Review
Feb 12, 2018, 7:59pm

Perkhidmatan Massage Murah dan Terbaik Di Lembah Klang


Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu. Percaya atau tidak, urutan yang bagus mampu menghilangkan ketidakselesaan pada badan dan tekanan harian seseorang individu tersebut.

perkhidmatan massage murah dan terbaik di sunway lembah klang

Malah, teknik urutan adalah kaedah alternatif untuk melancarkan aliran darah di dalam salur darah bagi melegakan kesakitan. Urutan ini adalah suatu seni yang digunakan sejak dahulu lagi oleh pelbagai bangsa terutama masyarakat Melayu dalam rawatan tradisional. Mereka yang pakar dengan urutan lazimnya akan tahu bahagian yang mana wajar diurut dan urat yang berkaitan kawasan yang sakit.

Sebenarnya, kita boleh urut diri sendiri dengan teknik urutan yang betul apabila terasa sakit kepala dan lenguh badan. Caranya adalah;

Cari Urat Yang Betul

Apa yang penting sebelum mengurut, perlu mencari urat yang betul kerana tidak semestinya urutan dilakukan di bahagian yang sakit. Sekiranya tersalah urat, urutan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami demam, lebam atau bengkak pada bahagian terbabit.

kenapa anda perlu mendapatkan perkhidmatan massage murah dan terbaik di sunway

Sekiranya seseorang mengalami sakit kepala atau perut, tidak semestinya bahagian berkenaan perlu diurut. Ini kerana sakit berkenaan mungkin berpunca di bahagian lain seperti sakit perut berpunca di bahagian belakang badan. Justeru, bahagian belakang perlu diurut bagi mengatasi masalah sakit di bahagian perut atau sakit di sebelah kanan tangan, tetapi yang perlu diurut adalah di bahagian tangan kiri.

Urut Ibu Jari Legakan Migrain

Sekiranya sakit pada bahagian kepala atau migrain, cubalah urut di bahagian ibu jari menggunakan jari atau alat tumpul seperti dahan pokok ciku yang sering digunakan orang tua dahulu. Urat di bahagian ibu jari kaki berhubung dengan urat di sekitar bahagian kepala yang mana urutan pada urat berkenaan dapat melegakan kesakitan apabila aliran darah menjadi lebih lancar.

cara hilangkan sakit kepala dengan urutan refleksologi kaki

Sakit kepala juga boleh dilegakan dengan mengurut atau memicit bahagian bawah ibu jari tangan selama beberapa minit. Mereka yang sering mengalami serangan asma atau lelah pula boleh mencuba mengurut urat yang terletak pada bahagian kaki iaitu di tengah antara jari telunjuk dan ibu jari kaki. Urat berkenaan berkaitan dengan salur pernafasan yang apabila ditekan memberikan kesan melegakan pernafasan.

Elak Kulit Melecet

Urut perlahan-lahan di kawasan berkenaan menggunakan jari dan minyak urutan bagi mengelakkan kulit melecet. Selain kepala, urat berkaitan belakang bahagian badan dan punggung banyak di bahagian telapak kaki.

urutan yang baik akan mengelakkan kulit dari melecet

Sekiranya sakit atau lenguh badan, kita memang sukar mengurut sendiri bahagian belakang atau punggung. Caranya adalah dengan mengurut bawah telapak kaki di bahagian melengkung yang dapat melegakan sakit pinggang. Urut dengan cara menekan dan tarik ke atas pada bahagian berkenaan atau di bahagian luar telapak kaki.

Tekan Bahagian Tumit

Mengurut atau menekan bahagian tumit juga boleh membantu melegakan sakit kembung perut dalam kalangan bayi atau kanak-kanak. Selain itu, urutan pada tumit juga boleh menghilangkan lenguh pada punggung akibat duduk terlalu lama atau duduk di atas permukaan keras.

urutan tapak kaki di sunway

Urutan pada bahagian telapak kaki (bahagian yang melengkung) juga dikatakan baik untuk mereka yang mengalami penyakit kencing manis. Badan lenguh dan sakit turut berpunca daripada angin yang terdapat di dalam badan. Amalan makan benda sejuk dan masam boleh menyebabkan tubuh mengeluarkan angin yang berlebihan. Oleh itu, jaga cara pemakanan dengan mengurangkan makanan terutama yang berasid untuk kekal sihat.

