Umum
Apr 17, 2012, 4:08pm

Pilihan Raya Umum (PRU 13) Pada 13 Mei 2012 ?


Pilihan Raya Umum adalah pilihan yang dijalankan untuk memilih wakil-wakil rakyat ke Parlimen. Dewasa ini pelbagai spekulasi dan Ramalan bila tarikh PRU 13 akan diadakan. Ramai yang menyatakan bulan April adalah masa yang sesuai untuk Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) diadakan.

Pilihan Raya Umum

Tarikh Ramalan (PRU 13) adalah pada 13 Mei 2012 ? Jika benar 13 Mei 2012 adalah tarikh dimana rakyat malaysia keluar untuk menunaikan tanggungjawab. Bilakah tarikh yang sesuai untuk parlimen Malaysia dibubarkan dan bila hari penamaan calon ? Adakah Keputusan Pilihan Raya Umum Ke 13 Barisan Nasional masih ada peluang untuk menang di peringkat parlimen dan merampas kembali kerusi di i Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor ?

Pilihan Raya Umum Ke 13

PRU 13 merupakan cabaran yang paling besar dan sukar untuk diramal bagi Keputusan Pilihan Raya kerana dengan bebasnya Dato Seri Anwar Ibrahim daripada isu liwat pada 9 Januari 2012 yang menjadi tanda tanya selama ini. Selain itu, Dato Seri Anwar Ibrahim juga sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjanji akan hapus hutang PTPTN dan digantikan dengan pendidikan percuma jika diberi mandat memerintah Putrajaya.

Manakala strategi Datuk Seri Najib Razak juga semakin hebat iaitu dengan slogan gagasan 1 Malaysia. Banyak Produk 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia Malah ada yang mengatakn “Gagasan 1Malaysia lebih popular daripada jenama seperti Milo dan KFC.

Ingatlah dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”

ProfHariz : Agak-agak anda Siapa Yang Layak Menjadi Perdana Menteri Malaysia ?

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: