Review
Aug 17, 2018, 3:44pm

Perlindungan Penting Buat Individu & Keluarga Dengan Takaful PruBSN


  •  
  •  
  •  
  •  

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah nasib anda dan keluarga apabila anda sudah semakin berusia nanti? Pernahkah juga anda berfikir apakah yang akan terjadi sekiranya anda mengalami apa-apa kecederaan nanti sehingga tidak mampu lagi berkerja demi untuk menyara keluarga. Tidak mustahil anda pernah memikirkan semua itu kerana anda adalah seorang insan yang sangat-sangat bertanggungjawab dan amat mementingkan keluarga dan insan-insan yang anda sayangi.

perlindungan penting buat diri sendiri

Jika anda benar-benar mahukan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga terutama untuk dijadikan bekala di depan hari, anda sememangnya wajib untuk menjadi salah seorang yang memiliki payung perlindungan demi untuk memastikan nasib anda nanti sentiasa boleh dijalani dengan senyuman yang sangat lebar.

kepentingan takaful sebagai perlindungan penting buat diri sendiri

Salah satu cara terbaik untuk memastikan masa hadapan anda dan keluarga sentiasa dilindungi ini adalah dengan memiliki skim perlindungan yang benar-benar boleh dipercayai dan diyakini. Antaranya adalah dengan menjadi salah seorang yang bernaung di bawah syarikat perlindungan yang bernama PREDENTIAL BSN TAKAFUL.

perlindungan penting buat diri sendiri dari prubsn

Apa Itu Prudential BSN Takaful?

Takaful sebenarnya adalah suatu jaminan yang boleh membantu menangung kerugian untuk masalah yang akan anda hadapi berkaitan dengan kesihatan, kecacatan, kemalangan kekal, kematian dan lain-lain lagi yang berkaitan.  Jika anda berdaftar dengan skim Prudential BSN Takaful ini anda boleh menjadi insan yang lebih tenang untuk menghadapi hari-hari yang mendatang bukan sekadar untuk anda seorang sebaliknya untuk ahli keluarga tersayang juga. perlindungan penting buat keluarga Dalam erti kata lain skim yang berbentuk takaful ini diwujudkan khas untuk memainkan peranan sebagai satu mekanisme untuk memindahkan risiko kerugian ke atas seorang individu kepada satu kumpulan peserta yang lebih besar di mana kumpulan besar di dalam bentuk seperti komuniti ini sanggup untuk memberi jaminan untuk saling berkerjasama bagi menanggung kerugian tersebut. perlindungan penting buat isteri

Polisi takaful tidak membuat anda kaya raya. Tetapi ia boleh membantu dengan memastikan apabila anda telah tiada nanti, keluarga anda tidak akan terbeban dalam masalah kewangan. Skim ini bukan hanya sekadar omong kosong sebaliknya ia amat perlu untuk membantu menguruskan kewangan jangka panjang hinggakan secara tidak langsung ianya dapat menjadi seperti sebuah payung besar kepada anda dan keluarga untuk duduk berlindung di bawahnya.

perlindungan nyawa penting buat diri sendiri

Jika sebelum ini anda akan bersusah hati kerana tidak ada sesiapa yang boleh diharapkan untuk menjadi pelindung kepada diri sendiri, anak, isteri dan ibu bapa tetapi kini dengan adanya Prudential BSN Takaful ini anda sudah punya seorang kawan baik baru yang boleh bersusah senang dengan anda dari anda masih di usia muda hinggalah setelah anda tiada kelak. Janganlah pandang remeh sebaliknya segeralah bertindak dan binalah masa depan yang lebih terjamin untuk diri sendiri dan insan-insan yang anda sayangi.

manfaat perlindungan penting buat diri sendiri

Bukti Mengapa Prudential BSN Takaful Ini Perlu Di Dalam Kehidupan

Inilah yang dimaksudkan sebagai pelindung di kemudian hari. Betapa bertuahnya ibu tunggal ini kerana keputusan bijak arwah suaminya yang telah bertindak untuk menjadi salah seorang daripada peserta di dalam Pudential BSN Takaful semasa hayatnya. Walau sudah tiada namun ada pihak yang telah siap sedia membantu nasib anak isteri yang telah ditinggalkan.

bukti perlindungan penting buat individu

Bukan setakat kematian, masalah kesihatan dan kecacatan kekal turut akan di ambil perhatian. Ditimpa kemalangan sehingga tidak boleh berkerja untuk menyara keluarga sememangnya satu kejadian yang sangat-sangat menyedihkan namun siapa kita untuk menidakkan ujian Ilahi dan tugas kita bukannya meratap bersedih tetapi sebaliknya bangkit kembali untuk kembali bersemangat dan langkah terawal adalah cuba sedaya upaya untuk kembali sihat sedaya upaya. Urusan kos perubatan usahlah dikhuatirkan kerana pihak Prudential BSN Takaful turut akan membantu membayar kos perubatan anda itu.

claim prubsn perlindungan penting buat individu

Golongan Yang Paling Layak Memohon

Antara golongan yang patut memohon dan paling berpotensi untuk mendapat segala faedah daripada Prudential BSN Takaful ini adalah untuk anda semua yang masih lagi bujang, pasangan yang baru saja berkahwin dan juga yang mempunyai fizikal serta mental yang sihat.

perlindungan penting buat diri sendiri berkualiti

Antara Peserta Prudential BSN Takaful

Inilah di antara sebahagian peserta yang telah mengambil tindakan untuk membentuk masa depan yang lebih cerah dengan menjadi salah seorang yang berada di bawah perlindungan Prudential BSN Takaful setelah berfikir dengan bijak. Anda juga boleh bertindak seperti mereka sekiranya anda benar-benar mahu mempunyai masa hadapan yang lebih terjamin sekiranya ada apa-apa musibah yang datang menimpa.

peserta perlindungan penting buat individu

Sebagai manusia yang ada kalanya susah dan ada kalanya senang, anda tidak harus menyalahkan takdir sebaliknya anda perlu memikirkan bagaimana untuk menjadi individu yang lebih bijak untuk mengatasi segala ujian yang datang dengan cara yang terbaik tanpa perlu menyusahkan sesiapa sama ada rakan-rakan mahupun ahli keluarga yang terdekat.

perlindungan penting buat individu testimoni

Harga Yang Ditawarkan

Harga tidak sama kerana bergantung pada terma dan syarat yang boleh merangkumi faktor usia, sektor pekerjaan dan lain-lain lagi. Segalanya akan di ambil kira supaya dapat memberikan plan terbaik yang sesuai dengan tahap risiko di dalam kehidupan anda sebagai seorang yang berperanan sebagai tunjang utama di dalam keluarga.

faktor perlindungan penting buat individu

Dapatkan Perlindungan Penting Buat Individu & Keluarga Dengan Takaful Prudential BSN

Jika anda berada di sekitar kawasan Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Seremban, ini adalah peluang paling bermakna penuh keemasan kerana anda boleh segera mendapatkannya segera pada hari ini jugak. Jangan tunggu lama-lama kerana untuk mendapatkan kehidupan yang lebih cerah dan bermakna supaya anda dan keluarga dapat hidup dengan lebih tenang dengan senyuman.

MOHD REZA | PERUNDING MESRA TAKAFUL PRUBSN Hotline 1: Tekan untuk telefon (012-2544899) | Tekan untuk WhatsApp Hotline 2: Tekan untuk telefon (012-9730406)Tekan untuk WhatsApp Facebook: Mujahid Takaful Ibnu Reza