Review
Sep 3, 2018, 8:56am

Perkhidmatan Upah Haji Mabrur Murah Di Selangor


Menunaikan haji merupakan rukun Islam yang kelima dan sesiapa yang berkemampuan boleh melaksanakan rukun ini di dalam hidup mereka. Anda merupakan insan yang amat bertuah sekiranya anda boleh menunaikan haji dan menjejakkan kaki di tanah suci Mekah kerana tidak semua orang mampu mengerjakan ibadah haji sewaktu mereka hidup. Tambahan pula, anda perlu menuggu dalam masa yang sangat lama untuk giliran anda sampai sebelum menunaikan haji.

perkhidmatan upah haji mabrur

Terdapat beberapa tahun yang diwajibkan untuk mengerjakan ibadah haji antaranya pada tahun kesembilan hijarah seperti dinukilkan oleh An-Nawawi dalam Ar-Raudhah dan Al-Mawardi dalam Al-Ahkam As-Suthaniyah dan disahihkan oleh Qadhi-Iyadh, al-Qurtubi serta al-Qayyim. Tidak ramai yang mampu mengerjakan haji sewaktu mereka hidup, namun Islam merupakan agama yang mudah dan kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang, anda boleh melakukan upah haji untuk arwah – arwah yang telah meninggal dunia.

Perkhidmatan Upah Haji Mabrur Murah Di Selangor

Terdapat tiga cara untuk menunaikan iaitu Haji Tamattu’, Haji Ifrad dan Haji Qiran. Untuk pemilihan cara menunaikan haji, Islam ingin menunjukkan bahawa ia adalah agama yang sempurna ibadatnya dengan kesesuaian jiwa manusia yang berbeza antara satu sama lain. Begitu juga dengan upah haji, ia adalah dibenarkan di dalam Islam dan si mati juga akan menerima pahala yang sama seperti mengerjakan ibadah haji sewaktu hidup.

perkhidmatan upah haji mabrur terbaik

Badal haji atau lebih dikenali sebagai upah haji merupakan seseorang yang mengerjakan haji kepada sesiapa yang telah uzur ataupun meninggal dunia. Bagi sesiapa yang mampu menyambut panggilan haji tetapi jatuh sakit ataupun meninggal dunia, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya.

cara perkhidmatan upah haji mabrur

Upah Haji Mabrur merupakan salah satu syarikat yang mengambil upah haji yang murah bagi sesiapa yang berhajat mahu hajikan arwah – arwah yang tersayang. Mereka boleh menunaikan hajat anda dengan harga yang murah. Mereka menyediakan petugas – petugas haji setiap musim haji untuk melakukan upah / badal haji kepada arwah – arwah yang sudah meninggal dunia.

kaedah upah haji mabrur

Panggilan segera kepada waris – waris, jemaah haji musim 2018/1439H bakal melakukan Wukuf pada 21/08/2019. Jadi, anda perlu mendapatkan perkhidmatan upah haji dengan segera sekiranya anda mahu menyelesaikan urusan haji arwah pada tahun ini. Antara pakej – pakej yang ditawarkan oleh Upah Haji Mabrur termasuklah;

  • Pakej Ekonomi: RM2000
  • Pakej Mewah: RM2800

pakej perkhidmatan upah haji mabrur selangor

Kenapa Anda Perlu Mengambil Upah Haji Dari Upah Haji Mabrur?

Terdapat pelbagai sebab yang membuatkan anda perlu mendapatkan upah haji dari Upah Haji Mabrur untuk arwah – arwah tersayang anda. Antara sebab – sebab tersebut termasuklah;

1. Harga Yang Berpatutan

perkhidmatan upah haji mabrur berpatutan

Harga yang ditawarkan oleh Upah Haji Mabrur adalah jauh lebih murah dari syarikat –syarikat yang lain jadi anda boleh menggunakan perkhidmatan mereka sekiranya anda mahu menunaikan haji untuk arwah dengan harga yang berpatutan. Mereka juga menawarkan dua pekej iaitu pakej ekonomi dan pakej mewah, jadi anda boleh memilih pakej yang anda mahukan.

2. Perkhidmatan Yang Professional

perkhidmatan upah haji mabrur profesional

Perkhidmatan yang diberikan oleh Upah Haji Mabrur merupakan perkhidmatan yang professional dan akan memastikan arwah anda boleh mendapatkan haji yang mabrur dengan izin Allah S.W.T. Mereka akan memastikan bahawa haji tersebut dikerjakan dengan ikhlas dan penuh istiqamah.

3. Servis Yang Cepat

perkhidmatan upah haji mabrur berpengalaman

Jika anda mahu menyegerakan urusan haji arwah, anda boleh menghubungi Upah Haji Mabrur kerana mereka boleh membantu anda untuk memudahkan urusan haji arwah tersayang anda. Urusan yang dilakukan adalah cepat dan tidak memerlukan anda menyediakan pelbagai perkara. Anda tidak perlu tunggu tahun hadapan untuk mengerjakan haji untuk arwah kerana mereka ada menyediakan pakej upah haji untuk tahun ini.

4. Haji Ditunaikan Oleh Orang Yang Berpengalaman

perkhidmatan upah haji mabrur pilihan

Setiap upah haji yang diambil akan dilaksanakan oleh orang – orang yang berpengalaman dan telah menunaikan haji pada hari sebelumnya. Jadi, upah haji yang anda berikan kepada Upah Haji Mabrur akan dilaksanakan dengan baik dan professional. Mereka juga mempunyai pengalaman luas dalam mengerjkan ibadah haji setiap tahun.

Dalil Keharusan Upah Haji

Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan keharusan mengerjakan haji untuk orang lain. Di antaranya:

kelebihan upah haji mabrur

  1.  Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: ”Ya!” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  2.  Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: “Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?” Jawab Baginda: ”Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan.” (Riwayat Bukhari).
  3.  Ibnu Abbas juga meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa saudara atau kerabat seorang yang bernama Syubrumah bertanya kepada Nabi s.a.w. bagi menunaikan haji untuknya, lantas Nabi s.a.w. bertanya: “Adakah kamu sudah menunaikan haji untuk dirimu sendiri?” Jawabnya: ”Tidak!” Sabda Baginda: ”Tunaikanlah untuk dirimu, kemudian tunaikanlah untuk Syubrumah.” (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.
  4.  Imam Ahmad dan Nasai telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair katanya: “Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi s.a.w. dan berkata: “Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya menunaikan haji untuknya?” Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Apakah kamu anaknya yang paling tua?” Jawabnya: ”Ya!” Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tunaikanlah haji untuknya.” (Riwayat Ahmad dan Nasai).

Testimoni Upah Haji Mabrur

perkhidmatan upah haji mabrur perkhidmatan upah haji mabrur testimoni perkhidmatan upah haji mabrur

Tunaikan Haji Arwah Tersayang Anda Dengan Upah Haji Mabrur

perkhidmatan upah haji mabrur mekah madinah

InshaAllah jika anda sudah berniat, jangan bertangguh lagi. Dapatkan konsultasi dengan syarikat Upah Badal Haji Mabrur untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini. Hubungi melalui telefon hotline yang tertera di bawah dengan segera.

UPAH BADAL HAJI | SYARIKAH UPAH HAJI MAMBRUR MURAH DI SELANGOR
Hotline 1: Tekan untuk telefon (019-3765780) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (019-8074708) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Upah Haji Mabrur

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: