Umum
Dec 29, 2010, 10:34pm

Piala AFF Suzuki 2010 : Malaysia Juara! !


Alhamdullilah! Bersyukur Ke Hadrat Illahi kerana #HarimauMalaya kini Mengaum lagi setelah kemarau 14 tahun dalam Piala Aff Suzuki.. Ternyata pelbagai isu yang timbul seperti Laser tempoh hari di stadium bukit jalil tapi permain malaysia tetap berusaha dengan gigih dalam Piala AFF Suzuki 2010.

Malaysia Juara dalam Piala AFF Suzuki 2010! Itu yang pasti #MalaysiaBoleh #HarimauMalaya Mengaum kembali! Dan saya amat berbangga dengan corak permainan antara Malaysia Vs Indonesia dalam Pusingan Akhir kedua ini.. Kedua-dua buah negara bermain dengan penuh kualiti dan juga saya berbangga dengan hasil sokongan rakyat malaysia! tanpa putus-putus

Keputusan Perlawanan Akhir Live Piala Piala AFF Suzuki 2010

Keputusan Live Terkini Malaysia Lawan @Vs Indonesia: Final @Akhir Kedua Piala Suzuki AFF 2010:
Perlawanan tamat, Malaysia juara Piala Suzuki AFF 2010 dengan aggregate 4-2

Keputusan Live Terkini Malaysia Lawan @Vs Indonesia: Final @Akhir Kedua Piala Suzuki AFF 2010:

  • Perlawanan tamat, Malaysia juara Piala Suzuki AFF 2010 dengan aggregate 4-2
  • 93″: Pertukaran oleh Malaysia, Safee dikeluarkan dan Izzaq dikeluarkan
  • 90″: Indonesia mendapat sepakan percuma just outside penalty box tetapi sepakan Bambang dapat dikeluarkan oleh Fahmi
  • Tinggal satu minit lagi masa biasa. Malaysia perlu bertahan kerana secara aggregate Malaysia mendahului Indonesia dengan 4-2
  • 87″: Indonesia mendapat gol kedua setelah tendangan Muhd Ridwan gagal diselamatkan oleh Khairul Fahmi. MALAYSIA 1-2 INDONESIA
  • 85″: Asraruddin dikenakan kad kuning
  • Tnggal 6 minit lagi perlawanan, Nasuha (Indonesia), pemain pertahanan banyak mengucar kacir pertahanan Malaysia tetapi Malaysia masih berjaya bertahan dengan baik hanya bolos satu gol
  • 78″: Ahmad Bustomi (Indonesia) dikenakan kad kuning setelah mengasari Norshahrul
  • 77″: Mohd Amri Yahyah dibawa masuk menggantikan Mohamad Ashari
  • Tinggal 15 minit lagi, Malaysia bertahanlah dan bawa Piala Suzuki AFF ke Malaysia
  • 71″: Indonesia menyamakan kedudukan 1-1 setelah muntahan bola disempurnakan oleh Mohd Nasuha since tiada siapa yang mengawal Mohd Nasuha. Jika nak menang Indonesia terpaksa menjaringkan 4 gol lagi
  • 61″: Amar Rohidan (Malaysia) dikeluarkan dan diganti oleh Mohd Razman. Nampaknya Malaysia menukar taktik dan kemungkinan memperkuatkan bahagian tengah dan seterusnya meningkatkan serangan
  • 58″: Kunanlan dikenakan kad kuning akibat tackle from belakang
  • 56″: Dua pertukaran oleh Indonesia dengan kemasukan Bambang Pamungkas dan Eka Ramdani setelah Irfan dan Utina dikeluarkan
  • 55″: Tangkapan kemas oleh Fahmi setelah tendangan kencang di luar kotak penalti oleh Firman Utina
  • 53″: Gol dijaringkan oleh Safee dengan counter attack dan larian solo. MALAYSIA 1-0 INDONESIA
  • 5 minit permainan menyaksikan Indonesia menyerang dan Malaysia masih dalam mode bertahan dan permainan dikuasai oleh Indonesia
  • Permainan separuh masa kedua dimulakan dengan tanpa pertukaran pemain bagi kedua-dua pasukan
  • Permainan separuh masa pertama tamat dengan keputusan MALAYSIA 0-0 INDONESIA. Jumpa lagi dalam masa 15 minit
  • Tweets from Indonesians
  • 5 minit lagi tinggal dalam separuh masa pertama menyaksikan bola banyak berada di kawasan Malaysia
  • Setiap kali Shahrul Idlan mendapat bola, pemain Indonesia mengawal rapi dengan beberaa orang menjaganya
  • 10 minit lagi separuh masa pertama, kedudukan masih Malaysia 0-0 Indonesia, Malaysia perlu bertahan
  • 30″: Ingatkan Fahmi cedera tadi, nasib baik setelah tangapan bola dengan melompat diasak oleh 3 pemain Indonesia
  • 28″: Fahmi menangkap kemas tendangan kuat pemain Indonesia dari arah kiri padang
  • 24″: Sabree mengawal baik Gonzales daripada menanduk bola ke gawang
  • 20″: Malaysia mendapat suntikan setelah Fahmi menyelamatkan penalti, Malaysia telah mengubah kepada mode serangan
  • 18″: Fahmi menyelamatkan tendangan penalti pemain Indonesia nombor 15, Firman Utina
  • 17″: Penalti buat Indonesia setelah Sabree menggasari dan dikenakan kad kuning
  • 15″: Tendangan sudut pertama gagal dimanfaatkan oleh Safiq
  • 14″: Fahmi menjadi penyelamat sekali lagi setelah menangkap bola dengan merebahkan diri
  • 12″: Free kick berjaya dikeluarkan oleh Malaysia dan tendangan sudut gagal dimanfaatkan oleh Indonesia
  • 11″: Free kick untuk Indonesia setelah Safiq menjatuhkan Irfan dan tackle from belakang
  • 9″: First corner oleh Indonesia dapat dikeluarkan oleh Malaysia, nampaknya Gonzales adalah pemain yang perlu diberi perhatian yang lebih malam ini
  • Setelah 5 minit permainan kelihatan Indonesia menguasai permainan dengan serangan dan Malaysia masih mencari rentak
  • 3″: Serangan pertama oleh Indonesia tetapi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi menyelamatkan dengan baik. Kena berjaga-jaga dengan Gonzales
  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan Malaysia memakai baju biru dan seluar hitam manakala Indonesia baju merah dan seluar putih
  • Permainan akan dimulakan bila-bila sahaja, lagu kebangsaan Malaysia dan Indonesia baru sahaja selesai. Senarai pemain-pemain Malaysia dan Indonesia

Sumber Keputusan Live Terkini Malaysia Lawan Vs Indonesia dari http://sharinginfoz.blogspot.com/

Video Jaringan Gol Safee Sali Piala AFF Suzuki 2010

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Saya gembira , Malaysia jadi Juara
Pasukan negara sudah buktikan Malaysia mampu bersaing di persada antarabangsa
Semoga lebih banyak kejayaan terus dicipta

Sang Garuda bisa nangis seperti anak manja
Sang Harimau Malaya senyum dan tunjuk taring yang indah sahaja
Jangan salahkan laser ataupun bomoh pawang or Ultraman dari Jepun sana
Terimalah kekalahan dengan seadanya

Dia ?mungkin bengis ala garuda
Tapi dia tangis bila dengar auman Sang harimau Malaya
Dia mungkin keras dan tunjuk eksen sahaja
Namun kita lihat siapa hebat di gelanggang baru boleh cerita
Aku lagi kenal dia
Skuad Bola Sepak Malaysia Kita

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Malaysia kini bergelar Juara Piala AFF Suzuki 2010 saya gosok mata
Inilah antara detik terindah dalam hidup saya

Penyokong Sang Garuda mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan sinaran laser jadi alasan utama
Dan aku sengaja buat tak tahu saja
Aku tahu kemampuan skuad Malaysia kita
Malaysia kini bergelar juara
Sambungan di eyriqazz.com

ProfHariz : Saya Bangga Dengan Khairul Fahmi Che Mat Merupakan Penjaga Gol Malaysia Yang Terbaik! Apa Kata Anda?

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: