Review
Jan 5, 2019, 12:29pm

Promosi Foundation Terbaik Untuk Kulit Kering dan Berminyak di Malaysia 2019/2020


  • 1.1K
  •  
  •  
  •  
    1.1K
    Shares

Solekan yang sempurna terhasil daripada pemakaian foundation yang betul dan sesuai untuk kulit. Foundation atau dikenali sebagai alas bedak ini mampu menutup cela pada wajah bagi menampakkan kesempurnaan solekan pada wajah seseorang. Dengan pemilihan foundation yang tepat, solekan wajah anda akan nampak sangat cantik, sekata serta tidak berminyak. Tambah pula solekan yang dikenakan pada pengantin, pasti akan tampak lagi berseri dengan pemilihan foundation yang sesuai.

oundation terbaik untuk kulit berminyak

Perlu diingatkan bahawa sekiranya anda tersalah memilih foundation yang betul, ia akan memberi kesan pada solekan yang lakukan. Antara kesan yang tidak disuka oleh wanita ialah solekan bercapuk, kulit berminyak walau baru 2 jam memakai solekan serta solekan menjadi tidak sekata. Anda sendiri akan berasa tidak selesa sekiranya foundation tersebut tidak sesuai untuk anda. Selain itu, kesan yang lebih teruk lagi adalah merosakkan kulit wajah anda sedikit demi sedikit. Lama – kelamaan kulit menjadi berminyak, keluar jerawat, dan sebagainya.

foundation juga punca jerawat

Adakah anda ingin teruskan pemakaian foundation yang salah? Apa kata anda teruskan bacaan artikel ini berkenaan foundation terbaik untuk kulit kering dan berminyak. Mungkin masalah serta pencarian anda selama ini berhasil dengan penemuan foundation terbaik ini.

Fairytale Foundation Merawat Kulit Wajah Untuk Lebih Cerah, Licin dan Gebu

foundation terbaik untuk kulit orang asia

Bagi memenuhi hasrat wanita yang ingin wajah mereka kelihatan cantik dan sihat, Skin Republic telah mengeluarkan foundation terbaik untuk kulit kering dan berminyak iaitu Fairytale Foundation. Menariknya foundation ini adalah ia bukan sahaja berfungsi sebagai alas bedak sebelum solekan malah ia juga membantu memelihara serta menjaga kulit untuk kelihatan lebih sihat.

packaging fairytale foundation

Fairytale Foundation mempunyai dwi fungsi untuk mencantikkan kulit serta menyihatkan kulit dari dalam. Foundation ini akan membantu anda untuk merawat pelbagai masalah kulit. Fairytale Foundation semakin digemari kerana ia bukan sekadar menutup cela dan parut malah mampu menjadikan kulit anda lebih cerah, licin dan gebu.

foundation menyelesaikan masalah kulit

Menariknya Fairytale Foundation ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering dan kulit berminyak. Dengan hanya satu kod foundation sahaja, ia akan sesuaikan dengan semua jenis tona kulit kerana Fairytale Foundation ini adalah auto tone foundation. Apabila anda menggunakannya pada kulit, warna kulit anda akan menjadi sekata tanpa sebarang tompokan atau bercapuk pada kulit.

Mempunyai 7 Fungsi Dalam 1 Foundation

Fairytale Foundation merupakan alat solekan yang mesti ada bagi setiap wanita bekerjaya mahupun wanita yang tidak bekerja. Penggunaannya sangat mudah dan cepat tanpa memerlukan bahan solekan yang lain untuk dapatkan kesan solekan yang baik. Dengan memiliki 1 Fairytale Foundation, anda sudah tidak perlu lagi bahan solekan yang lain iaitu primer, concealer, powder, moisturizer, setting spray, sunblock dan skincare.

fairytale pelbagai fungsi

Sebab itulah Fairytale Foundation dikatakan foundation terbaik untuk kulit kering dan kulit berminyak kerana ia sahaja sudah mempunyai fungsi yang merangkumi kesemua rutin solekan yang lain. Pasti ini akan memudahkan anda untuk membawanya ke pejabat atau mengembara kerana hanya perlu bawa satu Fairytale Foundation sahaja untuk penjagaan wajah anda.

Manfaat Fairytale Foundation Daripada 7 Ramuan Utama

manfaat foundation fairytale

Fairytale Foundation sudah terbukti keberkesanannya kerana ia diperbuat daripada ramuan terbaik dan semulajadi sahaja. Ia sangat berkesan untuk merawat kulit anda dari dalam supaya kesihatan kulit kekal sihat bukan hanya nampak cantik dan gebu untuk sementara sahaja. Anda pasti tidak akan jumpa foundation terbaik selain daripada Fairytale Foundation ini setelah anda ketahui sendiri apakah ramuan utama yang digunakan.

#1 Apple Stemcell

khasiat apple stemcelll untuk kulit

Ramuan Apple Stemcell yang terkandung di dalam Fairytale Foundation membuatkan foundation ini adalah pilihan yang terbaik untuk kulit. Ia sangat bagus untuk kulit kerana apple stemcell ini mampu memperbaiki sel – sel kulit yang telah rosak, mencerahkan kulit wajah, mencegah kulit menjadi kering, serta membantu melambatkan proses penuaan pada kulit.

#2 Aloe Vera Extract

kebaikan aloe vera extract

Sumber alam semulajadi daripada gel aloe vera ini sangat bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Aloe vera kaya dengan pelbagai nutrisi seperti natrium palmat, sorbitol, gliserin dan sodium karbonat. Oleh yang demikian aloe vera ini mampu membantu anda untuk dapatkan kulit bebas jerawat, merawat kulit sensitif, melembabkan kulit, mencerahkan kulit dan juga mencegah penuaan pada kulit wajah.

#3 Vitamin C

sumber vitamin c untuk kulit

Seringkali kita dengari, kalau inginkan kulit wajah yang cantik, vitamin C mesti diamalkan secara konsisten. Vitamin C yang didapati didalam Fairytale Foundation ini boleh membantu anda merawat kulit dari dalam dengan lebih baik. Sebab itulah pemakaian foundation ini mampu merawat kesan parut jerawat pada kulit. Bukan itu sahaja, manfaat daripada Vitamin C ini akan menggembirakan anda apabila kulit anda akan tampak lebih muda dari usia sebenar dengan pengamalan yang konsisten.

#4 Sodium Hyaluronate

bahan aktif pemutih kulit

Sodium Hyaluronate merupakan zat yang sangat penting untuk kulit. Ia terdapat pada tisu kulit dan membantu memelihara kulit dengan menghasilkan sel – sel kulit baru serta mengekalkan kelembapan kulit setiap masa. Dengan ini penggunaan Foundation Fairytale ini mampu membantu anda untuk dapatkan kulit idaman yang lebih anjal dan licin.

#5 Olive Squalane

khasiat buah olive

Olive Sqalane ini merupakan sejenis ramuan minyak yang dapat membantu keberkesanan sesuatu produk. Ia sangat mudah menyerap masuk ke lapisan kulit dan membantu memberi kelembapan pada kulit anda sepanjang hari. Di sebabkan itu pemakaian Fairytale Foundation akan menjadikan kulit anda tidak kering. Ini kerana ramuannya sangat berkesan dan berkualiti.

#6 Arbutin

khasiat arbutin

Arbutin merupakan bahan ekstrak daripada tumbuh – tumbuhan yang sangat bagus untuk kulit. Arbutin ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada sebarang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia juga dikenali sebagai agen pemutih di mana ia turut membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah dan gebu.

#7 Acetyl Glycyl Beta – Alanine

beta alanine

Ramuan Acetyl Glycyl Beta – Alanine ini merupakan bahan yang mesti ada pada kebanyakan kosmetik dan juga produk perawatan wajah. Ini menjadikan Fairytale Foundation sangat bagus untuk kesihatan dalaman kulit hinggakan menyerlahkan kecantikan pada luaran kulit.

Ketahui 4 Tugas Utama Fairytale Foundation Pada Kulit Anda

fungsi fairytale foundation

Setelah mengetahui ramuan yang terkandung di dalam Fairytale Foundation ini, ia dapat disimpulkan iaitu Fairytale Foundation ini mempunyai 4 tugas utama pada kulit anda. Jom ketahui apakah tugas utama Fairytale Foundation ini pada kesihatan dan kecantikan kulit anda.

  • Mempunyai ejen pencerah yang pantas untuk mencerahkan kulit anda.
  • Melicinkan kulit dengan menghilangkan parut dan tanda – tanda hitam pada kulit.
  • Kulit akan menjadi semakin muda kerana peningkatan hasil kolagen yang bertindak sebagai anti penuaan.
  • Melindungi kulit dari sinaran matahari kerana mengandungi spf 35.

Sebab Utama Anda Memerlukan Fairytale Foundation

rahsia kulit anjal dan tak berminyak

Anda boleh menyembunyikan cela wajah dan parut jerawat dengan pemakaian foundation. Solekan tebal sepanjang hari mungkin dapat menjadikan kulit anda licin sementara namun, setelah anda mencuci semua bahan solekan, adakah anda berpuas hati dengan keadaan kulit wajah anda? Adakah foundation anda dapat menjadikan kulit anda semakin sihat atau sebaliknya?

cara menggunakan fairytale foundation

Mereka yang mempunyai masalah berikut sangat memerlukan Fairytale Foundation bagi mendapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik.

  • Mempunyai Kesan Parut Pada Wajah

fairytale foundation hilangkan jerawat

Parut wajah boleh terjadi daripada bekas jerawat atau luka daripada tabiat anda yang suka menggaru pada kulit wajah. Pemakaian Fairytale Foundation bukan sahaja boleh menutup cela dan parut jerawat anda malah, ia juga dapat memudarkan kesan parut dengan pemakaian yang konsisten.

  • Jeragat dan Bintik Hitam

rawat bintik hitam dan jeragat

Seperti parut jerawat juga, jeragat dan bintik hitam ini terbentuk dari penjagaan muka yang tidak betul. Sekiranya tidak diberi perhatian, jeragat ini semakin banyak memenuhi kawasan muka anda. Namun, anda jangan risau dengan bahan semulajadi yang terkandung di dalam Fairytale Foundation ini, ia akan membantu anda untuk merawat masalah kulit jeragat dan bintik hitam.

  • Tona Kulit Yang Tidak Sekata

tona tidak sekata

Jangan sampai kantoi warna muka dan leher yang tidak sama tona warna disebabkan solekan yang terlalu tebal untuk menutup segala cela pada wajah. Semestinya anda yang mempunyai masalah tona kulit yang tidak sekata ini perlu mencuba Fairytale Foundation supaya anda dapat kembali warna kulit anda yang asal.

Amalkan Dengan Konsisten Untuk Nikmati Manfaat Fairytale Foundation Pada Kulit

foundation untuk muslimah

Kesan yang positif akan diperolehi seiring dengan penggunaan foundation terbaik ini dengan konsisten dan teratur. Untuk anda yang mengamalkan Fairytale Foundation ini, anda dapat menikmati pelbagai manfaat yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda. Antara manfaat kebaikan daripada penggunaan Fairytale Foundation adalah :

  1. Membantu anda untuk melembabkan kulit.
  2. Kulit akan merasa lebih lembut dan licin.
  3. Meransang pertumbuhan sel kulit yang baru.
  4. Kulit anda akan cantik secara semulajadi serta 3 kali ganda lebih flawless.
  5. Produk yang mesra wuduk kerana hanya perlu dibersihkan hanya dengan menggunakan air biasa.
kebaikan foundation

Foundation terbaik adalah foundation yang selamat dan halal digunakan supaya ia tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya pada kulit. Anda tidak perlu risau kerana Fairytale Foundation merupakan foundation yang telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semestinya produk yang halal. Ia merupakan foundation yang terbaik untuk menutup sebarang cela pada wajah dan dapat merawat pelbagai masalah kulit yang anda hadapi.

Ramai Sukakan Fungsi Fairytale Foundation Yang Mencantikkan dan Merawat Kulit Wajah

foundation cantikkan kulit muka

Fairytale Foundation merupakan foundation yang terbaik untuk diamalkan pada tahun 2019 ini. Ramai yang sukakan tekstur foundation yang sangat lembut pada kulit serta tahan lama walaupun kulit anda kategori kulit berminyak. Ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Jom lihat apa kata mereka yang sudah mencuba Fairytale Foundation ini.

testimoni foundation fairytale testimoni foundation fairytale testimoni foundation fairytale testimoni foundation fairytale testimoni foundation fairytale

Dapatkan Segera Untuk Kulit Wajah Lebih Sihat dan Cantik!

foundation jawapan kepada masalah kulit anda

Jom cantikkan dan rawat kulit anda dengan penggunaan Fairytale Foundation daripada Skin Republic ini. Anda bukan sahaja boleh menggunakan foundation yang bagus untuk kesan solekan yang cantik malah dalam masa yang sama kulit anda juga dapat dirawat dengan baik sekali. Ia permulaan yang baik untuk tahun baru iaitu ucapkan selamat tinggal pada kulit bermasalah. Anda mampu dapatkan kulit yang cantik, gebu dan licin hanya dengan Fairytale Foundation. Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi info di bawah.

FAIRYTALE FOUNDATION | FOUNDATION TERBAIK 2019 Hotline: Tekan untuk telefon (019-2342337) | Tekan untuk WhatsApp Instagram: @skinrepublic_hq Laman Web: https://skinrepublic.com.my/

Dapatkan Fairytale Foundation Hari Ini Juga!

Hubungi talian +60192342337 atau tekan butang untuk WhatsApp

Call Whatsapp Layari Website

Dapatkan Fairytale Foundation Hari Ini Juga!

Hubungi talian +60192342337 atau tekan butang untuk WhatsApp