Salah Urut Boleh Demam

Kaedah urutan ini banyak memberikan manfaat untuk mengembalikan kesegaran tubuh, pesakit perlu mendapatkan mereka yang pakar mengurut. Urutan yang tidak betul boleh mengakibatkan pesakit demam atau mengalami lebam dan bengkak pada tubuh.

bahaya salah urut pun boleh jadi demam

Waktu urutan terbaik adalah pada sebelah pagi dan sekurang-kurangnya sejam selepas sarapan atau petang sebelum matahari terbenam. Ini kerana urat masih lembut di sebelah pagi dan petang kerana berada pada kedudukan `rehat’ berbanding di sebelah tengah hari di mana urat sedang tegang. Bahan pelincir atau pelembap kulit diperlukan untuk mengurut tetapi yang terbaik adalah dengan menggunakan minyak kelapa bagi memastikan urutan lancar.

Minyak Kelapa Penawar Luka

Minyak kelapa berkhasiat menyembuhkan luka yang terdapat pada kulit yang berupaya menutup luka daripada kotoran yang boleh memburukkan jangkitan.

minyak kelapa penawar luka akibat salah urutan

Perkhidmatan Massage Murah dan Terbaik Di Sunway Lembah Klang

Bagi warga kota yang mencari perkhidmatan massage yang murah dan terbaik, Amora Spa adalah penyelesaiannya. “We Serve You Better Here” itu merupakan cogan kata Amora Spa. Amora Spa membantu anda merasakan kelainan dalam badan dan semangat sebenar rawatan semula jadi iaitu dengan memberikan anda ahli terapi lelaki dan wanita yang terbaik untuk perkhidmatan yang lebih baik.

amora spa perkhidmatan massage terbaik di sunway

 

Amora Spa juga menawarkan urutan dalam pelbagai gaya dan refleksologi. Matlamat Amora Spa adalah untuk menyesuaikan pengalaman para pelanggan berdasarkan maklumat temu duga awal, serta maklum balas dalam masa semasa urut, untuk memastikan keselesaan dan kepuasan pelanggan. Amora Spa juga berhasrat untuk menawarkan urut yang berkesan, namun menghormati sempadan peribadi para pelanggan, supaya pengalaman itu santai dan bertenaga untuk kepuasan pelanggan.

Perbagai Jenis Pakej dan Servis Menarik Di Amora Spa

Bercakap mengenai servis yang ditawarkan di Amora Spa ini memang 100% terbaik. Mereka menawarkan pakej yang mampu dibayar oleh semua golongan. Antara pakej yang disediakan di Amora Spa adalah;

Servis Refleksologi

Refleksologi ialah kaedah rawatan yang melibatkan penggunaan tekanan pada titik tertentu pada kaki yang dipercayai seterusnya akan memberikan tindak balas pada bahagian badan yang lain . Teknik ini boleh melibatkan kaki, kepala, telinga atau tangan. Walaubagaimanapun kaki adalah tapak yang paling digunakan untuk memulakan rawatan ini. Ianya juga dapat melancarkan aliran tenaga dari kaki ke bahagian badan yang lain.

servis refleksologi terbaik di sunway selangor

Ada juga yang berpendapat bahawa tekanan yang dikenakan ke atas kaki boleh merangsang pelepasan endorphin iaitu sejenis bahan kimia yang terdapat di otak untuk menghalang kesakitan. Pendapat lain mengatakan bahawa kaedah ini memulakan proses yang membawa kepada satu tahap kerehatan di mana ia membuka saluran-saluran darah dan memperbaiki system peredaran darah. Terapi ini adalah santai dan paling sesuai untuk mereka yang tidak boleh memilih atau tidak menerima jenis “klasik”.

Servis Couple’s Massage

Pasangan boleh menikmati pengalaman urut mereka bersama-sama di bilik khas. Cara yang sempurna untuk menikmati masa yang berkualiti bersama-sama. Bilik ini sesuai untuk majlis-majlis khas, seperti Anniversaries, Ulang tahun, dan Hari Valentine.

couple massage murah di sunway

Servis Relaxing Foot Or Hand Massage

Harga bagi urutan ini adalah RM190. Ia termasuk rendam dan eksfoliasi. Urutan ini dapat melegakan ketegangan dan mengurangkan tekanan pada kedua – dua otot dan sendi. Urutan ini juga membantu melegakan otot dan memulihkan aliran  darah untuk tangan dan kaki. Sebelum urutan bermula, anda akan merendam kaki anda dalam air sabun yang hangat.

foot and hand relaxing massage terbaik di sunway

Servis Malay Traditional

Urutan tradisional Melayu (TMM), yang juga dikenali sebagai urut Melayu, adalah salah satu bidang perubatan tradisional dan pelengkap. Amalan dan persefahaman ini pada asalnya berkaitan dengan budaya Melayu di hospital terpilih di bawah Kementerian Kesihatan sejak tahun 2007.

malay massage terbaik di sunway

Servis Aromatherapy

urutan aromatherapy sangat lembut dan lebih relaks. Ianya sangat sesuai bagi mereka yang selalu stress dan memerlukan ketenangan. Kebaikan urutan aromatherapy ini adalah untuk mengeluarkan toksin – toksin dan angin di dalam badan serta melancarkan peredaran darah serta melegakan otot-otot badan.

aromateraphy massage terbaik di sunway

Antara tips yang boleh kongsikan kepada anda semua sebelum membuat urutan aromatherapy adalah Minum segelas air suam dan Kaki hendaklah dicuci bersih. Di Amora Spa, Aromaterapi menggunakan bahan-bahan tumbuhan dan minyak tumbuhan aromatik, termasuk minyak pati, dan sebatian aroma lain untuk meningkatkan kesejahteraan psikologi atau fizikal. Ia boleh ditawarkan sebagai terapi pelengkap atau, lebih kontroversial, sebagai satu bentuk ubat alternatif.

Servis Swedish Massage

Swedish Massage adalah jenis urutan yang paling biasa dan paling terkenal di Barat, dan asas untuk urutan sukan, urutan tisu dalam, urutan aromaterapi dan gaya urut Barat yang lain. Ia membantu untuk menenangkan, menambah tahap oksigen dalam darah, mengurangkan toksin di dalam badan dan meningkatkan peredaran darah dalam badan.

urutan swedish massage terbaik di sunway

Kaedah ini telah ditemui oleh ‘Swedish Physiologist, Dr Per Henrink Ling pada tahun 1776 -1839 di University Of Stockholm. Di dalam teknik urutan ‘ SWEDISH MASSAGE’ terhadap 5 teknik urutan yang utama iaitu teknik selari, teknik tekan pusing, teknik tekan tepat, teknik gegaran dan teknik tepukan. Kesemua teknik teknik ini adalah kronologi dan gabungan yang perlu dalam mengaktifkan sel- sel saraf dalam badan manusia.

Servis Japan Shiatsu

Shiatsu adalah kaedah rawatan tangan yang bertujuan untuk mengaktifkan kuasa penyembuhan diri. Kami menggunakan jari dan terutamanya ibu jari untuk menekan pada titik tekanan untuk merangsang fungsi biologi.

shiatsu massage terbaik di sunway selangor

Pakej Massage untuk wanita

  • RM 270
  • 2 jam
  • Malay Traditional
  • Aroma Theraphy
  • Swedish
  • Sensual and Relaxing
  • Aromatherapy
  • Deep Tissue

urutan untuk wanita terbaik di sunway

Pakej Massage untuk Lelaki

  • RM 270
  • 2 jam
  • Malay Traditional
  • Aroma Theraphy
  • Swedish
  • Sensual and Relaxing
  • Aromatherapy
  • Deep Tissue

pakej massage terbaik di sunway

Pakej Massage untuk Pasangan

  • RM 500
  • 2 jam
  • Malay Traditional
  • Aroma Theraphy
  • Swedish
  • Sensual and Relaxing
  • Aromatherapy
  • Deep Tissue

Testimoni Para Pelanggan Amora Spa!!!

“ Urut terbaik yang pernah saya ada! Sangat santai dan terapeutik! Terima kasih! “ – Anthony

“ Cukup baik Dan sangat berbaloi dengan duit “ –  Yunus

“ Perkhidmatan yang baik !! Amat disyorkan “ – Tony

“ Pengalaman hebat! Akan mengesyorkan kepada kawan-kawan dan keluarga saya pada masa akan datang “ – Angelia

testimoni pelanggan amora spa sunway

Jom Datang ke Amora Spa Untuk Massage Murah dan Terbaik di Sunway Sekarang!

Tunggu apa lagi! Takkan nak lepaskan peluang keemasan ini. Bagi mendapatkan keterangan lanjut dan bercadang untuk menggunakan khidmat di spa ini bolehlah menghubungi  seperti maklumat berikut:

urutan outcall terbaik di lembah klang

 

Jom Booking Untuk Urutan Di Rumah SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Booking Untuk Urutan Di Rumah SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Booking Untuk Urutan Di Rumah SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: