Sakit lutut dan sendi kebiasaanya sering berlaku dikalangan orang tua-tua yang disebabkan faktor penuaan.. Sakit lutut dan sendi di kalangan orang yang telah berusia dipanggil Osteoarthritis iaitu sejenis sakit sendi yang disebabkan penuaan yang berlaku dalam sendi dimana permukaan sendi rawan semakin menipis dan cecair pelincir (Synovial) dalam sendi mula berkurangan. Ini akan mengakibatkan ruang sendi menjadi kecil di samping itu juga terdapat tulang baru yang tumbuh disekelilingnya..
Bagi pesakit Osteoartritis ini, mereka akan merasa lega apabila sendi direhatkan dan rasa sakit bilamana sendi bekerja keras dalam melakukan aktiviti yang berlebihan.. Sebenarnya sakit lutut dan sendi ni bukanlah hanya berlaku dikalangan orang tua-tua sahaja, malahan ia juga berlaku dikalangan mereka yang masih muda akibat dari kecederaan lutut dalam melakukan aktiviti lasak seperti bersukan dan sebagainya.. Ada juga yang disebabkan oleh masalah berat badan yang berlebihan.
Apabila anda mengalami masalah sakit lutut dan sendi, anda akan mengalami simptom seperti bunyi ‘klik’ pada lutut akibat geseran pada sendi dan sendi akan terasa katat atau kaku akibat terlalu lama berehat contohnya seperti baru bangun tidur atau duduk yang terlalu lama.. Sakit lutut dan sendi ini mampu menyebabkan anda sukar berjalan. Paling bahaya jika anda menahan rasa sakit dalam tempoh yang lama tanpa sebarang rawatan. Ini boleh mengakibatkan berlakunya kerosakan kekal pada lutut dan lutut akan mula kehilangan fungsinya.
Bagaimana nak mencegah dan menghilangkan sakit lutut dan sendi ni? Haaa sebelum anda tahu cara menghilangkan sakit lutut dan sendi, anda perlu tahu faktor dan punca sakit lutut dan sendi ini terlebih dahulu.
Antara faktor dan punca yang meningkatkan risiko sakit sendi ialah :-
Kesakitan pada lutut dan sendi bukan saja mengganggu pergerakan tapi juga prestasi harian kita. Banyak aktiviti dan pekerjaan seharian yang boleh terganggu. Antara tanda-tanda biasa yang menandakan anda mengalami sakit lutut dan sendi adalah seperti ketidakselesaan contohnya susah bergerak atau rasa sakit, rasa kebas dan lenguh yang mengganggu serta fleksibiliti pergerakan seperti menyebabkan mudah jatuh dan sebagainya..
Sakit lutut dan sendi ini umpama mimpi ngeri bagi mereka yang mengalaminya.. Jadi, bagaimana untuk menghilangkan sakit lutut dan sendi ini? Ya, terdapat beberapa cara dan petua yang berkesan yang anda boleh lakukan di rumah sahaja. Namun begitu, jika kesakitan adalah di tahap yang kronik atau disebabkan kecederaan yang serius, dinasihatkan supaya anda terus berjumpa pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya kerana beberapa jenis sakit lutut dan sendi memerlukan rawatan pakar hospital.. Ok, jom kita lihat apakah petua untuk hilangkan sakit lutut dan sendi itu.
Sama ada sakit lutut disebabkan oleh artritis, kekejangan otot atau kecederaan, halia ialah ubat yang berkesan untuk mengurangkan sakit. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat antiradang di dalamnya.
Caranya ialah hancurkan satu kepingan kecil halia, masukkan ke dalam secawan air dan didihkan selama 10 minit. Tapis campuran dan tambahkan sedikit madu dan jus lemon. Minum 2-3 cawan teh halia ini setiap hari sehingga sakit lutut hilang.
Kajian tentang artritis juga mendapati bahawa halia boleh mengurangkan sakit serta bengkak apabila digunakan secara kombinasi bersama dengan rawatan prekripsi.
Disebabkan sifat alkalinya, cuka epal cider boleh membantu untuk melarutkan mineral dan toksin berbahaya di dalam sendi lutut. Ia juga memulihkan pelincir untuk mengurangkan sakit dan menggalakkan pergerakan.
Caranya ialah campurkan 2 sudu teh cuka epal cider ke dalam 2 cawan air yang ditapis. Hirup campuran ini sepanjang hari . Minum setiap hari hingga anda pulih sepenuhnya.
Lemon digunakan sebagai ubatan di rumah untuk sakit lutut yang berpunca daripada artritis. Asid sitrik yang terdapat dalam lemon bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urik yang juga punca kepada beberapa jenis artritis.
Caranya ialah potong 1 atau 2 biji lemon kepada potongan kecil. Kemudian, bungkus potongan lemon tadi di dalam kain kapas. Celupkan kain ke dalam minyak bijan. Letakkan kain tadi pada lutut yang sakit selama 5-10 minit. Lakukan 2 kali sehari hingga sakit hilang.
Senaman yang biasa seperti senaman sendi dan otot adalah penting untuk memperbaiki kekuatan dan kefleksibelan. Senaman boleh mengurangkan sakit, meningkatkan pergerakan, mengurangkan keletihan dan boleh membantu anda kelihatan lebih baik.
Dapatkan nasihat doktor untuk melakukan program senaman. Bagi mereka yang mengalami artritis, mengurangkan pergerakan bagi mengelakkan sakit boleh membuatkan sendi menjadi kejang . Ini menyebabkan keadaan bertambah buruk.
Senaman yang bagus bagi mereka yang sakit lutut termasuklah berjalan dan berenang. Pastikan anda melakukan pemanasan badan sebelum senaman dan menyejukkan badan selepas senaman . Elakkan senaman berat seperti berlari atau melompat kerana ia akan memburukkan lagi sakit lutut.
Ini merupakan ubat yang paling baik bagi menghilangkan sakit lutut dan sendi. Kekalkan berat yang ideal dan kurangkan berat badan jika perlu kerana berat badan yang berlebihan akan menambah tekanan pada sendi dan menyebabkan sakit lutut. Jika anda obes, dengan mengurangkan 5% daripada berat badan anda boleh melegakan tekanan pada lutut.
Akupuntur ialah satu cara rawatan dengan meletakkan jarum halus ke dalam kulit pada tempat tertentu pada badan anda. Kajian menunjukkan bahawa akupuntur boleh membantu melegakan sakit lutut yang disebabkan oleh osteoartritis dan meningkatkan fleksibiliti pada individu yang menghidapi sakit lutut. Terapi akupuntur dapat meningkatkan aliran darah dan membantu mengurangkan inflamasi sendi lutut.
Diet yang sihat dapat mengurangkan risiko anda untuk berhadapan dengan sakit lutut secara semulajadi. Antara makanan yang bagus untuk kesihatan sendi lutut adalah salmon, tuna, sardin, sayur sayuran dan buah buahan, keluarga bawang, kekacang dan juga bijirin penuh.
Terdapat makanan tambahan tertentu membantu mengurangkan kesakitan lutut, kekejangan dan bengkak akibat gejala osteoartritis. Antaranya adalah Minyak ikan yang membantu melincirkan sendi dan mengurangkan keradangan; Vitamin C untuk membina semula tisu penghubung; Glukosamin untuk membaiki tisu rawan dan Protein yang penting untuk pembaikan tisu tisu otot.
Jus U’aurasbery adalah produk keluaran Syarikat AFF Sinar Trading. Minuman kesihatan ini dapat membantu merawat khususnya yang mengalami masalah sakit sendi dan lemah badan. Bertindak sebagai penyembuh dan pengawal kesakitan serta menghilangkan lenguh-lenguh sendi.. Ia juga mampu meningkatkan kesihatan dari pelbagai peringkat umur. Dengan pengambilan secara teratur dan konsisten akan memberikan kesan dan perbezaan yang ketara kepada pesakit. Minuman ini sesuai diambil oleh lelaki dan perempuan tidak kira muda atau warga emas.
Disamping itu juga ia membantu memberi kecantikkan dalaman dan luaran serta mencerahkan kulit. Dengan pengambilan yang sempurna dan diamalkan 2 kali sehari setiap hari anda akan mengalami kesannya seawal 7 hari. Bukan sahaja sakit lutut dan sendi hilang malah kulit semakin cerah, gebu dan badan penuh bertenaga, cergas dan berstamina. Paling penting Jus U’aurasbery ini selamat diamalkan dan tiada kesan sampingan.
Antara kebaikan yang ada pada Jus U’aurasbery ini adalah ia mengandungi antioksidan dan vitamin c yang terhasil dari buah Strawberry yang digunakan dalam pembuatan jus ini.. Sepertimana yang kita tahu, antioksidan sangat baik untuk tubuh badan dan berfungsi mencegah dari pelbagai penyakit. Manakala vitamin C pula berfungsi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia. Jadi, dengan mengamalkan Jus U’aurasbery ini anda akan mendapat kesihatan yang baik..
Jus U’aurasbery ini mempunyai banyak keistimewaannya. Jus ini dapat membantu :-
Jus U’aurasbery ini diperkaya dengan ekstrak jus terbaik dan termahal didunia dan diadun bersama makanan Sunnah. Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Jus U’aurasbery ini adalah :-
Ramai yang dah mencuba dan berpuashati dengan kesannya.. Jadi, anda bila lagi? Jangan terlalu berkira untuk sihat.. Apalah sangat jika dibandingkan dengan nikmat sihat yang bakal anda nikmati nanti..
Dengan mengamalkan Jus U’aurasbery ini, sakit lutut dan kebas-kebas anda akan hilang seawal 7 hari.. Jadi, apa tunggu lagi.. Jom dapatkan sekarang Jus U’aurasbery hari ini dengan pembelian 3 botol Jus U’aurasbery anda akan mendapat harga promosi.. Jom cepat dapatkan sebelum terlambat selagi promosi masih ada..
Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang