Review
Dec 3, 2017, 4:18pm

Produk Kecantikan Yang Selamat Dan Berkesan


wanita-dan-kecantikan

Wanita dan Kecantikan

Kecantikan adalah satu aset bagi setiap wanita.  Oleh itu kecantikan mesti dipelihara dengan baik. Fitrah manusia susah nak pernah berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Ramai wanita yang sudah sedia cantik, tapi nak cantik lagi. Maka muncullah pelbagai produk kecantikan dalam pasaran. Ada yang perlu dimakan, ada juga yang disapu di kulit, malahan yang lebih canggih lagi disuntik ke dalam kulit.

pemakaian-bedak-sejuk

Wanita zaman dahulu menggunakan bahan-bahan asli untuk memelihara kecantikan mereka. Namun proses itu memerlukan banyak masa kerana bahan-bahan asli yang digunakan perlu dicari, dibersihkan, diproses dan diadun sebelum ia oleh digunakan. Contohnya bedak sejuk dipercayai dapat membantu mencantikkan kulit wajah. Tapi untuk menggunakan bedak sejuk yang asasnya diperbuat daripada beras, beras perlu dibasuh, dihancurkan dan diadun. Selepas itu dijadikan biji-biji kecil dan dijemur.  Banyak kerja yang perlu dibuat sebelum boleh dapat sebotol kecil bedak sejuk.

Dengan kecanggihan teknologi dan kemajuan ekonomi, wanita semakin sibuk dengan pelajaran dan kerjaya selain dari tanggungjawab di rumah. Oleh itu produk kecantikan yang berlambak dalam pasaran menjadi pilihan wanita untuk menjaga dan mengekalkan kecantikan kulit dan wajah. Namun, dalam keghairahan untuk kelihatan cantik, kakak-kakak dan adik-adik hendaklah berhati-hati kerana banyak produk kecantikan yang boleh mendatangkan mudarat kepada kulit dan kesihatan tubuh.

Tips Untuk Memilih Produk Kecantikan Yang Selamat Dan Berkesan

produk-kosmetik-terkini

Hati-hati ya, kakak-kakak dan adik-adik semua. Tersalah pilih produk bukan membuatkan kita semakin cantik, tapi semakin menderita kerana keadaan kulit akan menjadi lebih teruk dari sebelumnya dan seterusnya perlu dirawat untuk kembali kepada keadaan asal. Jom kita baca tips untuk memilik produk kecantikan yang selamat dan berkesan.

1. Kenali kulit anda

Adakah kulit anda dari jenis normal, kering, berminyak atau kombinasi? Kalau kulit jenis normal kurang mengalami masalah sebab jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan oleh kulit, rendah dan sekata. Tekstur kulit lembut, liang romanya kecil dan kandungan airnya mencukupi. Bertuahlah sesiapa yang dapat kulit jenis normal sebab tak sensitif dengan mana-mana produk kecantikan.

jenis-jenis-kulit

Kulit kering kelihatan kusam dan liang romanya kecil atau langsung tak nampak. Kulit sebegini kurang kandungan air dan jika menggunakan produk yang terlalu banyak bahan kimia, kulit kering akan mengalami pengelupasan yang ketara. Kulit kering perlu dicuci dengan pencuci berbuih, dicuci dengan air sejuk, memerlukan krim pelembap yang tinggi tahap kelembapan, banyak minum air masak, elakkan produk kecantikan yang tinggi kandungan kimia dan sebaik-baiknya gunakan produk kecantikan yang menggunakan bahan semulajadi.

Kulit berminyak memiliki liang roma yang besar, sebab itulah mudah mendapat jerawat. Selalu terdedah kepada cuaca panas, menggunakan pelembap yang kurang sesuai dan penggunaan tisu serap minyak yang tidak sesuai merupakan penyebab kulit berminyak. Kulit berminyak memerlukan penjagaan khas. Ia perlu dibersihkan dengan pencuci muka berPH rendah dan gunakan krim pelembap berasaskan kandungan air yang rendah.

merawat-muka-dengan-ais

Kulit kombinasi menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Ia kelihatan normal tapi ada bahagian tertentu yang kering, dan bahagian tertentu yang lain pula berminyak. Kulit kombinasi paling sukar untuk dijaga. Produk khusus untuk kulit kombinasi perlu digunakan dan pakai topeng wajah (mask) seminggu sekali untuk menyerap minyak, terutama di zon T (dahi, hidung, dagu).

 2.  Guna produk kecantikan yang berkualiti

Produk berkualiti adalah produk yang telah terbukti keberkesanannya. Tak semestinya produk berkualiti adalah produk yang berjenama dan berharga mahal. Kakak-kakak dan adik-adik boleh menyemak review di blog atau testimoni pengguna yang lain sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk. Elakkan membeli produk yang menawarkan kesan baik dalam masa yang singkat.

pilih-produk-kecantikan-yang-terbukti

Baca label dan maklumat produk dengan teliti !

Label pada pembungkus, kotak atau botol menyediakan maklumat yang perlu diberi perhatian. Antaranya label menjelaskan bahan-bahan, tarikh luput, cara penggunaan atau pengambilan produk dan maklumat pengeluar atau pengilang. Semua maklumat ini perlu dibaca dengan teliti supaya kakak-kakak dan adik-adik tidak terbeli produk yang salah. Ada banyak produk tiruan dalam pasaran jadi kita perlu berhati-hati agar tidak terbeli produk palsu.

 3.  Lihat hasil selepas penggunaan

lihat-hasil-penggunaan-selepas-2-minggu

Semestinya kita mengharapkan kulit semakin sihat dan cantik selepas menggunakan atau memakan produk kecantikan. Jadi apabila mencuba produk kecantikan yang baru, pantau hasilnya selepas beberapa tempoh. Biasanya selepas 2-3 minggu produk akan mula menunjukkan perubahan pada kulit. Kalau hasilnya positif, bolehlah diteruskan penggunaan produk itu. Jika sebaliknya, anda mungkin perlu membeli produk yang lain. Lebih teruk lagi jika penggunaan produk itu memberikan hasil yang menjejaskan keadaan kulit atau menjadikannya lebih teruk dari keadaan sebelum menggunakan produk tersebut, maka berhentilah menggunakan atau mengambil produk tersebut dengan serta merta.

4.  Harga yang berpatutan

harga lebih jimat

Nak cantik biarlah berpada-pada. Walaupun anda mampu, tak semestinya anda perlu membelanjakan beribu ringgit untuk nampak cantik. Sekiranya berkenan dengan sesuatu produk, bandingkan harganya dengan produk jenama lain yang setanding dari segi bahan dan kesan penggunaan. Lebih baik lagi kalau produk yang anda minati boleh dibeli dalam kuantiti kecil seperti pek perjalanan (travelling pack) atau pek percubaan (trial pack) yang harganya pasti lebih murah. Sekiranya didapati berkesan bolehlah membeli saiz yang biasa. Harus diingat, harga yang mahal tak menjamin kualiti yang baik dan sesuai dengan kulit anda.

5.  Pendaftaran dengan pihak berkuasa

logo-kkm-dan-gmp

Di negara kita produk kosmetik perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi kakak-kakak dan adik-adik perlu memastikan produk yang dibeli mempunyai nombor pendaftaran dan label keselamatan hologram Meditag. Produk yang tak berdaftar dikhuatiri boleh memudaratkan pengguna kerana tidak melalui prosedur yang ketat sebelum ia didaftarkan. Prosedur yang ketat tersebut termasuklah pemeriksaan ke atas premis dan proses pengilangannya untuk memastikan pengeluar mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Serum Zaffy.Co  – Produk Yang Selamat Dan Berkesan

Kakak-kakak dan adik-adik gorgeous pernah dengar pasal Serum Zaffy.Co? Hah, mari baca mengenai Serum Zaffy.Co, satu produk kecantikan yang selamat digunakan dan telah terbukti berkesan.

serum-zaffy.co

Serum Zaffy.Co adalah sejenis serum untuk merawat kulit yang rosak akibat merkuri. Ia juga dipanggil serum anti jerawat kerana mampu memulihkan masalah jerawat yang kronik. Serum Zaffy.Co diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang telah terbukti berkesan untuk meningkatkan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia dirumus khas untuk semua jenis kulit dan senang meresap ke dalam kulit.

Serum Zaffy.Co sesuai untuk lelaki dan wanita yang berusia 12 tahun ke atas. Ia 100% tiada lemak haiwan, selamat digunakan, mesra wudu’ dan paling penting sekali, ia diluluskan oleh KKM.

serum-zaffy.co-2

Oh, satu lagi serum Zaffy.Co ni bukan untuk kulit muka saja tau. Ia juga boleh digunakan pada anggota badan yang lain. Kalau ada parut di kaki atau tangan, boleh ubati dengan serum Zaffy.Co. Kalau ada lecur, parut atau kesan sunburn juga boleh dipulihkan dengan serum Zaffy.Co. Malahan untuk bibir kering dan mengelupas pun boleh guna serum Zaffy.Co.

Bahan Serum Zaffy.Co Yang Disahkan Selamat dan Berkesan

bahan-serum-zaffy.co

Antara bahan utama serum Zaffy.Co adalah:

  • Arbutin yang menjadikan kulit licin dan gebu
  • 24K Gold untuk mengecilkan liang pori-pori dan mengatasi masalah kulit tak sekata, jerawat dan jeragat
  • Aloe vera berfungsi melembabkan kulit dan merawat jerawat
  • Vitamin A, K, E dan C yang menyihatkan kulit
  • Minyak argan yang berfungsi menyembuhkan penyakit kulit
  • Sel stem epal berfungsi menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan anti penuaan
  • Kolagen yang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit

Kelebihan Produk Kecantikan Yang Selamat dan Berkesan Dari Serum Zaffy.Co 

bebas-jerawat-dengan-zaffy.co

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Boleh digunakan sebagai makeup base
  • Boleh dipakai di wajah dan anggota badan yang lain
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan
  • Mencerahkan kulit
  • Melembabkan kulit
  • Memudarkan parut jerawat dan juga parut eksiden
  • Memudarkan jeragat
  • Mengecilkan pori-pori terbuka
  • Mengurangkan whitehead/blackhead
  • Menyembuhkan kulit rosak akibat tersalah guna produk ada merkuri/ bahan berbahay yang lain
  • Sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita
  • Mengurangkan lingkaran mata hitam
  • Menghilangkan ‘eye bag’
  • Mengurangkan minyak di kulit wajah yang berminyak

Testimoni Produk Kecantikan Yang Selamat dan Berkesan

Dah kata tadi kan, serum Zaffy.Co memang terbukti berkesan. Ramai pengguna yang berpuas hati kerana serum Zaffy.Co telah berjaya menyelesaikan masalah kulit mereka yang berjerawat. Lagi best bila kesannya penggunaannya tidak mengambil masa yang lama untuk dilihat.

Mari lihat gambar-gambar dari pengguna-pengguna yang sangat-sangat berpuas hati dengan hasil dari penggunaan serum Zaffy.Co.

testimoni-zaffy.co (1) testimoni-zaffy.co (2) testimoni-zaffy.co (4) testimoni-zaffy.co (5)

Nak cuba Zaffy.co SEKARANG?

Ok, kalau tak sabar nak dapatkan Serum Zaffy.Co, boleh menghubungi sama ada menerusi WhatsApp atau visit Instagram mereka seperti di bawah.

 

Jom Order 2 Botol Serum Zaffy.co SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Order 2 Botol Serum Zaffy.co SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Order 2 Botol Serum Zaffy.co SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: