Umum
Jun 6, 2013, 12:03pm

Persembahan Karaoke Bebas Di Rumah Kenduri Kahwin


Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Ramai rakan-rakan yang telah sempurna diijabkabulkan pada minggu ini dan lepas. Memang sudah menjadi adat apabila bermula musim cuti persekolahan pasti dimana-mana sahaja ada kenduri.

Kenangan Budak Komputer Adtec Melaka

Pada 1 June 2013 yang lalu saya dan juga rakan-rakan seperjuangan di Adtec Melaka berjaya melaksanakan Konvoi dengan 5 buah kereta dan seramai 28 orang ke Pasir Gudang. Alhamdulillah walaupun banyak kesulitan berlaku sebelum, semasa dan pulang tetapi semuanya telah selamat sampai. Alhamdulillah. InshaAllah ini akan dijadikan Kenangan Budak Komputer Adtec Melaka.

Pada artikel ini, saya bukan nak cerita tentang kenangan manis, pahit kami yang berjaya konvoi dari melaka ke johor dan pusing-pusing makan angin ke legoland dan makan chicken chop RM5. Tetapi, mahu bangitkan isu yang memang sudah lali tetapi masih juga terjadi iaitu “Persembahan Karaoke Bebas Di Rumah Kenduri Kahwin“.

Karaoke Kenduri Kahwin

Sumber gambar : http://voguemom.blogspot.com/2010/05/kenduri-kahwin-lagi.html

Jika bertanya pada saya sendiri, apakah setuju atau tidak dengan perkara ini? Setegasnya saya nyatakan bahawa Karaoke Bebas Di Rumah Kenduri Kahwin adalah tidak wajar ! Buat orang makan tersedak, terlekat, hilang selera. Bukan masalah tak boleh enjoy, boleh. Tetapi tolonglah tapis dahulu bagi pihak pengajur. Manakala yang si karaoke itu pun satu hal juga. Tolong rakam suara anda dan dengar semula. Agak-agak kucing dirumah boleh tidur atau lari?

Saya tidak mahu cerita apa yang berlaku tempoh hari di rumah kenduri sehingga tercetusnya idea untuk menghasilkan artikel ini. Tetapi, apa yang dapat disimpulkan ia adalah menjengkelkan apabila ada persembahan karaoke bebas di rumah kenduri. Apakah rakan-rakan pernah alami dan lalui pengalaman seperti saya? Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: