Umum
Nov 10, 2010, 9:18pm

Permudahkanlah Segala Urusan Aku


  •  
  •  
  •  
  •  
Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi. Maha Mengasihani.. Di teratak ini.. Aku mahukan berkongsi rasa dengan pelawat dan mengharapkan anda mendoakan semoga Allah Yang Maha Berkuasa di atas segala kerajaan ini.. Permudahkan segala urusan Aku.. Lindungi Aku Dan Peliharalah Aku.. Aku tak tahu macam mana nak ceritakan apa yang aku alami sekarang.. Hanya airmata dan hati aku menjadi saksi kesedihan yang aku alami sekarang..

Permudahkanlah Urusan Aku

Sesungguhnya Aku yakin bahawa Allah sedang menguji aku.. Itu yang aku fikirkan sekarang ini.. Tapi terlalu berat ya Allah.. Dengan ujian yang kau berikan kepada aku… Aku tak sanggup ya Allah… Ya Allah ringankanlah ujian ini ya Allah.. 🙁

Ya Allah ya Tuhan kami,

Kurniakan Kami Rahmat Dari sisimu. Dan Berilah Petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah Urusan Kami Ya Allah, Permudahkanlah jgn disulitkan, kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu,

Ya Allah sempurnakanlah dengan segala kebaikan dengan rahmatmu,Ya Allah Wahai Yang Paling Mengasihani Daripada Segala yang mengasihani…. Amin Ya Rabal Al Amin…

ProfHariz : Ya Allah Permudahkanlah Segala Urusan Aku