Review
May 26, 2019, 8:18am

Perkhidmatan Sewa Lori Murah Di Sepang Dan KLIA


  •  
  •  
  •  
  •  

Membawa muatan yang banyak dalam kenderaan pasti sangat menyusahkan. Apatah lagi jika anda tidak mempunyai kenderaan yang cukup besar, lebar dan luas untuk membawa muatan tersebut. Ia mungkin menyusahkan anda untuk memindahkan barangan yang banyak dari satu tempat ke tempat yang lain. Ada yang sampai terpaksa berulang-alik kerana terlebih muatan, malahan ada juga sampai terpaksa menggunakan khidmat 2 hingga 3 buah lori dek kerana muatan yang banyak dan ruangan yang tidak mencukupi.

Sewa Lori Murah Di Sepang Untuk Event

Kawasan Sepang dan KLIA terutamanya, sebuah kawasan yang sangat sibuk dan sentiasa padat dengan aktiviti. Pastinya ramai usahawan di sekitar kawasan ini yang memerlukan khidmat lori untuk memindahkan barangan mereka bagi tujuan proses penghantaran. Tambahan pula, barangan yang hendak dihantar bukan sedikit tetapi banyak. Malah, besar dan berat pula. Sudah tentu ini membuatkan ramai pengusaha, pembekal dan juga asyarika-syarikat kecil mahupun besar runsing memikirkan perihal untuk memindahkan barangan mereka. Contohnya bagi syarikat pengendali Oil & Gas, pembekal peralatan kepada syarikat Oil & Gas, dan juga agen penghantaran sudah tentu amat memerlukan perkhidmatan sewa lori untuk tujuan penghantaran dan pemindahan barang. Syarikat pengendali Oil & Gas di kawasan Sepang dan KLIA terutamanya sudah tentu memerlukan perkhidmatan lori/treler bagi tujuan penghantaran minyak ke kawasan lapangan terbang. Setiap hari, ada sahaja keperluan minyak yang dituntut bagi mengisi tangki minyak kapal terbang di KLIA. Tidak kurang juga buat agen penghantaran, sudah tentu banyak barangan yang perlu dihantar di sekitar Sepang dan KLIA memandangkan ia merupakan kawasan yang amat sibuk serta padat dengan aktiviti perniagaan.

Perkhidmatan Lori Lembah Klang-Pantai Timur

Sewa Lori Murah Di Sepang Mudah

Memandangkan kawasan Sepang dan KLIA padat dengan aktiviti perniagaan, kami ada menyediakan perkhidmatan lori sewa bagi tujuan pemindahan dan penghantaran barang. “Khidmat sewa lori, diyakini selamat sampai”, itulah slogan kami. Sebagai pelanggan/penyewa, kami faham akan keperluan anda. Sudah tentunya anda menginginkan lori yang memberikan servis “tip-top” untuk kemudahan dan kesenangan anda. Oleh kerana itu, kami akan memastikan setiap pelanggan/penyewa kami berasa selesa setiap kali mengguanakan perkhidmatan lori sewa kami. Kami ada menyediakan lori dari pelbagai jenis dan saiz, sesuai dengan keperluan anda. Anda hanya perlu memilih jenis dan saiz lori sahaja dan kami akan memastikan anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Selain itu, harga sewa yang ditawarkan juga amatlah berpatutan serta murah! Jadi, anda tidak perlu runsing perihal bajet kerana kami menyediakan harga yang bersesuaian seiring dengan keperluan anda.

Jenis Perkhidmatan Lori Sewa yang disediakan

Di sini kami ada menyediakan Perkhidmatan Lori Lembah Klang-Pantai Timur, di mana ia meliputi perkhidmatan di kawasan Sepang dan KLIA serta beberapa kawasan lain seperti Pelabuhan Klang, Kemaman dan Kuantan. Perkhidmatan lori sewa ini menyediakan pakej premium di mana penyewa boleh memilih lori dari pelbagai jenis muatan, bergantung dengan jumlah muatan barangan yang hendak dihantar. Antara jenis muatan yang ditawarkan termasuklah lori sewa 1 tan, 2 tan, 3 tan, 5 tan, 8 tan,  lori kargo dan juga treler. Kami turut menyediakan lori bersaiz 20 kaki dan 40 kaki. Selain itu, kami turut menyediakan kanvas dan side curtain untuk kesesuaian dan keperluan penyewa kami, bergantung kepada permintaan, tidak kiralah untuk kegunaan barangan persendirian mahupun perniagaan. Dengan menyewa lori yang bersesuaian dengan berat muatan, diyakini anda akan selamat tiba ke destinasi.

  • Lori 1-2 tan

Bagi anda yang ingin berpindah rumah, anda boleh menggunakan perkhidmatan lori sewa muatan 1-2 tan ini untuk memindahkan barang-barang anda. Ia boleh memuatkan beberapa barang yang besar dan berat seperti motosikal atau basikal serta perabot-perabot rumah yang kecil. Lori muatan 1-2 tan ini boleh digunakan untuk tujuan persendirian ataupun perniagaan kecil-kecilan yang memerlukan khidmat proses penghantaran barangan.

Sewa Lori Murah Di Sepang Pelbagai Guna
  • Lori 3-5 tan

Bagi anda yang ingin memindahkan kenderaan kecil yang banyak seperti motosikal, anda juga boleh menyewa lori muatan 1-2 tan ini. Lori ini sesuai bagi pengusaha yang membekalkan motosikal kepada syarikat-syarikat yang menjual motosikal kerana ia mempunyai ruang yang luas sekaligus menjimatkan kos penghantaran kerana anda tidak perlu berulang-alik banyak kali untuk proses penghantaran. Namun begitu, lori ini bukan sahaja untuk kegunaan mereka yang mempunyai perniagaan, malah untuk kegunaan persendirian seperti proses pindah rumah pun boleh juga menggunakan perkhidmatan lori sewa kami ini.

Sewa Lori Murah Di Sepang Terbaik

  • Lori 10 tan

Kebiasaannya, kami menyediakan perkhidmatan lori 10 tan untuk membawa muatan yang lebih besar dan berat . Lori sewa ini mempunyai ruang yang cukup besar dan luas bagi tujuan pemindahan barangan yang besar. Jika anda ingin melindungi barangan yang dibawa daripada terik matahari dan hujan panas, jangan risau kerana kami juga turut menyediakan kanvas dan side curtain agar barangan anda terhindar dari kerosakan. Sebab itu lah slogan kami “Khidmat sewa lori diyakini selamat sampai” kerana sesungguhnya kami memang menjaga keselamatan barangan anda. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana keselamatan barang anda terjamin.

Sewa Lori Murah Di Sepang Serbaguna

Harga Dan Servis Perkhidmatan Lori Yang Disediakan

Perkhidmatan lori sewa ini menawarkan harga yang murah dan berpatutan dengan bajet anda. Kami menawarkan harga dari RM300 per cubic meter. Untuk sebuah lori, kami menawarkan harga serendah RM600 sahaja. Perkhidmatan lori sewa ini bukan sahaja boleh didapati di Sepang dan KLIA, malah kami juga turut menyediakan perkhidmatan ini di kawasan Lembah Klang termasuklah sekitar Selangor, Putrajaya, KLIA, Port Klang dan Kuala Lumpur. Selain itu, kami turut menyediakan perkhidmatan lori sewa di sekitar kawasan pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan. Jangan risau kerana dengan menggunakan perkhidmatan kami ini, diyakini selamat sampai.

Siapa yang Boleh Sewa Lori ini?

Secara umumnya, kami menyediakan perkhidmatan sewa lori ini kepada sesiapa sahaja samada untuk tujuan persendirian atau pun perniagaan. Bagi tujuan persendirian, anda yang berhasrat untuk berpindah rumah dan membawa sekali perabot serta barangan rumah, bolehlah menggunakan perkhidmatan lori sewa kami. Kami ada menyediakan pelbagai jenis dan saiz lori yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Selain itu, untuk tujuan perniaagaan, kami sangat mengalu-alukan syarikat pengendali Oil & Gas untuk menggunakan perkhidmatan kami. Syarikat pembekal bagi pengendali Oil & Gas juga boleh menggunakan perkhidmatan kami bagi tujuan penghantaran bekalan barangan. Kami menyediakan lori yang besar dan luas agar anda boleh memanfaatkan ruangan tersebut untuk membawa muatan yang banyak.

Agen penghantaran juga sudah tentunya memerlukan lori untuk proses penghantaran barangan, bukan? Oleh itu, kami juga turut menyediakan lori dari pelbagai jenis dan saiz, bergantung kepada jumlah muatan yang anda perlu hantar. Anda boleh memilih lori yang sesuai dengan keperluan anda. Dengan menggunakan perkhidmatan lori sewa kami, diyakini selamat!

Tips Untuk Sewa Lori

Anda bingung dan tidak pasti untuk menyewa saiz lori? Jangan risau. Kami boleh bantu. Di sini, kami ada menyediakan beberapa tips agar anda boleh membuat keputusan untuk memilih muatan lori yang bersesuaian dengan keperluan anda. Pertama sekali, jika anda mempunyai king size bed untuk dipindahkan, silalah membuat tempahan untuk lori 3 tan (sekurang-kurangnya 14 kaki).Ini kerana king size bed selalunya berukuran 6 kaki x 6 kaki dan ukuran lebar serta tinggi lori 1 tan hanya 5 kaki x 5 kaki.

Seterusnya, jika anda ingin memindahkan set sofa, secara amnya, set sofa akan mempunyai 3 seater + 2 seater + 1 seater, lebih kurang separuh ruang dalam lori 1 tan sudah penuh diisi. Baki separuh lagi boleh diisi dengan salah satu pilihan di bawah:

  1. 1x rak buku kecil + 1x meja makan 4 seater (sudah dibuka)
  2. 1x katil single (sudah dibuka) + 5-10x kotak-kotak
  3. 1x peti sejuk + 1x mesin basuh
  4. Dan barangan yang seumpama di atas

Dalam pada itu, ketinggian dan juga kelebaran almari perlu diambil kira jika anda berhasrat untuk berpindah rumah dan membawa almari anda sekali. Seperkara lagi yang anda perlu peka adalah ketinggian lori yang ditempah.Ini kerana di sesetengah tempat, lori yang mempunyai ketinggian lebih 7 kaki tidak dapat masuk ke kawasan loading bay. Apabila ini berlaku, kebiasaannya lori akan parking di bahagian luar dan pekerja akan menggunakan troli untuk menolak barangan ke dalam lori. Kemungkinan juga akan berlaku kelewatan kerana proses menolak yang mungkin memakan masa.Jika anda sudah pasti saiz lori yang anda perlukan, dapatkan sekarang melalui perkhidmatan lori sewa kami dan kami akan pastikan barangan anda selamat tiba ke destinasi. Diyakini selamat!

Jika anda tidak berhasrat untuk berpindah rumah sekalipun, anda boleh sahaja menggunakan tips yang kami kongsikan ini untuk tujuan memindahkan barangan lain yang mempunyai saiz lebih kurang seperti barangan rumah yang disebutkan di atas. Sudah pasti anda boleh membayangkan saiz dan jumlah muatan untuk menentukan jenis lori yang diperlukan, bukan?

Testimoni Pelanggan Lori Sewa

Jika anda masih ragu-ragu dengan perkhidmatan yang kami sediakan, di sini kami ada testimoni dari pelanggan/penyewa sebelum ini. Anda boleh lihat dan nilailah sendiri. Ini adalah gambar yang dikongsikan oleh pelanggan/penyewa kami. Gambar menunjukkan lori muatan 1-2 tan di mana ia boleh memuatkan sehingga tiga buah motosikal dan beberapa barangan yang lain seperti basikal dan perabot-perabot kecil.

Sewa Lori Murah Di Sepang Pelbagai Guna

Gambar seterusnya menunjukkan lori muatan 3-5 tan di mana ia boleh memuatkan sehingga empat buah kotak besar, dan masih lagi mempunyai ruangan lebih untuk meletakkan barangan lain.

Sewa Lori Murah Di Sepang Terbaik

Gambar di bawah ini pula dikongsikan oleh pelanggan/penyewa kami semasa menggunakan lori muatan 10tan. Lori ini boleh digunakan untuk memindahkan kenderaan berat. Sudah tentu ia akan memudahkan kerja anda.

Sewa Lori Murah Di Sepang Serbaguna

Sedang Mencari Sewa Lori Murah Di Sepang ? Mari Dapatkan Sekarang!

SEWA LORI MURAH SEPANG | SEWA LORI DENGAN HARGA BERPATUTAN Hotline : Tekan untuk telefon (019 355 1239)| Tekan untuk WhatsApp Website : https://www.hotfrog.com.my/company/1100232562765824 Email : csacssb@gmail.com

Alamat : LOT 5805 Jalan Dato Ahmad Razali, Kampung Sungai Pinang, Pelabuhan Klang, 42920 Selangor

Sedang Mencari Sewa Lori Murah Di Sepang ? Mari Dapatkan Sekarang!

Call Whatsapp Layari Website

Sedang Mencari Sewa Lori Murah Di Sepang ? Mari Dapatkan Sekarang!