Review
Apr 4, 2018, 11:26am

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik


Promosi blouse muslimah murah dan menarik kini kembali dengan ciri-ciri anggun stylish dan patuh syarie keluaran Irisya Boutique. Dengan kemunculan pelbagai fesyen muslimah dan juga peningkatan wanita yang lebih cenderung untuk memilih fesyen muslimah meletakkan imej muslimah setanding dengan trend fashion yang lain.

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Gila

Terkadang dalam pemilihan pakaian wanita, masih terdapat kekeliruan samada dari segi jenis material dan juga pattern yang dipilih. Ada kalanya terdapat kesalahan dari aspek potongan lengan baju atau jenis kain yang agak nipis meskipun masih bertudung. Maka, pendedahan kepada ciri-ciri pakaian muslimah amatlah penting untuk diberikan perhatian. Ia bukan sahaja penting kepada si pemakai itu sendiri malah sebagai pereka fesyen muslimah juga wajib mengetahui perkara tersebut.

Ciri-ciri Pakaian Muslimah Anggun Stylish Dan Patuh Syarie

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik dan Wow

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menentukan batas terhadap pakaian wanita dan juga peraturannya. Sepertimana yang telah diceritakan secara panjang lebar di dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Berdiri

Daripada ayat di atas, dapat disimpulkan bahawa kriteria pakaian yang sesuai dengan aturan syariat islam merangkumi ciri-ciri berikut:

Menutup Seluruh Tubuh Badan

Yang dimaksudkan seluruh tubuh badan seperti yang disepakati ialah daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki kecuali muka dan kedua tapak tangan.

Kain Yang Tidak Jarang, Tidak Nipis Dan Tidak Menampakkan Bentuk Badan

Pakaian yang tidak bersifat seperti yang disebutkan itu akan dikategorikan sebagai berpakaian tetapi telanjang dimana fungsi pakaian itu tidak menutup keseluruhan tubuh dengan sifat kain yang nipis serta ketat.

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Kain

Tidak Menampakkan Mana-mana Bentuk Badan Yang Mengundang Fitnah

Ciri-ciri ini bukan bermakna sudah cukup dengan mengenakan pakaian yang tebal. Ini kerana pakaian yang tebal tetapi menampakkan bentuk atau lekukan anggota badan juga boleh mengundang fitnah terutama kepada orang yang melihat sehingga menaikkan syahwat.

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Lelaki

Pakaian Yang Tidak Menyerupai Pakaian Laki-laki

Allah telah ciptakan manusia berbeza antara laki-laki dan juga perempuan. Maka dari segi pakaian juga harus menampakkan perbezaan. Sebetulnya pakaian wanita itu jangan menyerupai kepada sifat pakaian laki-laki kerana ditakuti tergolong antara orang yang dilaknati oleh Rasulullah s.a.w. sepertimana sabda Baginda yang menyebutkan bahawa Baginda melaknati laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki.

Kriteria Wanita Muslimah

Peranan wanita dalam Islam selaku muslimah tertakluk kepada kewajipan dan hak yang harus dipatuhi sepertimana yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Begitu juga para lelaki. Meskipun peranan kedua-dua makhluk Allah ini berbeza, namun sebagai hamba tidak terlepas daripada peraturan tertentu. Sebagai wanita muslimah sejati, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian untuk mendapat ranking kehambaan yang tulin iaitu:

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Pegang Tangan

Beriman Dan Bertakwa Kepada Allah

Ini merupakan kriteria yang paling utama untuk menjadi wanita muslimah. Sebagai wanita muslimah perlulah melakukan segala yang diperintahkan oleh Nya dan meninggalkan larangan Nya pada masa yang sama. Dalam hal ketakwaan, tidak ada beza bagi laki-laki mahupun wanita.

Melaksanakan Kewajipan Sebagai Seorang Muslim

Ini termasuklah melakukan kesemua yang termaktub di dalam rukun Islam yang lima. Bukan itu sahaja, amalan-amalan sunat juga jangan dilupakan kerana ia mampu melengkapkan amal ibadat seharian.

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Girl Squad

Menutup Aurat

Seorang wanita muslimah wajib menutup auratnya. Ini kerana wanita termasuk sebagai antara makhluk yang di muliakan oleh Allah. Aurat wanita membolehkan terjadinya fitnah yang besar baik pada diri wanita itu sendiri mahupun pada laki-laki. Disebabkan itulah Allah perintahkan untuk memakai tudung serta menutup seluruh anggota badan kecuali kedua tapak tangan dan muka.

Memiliki Akhlak Yang Baik

Akhlak yang baik termasuklah berkata-kata dengan baik, menjaga aurat suara dan memiliki tingkah laku yang sopan santun. Sentiasa berkata-kata dengan lemah kebut dan tidak berlaku kasar terhadap orang lain.

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Senja

Memiliki Ilmu Pengetahuan

Wanita muslimah juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup untuk membantu membimbing anak-anak dan juga ahli keluarga. Ilmu pengetahuan itu bukanlah wajib sehingga ke peringkat Menara gading, tetapi cukup untuk digunakan pada sebarang kemaslahatan keluarga.

Antara Ciri-ciri Pakaian Wanita Muslimah Yang Tidak Sesuai

Zaman sekarang, ramai muslimah yang bekerja tidak kiralah samada bekerja sendiri ataupun makan gaji. Namun, tatacara pemakaian wanita muslimah tidak boleh dipandang remeh. Jika tidak ada panduan pemakaian yang sesuai dengan etika wanita muslimah, sudah pasti para wanita tidak dihormati kerana sifat muslimahnya.

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Hitam

Antara ciri-ciri pakaian wanita muslimah yang tidak sesuai ialah fabrik yang digunakan adalah dari jenis yang nipis dan beralun seperti chiffon atau satin. Kebiasaannya fabrik jenis ini menampakkan karakter sebenar seseorang wanita iaitu kelihatan manja dan lemah gemalai. Bukan tidak dibolehkan tetapi bagi persekitaran kerja yang melibatkan ramai lelaki adalah tidak digalakkan berbanding persekitaran yang mempunyai ramai pekerja wanita.

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Seluar

Kedua ialah pakaian yang ketat dan menampakkan bentuk anggota tubuh badan sehingga mengundang fitnah kepada yang melihat. Ini juga bergantung kepada jenis fabrik yang dipilih kerana ada fabrik yang betul-betul terletak mengikut bentuk badan. Bukankah ianya akan mengganggu ketenteraman para lelaki di sekeliling.

Penggunaan kemeja dan blouse yang singkat di atas paras punggung sehingga terdedah bahagian ‘redspot’ tubuh wanita juga menjadi masalah. Ada juga yang memakai kemeja dan blouse yang labuh melepasi paras pinggul tetapi memakai tali pinggang yang tetap menzahirkan dengan jelas saiz pinggang dan pinggul. Perlu diingat, ini bukanlah ciri-ciri sebenar pemakaian wanita muslimah.

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Model

Seterusnya ialah potongan dan gaya pakaian terlalu fancy dan berfesyen. Memakai pakaian yang terlalu berfesyen ke pejabat akan mengurangkan kredibiliti dan kewibawaan seorang wanita ketika bekerja kerana akan dikaitkan dengan wanita yang hanya disibukkan dengan arus dunia fesyen. Potongan pakaian yang fancy juga hanya akan meyebabkan pemakai kelihatan terlalu manja dan tidak tegas sewaktu bekerja.

Kenali Blouse Wanita

Blouse merupakan antara pakaian yang semakin trending terutama di kalangan wanita muslimah yang bekerjaya. Ini kerana penampilan wanita bersama blouse ini menampakkan keyakinan di samping keselesaan si pemakai.

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Grid

Blouse ialah baju yang direka dengan longgar bermula dari bahagian atas sehingga ke paras bawah yang menggantung. Kebiasaannya blouse ini tidak bersifat jarang dan tidak ada sebarang tali pengikat di bahagian pinggang. Ukuran blouse pendek contohnya hanya sekitar bahagian pinggang sahaja. Dan selalunya blouse ini tidak mempunyai butang yang memanjang sepertimana bentuk kemeja.

