Review
Dec 19, 2018, 3:34pm

Pertubuhan Sukarelawan Kemanusiaan & Kebajikan – Muslim Volunteer Malaysia


antara sumbangan oleh Muslim Volunteer Malaysia

Masyarakat awam dan luar yang mengalami pelbagai masalah dan krisis serta kesusahan seperti kesempitan hidup, menderita kerana penyakit, mengalami penindasan hidup dan lain-lain lagi telah banyak terjadi akhir-akhir ini. Kini, telah banyak pertubuhan yang diutarakan dan ditubuhkan bagi membantu semua golongan yang memerlukan disamping menjadikan masyarakat yang lebih prihatin dan sedar akan tanggungjawab sosial.

antara misi terbaru bantuan ke syria

Untuk pengetahuan anda, ramai masyarakat yang susah diluar sana iaitu masyarakat Syria dan Turki serta pelarian Rohingya yang memerlukan bantuan. Ada pertubuhan-pertubuhan yang memberi bantuan serta menghantar sukarelawan untuk membantu mereka. Tidak terkecuali salah sebuah pertubuhan sukarelawan kemanusiaan dan kebajikan iaitu Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan juga pertubuhan serta organisasi lain yang turut menyalurkan bantuan, sumbangan dan kerja kebajikan.

bantuan kemanusian untuk anak kurang upaya

Muslim Volunteer Malaysia – Pertubuhan Sukarelawan Kemanusiaan Dan Kebajikan

pertubuhan sukarelawan muslim malaysia

Muslim Volunteer Malaysia adalah pertubuhan bukan kerajaan yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014 dan ia merupakan badan pertubuhan kemanusiaan dan juga kebajikan.  Lebih 50,000 sukarelawan di Malaysia yang berumur bawah 25 tahun ke bawah merupakan sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia. Muslim Volunteer Malaysia ini bukan calang-calang NGO, mereka telah mendapat tempat di Anugerah Perdana Menteri sebagai Top 5 NGO terbaik malah telah menganjurkan sebanyak 55 program kebajikan pada tahun 2018.

objektif dan misi mvm

Objektif Dan Konsep Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia

  • Mewujudkan masyarakat yang peka dan prihatin akan orang lain
  • Melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap komuniti
  • Membantu menyelesaikan masalah golongan yang memerlukan
  • Memberi bantuan dalam pelbagai bentuk termasuklah tindakan, penerangan, barangan dan lain lagi
  • Bekerjasama dengan penaja, masyarakat setempat dan semua golongan
  • Tidak mengira politik, agama dan bangsa dalam apa jua tindakan kemanusiaan dan kebajikan
  • Membantu semua rakyat Malaysia yang memerlukan dengan memberikan bantuan asas
  • Menjaga silaturrahim serta mengembangkan program kemanusiaan dan kebajikan secara berterusan.
  • Bekerjasama dengan agensi kerajaan, NGO lain dan lain-lain lagi.

Ikon Muslim Volunteer Malaysia

ikon yang dilantik sebagai duta MVM

Selebriti terkenal juga menjadi ikon sukarelawan MVM bagi membantu meningkatkan kesedaran rakyat untuk menyertai dan menyokong bantuan kemanusiaan dan kebajikan yang dibawakan.  Dato’ Fadzilah Mohamad Kamsah, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Diana Amir dan Azmi Saat adalah antara mereka yang aktif dalam MVM. Kini, pemilihan kali ke-3 akan dilakukan oleh MVM.

Program Dan Aktiviti Kemanusiaan Dan Kebajikan Muslim Volunteer Malaysia

program dan aktiviti yang dianjurkan MVM

MVM fokus kepada membantu golongan yang tidak bernasib baik dari segi sumbangan, menjadi sukarelawan, bekerjasama dengan pelbagai bidang, syarikat dan Ngo lain serta mengadakan pelbagai aktiviti kemanusiaan dan kebajikan.  Terdapat banyak program, aktiviti atau perkhidmatan mereka dalam meningkatkan taraf kemanusiaan dan kebajikan mereka yang memerlukan.

#1  Kerjasama Dengan NGO Lain

jalinan kerjasama dengan badan NGO lain

Pihak MVM beroperasi selaras dengan pembangunan dan perkembangan program kemanusiaan dan kebajikan yang sering mereka adakan.  Mereka juga sentiasa memberi ruang untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi untuk menjayakan program kemanusiaan dan kebajikan bersama-sama.  Agensi kerajaan, swasta, secara individu juga persatuan dan NGO amat mereka alu-alukan untuk bekerjasama.

#2  Membantu Golongan Yang Memerlukan

bantuan untuk muslim di dalam dan luar negara

MVM membantu semua golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, gelendangan, mereka yang teraniaya, golongan kurang upaya dan lain-lain lagi.  Objektif utama ini sesuai dengan matlamat mereka ‘Tindakan hari ini, mengubah masa depan’.

#3  Program Transformasi Dan Pembangunan Ekonomi

program pembangunan ekonomi rakyat

Program transformasi dan pembangunan ekonomi diadakan meliputi latihan perniagaan, pembangunan dan pemantauan ekonomi serta memberi bantuan dana untuk tempoh tertentu.  Bukan sahaja mereka membantu golongan susah, tetapi untung bagi anda yang mengambil peluang untuk menjadi sukarelawan bersama MVM kerana terdapat pelbagai kelebihan untuk MVM transform diri anda untuk lebih berjaya.

4#  Program Sukarelawan

mencari sukarelawan muslim volunteer

Mudah sahaja untuk anda menjadi sukarelawan, hanya daftar sahaja di laman rasmi mereka.  Anda akan diberi latihan serta kursus, boleh menyertai program yang diadakan seumur hidup dan mendapat barang keperluan ketika program sukarelawan.  Ramai yang telah mendaftar untuk menjadi sukarelawan, aktiviti dan program MVM yang diadakan sangat besar memberikan pengalaman dan keistimewaan kepada mereka yang terlibat.

Misi Bantuan Kem Pelarian Syria di Turki Kerjasama Muslim Volunteer Malaysia Dan Global Peace Mission

misi bantuan misi sejuk ke syria

Tahukah anda pada awal Januari 2018, MVM bekerjasama dengan Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) dalam menghantar bantuan  baju sejuk, selimut dan susu bayi yang berjumlah RM 200,000? Ianya adalah bantuan kedua setelah bantuan pertama mereka telah berjaya menghantar bantuan sebanyak RM100,000 yang merangkumi bantuan kit musim sejuk.

rakyat syria sangat memerlukan bantuan alatan semasa musim sejuk

Pada kali ini, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia bekerjasama dengan Global Peace Mission (GPM) untuk membantu para pelarian Rohingya dengan menyalurkan bantuan baju sejuk dan kotak makanan kepada 6,000 rakyat Syria di kem pelarian Syria Gaziantep, Syria – Turki dalam misi kemanusiaan dan kebajikan.

Jom Bantu Jayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Kebajikan 2018 Untuk Kem Pelarian Syria

misi bantuan kepada rakyat syria

Bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan dan kebajikan ini, MVM menjalankan pengumpulan dana (crowd funding) bagi mengumpul dana sebanyak RM300,000 bagi tujuan misi ini dan sukarelawan MVM serta sukarelawan GPM akan menghantar bantuan kepada mereka pada 16 hingga 25 Januari 2019.  MVM membuka peluang untuk anda yang merupakan individu, agensi swasta, kerajaan atau badan-badan korporat untuk memberi sumbangan atau tajaan agar misi bantuan kemanusiaan dan kebajikan ini berjalan dengan lancar.

bantulah rakyat di syria yang memerlukan

Seandainya misi bantuan kemanusiaan dan kebajikan ini berjaya, hampir 3000 pelarian di Kem Pelarian Syria di Turki dan Syria mendapat manfaat. Jumlah keseluruhan dana akan terkumpul sebanyak RM600,000 sekiranya dana RM300,000 dapat dikecapi dalam masa terdekat ini.  Muslim Volunteer Malaysia mengalu-alukan anda untuk berbakti bagi mendapatkan bekalan akhirat anda dengan menghulurkan sumbangan penuh ikhlas.

jadilah kaya jiwa dan kaya akhirat

PERTUBUHAN SUKARELAWAN MUSLIM MALAYSIA

Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)

Emel: account@mvm.org.my

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: