Review
Jul 5, 2018, 12:45pm

Perkhidmatan Penyediaan Akaun Syarikat Perniagaan Murah Di KL


Jika ditanya berkenaan dengan pengurusan akaun dikalangan mereka yang terlibat dengan perniagaan, majoriti daripada golongan para peniaga ini akan mengaku mengalami masalah dengan perakaunan. Bahkan masih ada peniaga yang sama sekali tidak mempunyai akaun syarikat yang lengkap dan betul sebaliknya hanya menggunakan info daripada transaksi bank semata-mata sebagai panduan keluar masuk dan baki terkini wang syarikat. Cara ini sebenarnya adalah salah.

pengurusan akaun syarikat dengan betul

Penyata akaun bank tidak boleh dijadikan sebagai penyata akaun syarikat kerana ia sama sekali tidak lengkap bagi menyimpan maklumat kewangan sesebuah perniagaan. Akaun bank sama sekali tidak dapat menunjukkan kedudukan kewangan yang sebenar. Bagi sesebuah perniagaan, akaun atau penyata kewangan yang lengkap ialah akaun yang terdiri dari imbangan duga, penyata untung dan rugi serta penyata aliran tunai.

Antara Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Peniaga

masalah berkaitan perakaunan syarikat

Antara masalah lain yang boleh menjadi punca kenapa sesetengah perniagaan itu tidak dapat mempunyai penyediaan akaun syarikat yang betul adalah :

1)  Gagal Untuk Menyimpan Resit Dan Rekod Yang Sepatutnya

perkhidmatan penyediaan akaun syarikat

Masalah ini juga antara punca utama peniaga memilih untuk tidak mengemaskini perakaunan mereka. Dek kerana tidak mempunyai kerani yang khusus untuk menyimpan dan mengemaskini segala resit untuk direkodkan maka peniaga berasa sukar untuk menyediakan akaun yang sepatutnya.

2) Tidak Mempunyai Kemahiran Di Dalam Bidang Ini

persediaan akaun syarikat

Ada juga sesetengah kes di mana pihak pemilik perniagaan ini sangat tahu akan kepentingan akaun untuk membantunya mengenali dan mengetahui keadaan semasa perniagaan yang sedang dijalankannya namun apakan daya beliau sendiri kurang mahir untuk membuat akaun syarikatnya sendiri.

3) Masa Yang Sangat Terhad

servis penyediaan akaun syarikat

Sebagai seorang peniaga masa yang ada pastinya akan lebih dihabiskan untuk melakukan operasi perniagaan. Kerana itu mereka tidak dapat meluangkan masa yang sepatutnya untuk mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran terutama berkaitan akaun.

4) Kurang Peka Tentang Kepentingan Penyediaan Akaun Syarikat

cara penyediaan akaun syarikat

Hal ini adalah yang sering terjadi di kalangan peniaga di mana mereka hanya menggunakan rekod transaksi duit keluar masuk syarikat dari bank sebagai panduan untuk mengetahui baki terkini yang ada di dalam akaun syarikat tanpa merekodkan apakah sebenarnya aktiviti-aktiviti yang telah berlaku di sebalik wang yang keluar dan masuk itu.

khidmat servis penyediaan akaun syarikat

Walaubagaimanapun, segala masalah di atas kini boleh di atasi dengan mudah. Jika anda ada memiliki sesebuah perniagaan tetapi kurang mahir dan tidak berkemampuan untuk menyediakan akaun syarikat perniagaan anda itu sendiri, anda masih boleh memiliki akaun syarikat  anda sendiri yang kemas, teratur dan tepat dengan bantuan mereka yang mempunyai kemahiran di dalam bidang ini.

Bagi anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, anda boleh mendapatkan servis penyediaan akaun syarikat perniagaan ini dengan harga yang sangat murah daripada seorang  FAZDLINA yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari UiTM.

Antara Servis Yang Disediakan

penyediaan akaun syarikat gst

Akaun-akaun ini boleh di buat mengikut tempoh yang anda mahukan. Anda boleh tentukan sendiri samada mahukan penyediaan akaun syarikat anda secara bulanan, suku tahun mahupun tahunan.

  • Monthly – [ Bulanan ]
  • Quarterly – [ Suku Tahun ]
  • Yearly – [ Tahunan ]

syarikat penyediaan akaun syarikat

Terdapat pelbagai jenis syarikat perniagaan di luar sana dan antara jenis-jenis syarikat yang di terima untuk berkerjasama bagi menyediakan akaun syarikat ini adalah :

  • Trading – [ Perdagangan ]
  • Manufacturing – [ Pembuatan ]
  • Sole Proprietor – [ Milikan Tunggal ]
  • Partnership – [ Perkongsian ]
  • Sdn. Bhd – [ Sendirian Berhad ]

Perkara Utama Di Dalam Sesebuah Akaun Perniagaan

Sebenarnya terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh setiap pemilik perniagaan. Tiga perkara utama ini sememangnya tidak boleh di pandang remeh iaitu :

1) Penyata Aliran Tunai

penyata aliran tunai syarikat

Penyata aliran tunai ini adalah penunjuk sebenar mengenai operasi sebenar perniagaan anda. Dengan aliran tunai ini ia dapat mengenalpasti berapakah sebenarnya jumlah aliran tunai yang ada di dalam sesebuah syarikat perniagaan. Setelah tahu baki sebenar bolehlah anda membuat keputusan untuk jangka masa yang lebih panjang dengan lebih tepat dan yakin seperti melakukan pelaburan dan sebagainya. Dengan adanya penyata aliran tunai ini anda akan dapat mengetahui baki sebenar tunai yang ada dengan mudah dan tepat setiap masa.

2) Penyata Untung Rugi

loss profit statement akaun syarikat

Setiap perniagaan diusahakan demi untuk mendapatkan keuntungan dan mahu menggelakkan kerugian tetapi bagaimana untuk tahu berapakah jumlah sebenar keuntungan bersih anda sekiranya penyata untung rugi tidak dapat disediakan dengan cara yang betul dan tepat. Penyata untung rugi ini perlu ada bagi memastikan dengan sahih samada perniagaan anda itu sedang menghasilkan keuntungan ataupun sedang mengalami kerugian.

3) Imbangan Duga

imangan duga akaun syarikat

Sebagai seorang peniaga, imbangan duga adalah sangat penting kerana ianya akan dapat membantu anda mengetahui kedudukan syarikat dari mula berniaga hingga yang terkini. Imbangan duga ini juga membolehkan anda mengetahui kedudukan sebenar kewangan syarikat sebelum anda boleh membuat keputusan seperti membeli bangunan, memberi bonus pada pekerja, membuat pelaburan dan membuat pinjaman dengan bank.

Kelebihan Jika Mempunyai Akaun Syarikat Yang Betul

Apalah gunanya mempunyai sesebuah syarikat perniagaan tetapi sama sekali tidak tahu berapakah untung rugi yang sedang berlaku di dalam sesebuah perniagaan tersebut. Kerana itut, setiap peniaga amatlah digalakkan untuk mempunyai penyediaan akaun syarikat yang tepat, kemas dan tersusun.

kebaikan akaun syarikat yang teratur

Secara tidak langsung ianya dapat membantu anda menjadi peniaga yang lebih berjaya dan bijak kerana anda akan dapat….

  • Mengenalpasti kedudukan kewangan syarikat
  • Membuat analisa dan perancangan
  • Mengenalpasti dan mengelak penyelewengan
  • Merancang percukaian syarikat bagi tahun semasa
  • Merancang strategi pengurusan risiko
  • Memohon pinjaman yang lebih mudah untuk diluluskan

Dapatkan Perkhidmatan Penyediaan Akaun Syarikat Perniagaan Ini. Penghantaran PERCUMA!

Apa tunggu lagi? Jangan terus di biarkan akaun syarikat anda semakin berserabut! Segera dapatkan perkhidmatan penyediaan akaun syarikat perniagaan dengan harga yang terlajak murah hari ini !

penyediaan akaun syarikat bertauliah 0

PUAN FADZLINA | SERVIS PERAKAUANAN MURAH DI KUALA LUMPUR
Hubungi: Tekan untuk telefon (013-3777071) | Tekan untuk WhatsApp
Email: 
fadzlinamsc@gmail.com

Lokasi: Kuala Lumpur & Selangor

Nak dapatkan khidmat Penyediaan akaun syarikat?

Sila telefon ke +60133777071 atau WhatsApp SEKARANG!

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Nak dapatkan khidmat Penyediaan akaun syarikat?

Sila telefon ke +60133777071 atau WhatsApp SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Nak dapatkan khidmat Penyediaan akaun syarikat?

Sila telefon ke +60133777071 atau WhatsApp SEKARANG!