Review
Mar 20, 2018, 3:20pm

Petua Bayi Kembung Serta Punca Dan Rawatan


Amalan dan petua bayi kembung mungkin menjadi salah satu topik carian yang agak popular terutamanya bagi mereka yang baru sahaja menimang cahaya mata. Sebenarnya petua-petua yang dikongsikan itu terkait rapat dengan amalan orang-orang terdahulu berdasarkan pengalaman.

petua bayi kembung untuk ibu

Jika dilihat melalui teknik dan amalan dalam mengamalkan petua bayi kembung, mungkin tidak ada perbezaan yang ketara. Malah ketidaksamaan yang timbul itu boleh wujud dari segi penggunaan elemen ubat-ubatan sahaja samada secara tradisional ataupun saintifik.

Masalah Kembung Perut

Masalah kembung perut merupakan suatu perkara yang normal berlaku di kalangan bayi. Walau bagaimanapun, tangisan bayi yang berpanjangan sudah mampu meresahkan ibu bapa.

Umumnya terdapat pelbagai sebab mengapa bayi boleh menangis. Sebagai contoh lapar, letih, mengantuk, keadaan persekitaran yang mungkin terlalu panas atau sejuk dan juga kurang selesa dengan keadaan lampin yang basah. Masalah kembung perut juga termasuk salah satu daripadanya.

masalah bayi kembung dan cara atasi

Kembung perut adalah masalah yang kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang dari enam bulan terutamanya. Ia boleh berlaku kerana ruang di dalam abdomen bayi masih kecil berbanding saiz organ-organ di sekitarnya. Maka, ketika masalah kembung perut terjadi, abdomen bayi akan kelihatan seperti mengembang sedikit meskipun ianya kelihatan seperti normal.

Masalah kembung perut ini juga sering dikaitkan dengan masalah ‘colic’ memandangkan bayi akan menangis dalam satu-satu tempoh yang agak lama disebabkan ketidakselesaan yang jelas dirasai. Namun, keadaan tersebut akan kembali normal seperti biasa selepas beberapa ketika.

simptom anak kembung

Dengan pendedahan kepada informasi secukupnya melalui petua bayi kembung yang turut membantu para ibu bapa, maka tidaklah perlu berasa panik kerana masalah tersebut pasti akan berkurangan apabila bayi semakin membesar dan para ibu yang mengamalkan teknik penyusuan yang terbaik.  

Petanda Bayi Kembung

Pasti ada di kalangan ibu bapa yang tertanya-tanya juga bagaimana mengenalpasti petanda bayi kembung. Caranya sangat mudah iaitu dengan hanya memeriksa perut bayi sahaja. Apabila bayi didapati menangis atau merengek tanpa sebab yang jelas, eloklah sekiranya ibu atau bapa memeriksa perut bayi mereka dengan cara menjentik atau mengetuk dengan jari pada bahagian perutnya.

tanda bayi kembung dan petua atasi

Perut yang kembung akan kedengaran seperti kepadatan buah nangka. Selain daripada itu, boleh juga dilihat daripada pergerakan bayi itu sendiri. Jika bayi didapati sering menggeliat serta mengangkat kedua kakinya, kebarangkalian bayi tersebut sedang merasakan kesakitan kembung perut adalah tinggi.

Punca Bayi Kembung

Setelah mengetahui sedikit sebanyak berkenaan petanda bayi kembung, ketahui pula apakah punca bayi kembung. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebab dan punca bayi mengalami kembung perut.

petua untuk atasi bayi kembung

Antaranya ialah:

Faktor Keturunan

Tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tetapi sesetengah keluarga memang mempunyai sejarah bayi kembung. Jika faktor ini adalah benar, maka setiap bayi yang lahir daripada keluarga tersebut pastinya mempunyai masalah ini terutamanya pada waktu malam.

Faktor Penyusuan Yang Tidak Betul

penyusuan adalah faktor kepada bayi kembung

Perlu diambil perhatian serius oleh para ibu bapa. Faktor penyusuan yang dimaksudkan ialah dalam kaedah menggunakan botol susu. Kedudukan botol susu semasa menyusu dan juga saiz lubang botol yang tidak sesuai boleh menyebabkan udara memasuki rongga-rongga yang terbuka dan banyak udara akan ditelan. Proses menyendawakan bayi juga termasuk dalam faktor penyusuan.

Faktor Bayi Menangis Dengan Kerap

Overstimulation atau kesan terdedah kepada situasi-situasi yang sangat mengganggu bayi dari segi pendengaran seperti bunyi bising dari pelbagai sumber boleh mendorong kepada masalah ini. Overstimulation akan berlaku sekiranya bayi didapati kerap menangis.

Faktor Penghadaman Susu Yang Kurang Sesuai

susu tidak sesuai juga faktor kepada bayi kembung

Ramai yang tidak sedar bahawa penggunaan susu formula yang tidak sesuai mempunyai banyak kesan sampingan. Antaranya termasuklah masalah kembung perut. Oleh itu, berbincanglah dengan pasangan dan juga doctor dalam menentukan susu formula yang sesuai supaya masalah ini dapat dikurangkan. Susu yang terbaik dan yang paling sesuai sudah pasti susu ibu.

Petua Bayi Kembung Serta Punca Dan Rawatan

Apabila berjaya memahami punca kepada masalah bayi kembung ini, sangat mudah untuk para ibu bapa mengenalpasti apakah tindakan selanjutnya yang boleh dilakukan. Terdapat beberapa cara yang boleh dijadikan panduan dan diamalkan iaitu:

antara petua untuk atasi bayi kembung

Tenangkan Bayi

Ini adalah petua pertama yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Ini kerana bayi-bayi yang mengalami saat-saat kembung perut berasa sangat tidak selesa. Mereka hanya mampu menangis untuk menyatakan reaksi kesakitan. Cubalah mendukung bayi dan bawalah ke mana sahaja tempat asalkan jauh dari kawasan yang bising. Bunyi yang bising akan merimaskan bayi.

Bedung

Selain dukung, teknik membedung bayi terutama semasa tidur juga boleh membantu kerana ia memberi keselesaan kepada bayi. Teknik bedung yang baik dan kemas akan memberikan impak positif kepada bayi kerana mereka dapat berasa tenang, tidak terkapai-kapai dan terasa seperti dipeluk erat.

Awasi Posisi Bayi Ketika Menyusu

posisi bayi menyusu dapat elakkan bayi kembung

Petua ini juga penting untuk diberikan perhatian. Pastikan bayi tidak meminum susu terlalu condong dan saiz lubang botol perlulah sesuai dengan usia bayi. Hal ini sangat penting untuk mengelakkan udara ditelan ketika menyusu.

Bagi ibu-ibu yang menyusu badan pula, cuma pastikan lekapan yang baik di samping mendapatkan posisi yang selesa. Antara salah satu tanda payudara terasa sakit adalah kerana ibu-ibu berada dalam posisi yang tidak betul.

Menukar Susu Formula

menukar susu formula untuk elak bayi kembung

Dalam hal ini, kebanyakkan doktor pakar kanak-kanak lebih mencadangkan agar ibu bapa menukar susu formula sekiranya bayi berada dalam keadaan kembung yang berlarutan. Ia berkemungkinan bayi mengalami alahan terhadap susu formula tersebut.

Ibu Perlu Elakkan Makanan Tertentu

Tahukah bahawa sesetangah bayi boleh mengalami masalah pencernaan akibat si ibu yang menyusu memakan makanan tertentu. Ibu perlulah mengelak dari makanan segera, minuman berkafein, kubis dan seumpamanya untuk sementara waktu kerana si ibu perlu mengambil kira faktor bayi yang masih menyusu badan.

Jangan Halang Bayi Dari Terus Aktif Bergerak

jangan halang bayi aktif

Petua ini dikatakan mampu membantu proses pencernaan bayi supaya berfungsi pada tahap yang terbaik kerana gerakan-gerakan badan yang dilakukan. Bergerak di sini bermaksud merangkak atau membiarkannya pergi ke mana saja dalam pengawasan.

Mengamalkan Teknik Urutan Pada Bayi

Kedengaran seperti VIP yang menerima layanan istimewa. Tetapi ini antara petua yang berkesan untuk diamalkan iaitu melalui urutan badan bayi. Hanya titiskan beberapa titik minyak bayi yang selamat digunakan oleh bayi. Kemudian, lakukanlah urutan pada bahagian perut dan belakang bayi. Urutan ini boleh mengambill masa kurang dari 5 minit tetapi berkesan.

Sapukan Minyak Ke Badan Bayi Selepas Mandi

sapukan minyak pada badan bayi selepas mandi

Petua ini juga sangat bagus untuk diamalkan. Setiap kali selepas selesai mandi, keringkan badan terlebih dahulu. Kemudian sapukan minyak telon ke bahagian badan yang penting seperti perut, belakang, tapak kaki dan betis untuk mengelakkan dari masuk angin.

Produk Magic Drops Terbaik Untuk Bayi Kembung

Memperkenalkan produk Magic Drops, antara produk yang terbaik di pasaran. Magic Drops merupakan produk yang berasaskan Therapeutic-Grade Essential Oils berserta bahan-bahan semulajadi yang lain. Ia adalah salah satu rangkaian perniagaan produk home made yang mempunyai level piawaian yang tinggi terutama dalam pemilihan bahan-bahan semulajadi sebagai ramuan di dalam penghasilan produk.

magic drops balm bayi untuk kembung dan masalah lain

Mula mencipta nama sebagai Magic Drops yang mempunyai ejen-ejen di seluruh Malaysia dan telah banyak mendapat tempat di pasaran semasa. Memasuki tahun 2018, Magic Drops begitu aktif menghasilkan pelbagai jenis produk terapi seperti:

Baby Therapy

  • Immune Booster (Therapy Balm)
  • Deep Sleep (Therapy Balm)
  • Happy Tummy (Therapy Balm)
  • Flu Bomb (Therapy Balm)
  • Cough Bomb (Therapy Balm)
  • Silky Skin (Therapy Balm)
  • Anti-Bugs (Therapy Balm)
  • Bon Appetite (Therapy Balm)
  • Jaundice Serum (Therapy Oil)

magic drops baby therapy untuk perut kembung

Neonatal Therapy Set

  • The Modern Pilis
  • The Modern Param
  • The Modern Tapel
  • Anti-Stress Serum
  • Speedy Recovery Spray
  • The Herbs Spray
  • The Modern Bengkung
  • Home Spa Sauna

Prenatal Therapy

  • Easy Mama Dilation Serum

Magic Drops Therapy Balm Khusus Untuk Kanak-kanak

magic balm dari bahan semulajadi untuk bayi

Perlu diingat bahawa product Magic Drops ini dihasilkan 100% daripada bahan semulajadi. Therapy Balm untuk bayi merupakan core product yang boleh membantu melegakan masalah-masalah bayi seperti kembung perut, sukar tidur malam dan tantrum. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut saiz:

30 gram : RM49.00
15 gram : RM39.00
5 gram : RM18.00

Selain Therapy Balm, pihak Magic Drops juga mengeluarkan produk Therapy Oil. Therapy Oil ini sebenarnya sama sahaja seperti Therapy Balm. Cuma Therapy Oil didatangkan dalam bentuk botol roll on. Ia sangat mudah untuk digunakan iaitu dengan  hanya beberapa calit sahaja.

therapy oil untuk bayi

Therapy Balm mengandungi Essential Oil dengan dos yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, sekiranya ada di antara orang dewasa yang turut berminat untuk mendapatkan produk terapi dari Magic Drops bolehlah membuat pesanan untuk mendapatkan Therapy Oil dengan dos yang direka khas bagi orang dewasa.

Ada juga Therapy Oil yang sesuai untuk bayi seperti Jaundice Serum iaitu yang merupakan antara produk terlaris dari Magic Drops, Cranky Go away, Happy baby dan lain-lain lagi. Lebih unik lagi, pihak Magic Drops juga berjaya menghasilkan Therapy Oil yang boleh membantu proses bersalin bagi ibu-ibu yang mengandung.

therapy oil untuk ibu mengandung

Testimoni Pelanggan Magic Drops

testimoni pengguna magic balm untuk bayi testimoni pengguna magic balm untuk bayi testimoni pengguna magic balm untuk bayi testimoni pengguna magic balm untuk bayi testimoni pengguna magic balm untuk bayi

Hubungi Untuk Mendapatkan Produk Magic Drops Sekarang!

Jika anda seorang ibu yang sangat menitikberatkan penjagaan kesihatan anak, anda tidak harus mengatakan tidak untuk produk berasaskan bahan semulajadi ini. Jom dapatkan sekarang Balm Organik dari Magic Drops hari ini juga!

dapatkan balm untuk bayi kembung tanpa bahan kimia

MAGIC DROPS | BALM ORGANIK UNTUK BAYI
Hubungi:
Hotline 1: Tekan untuk telefon (0168967027) | Tekan untuk WhatsApp

Nak beli Magic Drop Balm SEKARANG?

Sila telefon ke +60168967027 atau Whatsapp SEKARANG!

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Nak beli Magic Drop Balm SEKARANG?

Sila telefon ke +60168967027 atau Whatsapp SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Nak beli Magic Drop Balm SEKARANG?

Sila telefon ke +60168967027 atau Whatsapp SEKARANG!