Umum
Aug 20, 2010, 4:03pm

Pertama Kali Aku Dengan Sang Indah




Awak ingat tak tarikh 14 Ogos? Awak mesti tak ingat, kan?
Tapi awak tau tak yang tarikh tu tarikh yang saya takkan lupakan sepanjang hidup saya?
Awak tahu kenapa? Sebab pada 14 Ogos itulah pertama kali kita berjumpa. 
Kita berbuka sama-sama dan yang paling best bersahur pun sama-sama.
Sampai saat ini saya tak percaya awak. Saya rasa nak ketawa. Kelakar rasanya.
Macam mana kita boleh berjumpa sedangkan kita xpenah rancang benda ini. 


Awak tau tak, hari kita berjumpa tu, saya tertanya-tanya kenapa awak nak berjumpa dengan saya?
Kenapa awak pilih saya? Tapi awak tetap nak berjumpa dengan saya kan?
Kali pertama kita jumpa di shell itu saya tengok wajah sangat tenang.
Awak masukkan pemancu minyak kat kereta awak. 
Saya menyampa Awak. Itulah kali pertama kita bersapa kan?
Kemudian kita masuk dalam kereta awak pandu dan bawa saya.
Awak percaya tak itu kali pertama saya naik kereta dengan seorang perempuan?
Dan perempuan itu adalah awak.


Macam mana saya nak cakap, ya? Awak tau tak saya admire awak selama kita kuar itu awak
Awak pasti tak perasan kan. Saya suka dengan sikap awak. Saya suka dengan kejelitaan awak.
Kemudian saya bawa awak ke tepi pantai. ketika itu air laut bergelora.
Awak perasan tak? Macam itulah hati saya bergelora pada awak.


Awak masih ingat tak? Kita bermain game sama-sama di pusat game ketika itu
kita main game kereta. awak menjerit “saya tak pandailah” saya masih terngiang2 di telinga saya tau.
Saya rasa cute bila awak menjerit macam tu. Walaupun tengah main game saya sempat curi-curi tengok awak.


Selepas itu kita pergi berbuka di kedai mamak. Saya tahu awak kurang selesa di kedai mamak itu kan?
Tapi saya cuba nak wujudkan kelainan. Dan saya pasti awak tak boleh lupa dengan keadaan sekeliling 
kedai mamak itu kan? Walaupun kedai mamak itu kurang selesa tapi popular tau.


Awak tahu tak pada 14 Ogos itu saya sangat gembira. Kerana saya dapat berjumpa perempuan macam awak.
Saya tak tahu nak cakap macam mana awak. Saya tak boleh lupakan ketika sahur sama-sama awak
Kita mula saling kongsi-kongsi cerita kan? Eeee.. Saya heppy sangat-sangat awak
Saya rasa macam nak hentikan masa je. Sebab saya tak puas keluar dengan awak tau.
Tapi tak tahu lah awak macam mana kan?


Awak bila awak cakap nak balik malam saya halang awak. Awak nak tahu kenapa?
Sebab saya risaukan awak. Saya takut kalau berlaku apa-apa pada awak nanti sebab saya jauh.
Saya tak mampu buat apa-apa. Tapi saya cuba dengan cara lain saya temankan awak sehingga awak
sampai ke rumah awak dengan super savers. Saya berasa lega dekat situ awak.


Awak 14 Ogos saya tak boleh lupakan tau sebab 14 ogoslah banyak mencipta kenangan pertama kali
saya. Saya gembira sangat-sangat keluar dengan awak.


PH : Luahan Rasa Hariz

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: