Umum
Mar 18, 2012, 2:02pm

PRA-KELAYAKAN PKM 2012


  •  
  •  
  •  
  •  

Pra-kelayakan Pertandingan Kemahiran Malaysia 2012 akan berlansung pada 20HB MARCH 2012 iaitu pada hari selasa. Hariz turut serta juga dalam PRA-KELAYAKAN PKM 2012 ini bagi kategori WEB DESIGN bertempat di ILP KUALA LANGAT.

Kategori PRA-KELAYAKAN PKM 2012 untuk WEB DESIGN mempunyai 15 orang pelajar yang akan bersaing untuk melayakkan diri ke peringkat akhir. Kami dikehendaki merekabentuk dan membangunkan Web KerjaKahwin Design & Collections. Rasanya bukan mudah untuk Hariz mereka bentuk website tersebut.

Sebenarnya dari sekolah rendah sampai sekarang antara perkara yang paling Hariz benci dan tak suka adalah melukis dan mendesign. Tapi bila dah belajar di ILP SELANDAR ini. Hariz dicalonkan untuk bertanding ke PKM 2012. Ini merupakan satu perkara yang WOW! Bukan senang bak ang dah tak minat design lepastuh nak buat lagilah kan.

Bila kita tak minat haruslah kita pun tak kreatif kan. Serius! Memang Hariz tak kreatif. Macam webblog Blog.Hariz ini kan semua dah disediakan cuma kena rajin cari dan godek sikit-sikit je kemudian jadilah apa yang ada sekarang iaitu https://profhariz.com.

Design seketul website rasanya bukan mudah dengan keadaan sekarang hidup seorang pelajar tanpa laptop di sisi. Walaubagaimanapun, Hariz akan berusaha sebaik mungkin untuk berjaya ke Peringkat Akhir Pertandingan Kemahiran Malaysia 2012 bagi kategori Web Design.

Hariz mohon rakan blogger dan pembaca doakan kejayaaan Hariz supaya layak dan dapat buat sebaik mungkin dan keajaiban berlaku lalu Hariz layak ke kategori Peringkat Akhir PKM 2012 dan merangkul juara boleh dapat RM5000 kemudian buat contest blog 🙂