Review
Mar 21, 2018, 5:22pm

Projek Perumahan Baru Di Pahang 2018/2019


Hasrat sebahagian rakyat Malaysia untuk memiliki rumah masih belum dicapai kerana berdepan harga rumah terlalu tinggi dan tidak sepadan dengan pendapatan. Ia dihadapi generasi muda yang bekerja dengan pendapatan yang diibaratkan kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang dan yang baru memulakan kerjaya selepas tamat pengajian di universiti.

Projek Perumahan Baru Di Pahang 2018/2019

Disebabkan itulah kebanyakan masalah pemilikan rumah berlaku di kawasan bandar memandangkan ramai generasi muda mencari rezeki di bandar. Dengan gaji tidak besar dan kos sara hidup tinggi, untuk memiliki rumah hanya angan-angan sahaja. Selain generasi muda, golongan pertengahan dan berkeluarga juga menghadapi masalah pemilikan rumah kerana tidak mampu. Mereka mengambil pendekatan menyewa, tetapi sampai bila harus berkeadaan sedemikian.

Impian Memiliki Rumah Adalah Impian Setiap Orang

Membeli, memiliki dan mendiami rumah yang selesa dan memenuhi citarasa sendiri merupakan idaman semua orang. Bagi orang biasa, pembelian rumah kebiasaannya merupakan pembelian paling besar dan penting dalam hidup mereka. Tersilap langkah, pembelian rumah boleh menjadi mimpi ngeri. Ditipu pemaju, rumah terbengkalai, rumah yang dibeli rosak teruk atau tidak memenuhi spesifikasi yang diingini, semua ini merupakan antara mimpi ngeri yang ditakuti mereka yang ingin membeli rumah.

Keluarga Projek Perumahan Baru Di Pahang 2018/2019

Oleh itu, amat penting untuk tahu tentang perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dalam proses membeli rumah agar mimpi ngeri seperti di atas tidak menghantui. Jika anda merupakan salah seorang yang baru nak memiliki rumah sendiri, panduan asas cara beli rumah pertama yang akan saya terangkan nanti mungkin boleh membantu anda.

Panduan Yang Anda Perlu Tahu Bagaimana Cara Membeli Rumah Untuk Kali Pertama

Apabila membeli rumah baru, luar dalam rumah tersebut adalah baru. Daripada cat luaran yang kita nampak, sehinggalah pendawaian (wiring) dalaman yang kita tak nampak. Bila semuanya baru, rasa lebih selesa dan yakin bahawa ianya akan tahan lama berbanding rumah yang dah berusia. Bagi mereka yang pertama kali nak beli rumah, sudah semestinya masih kabur tentang cara beli rumah pertama mereka. Berikut adalah panduan yang boleh anda ketahui untuk membeli rumah buat pertama kalinya.

Panduan asas cara beli rumah pertama

Secara asasnya, pembelian sesebuah rumah melibatkan 3 fasa iaitu fasa pra-pembelian, pembelian dan post-pembelian. Dalam setiap fasa ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan agar proses pembelian rumah anda menepati apa yang anda impikan. Jom kita lihat satu per satu.

1.Pra-pembelian

Ada rumah baru yang tak perlukan deposit pun untuk masuk rumah, semuanya dah termasuk dalam harga rumah dan juga pembiayaan bank. Kalau ada deposit pun, ada pemaju yang minta RM1,000 saja deposit dan selebihnya akan diproses oleh panel bank yang dilantik pemaju.

Kalau beli rumah subsale, 2%-3% deposit untuk dibayar kepada ejen atau pemilik rumah dah menjadi kebiasaan. Kemudian bila dah buat permohonan dengan pihak bank, ada juga yang gagal dapat pembiayaan. Maka, duit deposit tu dikira hangus. Rumah tak dapat, deposit pun tak dapat balik.

Kunci Projek Perumahan Baru Di Pahang 2018/2019

2. Kemampuan kewangan

Nak beli rumah bukannya murah, lebih-lebih lagi pada masa sekarang yang mana harga rumah seolah-olah harga mampu tengok sahaja terutama di bandar-bandar utama. Apabila membeli rumah, banyak kos terlibat seperti bayaran tempahan(booking), wang pendahuluan, yuran guaman, duti setem dan kos-kos dokumentasi. Setiap bulan pula, jika beli rumah melalui pembiayaan pinjaman perumahan, kena keluarkan bayaran bulanan.

Duit Projek Perumahan Baru Di Pahang 2018/2019

Apabila rumah dah siap pula, akan ada pula kos-kos lain seperti deposit air, deposit elektrik, cukai tanah, cukai pintu dan kos-kos kelengkapan rumah seperti lampu, gril rumah, perabot, peralatan elektrik dan kerja-kerja pengubahsuaian. Semua kos ini kebiasaannya berkadar langsung dengan harga rumah; semakin tinggi harga rumah, semakin tinggi kos yang akan terlibat. Jadi, sebelum beli rumah, kenalah buat kira-kira tentang kemampuan kewangan sendiri untuk sediakan wang bagi membayar semua kos ini.

3. Cari Rumah idaman

Nak beli rumah, maka kenalah cari rumah yang nak dibeli tersebut. Pastikan rumah yang anda nak beli tersebut memenuhi spesifikasi yang anda idamkan dan objektif yang anda ingini.

Spesifikasi rumah untuk didiami sendiri adalah sedikit berbeza dengan spesifikasi rumah untuk dijadikan aset pelaburan, maka kenal pasti tujuan anda nak beli rumah terlebih dahulu.

Rumah Projek Perumahan Baru Di Pahang 2018/2019

Taman Tegak Aman – Projek Perumahan Baru Di Pahang

Projek perumahan baru biasanya dibina mengikut citarasa terkini dan mengaplikasi teknologi-teknologi yang terbaru. Dan jika anda ada citarasa sendiri, boleh berbincang dengan pemaju terutamanya rumah yang sedang dalam pembinaan. Kalau beli rumah subsale, anda kena terimalah rumah itu seadanya. Dan kalau nak tambah itu atau nak buang itu, semuanya perlukan duit untuk pengubahsuaian atau renovation.

Papan Tanda Projek Perumahan Baru Di Pahang 2018/2019

Kenapa perlu bersusah payah sedangkan kini kebanyakan rumah perumahan baharu telah banyak didirikan dan konsep design yang lebih mengikut citarasa masyarakat zaman sekarang. Sebagai contoh di Taman Tegak Aman, Pahang ada satu perumahan yang baru naik begitu murah dan mampu miliki. Lebih menarik, perumahan tersebut merupakan rumah jenis Semi D yang mempunyai 4 bilik dan 2 bilik air serta mempunyai keluasan rumah iaitu 42’X 67′ = 2800sqf.  Projek Perumahan Taman Tegak Aman ini merupakan di bawah Syarikat Azidaland

Lokasi Perumahan Taman Tegak Aman Yang Strategik

Anda perlu tentukan di mana lokasi hartanah yang hendak anda tinggal dan jenis kejiranan yang anda mahukan. Terdapat banyak aspek yang boleh mempengaruhi pilihan lokasi perumahan anda. Antaranya adalah kemudahan asas seperti kedai, bank, pejabat pos, hospital, taman rekreasi. Selain itu, anda juga boleh melihat dari segi kemudahan pengangkutan awam yang disediakan dan jarak kawasan itu  dari tempat kerja anda sama ada ia memenuhi kehendak atau pun tidak.

Universiti Projek Perumahan Baru Di Pahang 2018/2019

Saya percaya, selain keluasan rumah yang besar dan luas, lokasi rumah juga amat penting dalam pemilihan. Untuk pengetahuan anda, lokasi perumahan Taman Tegak Aman dekat sahaja dengan Universiti Malaysia Pahang jika anda ikut jalan belakang UMP tersebut mengambil masa dalam 30 minit perjalanan. Perumahan ini juga dekat sahaja jika anda hendak ke Pejabat Penghulu Mukim Kuala Pahang. Hal ini penting kerana anda sudah tentu akan tinggal di rumah ini untuk satu jangka masa yang lama.

Taman Tegak Aman Boleh Dimiliki Seredah RM288,000.00++

Ya. Lokasi sesebuah projek perumahan memberi impak serta kesan yang mendalam kepada harga dan nilai hartanah tersebut. Sebagai tambahan kepada aspek  kualiti kejiranan seperti kadar jenayah dan keselamatan kawasan, struktur tanah, kemudahan asas dan persekitaran berkait rapat. Selalunya, rumah yang mempunyai semua kriteria ini dianggap rumah bernilai, mempunyai prospek peningkatan nilai modal dan harganya juga tentu lebih tinggi berbanding rumah lain yang berada di pasaran.

Promosi Projek Perumahan Baru Di Pahang 2018/2019

Sesuai dengan harga yang mampu milik dan kawasan yang startegik untuk diduduki, anda mampu mendapatkan rumah semi-D ini dengan harga serendah RM288,000.00. Jika di bandar rumah nilai sebegini hanya dapat rumah jenis kos rendah tapi tidak di Taman Tegak Aman. Bolehlah merasa duduk rumah besar dengan harga yang murah tu kan?

Ciri-Ciri Perumahan Taman Tegak Aman

Nah, saya ringkaskan lagi ciri-ciri umum perumahan di Taman Tegak Aman

  • Rumah Jenis semi-D
  • Mempunyai 4 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Keluasan tanah 42’X 67′ = 2800sqf
  • Berhampiran Universiti Malaysia Pahang
  • Berhampiran Pejabat Penghulu Mukim Kuala Pahang

Peta Projek Perumahan Baru Di Pahang 2018/2019

Kelebihan Membeli Rumah di Taman Tegak Aman, Pahang Bawah Syarikat Azidaland

Istimewanya rumah ini bukan sahaja terletak pada harga, keluasan dan bercirikan moden malah, anda juga boleh menikmati kemudahan lain seperti :

  • Skim tanpa deposit
  • Tanpa kos yuran guaman
  • Tanpa kos pindahmilik
  • Tanpa kos gadaian
  • Tanpa kos carian resmi
  • Tanpa kos tersembunyi
  • Booking fee hanya RM1000(pinjaman kerajaan dan juga pinjaman bank)
  • Pinjaman 100% hanya untuk kakitangan kerajaan dan juga bank jika layak
  • Proses pinjaman di uruskan oleh pemaju
  • Skim perumahan untuk pinjaman kerajaan dan juga pinjaman bank
  • Tiada kos bayaran denda lewat
  • Tiada kos bayaran tersembunyi

Famili Projek Perumahan Baru Di Pahang 2018/2019

Lawat lokasi rumah Taman Tegak Aman secara berkala

Jika rumah yang dibeli masih dalam pembinaan dan boleh dilawati, maka jangan lepaskan peluang untuk lawat tapak projek rumah secara berkala. Lihat perkembangan pembinaan rumah impian anda di Taman Tegak Aman, dan perhatikan jika ada apa-apa perkara yang tidak kena seperti pembinaan terhenti atau tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam dokumen perjanjian. Sentiasa berhubung dengan pemaju atau kontraktor jika ada apa-apa perkara berbangkit.

Jalan Projek Perumahan Baru Di Pahang 2018/2019

Struktur Dalaman Rumah Yang Luas Dan Selesa

Rumah idaman yang indah dan nyaman untuk ditempati bersama keluarga selalu menjadi impian setiap orang. Bagi pasangan yang sudah berkeluarga, tentunya memiliki rumah idaman bercirikan rumah Semi-D adalah sebuah keuntungan, selain itu rasa bangga dan bahagia pasti akan dirasakan saat sudah berhasil mendapatkan rumah impian yang selama ini diidam-idamkan. Lihat sahaja gambar rajah di bawah sudah pasti anda akan tersenyum lebar melihat keluasan rumah serta pelan dalaman rumah yang menepati citarasa masyarakat sekarang.

Rumah Projek Perumahan Baru Di Pahang 2018/2019

Rumah Taman Tegak Aman Berbentuk Moden Minimalis

Rumah model minimalis merupakan trending pada masa kini dan dikatakan paling banyak diminati tidak hanya bagi pasangan keluarga muda, malah investor juga. Jika tidak diduduki anda juga boleh membuat pelaburan dari rumah ini sebagai contoh boleh dijadikan sebagai homestay atau boleh juga disewakan.

Pelan Projek Perumahan Baru Di Pahang 2018/2019

Berminat untuk ketahui lebih lanjut? Hubungi mereka sekarang!

Siapa kata harga rumah semakin mahal? Anda masih boleh memiliki rumah berkonsep mewah pada harga yang mampu milik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perumahan Taman Tegak Aman hubungi mereka di talian di bawah :

EN AMIRUL | EJEN JUALAN RUMAH DI PAHANG
Hubungi: Tekan untuk telefon (019 234 2129) | Tekan untuk WhatsApp

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: