Review
Aug 17, 2018, 10:56am

Program Modal Insan Dengan Konsultan Hebat, Fokus & Professional


Setiap ibubapa impikan anak-anak yang baik, beradab, cergas dan bijak. Tidak hanya kanak-kanak dan remaja, kehidupan dunia yang lebih baik dan beradab ini seharusnya dipraktikan oleh semua masyarakat dunia di atas muka bumi yang hanya sementara ini. Malangnya  di dalam era kehidupan yang semakin moden ini, telah terdapat terlalu banyak dugaan yang perlu di hadapi demi mendapatkan anak-anak yang baik dari segi sikap, pemikiran dan lain-lain ini.

program modal insan untuk pelajar

Walaubagaimanapun, telah ada pihak yang benar-benar prihatin akan isu ini sehingga sudi untuk menawarkan perkhidmatan dalam bentuk program demi untuk membantu mewujudkan insan yang lebih baik dan beradab melalui perkongsian ilmu mengikut kaedah yang santai dan mudah difahami. Program ini di beri nama LEADERSHIP ACADEMY atau AKADEMI KEPIMPINAN MUDA.

Keuntungan Menyertai Program Modal Insan Anjuran Akademi Kepimpinan Muda

program modal insan akademi

Pihak yang mengendalikan program Akademi Kepimpinan Muda merupakan pakar dalam menjalankan modul berkonsepkan kepimpinan. Program ini sentiasa dilakukan tambahbaik dari segi kaedah penyampaian dan susunan modul setiap penceramah di dalam syarikat supaya sentiasa mengikut kaedah penyampaian yang terkini agar setiap yang menyertai program ini akan dapat merasai impak positif selepas tamat program.

program modal insan sekolah

Setiap penceramah yang dilantik ini senantiasa bersedia untuk belajar dan berkongsi perkara baru bersama para peserta. Pihak penceramah untuk Akademi Kepimpinan Muda ini juga sentiasa komited untuk memudahkan pembelajaran, menambah nilai kehidupan masyarakat dan sentiasa mewujudkan peluang yang baik demi untuk menjadikan setiap peserta yang menyertai program ini adalah yang terbaik selepas tamat program.

antara program modal insan

Dipercayai Oleh Banyak Pihak

Antara pihak yang telah mendapatkan program berkesan dengan  konsultan hebat, fokus dan professional daripada pihak Akademi Kepimpinan Muda ini adalah seperti :

  1. Yayasan Bandaraya Johor Bahru
  2. Bank Negara Malaysia
  3. Yayasan Penyayang Iskandar Puteri
  4. Majlis Guru Besar Daerah Johor Bahru
  5. Kolej Profesional Mara
  6. Universiti Teknologi Malaysia
  7. Kolej Komuniti Kota Tinggi
  8. Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
  9. Kolej Vokasional Tanjung Puteri
  10. Guru-guru Kemas Parlimen Gelang Patah
  11. Guru-guru Kaunseling Daerah Johor Bahru
  12. PPD Kulai
  13. PPD Johor Bahru
  14. Johor Corporation
  15. Imigresen Malaysia
  16. Johor FC
  17. Sekolah-sekolah Rendah Semenanjung Malaysia
  18. Sekolah-sekolah Menengah Semenanjung Malaysia

sesi program modal insan

Pakar Motivasi Yang Sangat Berpengalaman

Pakar motivasi yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas sebagai penceramah ini terdiri daripada empat orang individu. Empat orang pakar motivasi ini adalah :

  1. En. Mohd Muzhaffar bin Ra’il
  2. Prof Madya Dr Hj Zini Bin Nasohah
  3. Tuan Haji Mohd Muzamil Bin Ra’il
  4. En. Mohamad Misnan Bin A.Jabar

Masing-masing merupakan penceramah motivasi yang sangat berpengalaman selama hampir 10 tahun dan lebih di dalam bidang pembangunan insan yang memfokuskan kepada pelajar sekolah dan sebagainya ini. Pakar-pakar motivasi ini juga telah berjaya memberi impak kepada hampir 10,000 pelajar dalam siri jelajah ke sekolah-sekolah seluruh semenanjung Malaysia terutamanya negeri Johor.

pengendali program modal insan

Pakar-pakar penceramah ini mempunyai tahap pendidikan yang sangat tinggi dan sangat mahir di dalam bidang masing-masing. Sebagai contoh Encik Mohd Muzhaffar bin Ra’il  seperti yang di dalam gambar di bawah ini mempunyai kelulusan dalam bidang Diploma Kaunseling Kolej Universiti Islam Melaka dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang Hipnotis dan hipnoterapis di IBH Board Of Hypnotheraphy Asia. Beliau akhirnya mendapat pentauliahan diperingkat antarabangsa dalam bidang hipnotis,hipnoterapis dan Spritual NLP Business Practitioner NFNLP-USA.

kaunselor program modal insan

Beliau juga merupakan tenaga pengajar Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan Jurulatih Pembangunan Insan Bertauliah dibawah Kementerian Belia & Sukan Malaysia.Beliau sekarang merupakan pakar dalam modul kepimpinan dan merupakan Pengerusi Akademi Kepimpinan Muda.

hasil program modal insan

Anda juga boleh dapatkan daripada Prof Madya Dr Hj Zini Bin Nasohah yang berpengalaman dalam mengendalikan seminar-seminar penyediaan kertas kerja dan tesis di universiti-universiti seluruh semenanjung Malaysia. Perunding Motivasi program-program keluarga sakinah di seluruh Malaysia. Perunding Motivasi sekolah-sekolah dan Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia. Penulis pelbagai buku seperti Zaini Nasohah. 2002. Perceraian: Hak Wanita Islam Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Zaini Nasohah. 2002. Falsafah Perundangan Islam,Ariffin Omar & Zaini Nasohah. 2004. Dosa-Dosa Besar: Dalil al-Qur’an dan Hadith. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Anwar Fakhri Omar, Zamzuri Zakaria, Zaini Nasohah (pnyt), 2008. Isu Fiqh dan Persoalan Semasa:Jabatan Syariah,UKM

prof madya program modal insan

Prof Madya Dr Hj Zini Bin Nasohah juga sering membuat banyak penyelidikan dan menulis jurnal antaranya Penghayatan Syariat Islam di Kalangan Remaja FELDA dan Hubungannya dengan Masalah Sosial, Prosedur Pengeluaran Fatwa di Malaysia dan Negara, Nafkah Anak Menurut Undang-undang Keluarga Islam. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam mengendalikan permasalahan masyarakat terutamanya permasalahan keluarga,remaja dan golongan berpendidikan.

program modal insan terbaik

Pakar motivasi yang ke tiga bernama Tuan Haji Mohd Muzamil Bin Ra’il. Beliau merupakan perunding Motivasi program ‘Team Building’ Pegawai penguatkuasa MPJBT (2004-2006). Ketua Penyelaras bagi program ‘Team Building’ Perikanan Johor (2005-2006). Ketua Penyelaras bagi program ‘Team Building’ Perikanan Melaka (2005-2006). Perunding Motivasi bagi program Jati Diri Uitm Segamat (2005). Perunding Motivasi program ‘Pendidik Gemilang’ guru dan penolong guru KEMAS. Perunding Motivasi program Usahawan Johor Biotech (2006). Perunding Motivasi program ‘Team Building’ Johor FC (2006). Perunding Motivasi bagi program ‘CITRA’ KKBN Pontian (2005-2006). Penceramah program Keluarga Sakinah UTM (2005).

antara pakar program modal insan

Beliau juga yang mengendalikan Program Belia Remaja ”YOUTH 2 YOUTH” Peringkat Parlimen Johor Bahru 2006 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Selain itu turut berperanan sebagai Ketua Penyelaras bagi program ‘Budaya Kerja Cemerlang’ Kilang JPK Johor(2006) serta mengendalikan kursus-kursus modal insan untuk sekolah-sekolah seluruh semenanjung

Malaysia dengan amat berpengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang latihan bermula dari peringkat sekolah hingga badan korporat. Beliau juga merupakan Pakar Inspirasi Jemputan Bank Negara Malaysia

Akhir sekali, pakar motivasi yang ke empat bernama En. Mohamad Misnan Bin A.Jabar.

program modal insan hebat

Beliau telah sering diberi kepercayaan dan telah juga berjaya untuk mengendalikan program – program motivasi dan kepimpinan sekolah-sekolah menengah dan rendah seluruh negeri Johor. Jurulatih Kursus Kepimpinan siswa-siswi Uitm,Segamat 2011.

suasana program modal insan

Mengendalikan program aktiviti luar untuk pelajar-pelajar UTM,Skudai. Jurulatih kursus kepimpinan SMKA,Johor Jaya,Johor 2011. Perunding Aktiviti luar bagi program ‘CITRA’ KKBN Pontian (2005-2006). Berpengalaman lebih 7 tahun dalam mengendalikan dan menganjurkan program modal insan. Berpengalaman menjadi Jurulatih kompang Sekolah Tun Fatimah(STF). Mengendalikan program modal insan UTHM, Batu Pahat, Johor.

program modal insan kuasa matlamat

Harga Terendah Dengan Diskaun Hebat

promosi program modal insan promosi program modal insan

Antara Maklumbalas Yang Telah Diterima!

“ Saya sangat selesa berurusan dengan En.Muzafar kerana sikap friendly beliau dan boleh dipercayai sehingga saya pernah dahulukan duit peribadi saya untuk membayar khidmat mereka kerana pihak sekolah agak lewat membuat bayaran ketika itu.Modul yang digunakan juga sangat disukai oleh pelajar disekolah kami dan saya lihat pelajar mempraktikkan disekolah apa yang dipelajari didalam kem Mind Infinity Mastery yang mereka kendalikan.Bagi saya kesan positif yang berpanjangan dalam diri pelajar sangat penting selepas tamat program.”

-Cikgu Normah,Kaunselor SMK Desa Skudai,2017

testimoni promosi program modal insan

“5 tahun berturut turut saya bersama dengan Akademi Kepimpinan Muda bermula di SMK SETA,SMK Medini dan sekarang di SMK Sri Pulai Perdana.Sikap team mereka yang tidak berkira dan yang paling penting modul yang mereka gunakan disukai oleh pelajar dan pelajar seronok untuk praktikkan apa yang dipelajari.Kaedah yang mereka gunakan sewaktu berprogram lebih banyak praktikal atau lebih jelas roll play ia menyebabkan mereka cepat faham lalu meresap dalam diri para peserta untuk dipraktikkan.Pendekatan penceramah dengan peserta juga sporting,santai tetapi sentap membuatkan peserta rasa bertanggungjawab untuk istiqamah menjadi insan yang positif selepas tamat program”

-Cikgu Najdah,Kaunselor SMK Sri Pulai Perdana,2018

promosi program modal insan kuasa matlamat

Program Modal Insan Dengan Akademi Kepimpinan Muda Memang Berkesan. Hubungi Untuk Pertanyaan Dan Tempahan!

Tiada alasan untuk gagal sebaliknya terdapat banyak peluang dan cara untuk berjaya. Apa yang perlu dilakukan adalah fokus dan berani untuk mencabar diri. Bagi anda yang benar-benar inginkan anak-anak di dalam didikan anda berjaya baik untuk diri mereka sendiri mahupun untuk masyarakat, segeralah sertakan mereka di dalam program modal insan dan program yang lain daripada Akademi Kepimpinan Muda ini kerana hasilnya adalah sangat terbaik yang akan boleh dibanggakan.

program modal insan terbaik

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :

AKADEMI KEPIMPINAN MUDA | PROGRAM MODAL INSAN PROFESIONAL
Hotline 1: Tekan untuk telefon (019-7690555) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (017-4776973) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Akademi Kepimpinan Muda
Website: www.akademikepimpinanmuda.net

Alamat Pejabat :
AAkademi Kepimpinan Muda (JM0821813-P)
36B, Jalan Nusaria 3?4,Taman Nusantara 81550 Iskandar Puteri,Johor.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: