Review
Jun 7, 2017, 3:14pm

Promosi Buffet Ramadhan Di Cyberjaya, Selangor


Apabila tiba bulan Ramadhan, saya tak boleh nak elakkan daripada rasa teruja untuk berpuasa sebab saya sangat sukakan suasana semasa berbuka bersama-sama semua ahli keluarga selepas letih seharian berpuasa. Puas hati sungguh rasa setiap kali berjaya berpuasa. Waktu berbuka pula seolah-olah menjadi sebuah hadiah sebab sudah berjaya mengawal nafsu untuk sehari. Termasuklah nafsu makan, nafsu berbuat tidak baik dan nafsu untuk berbuat perkara yang sia-sia.

Buffet Ramadhan Di Cyberjaya

Jadi, saya suka jadikan pengalaman berbuka puasa sebagai sesuatu yang istimewa. Apabila saya cakap istimewa, ia bermaksud kami sekeluarga berbuka bersama-sama dengan hati yang gembira. Satu cara yang saya sangat suka dalam menjadikan suasana berbuka puasa lebih istimewa lagi adalah dengan berbuka secara buffet di tempat baru, dengan suasana baru dan makanan yang sedap. Kalau tidak boleh setiap hari, sekali atau dua kali sepanjang sebulan berpuasa pun sudah memadai. Oh, kamu pun sama juga ye? Kita geng!

juadah-berbuka-buffet-terbaik

Berbuka secara buffet di tempat dan suasana berbeza membuatkan pengalaman berbuka puasa menjadi lebih istimewa. Bukan nak cakap kat rumah tak istimewa, tapi bila berbuka dengan makanan yang lain daripada di rumah beramai-ramai dengan keluarga lain menjadikannya extra special! Kombinasi makanan yang sedap dan suasana tempat berbuka yang cantik sememangnya menjadikan saat-saat berbuka menjadi sesuatu yang sangat bermakna. Ia bagaikan sebuah kesempurnaan.

seleksi-makanan-buffet

Siapalah yang tak suka konsep berbuka secara buffet, you tell me. Kalau secara hidang, lauk pun terhad. Kena consider orang lain. Lauk sedap pun kena ambil sikit je. Tambah-tambah kalau lauk daging masak merah. Boleh jadi sebuah kekecewaan juga. Nak tambah pun kena fikir banyak kali sebab kesian kat ayah kena bayar lebih. Lain ceritanya dengan buffet! Bayar sekali sahaja, boleh makan sampai puas hati! Tomyam habis dalam mangkuk, boleh tambah. Nasi habis dalam pinggan, pergi tambah. Eh, haus lagi lepas habis segelas air tembikai, tambah lagi. Makanlah sampai kenyang sebab bukan kena bayar lain pun. Kan kita berbuka secara buffet! Bestnya!

Promosi Buffet Ramadan Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Jadi, hari ini saya ingin memperkenalkan sebuah tempat yang menawarkan promosi buffet ramadan di Cyberjaya, Selangor. Okay, sila tepuk tangan orang Selangor dan Kuala Lumpur sebab korang berpeluang untuk menikmati pengalaman berbuka puasa secara buffet yang sangat menarik dan memuaskan hati. Best weh berbuka secara berjemaah. Pahala dapat, hubungan terjalin pun makin rapat. Insya Allah.

tempahan-buffet-putrajaya-2017-2018

Buffet Ramadan ini diadakan sepanjang bulan Ramadan 2017 di Bayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa yang pastinya membuka selera anda semasa berbuka puasa bersama-sama keluarga tersayang. Ia sudah bermula dari 29 Mei yang lepas dan akan terus berlangsung sehingga hari terakhir puasa.

buffet-selesa-putrajaya

Kita boleh berbuka secara buffet di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ini bukan dengan keluarga sahaja, dengan orang lain pun boleh. Jangan sorang-sorang sudah. Daripada happy nak berbuka, boleh jadi touching pula. Tapi okay juga kalau masuk je tempat berbuka, jumpa dengan rakan taulan yang dah lama tak jumpa. Kan seronok tu? Kalau jumpa yang tak pernah kenal pun, masa inilah kita boleh ambil peluang untuk tambah kenalan baru.

buffet-pilihan-putrajaya

Menu Yang Disediakan Semasa Buffet Ramadan Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Banyaknya pilihan makanan yang disediakan semasa buffet ramadan Cyberjaya ini. Ikan, ayam, kambing, semua ada! Memang puas hati kalau boleh rasa semua ini. Kita pergi, tinggal pilih sahaja dan makan. Yang paling juga makan kat luar ni, lepas makan, kita tak perlu kemas meja makan dan basuh pinggan. Ke saya je rasa macam tu? Kih3.

menu-buffet-istimewa-ramadhan-2017

Tempat Buffet Ramadan Ramadhan Di Cyberjaya

Alamat:

Bayou Coffee House,

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya,

Jalan Kelab, Off Persiaran Semarak Api,

63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

Peta:

Untuk mereka yang ingin pergi ke sana, boleh rujuk peta di bawah. Lagi senang, masukkan sahaja GPS Coordinate tu. Terus jumpa.

alamat-kelab-komuniti-taman-tasik-cyberjaya

Kemudahan Yang Disediakan di Buffet Ramadan Ramadhan Di Cyberjaya

bestnya-buffer-cyberjaya

  • Ruang makan Open Air atau Air cond – Wah, siap boleh pilih nak berbuka dalam bilik berpenghawa dingin atau di tempat terbuka. Kalau saya, mestilah saya pilih di bilik berair-cond. Hehe.
  • Parking ‘FREE’ – Tiada benda lain yang lagi best daripada dapat sesuatu secara PERCUMA! Bila buffet, tambah makanan sudah percuma. Bila buffet di sini, parking pun percuma! Happynya!
  • Surau disediakan – Ada tak yang prefer berbuka dengan kurma dan solat Maghrib dulu baru sambung makan? Boleh sangatlah sebab surau pun ada disediakan di kelab komuniti ini.
  • Mesra kanak-kanak dan OKUBila dah diberitahu mesra kanak-kanak dan OKU, tak delah kita risau sangat nak bawa anak-anak yang tengah seronok membuas untuk berbuka puasa di tempat baru.
  • Hanya 5 minit dari Masjid Cyberjaya. – Dekatnya masjid. Jadi, tak de masalahlah nak pergi tunaikan solat sunat Terawih pula lepas berbuka. Jadi, tiada lagi alasan untuk tidak berterawih sebab berbuka di luar. Yeaayy!
  • Sesuai untuk dijadikan tempat berbuka untuk kumpulan besar – Kalau nak berbuka ramai-ramai dengan para pekerja ke, sahabat handai ke, atau untuk majlis korporat pun sesuai sangat.

Masa Buffet Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

buffet-ramadhan-untuk-syarikat

Tarikh: 29th May 2017 – 22nd June 2017

Bermula dari pukul 6.30 pm hingga 9.30 pm

Testimoni Pengunjung Buffet Ramadan Ramadhan Di Cyberjaya

Ramai yang sudah pulang dengan hati yang puas selepas berbuka secara buffet di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ini. Jom kita tengok apa kata mereka.

testimoni-buffet-taman-tasik-cyberjaya

testimoni-buffet-taman-tasik-cyberjaya

testimoni-buffet-taman-tasik-cyberjaya

testimoni-buffet-taman-tasik-cyberjaya testimoni-buffet-taman-tasik-cyberjaya

bayou-coffehouse-taman-komuniti-tasik-cyberjaya

Jalan Jalan Cari Makan pun pernah pergi ke sini rupanya.

Harga Buffet Ramadan Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

  • Dewasa- RM49.90 seorang
  • Kanak-kanak 5-12 tahun dan OKU- RM38
  • Kanak-kanak 4 tahun ke bawah-PERCUMA

Harga yang dikenakan sangat berpatutan. Sangat berbaloi dengan servis dan makanan yang disediakan. Rugi tak berbuka puasa kat sini tau.

Tempah Buffet Ramadan Ramadhan Di Cyberjaya Ini Sekarang !

kelab-komuniti-tasik-cyberjaya

Sebelum datang, tetamu digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu. Ini penting untuk mengelakkan tempahan penuh. Tak pasal-pasal kena berbuka di tempat lain. Kecewa pula.

Jom buat tempahan Buffet Ramadhan di Kelab Komuniti Taman Tasik Putrajaya SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Jalan Kelab, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

   
Jom buat tempahan Buffet Ramadhan di Kelab Komuniti Taman Tasik Putrajaya SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom buat tempahan Buffet Ramadhan di Kelab Komuniti Taman Tasik Putrajaya SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: