Review
Dec 17, 2017, 10:40am

Pest Control Terbaik di Selangor


Anai – anai adalah serangga perosak yang bakal menyusahkan hidup anda sekiranya anda tidak membuang dan membasmi mereka daripada membiak di dalam rumah anda. Makanan kegemaran anai – anai adalah kayu yang sudah lapuk dan kadang – kadang kertas yang lama juga merupakan makanan mereka dan jika anda tidak membuangnya, anai – anai tersebut boleh membuatkan rumah anda roboh sekiranya anda menduduki rumah yang diperbuat daripada kayu.

masalah-anai-anai-di-rumah

Anai – anai amat menyukai tempat yang lembab dan dingin jadi mereka akan membuat sarang di dalam tanah ataupun tempat – tempat yang terlindung. Tempat – tempat yang menjadi kegemaran mereka untuk membuat sarang termsuklah; kerangka pintu, kerangka tingkap, parquet atau lantai kayu dan juga siling rumah. Anda perlu berhati – hati dan sentiasa melakukan pemeriksaan di bahagian – bahagian ini agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

diserang-anai-anai

Di sini akan saya berikan beberapa tips ataupun petua untuk membasmi anai – anai daripada membuatkan rumah anda sebagai sarang mereka. Anda boleh menggunakan petua – petua ini untuk menyelamatkan rumah, pakaian dan juga dokumen – dokumen penting anda daripada rosak dimakan oleh anai – anai;

5 Petua Berkesan Untuk Menghapuskan Anai – Anai Di Rumah Anda

cara-atasi-rumah-diserang-anai

Untuk menghapuskan anai – anai yang telah lama menduduki rumah anda,ia memerlukan sedikit usaha agar anai – anai tersebut tidak kembali ke sarang mereka. Anda boleh menggunakan lima petua yang akan saya kongsikan untuk menghilangkan anai – anai dari rumah anda.

1. Garam Dapur

garam-penghalau-anai-anai

Anai – anai tidak sukakan garam, jadi anda boleh mencari tempat – tempat di dalam rumah anda yang berpotensi untuk didiami oleh anai – anai terutamanya di bahagian stor atau loteng rumah anda di mana anda banyak menyimpan pakaian dan juga dokumen. Anda boleh taburkan garam dapur di bahagian – bahagian permukaan tempat yang didiami oleh anai – anai agar anai – anai tersebut tidak keluar dari sarang mereka dan memusnahkan barangan anda. Pastikan taburan garam tersebut adalah menyeluruh agar mereka tidak mempunyai peluang untuk keluar.

tembakau-halau-anai-anai

Penggunaan garam dapur adalah mudah tetapi ianya tidak begitu efektif kerana ianya hanya melibatkan bahagian permukaan sahaja. Jika anda mahukan cara yang lebih efektif sekiranya rumahanda telah diserang oleh anai – anai dengan teruk, campurkan air garam dan tembakau dan semburkan tempat – tempat yang berpotensi diserang oleh anai – anai dan biarkan semalaman. Pasti anai – anai tersebut tidak akan datang lagi.

2. Minyak Tanah

minyak-tanah-penghalau-nyamuk

Minyak tanah agak sukar didapati sekarang kerana ia bukan lagi satu keperluan di zaman yang moden ini. Tetapi, anda masih boleh mendapatkan minyak tanah di kedai – kedai runcit di kawasan perumahan anda. Selalunya minyak tanah akan digunakan untuk membakar lampu pelita namun begitu, ianya juga sesuai digunakan untuk mengusir anai – anai. Anda boleh semburkan minyak tanah ke bahagian – bahagian kayu yang diserang anai – anai. Untuk mengurangkan bau minyak tanah dan semburan yang lebih efektif, anda boleh masukkan sekali serai wangi.

3. Air Kapur Sirih

kapur-penghalau-anai-anai

Anai – anai mempunyai kulit yang nipis yang lembut. Bahan – bahan yang panas akan merosakkan kulit mereka dan kerana itulah mereka suka mendiami tempat yang lembab dan dingin. Kapur sirih pula bersifat panas dan kerana itulah kapur sirih merupakan salah satu bahan yang efektif untuk anda gunakan bagi membasmi anai – anai. Caranya adalah dengan menggunakan kapur sirih yang dicampur dengan air dan masukkan ke dalam botol semburan dan anda boleh semburkan ke bahagian – bahagian kayu di dalam rumah anda.

4. Air Beras Basuhan Pertama

air-basuhan-pertama

Air basuhan beras mempunyai pelbagai khasiat untuk manusia termasuklah untuk kecantikan wajah. Namun begitu, air basuhan beras adalah musuh untuk anai – anai. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menyimpan air basuhan beras yang pertama dan letakkan di dalam botol semburan. Kemudian, anda boleh menyembur air basuhan tersebut ke tempat yang didiami oleh anai – anai dan kayu – kayu yang telah dimakan oleh anai – anai. Jika anda tidak mahu menyembur, siramkan sahaja air basuhan beras tersebut ke sarang anai – anai.

5. Gunakan Racun Anai – Anai

racun-anai-anai

Pilihan yang terakhir yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan racun yang dibuat khas untuk menghapuskan anai – anai dari sarang mereka. Anda boleh menggunakan racun tersebut dengan mengikut aturan agar anai – anai tersebut akan terhapus buat selama – lamanya. Terdapat dua jenis racun anai – anai iaitu jenis repellant dan juga jenis non – repellant. Anda boleh menggunakan racun ini sebagai umpan untuk anai – anai ataupun dicampur dengan tanah.

Contoh racun anai-anai jenis repellant adalah dari bahan Bifenthrin. Ia bertindak membunuh anai-anai sekiranya bersentuh secara langsung atau menghalau anai-anai.

contoh-racun-anai-anai

Racun anai-anai jenis non-repellant pula antaranya dari jenis yang mengandungi bahan seperti Imidacloprid dan Fipronil. Racun jenis ini sukar dikesan oleh species anai-anai mengakibatkan mereka mati kerana bersentuhan secara langsung dengan racun ini.

Lembayung Pest Control Terbaik Di Selangor

pest-control-terbaik-selangor

Jika anda berada di kawasan Selangor, anda boleh menghubungi Lembayung Pest Control untuk membantu anda menghapuskan anai – anai yang berada di dalam rumah anda. Lembayung Pest Control yang dahulunya lebih dikenali sebagai Lembayung Enterprise adalah syarikat bumiputera yang berpengalaman lebih dari 15 tahun di dalam bidang kerja-kerja pembasmian dan pencegahan serangga atau makhluk perosak.

lembayung-pest-control

Bagi memudahkan syarikat, pengkhususan khas dalam bidang makhluk perosak di beri kepada Lembayung Pest Control bermula 08.12.2016. Perkhidmatan mereka memberikan pengalaman dan kesedaran dari kemusnahan harta benda dan alam sekitar akibat dari makhluk perosak. Lembayung Enterprise telah bertukar nama kepada LEMBAYUNG PEST CONTROL atas sebab bagi memudahkan urusan dengan memisahkan jurusan bidang syarikat oleh kerana Lembayung Enterprise juga membuat kerja-kerja awam seperti pembersihan, pembinaan am, membaiki bangunan, elektrikal dan lain-lain.

 

pasukan-pest-control-pakar

Hanya tenaga kerja yang mahir ,terlatih dan berpengalaman sahaja mampu memberikan jaminan dan keyakinan kepada pelanggan untuk mencapai sesuatu piawaian yang berkesan berpandukan etika dan skop kerja yang bersesuaian.

Skop Pekerjaan Lembayung Pest Control Untuk Hapuskan Serangga

skop-kerja-pest-control

Antara serangga atau makhluk perosak yang biasa kami hapuskan dan mengawal adalah seperti anai-anai (subterranean termite), nyamuk, lipas, semut,tikus, kelawar, pijat, lipan, lalat, lebah, tebuan dan sebagainya. Lembayung Pest Control juga boleh merancang perkhidmatan mengikut kehendak kesesuaian pelanggan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan serangga atau makhluk perosak dengan memberikan pemeriksaan percuma.

pest-control-murah-selangor

Di antara prospek perkhidmatan mereka ialah:

  • Projek perumahan
  • Rumah Persendirian
  • Pejabat Swasta
  • Kilang
  • Sekolah / Universiti / Kolej
  • Bangunan Perniagaan
  • Pejabat / Bangunan Kerajaan

Alasan Kenapa Anda Perlu Menjadikan Lembayung Pest Control Sebagai Pilihan di Selangor

kepakaran-lembayung-pest-control-selangor

Lembayung Pest Control adalah syarikat yang telah dipercayai sejak 15 tahun dahulu lagi dan mereka mempunyai pelbagai kelebihan – kelebihan yang membolehkan rumah anda bebas dari serangga perosak. Berikut adalah sebab anda perlu memilih Lembayung Pest Control sebagai pest control pilihan anda;

  • Penggunaan Tenaga Kerja Yang Mahir

Lembayung Pest Control hanya menggunakan tenaga kerja yang mahir dan berpengalaman untuk membantu anda menghapuskan serangga perosak. Anda pasti akan berpuas hati sekiranya anda membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan mereka sebagai pest control pilihan anda. Mereka mahir mencari sarang yang telah didiami oleh anai – anai dan menggunakan racun yang terbaik dalam menghapuskan anai – anai tersebut. Mereka juga mempunyai skil – skil yang membolehkan mereka mencari bahagian yang telah dimakan oleh anai – anai.

pakar-kawalan-serangga

Pekerja mereka juga mematuhi piawaian yang telah diberikan agar pelanggan – pelanggan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan serta berpandukan skop kerja yang bersesuaian dengan tugas yang diberikan.

  • Memberikan Perkhidmatan Pemeriksaan Secara Percuma

Kadangkala anda tidak dapat mengesan anai – anai yang telahpun menduduki rumah anda dengan tempoh masa yang singkat dan ini membuatkan anda tidak dapat melakukan langkah – langkah pencegahan dengan lebih awal. Anda juga tidak pasti apakah tanda – tanda yang menunjukkan bahawa rumah anda telahpun diserang oleh anai – anai. Jadi, anda boleh menghubungi Lembayung Pest Control untuk membantu anda mendapatkan pemeriksaan serangga perosak ini secara percuma.

pemeriksaan-secara-percuma

  • Pelbagai Perkhidmatan Yang Disediakan

Anda tidak perlu mencari pelbagai syarikat yang lain untuk membantu anda mendapatkan perkhidmatan untuk anda.

servis-pest-control-dari-lembayung-pest-control

Hal ini kerana, Lembayung Pest Control juga ada menyediakan pelbagai perkhidmatan yang lain termasuklah;

1) Perkhidmatan pencegahan, kawalan dan penghapusan makhluk perosak seperti:

  1. anai-anai
  2. tikus
  3. lipas
  4. lipan
  5. semut
  6. lalat
  7. burung
  8. kelawar
  9. pepijat
  10. lain-lain serangga

2) Perkhidmatan bagi kawalan denggi seperti :

  1. larvaciding (kawalan jentik-jentik)
  2. thermal fogging (kawalan nyamuk)

pasukan-fogging-nyamuk-aedes

3) Perkhidmatan untuk pemaju perumahan bagi kawalan anai-anai untuk tapak perumahan atau bangunan  yang belum disiapkan:

  1. chemical soil treatment (spray at lowest ground slab,ground beam and apron area of the soil surface)

soil-treatment-service

  • Harga Yang Berpatutan

Jika andaseorang yang sukakan penjimatan berganda, anda pasti mahu memilih Lembayung Pest Control sebagai pest control pilihan anda. Mereka menawarkan harga yang sangat berpatutan dan dalam masa yang sama memberikan anda perkhidmatan yang terbaik supaya anda sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

lembayung-pest-control-harga-termurah

Siapa yang tidak sukakan perkhidmatan berkualiti dengan harga yang berpatutan, bukan? Tambahan pula dengan pemeriksaan yang diberikan secara percuma, pasti syarikat ini mampu menambat hati anda.

Testimoni Daripada Pelanggan Pest Control Terbaik di Selangor

Anda boleh melihat testimoni dan gambar – gambar kerja daripada Lembayung Pest Control dan lihat sendiri kualiti – kualiti kerja daripada syarikat ini. Anda pasti akan mendapat layanan dan perkhidmatan yang terbaik daripada Lembayung Pest Control dan anda tidak perlu lagi berhadapan dengan masalah serangga perosak selepas ini.

testimoni-lembayung-pest-control-1

Ini adalah antara pekerjaan yang dilakukan oleh Lembayung Pest Control.

testimoni-pest-control-2

Contoh kayu yang telah diserang oleh anai – anai. Gunakan perkhidmatan Lembayung Pest Control sekarang!

kabinet-dapur-diserang-anai-anai

Sanggupkah anda melihat kabinet dapur anda dimakan anai – anai seperti ini?

Dapatkan Perkhidmatan Lembayung Pest Control Sekarang!

Katakan tidak untuk masalah anai – anai dan serangga perosak di dalam rumah anda. Untuk anda yang tinggal di kawasan Selangor, anda boleh menghubungi pihak Lembayung Pest Control dan dapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan mereka dengan menghubungi talian – talian berikut:

dapatkan-khidmat-servis-pest-control-di-selangor

Jom Dpatkan Perkhidmatan Pest Control SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

No. 42, Jalan Kemboja 12, Taman Aman, 42700, Banting, Selangor Darul Ehsan.

   
Jom Dpatkan Perkhidmatan Pest Control SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dpatkan Perkhidmatan Pest Control SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: