Review
Feb 27, 2018, 12:36pm

Perkhidmatan Pembaharuan Insurans Online


  •  
  •  
  •  
  •  

Korang selalu perbaharui insurans kereta, roadtax dan sebagainya kat mana yer? Eh..busy body la pulak kita ni. Mesti ada yang perbaharui kat pejabat pos dan ada juga kat bank. Tak ketinggalan yang perbaharui kat agen-agen insurans. Masa korang nak perbaharui roadtax dan sebagainya mesti banyak halangan yang mendatangkan?Kalau cerita kat sini 3 hari 3 malam pun tak habis lagi kan? Macam-macam kerenah ada. Sampai ada yang bergaduh pun ada. Betul tak? Ada yang mahal, ada yang murah. Malah yang letak cas terselindung pun ada. Pening sekejap. Kata mana-mana pun boleh sebenarnya. Tapi mestilah kita nak yang betul-betul boleh dipercayai. Selamat dan paling penting harganya boleh diterima akal yang waras.

perbaharui insurans kereta secara online

Antara kelemahan bila korang perbaharui Rodtax &  Insurans di Pejabat Pos

1. Kaunter Tak banyak

Mana-mana yang selalu pergi pejabat pos mesti tahu lah kan. Kaunter kosong lebih banyak dari kaunter bertuan. Orang punyalah ramai kat pejabat pos. Paling banyak pun 2 kaunter buka setiap hari. Aduh leceh nak menunggu nombor giliran kita. Kalau duduk kat kerusi boleh kematu bontot. Kalau berdiri hanya Allah yang tahu. Kalau korang kerja, mesti kena ambik cuti untuk siapkan urusan korang dipejabat pos. Mana tidaknya setengah hari tu dok menunggu jer. Setengah hari lagi baru lah dokumen korang di proses.

renew insurans kereta di pejabat pos

2. Masalah Server

Korang pernah tak pergi ke pejabat pos untuk urusan dalam talian. Sampai-sampai dan dah pun ambil nombor giliran tiba-tiba kakak kat kaunter tu cakap server rosak. Offline la dik tak boleh link dengan sekian-sekian. Tak ke haru korang. Dah la menapak jauh-jauh datang pejabat pos sekali tak dapat selesaikan masalah korang. Tak ke membazir masa korang, dah la kerja banyak kat pejabat terpaksa ambil cuti sebab hal-hal kecil macam ni. Macam tak logil jer nak cuti kerana nak pembaharui roadtax atau pun insurans. Kalau ada cara yang tak memerlukan korang cuti baim pilih cara tersebut. Korang hanya boleh selesaikan semuanya dari meja kerja korang jer. Betul tak?

masalah server down di pejabat pos

3. Cas tersembunyi

Korang tak kan tak pernah kena macam cas tersembunyi. Mesti selalu kan? Lain yang dinyatakan lain pula jumlah yang perlu dia bayar. Bila tanya kenapa mahal sangat ni. Nak dia cakap, cas itu la, cas ini lah. Adoii.. banyak pula cas nya. Masa tanya tak dulu dicakap cas-cas tersebut. Nak tak nak kita dah setuju maka terpaksa bayar lah juga. Kadang-kadang cas ini membuat kita terbeban dan banyak duit perlu dikeluarkan. Sepatutnya bajet kita kecil tapi bila ada cas macam ni banyak pula jumlahnya.  Inilah yang dikatakan paksa rela.

caj tambahan bila renew insurans di pejabat pos

Itu antara kelemahan yang selalu kita lihat bila kita ke pejabat pos. Bukan kata nak suruh boikot pejabat pos. Ada masa tertentu kita nak cepat dan kesuntukan masa. Tak kan nak menunggu benda tu, kerja lain terabai. Betul tak? Korang kena pilih perkhimatan yang memudahkan kerja korang. Tak perlu tunggu lama dan tak membazir masa korang. Ada masanya kita perlu cepat untuk menguruskan sesuatu. Pelbagai faktor perlu dititik berat sebelum keluar rumah untuk urusan pembaharuan insurans ataupun roadtax. Kalau kerja mana nak kerja, mana waktu rehat dan masa nak solat. Kalau yang tidak bekerja semuanya melibatkan masa. Sekejap nak masak, sekejap ambil anak dari sekolah. Semuanya memerlukan pengorbanan bila selangkah kita keluar dari rumah.

Jom saya kenalkan korang dengan satu agensi yang menyediakan perkhidmatan perbaharui insurans, perbaharui roadtax, insurans projek, urusan JPJ dan insurans rumah. Alahai mudahnya. Semua satu tempat tak perlu susah payah nak ke tempat lain. Rugi lah kalau siapa yang tak dapatkan perkhidmatan dari agensi ini. Semuanya ada disini. Korang tak perlu susah-susah keluar rumah. Hadap jem, cari parking dan banyak masa korang terbuang. Dengan agensi ini korang hanya berinteraksi menggunakan aplikasi whatsapp dan segala maklumat yang diperlukan dihantar mengikut kehendak korang. Suri rumah pun boleh buat tau. Cuma kena celik IT jer.

renew insurans menerusi whatsapp sahaja

Sekiranya korang nak perbaharui apa yang berkaitan dengan insurans, roadtax dan sebagainya hubungi mereka lebih awal untuk mendapatkan sebut harga secara percuma. Wow..bagusnya. Siap ada sebut harga tu. Bila dah dapat sebut harga bolehla kira bajet yang korang ada dengan sebut harga yang ditawarkan. Tak adalah korang mengalami sindrom tak cukup duit. Korang juga dapat bandingkan harga dengan agensi-agensi lain. Bolehla korang pilih mana yang kosnya menepati citarasa korang. Mana yag terbaik itulah pilihannya.

Cara pembayaran yang begitu mudah iaitu pembayaran secara dalam talian atau cash deposit ke akaun Maybank. Mudah kan? Menjimatkan masa korang. Sekarangkan ramai dah gunakan Maybank2u klik-klik bayaran dah selesai. Satu lagi bila buat bayaran atas talian ni selamat. Tak perlu bawa duit tunai banyak-banyak. Cuma klik, duit dah masuk akaun penerima. Rekod transaksi pun ada seandainya berlaku ketidakpercayaan orang terhadap bayaran yang kita buat.Kalau korang dah buat bayaran, pihak diaorang akan membuat pengesahan penerimaa bayaran. Wah, terjamin duit korang tu. Sesetengah tempat tu jarang buat pengesahan penerimaan bayaran. Kemain la kita tunggu. Kalau tak telefon tanya dan minta memang tak dapat pengesahan penerimaan bayaran tersebut.

pembaharuan insurans di satu tempat

Kat agensi ini menyediakan pembaharuan cukai jalan bersama insurans. Tak ada lah korang kejap ke sana pembaharui cukai jalan. Sekejap ke sini balik sebab nak pembaharui insurans. Tapi kat sini semua di sediakan bersama. Antara insurans yang ada di sini ialah Allianz, Liberty Insurance, Takaful Malaysia dan Etiqa Takaful. Banyak pilihan tu. Tak perlu pening-pening kepala lagi nak guna insurans apa.  Seandainya korang ada masalah geran masih di bank ketika meperbaharui roadtax, korang jangan risau kerana mereka pakar dalam urusan ini. Serahkan pada yang pakar orang kata. Semuanya diaorang akan uruskan, kita cuma sediakan duit seperti yang diminta. Tak perlu bersusah payah nak ke bank ambik geran asal. Korang cuma rehat kat rumah tunggu panggilan dari diorang nyatakan roadtax korang dah siap.

antara pelanggan yang telah berjaya renew insurans secara online

Apa yang menariknya bila korang perbaharui roadtax kat sini, mereka akan screen short roadtax untuk semakan sebelum di pos kepada korang. Memang teliti kerja mereka ni. Sekiranya terdapat kesilapan mereka bolen betulkan terus. Tak ada lah dah sampai ke rumah atau pejabat kita baru perasaan ada kesilapan. Hah..jangan tak tahu..bayaran pos percuma tau. Kerja diorang memang teliti. Korang tak perlu risau. Sebelum sampai ke tangan korang diaorang pastikan semua maklumat yang dinyatakan oleh korang sebelum ni semuanya betul dan tepat. Siap suruh korang buat pengesahan lagi sebelum pengeposan dibuat. Terbaikkan perkhidmatan diaorang ni. Tip top. Macam mana? Tak berminat ke nak mendapatkan khidmat dari agensi ini. Tersangatlah rugi bila korang tidak membuat pilihan bijak. Banyak faedah boleh korang dapat jika mendapat perkhidmatan dari agensi ini.

mudahnya renew insurans secara online

Antara Kelebihan Dan Kebaikan Agensi Ini

  1. Mesra pelanggan -menjawab segala pertanyaan pelanggan. Tak kira apa jua soalan yang berkaitan pembaharuan insurans dan juga roadtax. Siap boleh mintak sebut harga lagi.
  2. Jimat masa – tidak perlu keluar rumah. Cuma berurusan dengan telefon pintar. Dari sebut harga hingga ke pembayaran semuanya dihujung jari korang. Sambil buat kerja kat rumah pemohonan pembaharuan boleh dibuat.
  3. Dipercayai – setiap pembayaran yang korang buat, mereka akan mengeluarkan pengesahan penerimaan bayaran dari korang. Tak ada lagi kes penipuan tidak menerima bayaran.
  4. Teliti dan selamat – sebelum dokumen yang telah siap diproses mereka akan screen short terlebih dahulu untuk korang semak segala butiran yang tercatat. Mereka akan bertanggungjawab sekiranya ada kesilapan terhadap dokumen korang. Tidak lah dokumen dah diterima baru nak teliti butiran yang tercatat. Cara penghantaran juga selamat. Menggunakan khidmat kurier bukan nya pos biasa.
  5. Cepat dan efisyen- semuanya diuruskan dalam masa yang agak singkat. Tidak mengambil masa yang lama. Permohonan korang akan disiapkan sebelum tarikh luput insurans atau roadtax sebelum ini.
cara renew insurans online paling mudah

Nak Renew Insurans Kereta? Renew Online Jer

Untuk urusan renew insurans kereta secara atas talian, tanpa perlu bersusah payah mencari parking dan menjimatkan masa, hubungi Aina dan Apih seperti nombor di bawah ni ya! Mereka akan jawab pertanyaan anda seberapa pantas yang boleh. Klik je untuk terus WhatsApp mereka.

perkhidmatan pembaharuan insurans online

KHIDMAT RENEW INSURANS KENDERAAN SECARA ONLINE Hubungi: Hotline 1: Tekan untuk telefon (013-9739952 – Aina) | Tekan untuk WhatsApp Hotline 2: Tekan untuk telefon (0196688522 – Apih) | Tekan untuk WhatsApp