Arabian Spices Herba

HOMEMADE ARABIAN SPICES | NASI ARAB SEMUDAH ABC Hubungi: Tekan untuk telefon (018-7676909) | Tekan untuk WhatsApp Facebook Page:AFB Instagram: Azurafoodbeverage Web: http://www.afb-empire.com