Sejarah blouse juga mencatatkan sesuatu yang menarik di mana blouse ini dikatakan suatu ketika dahulu adalah pakaian harian untuk para pekerja, petani atau seniman. Setelah beberapa zaman berlalu akhirnya wujudlah nama blouse seperti yang ada pada hari ini. Dari segi material pula, blouse tidaklah begitu cerewet untuk menggunakan jenis material khusus. Yang jelasnya blouse ini hanya memfokuskan kepada keseleasaan si pemakai sahaja.

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik | Anggun Stylish Dan Patuh Syarie

Logo Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik

Irisya Boutique menjalankan promosi blouse muslimah murah dan menarik. Bertepatan dengan fashion muslimah, potongan baju sudah pasti mematuhi ketetapan syariat Islam dan dalam masa yang sama si pemakai tetap kelihatan anggun. Didatangkan dalam design berunsurkan bunga-bungaan dan sangat sesuai dipakai untuk majlis-majlis santai, membeli belah dan boleh juga dipakai untuk ke pejabat.

Promosi yang dijalankan tidak terhad kepada promosi blouse muslimah murah dan menarik sahaja, tetapi terdapat juga kebarung yang cukup menarik untuk direbut. Design kebarung yang sungguh elegent sangat sesuai untuk dikenakan ke pejabat atau majlis-majlis keraian.

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Pink

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik BIru

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Turquise

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Merah Jambu

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Biru

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik MAroon

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Kelabu

Kebarung Raisya dan Julia Blouse | Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik

Mungkin ada yang terkeliru dengan beberapa istilah pakaian wanita meskipun jenis pakaian tersebut merupakan istilah popular dalam dunia fashion. Begitu juga dengan istilah busana dan pakaian. Busana dan pakaian membawa maksud yang sama cuma majoriti di Malaysia menggunakan istilah pakaian berbanding di Indonesia yang menggunakan perkataan busana merujuk kepada permaknaan yang sama.

Kebarung Raisya by Irisya

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Dua Model

Kebarung Raisya by Irisya ini direka khas untuk wanita tampak lebih elegant. Pilihan fabrik yang sangat selesa dan sejuk daripada material jenis crepe. Para wanita juga tidak perlu risau kerana material kebarung ini mudah untuk diseterika.

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Saiz Satu

Untuk memudahkan wanita ketika berwuduk, bahagian lengannya diletakkan zip. Juga terdapat zip di bahagian dada untuk kemudahan ibu-ibu yang menyusukan anak bagi yang breastfeed. Saiz yang tersedia adalah dari ‘S’ sehingga ‘XXL’. Didatangkan dalam beberapa pilihan warna menarik iaitu royal blue, dusty pink, grey dan maroon.

Julia Blouse by Irisya

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Dua Model Lawa

Julia blouse by Irisya pula menampilkan corak bunga-bungaan ala British style. Sangat simple dan jahitannya tampak sangat kemas. Juga terdapat zip pada bahagian lengannya untuk memudahkan pengambilan wuduk dan zip pada bahagian dada untuk memudahkan penyusuan anak-anak bagi yang breastfeed.

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Saiz Dua

Material yang digunakan adalah dari jenis dull satin. Tidak perlu risau kerana material ini tidak jarang dan tidak panas malah mudah untuk diseterika. Terdapat pilihan saiz dari ‘S’ sehingga ‘XXL’. Didatangkan dalam beberapa jenis pilihan warna iaitu pearl white, light turquoise, dusty pink, fuchsia dan blue turquoise. Julia blouse ini sangat sesuai untuk dikenakan bersama dengan seluar slack, palazzo, jeans mahupun kain skirt.

Dapatkan Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Sekarang!

Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Kedai

IRISYA BOUTIQUE| PAKAIAN MUSLIMAH PATUH SYARIE
Hotline 1: Tekan untuk telefon (019-5583626) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (0196459412) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Irisya Boutique

Alamat:
Irisya Boutique
No.2-32, Kompleks Bukit Jambul, 
Jln. Rumbia, Bayan Lepas, 11900 Pulau Pinang

Dapatkan Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Sekarang!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Dapatkan Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Sekarang!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Dapatkan Promosi Blouse Muslimah Murah Dan Menarik Sekarang!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: